You are on page 1of 7

SJKC CHUNG HUA LADANG GEDDES

MINIT MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL


BIL. 1 TAHUN 2021

Tarikh : 13.01.2021
Masa : 3.00 hingga 3.45 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Kehadiran :
1 Lee Chet Yin 2 Lim Hui Ping
3 Yong Song Ping 4 Lee Su Hau
5 Choo Jia Hui 6 Lim Shok Yian
7 Kong Ming Yau 8 Lee Soo Chan
9 Chen Jia Xin 10 Lim Ann Ki
11 Lim Pei Luan 12 Aznida bt. Ali
13 Chu Yung Leng 14 Leu Qiao Xin
15 Lee Me Ling 16 Tee Geok Wah

1. Ucapan Alu-aluan Penasihat dan Pengerusi

1.1 Ucapan Penasihat Cikgu Lee Chet Yin

1.1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru ke Mesyuarat Panitia M/P Pendidikan Moral
kali pertama tahun 2021.
1.1.2 Beliau berharap semua ahli bekerjasama supaya panitia ini dapat dimajukan dan
dijayakan.

1.2 Ucapan Pengerusi Cikgu Kong Ming Yau

1.2.1 Pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan terima kasih kepada semua guru yang
hadir
pada mesyuarat kali pertama ini.
1.2.2 Beliau berharap semua guru memberi pendapat atau cadangan dalam mesyuarat ini
supaya program atau aktiviti dapat dijalankan dengan lebih lancar pada masa yang akan
datang.

2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1 Cadangan : Cikgu Lim Shok Yian


