You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA EMBUAU


BIL.1 / 2021

Tarikh : 8 Januari 2021


Hari : Isnin
Masa : 1:00 petang
Tempat : Bilik GURU
Pengerusi : Aldzarfiq Bin Roslan
Kehadiran : 4 orang

SENARAI KEHADIRAN

BIL. NAMA JAWATAN


1. Fazidah bt Abdullah Ketua Panitia
2. Ting Pei Yi Timbalan Ketua Panitia
3. Fazrul Mustaqim bin Sahmat Setiausaha
4. Valerie binti Saipeng Guru Bahasa Inggeris tahun 6

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan salam perkenalan dan ucapan
terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir Mesyuarat Panitia
Bahasa Inggeris Bil.1 Tahun 2021.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Pengerusi membentangkan Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bil 2
Tahun 2020 yang lalu.

Dicadang untuk disahkan oleh : Cik Ting Pei Yi


Disokong untuk pengesahan oleh : Pn Valerie binti Saipeng
3. PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN

3.1 PENETAPAN DASAR DAN KUANTITI LATIHAN MURID


3.1.1 Komponen penulisan yang ditetapkan:
Karangan – satu komponen seminggu (minima) bagi murid tahun tiga
hingga enam.
3.1.2 Komponen tatabahasa yang ditetapkan (tahap satu dan dua):
lima latihan ( empat soalan setiap latihan )
3.1.3 Komponen kosa kata yang ditetapkan (tahap satu dan dua):
10 perkataan setiap minggu.
Tindakan : Makluman

3.2 PEMULIHAN
3.2.1 Setiap guru subjek menjelaskan jumlah murid Pemulihan Literasi Bahasa
Inggeris:

1. Program Kelas Tambahan – LABATURA (Sepanjang Tahun)


Tindakan: Makluman

3.3 HIP
3.3.1 Penyelaras program ialah Encik Aldzarfiq bin Roslan dan dibantu oleh
Cik Ting Pei Yi, Aktiviti Drop and Read A Book akan dijalankan secara
bulanan melibatkan semua guru, staf sokongan, staf swasta dan murid –
murid tahun 1 hingga 6 di SK Nanga Embuau
Tindakan:Seluruh warga sekolah

3.4 DLP
3.4.1 Semua guru Bahasa Inggeris terlibat dengan DLP. Cadangan aktiviti
ialah Karaoke Session: Learn and Sing. Penyelaras aktiviti ini ialah Cik
Ting Pei Yi
Tindakan: Cik Ting Pei Yi
3.5 PENETAPAN BUKU TEKS,BUKU AKTIVITI DAN BUKU LATIHAN
3.5.1 Bagi murid akan menggunakan buku teks yang dibekalkan KPM dan
dibantu dengan lembaran kerja dan buku latihan.
3.5.2 Penggunaan buku latihan adalah sama seperti tahun 2020.
3.5.3 Penyelaras tahun 1 hingga 6 adalah:

1. Tahun 1 – En. Fazrul Mustaqim bin Sahmat


2. Tahun 2 – Cik Ting Pei Yi
3. Tahun 3 – Cik Ting Pei Yi
4. Tahun 4 – En. Aldzarfiq bin Roslan
5. Tahun 5 – En. Aldzarfiq bin Roslan
6. Tahun 6 – Pn. Valerie bt Saipeng
Tindakan:Makluman
3.6 PBS
3.6.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pelu dijalanan dan PBS offline
dilengkapkan dan perlu dicetak.
Tindakan: Makluman

3.7 PEPERIKSAAN
3.7.1 Penyediaan kertas soalan akan diagihkan oleh ketua panitia. Guru-guru
Bahasa Inggeris akan menerima jadual penyediaan kertas soalan dalam
masa terdekat.
Tindakan: Makluman

3.8 BULAN PANITIA BAHASA INGGERIS


3.8.1 Cik Ting Pei Yi menyatakan Bulan Panitia Bahasa Inggeris belum
ditetapkan dan akan diusulkan pada kemudian hari.
4. HAL-HAL LAIN
4.1.1 Murid tahun 1 hingga 3 boleh masuk PSS untuk bacaan buku cerita
tetapi guru perlu mengambil buku dan tidak dibenarkan murid
mengambilnya sendiri di rak buku.
4.1.2 Bahan seperti DSK / DSKP, RPT dan modul KSSR boleh didapatkan
daripada