Sokongan : Cikgu Leu Qiao Xin

3. Perkara-Perkara Berbangkit

- Tiada -

4. Pembentangan Kertas Kerja / Isu / Laporan

4.1 Program Dasar KPM

4.1.1 KSSR
a) Pengerusi memaklumkan Semakan KSSR telah sampai ke Tahun 5. Semua guru Tahun
1- 6 merupakan guru pentaksir dan guru mata pelajaran.
b) Jawatankuasa KSSR bagi Pendidikan Moral telah ditubuhkan. Guru-guru yang mengajar
Pendidikan Moral pada tahun 2021 adalah seperti berikut:
Nama Guru Kelas
Choo Jia Hui 1M
Lee Me Ling 2M
Leu Qiao Xin 3M
Yong Song Ping 4M
Kong Ming Yau 5M
Tee Geok Wah 6M
c) Guru yang mengajar Pendidikan Moral Tahun 5 perlu muat turun DSKP dari internet/
google classroom sekolah kerana semakan baru.
Tindakan : Makluman
Semua
4.1.2 Penjajaran Kurikulum 2.0
a) Penjajaran kurikulum adalah penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran
berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata
pelajaran dalam apa jua keadaan.
b) Melalui penjajaran Kurikulum 2.0, Kurikulum 2020 yang tidak dapat dilaksanakan/ dikuasai
perlu diajarkan terlebih dahulu.
c) Guru Pendidikan Moral perlu memuat turun dokumen penjajaran kurikulum 2.0 melalui
laman
rasmi BPK dan memahami kandungan kurikulum ( kandungan asas, kandungan tambahan
dan kandungan pelengkap) yang dijajarkan.
d) Semua guru telah menyampaikan kesemua SK & SP kepada murid dalam PDPR 2020.
Mesyuarat dengan sebulat suara membuat keputusan untuk melaksanakan kurikulum
penjajaran tahun semasa, iaitu penjajaran kurikulum 2.0.
Tindakan: Semua guru P. Moral
4.1.3 Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD )
a) Semua guru yang mengajar Pendidikan Moral perlu menyediakan borang pentaksiran bilik
darjah.
b) Borang pentaksiran bilik darjah hendaklah sentiasa diisi selepas sahaja PdP dijalankan
untuk
mencatat tahap penguasaan murid. Pengerusi mengingatkan agar guru-guru tahu 6 band
dan penjelasannya dengan baik.
c) Guru boleh merujuk DSKP untuk memberi tahap penguasaan murid yang bersesuaian.
Tahap penguasaan murid sekurang-kurangnya perlu mencapai Band 3.
d) Pentaksiran bagi penjajaran kurikulum 2.0 dilaksanakan menggunakan standard prestasi
melalui pelbagai mod pentaksiran yang bersesuaian seperti kaedah lisan, bertulis, google
form, Quizziz atau pemerhatian.
e) Guru perlu menyediakan pelbagai kaedah dan instrumen yang ringkas untuk merekod
kemajuan dan tahap penguasaan murid.
Tindakan: Semua guru P. Moral
4.1.4 PLC
a) PLC Pendidikan Moral akan dijalankan sebanyak 2 kitaran. Guru-guru yang dipilih untuk
menjalankan PLC adalah seperti berikut:
Kitaran 1 : Cikgu Kong Ming Yau (ketua panitia)
Kitaran 2 : Cikgu Choo Jia Hui (setiausaha)
b) Jadual pelaksanaan dan strategi PLC akan disediakan dan diagihkan oleh penyelaras
PLC. Laporan hendak disediakan selepas PLC dijalankan.
Tindakan : Cikgu Kong & Cikgu
Choo
4.1.5 KBAT/ Pembelajaran abad ke-21/ ICT
a) Pengerusi mengingatkan guru malaksanakan KBAT dalam bilik darjah semasa mengajar
Pendidikan Moral supaya merangsang minat dan fokus murid untuk menyertai aktiviti yang
mampu menjana proses berfikir murid.
b) Guru sebagai pemudah cara yang melaksanakan pelajaran aktiviti berpusat murid,
menggunakan penyoalan aras tinggi bagi mendorong murid memberi pandangan serta
membuat keputusan.
c) Guru juga boleh menggunakan ICT dalam kelas semasa PdP sebagai rujukan tambahan.
Tindakan : Makluman
Semua
4.1.6 NILAM
a) Pengerusi menggalakkan guru kerap membawa murid ke pusat sumber sekolah untuk
membaca dan merekodkan bacaan serta aktiviti selepas bacaan mereka ke dalam Buku
Rekod Nilam.
b) Murid-murid digalakkan membaca lebih banyak buku Bahasa Inggeris dan Buku Bahasa
Melayu. Bahan bukan buku seperti artikel, majalah, komik, risalah, poster, brosur dan lain
lain juga boleh direkod dalam Buku Rekod Nilam.
c) Guru-guru bertanggungjawab untuk menyemak, menilai dan mengesahkan bacaan serta
aktiviti murid dalam Buku Rekod Nilam.
d) Guru kelas dan guru Pendidikan Moral perlu merekod bilangan buku yang dibaca ke dalam
borang data Nilam.
e) Masa dan hari telah ditetapkan bagi murid menjalankan aktiviti Program Nilam semasa
waktu Pendidikan Moral. Guru Pendidikan Moral perlu membawa murid ke pusat sumber
sekolah semasa waktu tersebut.
Kelas Nama Guru Masa/ Hari
Khamis
1M Choo Jia Hui
8.30am – 9.00am
Isnin
2M Lee Me Ling
9.30am – 10.00am
Rabu
3M Leu Qiao Xin
12.00pm – 12.30pm
Khamis
4M Yong Song Ping
10.30am – 11.00am
Rabu
5M Kong Ming Yau
8.00am – 9.00am
Selasa
6M Tee Geok Wah
10.30am – 11.30am
Tindakan: Semua guru P.
Moral
4.1.7 SIVIK
a) Pengerusi mengingatkan guru menulis rancangan pengajaran harian Sivik pada minggu
ketiga setiap bulan.
b) Rancangan pengajaran harian Sivik yang ditulis perlu mengikut tema dan nilai moral serta
format yang betul.
c) Pengerusi memaklumkan bahawa modul transisi selama 3 bulan yang disediakan sebagai
kit pelaksanaan telah merangkumi aspek pendidikan sivik. Guru Pendidikan Moral Tahun 1
boleh melaksanakan PdP Pendidikan Sivik selepas selesai program transisi.
Tindakan: Semua guru P. Moral
4.2 Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP )
a) Pengerusi mencadangkan agar guru memupuk nilai-nilai murni kepada murid-murid.
b) Guru Pendidikan Moral perlu sentiasa menggalakkan murid-murid mengenal budi
pekerti bermula dengan salam hormat dan terima kasih.
c) Guru diingatkan bahawa semasa P&P, nilai-nilai moral mengikut sukatan pelajaran
perlu diberi penekanan supaya mereka dapat mengaplikasikan nilai-nilai moral dalam
kehidupan seharian.
d) Guru dicadangakan agar mempelbagaikan penggunaan ABM supaya dapat menarik
perhatian murid-murid semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran.
e) Tayangan video yang mempunyai nilai-nilai murni juga boleh ditayangkan bagi menarik
minat
murid.
Tindakan: Semua guru P.
Moral
4.3 Buku Rekod PdP/ Rancangan Pengajaran Harian
a) Guru yang mengajar Pendidikan Moral perlu menulis rancangan pengajaran harian
mengikut
format KSSR.
b) Guru-guru diingatkan membawa buku rekod mengajar semasa masuk kelas serta menulis
refleksi selepas PdP dijalankan.
c) Refleksi perlu ditulis bilangan murid yang boleh menguasai dan bilangan murid yang
memerlukan pemulihan. Jika hari tersebut tidak dapat menjalankan P&P, maka perlu
membuat catatan. Pemantauan Persediaan Pembukaan Sekolah akan dipantau pada
minggu 1 atau 2.
Tindakan : Makluman Semua
4.4 Rancangan Pelajaran Tahunan
a) Guru yang mengajar Pendidikan Moral perlu menyediakan rancangan pelajaran
tahunan yang lengkap dan sesuai digunakan pada tahun 2021.
b) RPT perlu dihantar kepada guru besar pada 5 Februari 2021.
c) Pengerusi memberitahu guru bahawa RPT boleh dimuat turun dari portal KSSR dan
dirancang berdasarkan kesesuaian keperluan semasa.
d) Guru diingatkan bahawa mesti merujuk kepada Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0
semasa
membuat RPT.
. Tindakan: Semua guru P.
Moral
4.5 Buku Teks/ Buku Kerja/ Buku Latihan
a) Tahun 1 hingga Tahun 6 menggunakan buku teks SPBT yang diedarkan oleh KPM.
b) Buku kerja akan digunakan pada tahun 2021. Oleh itu, buku latihan tidak perlu disediakan
oleh murid.
c) Murid juga akan mendapat satu fail untuk menyimpan latihan PBB bagi mata pelajaran
Pendidikan Moral.
d) Penggunaan buku teks dan buku kerja Pendidikan Moral bagi Tahun 2021 adalah seperti
berikut.

Tahun Nama Buku Penerbit


Tahun 1  Buku teks Pendidikan Moral SPBT  Federal Stationery & Publishing
 Buku kerja Pendidikan Moral  Tunas Pelangi Sdn. Bhd.
Tahun 2  Buku teks Pendidikan Moral SPBT  Beh Er Publication Sdn. Bhd.
 Buku kerja Pendidikan Moral  Tunas Pelangi Sdn. Bhd.
Tahun 3  Buku teks Pendidikan Moral SPBT  Gemilang Publishing Sdn. Bhd.
 Buku kerja Pendidikan Moral  Heng Hui Sdn. Bhd.
Tahun 4  Buku teks Pendidikan Moral SPBT  Gemilang Publishing Sdn. Bhd.
 Buku kerja Pendidikan Moral  Gemilang Publishing Sdn. Bhd.
Tahun 5  Buku teks Pendidikan Moral SPBT  Gemilang Publishing Sdn. Bhd.
Tahun 6  Buku teks Pendidikan Moral SPBT  Gemilang Publishing Sdn. Bhd.
 Buku kerja Pendidikan Moral  Cemerlang Sdn. Bhd.
e) Buku-buku rujukan, buku panduan guru akan diedarkan kepada guru yang akan mengajar
pada tahun 2021.
Tindakan: Semua guru P.
Moral
4.6 Pengurusan Peperiksaan dan Penilaian
a) Pentaksiran sumatif dijalankan sebanyak 5 kali bagi Tahun 6, 3 kali bagi Tahun 4 dan 5.
b) Tiada peperiksaan sumatif bagi murid Tahap 1. Namun begitu, guru yang mengajar Tahap 1
perlu membuat penilaian formatif secara formal atau tidak formal untuk mengesan tahap
penguasaan dan kemajuan murid semasa P&P dijalankan.
c) Markah seluruh kertas ujian adalah 100%, 80% untuk peperiksaan, 20% untuk
amalan. Berikut adalah butiran mengenai markah bagi amalan murid.
ITEM MARKAH
Kebersihan Diri 4%
Kerajinan (Kerja Sekolah) 4%
Sikap belajar 4%
Komunikasi/ Interpersonal 4%
Kelakuan 4%
d) Setiap kertas soalan yang digubal perlu mencatat setiap jenis item bagi amalan murid di
akhir
muka surat kertas soalan.
e) Pengerusi mengingatkan bahawa pada akhir muka surat kertas soalan perlu mencatat
nama
penggubal dan penyemak kertas soalan.
f) Pengerusi meminta guru menggubal soalan yang berkualiti dan berbentuk KBAT yang
selaras
dengan kurikulum KSSR.
g) Semua bank soalan perlu disimpan dalam komputer Guru Besar.
Tindakan: Semua guru P.
Moral
4.7 Anggaran Perbelanjaan Pantia Pendidikan Moral 2021
a) Peruntukan bagi Pendidikan Moral pada tahun ini adalah sebanyak RM 194.28. Cadangan
untuk membeli carta KSSR Semakan Pendidikan Moral Tahun 5.
Tindakan : Makluman Semua
4.8 Aktiviti Panitia Pendidikan Moral
4.8.1 Aktiviti Sempena Tahun Baru Cina
a) Guru membimbing murid-murid Tahun 1 - 6 menulis harapan pada reben yang berwarna-
warni dan menggantung di pokok bagi menghias kawasan sekolah.
4.8.2 Aktiviti Hari Guru/ Hari Ibu Bapa
a) Murid-murid dibimbing untuk membuat dan menghias kad ucapan dan kad penghargaan
bagi ibu bapa ataupun guru sempena Hari Guru ataupun Hari Ibu Bapa.
4.8.3 Aktiviti Membersihkan Kawasan Sekolah
a) Guru-guru juga dicadangkan supaya membimbing murid menjalankan kemahiran hidup
sambil belajar seperti membersihkan kawasan sekolah, menyiram pokok bunga, mencabut
rumput dan sebagainya semasa kelas Pendidikan Moral bagi memupuk sikap nilai sivik dan
moral murid.
Tindakan: Semua guru P.
Moral

5. Hal-hal Lain
5.1 Keceriaan dan Kebersihan Bilik / Kelas
a) Sebelum P&P bermula, guru-guru perlulah mengawal disiplin murid dan memastikan
kebersihan kelas sentiasa terjamin.
b) Sikap bertanggungjawab serta keprihatinan terhadap kebersihan kelas perlu dipupuk
dalam kalangan murid.
c) Guru digalakkan menampal hasil kerja murid di papan kenyataan dan menghias papan
kenyataan di dalam kelas.
Tindakan : Makluman
Semua
5.2 Penampilan dan kekemasan diri murid
a) Guru Pendidikan Moral boleh memeriksa dan membetulkan kesalahan murid yang tidak
mematuhi peraturan dan disiplin sekolah dari aspek penampilan dan kekemasan diri
merangkumi rambut, kuku dan lencana sekolah.
Tindakan: Semua guru P. Moral
5.3 Buku Teks Pendidikan Moral
a) Guru kelas dan guru mata pelajaran perlu memastikan murid membalut buku teks Pendidikan
Moral dan menjaga buku teks dengan baik.
Tindakan : Makluman Semua
5.4 Pengurusan Laluan IQRA ( Papan Kenyataan Pendidikan Moral )
a) Jadual menguruskan laluan IQRA telah disediakan. Guru-guru diminta untuk menghiaskan
papan kenyataan tersebut berdasarkan jadual yang telah ditetapkan.
A
Leu Qiao Xin
20.1.2021 – 26.3.2021
B
Kong Ming Yau
05.4.2021 – 29.5.2021
C
Lee Me Ling
14.6.2021 – 10.9.2021
D
Tee Geok Wah
20.9.2021 – 10.12.2021
Tindakan: Semua guru P. Moral
5.5 Pemantauan PPDJJ dan JPNNS
a) Semua guru diingatkan mengemaskinikan fail-fail panitia dan fail-fail program dasar KPM.
Maklumat hendaklah terkini.
Tindakan : Makluman
Semua
6. Penutup
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap guru-guru
mengambil tindakan atas semua keputusan yang dipersetujui bersama.
6.2 Mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 3.45pm sehingga ke satu tarikh dan masa yang
akan ditetapkan kelak.

Disediakan oleh,

.....................................
Choo Jia Hui
Setiausaha Panitia Pendidikan Moral Bil.1/2021
Tarikh : 13 / 1 / 2021

You might also like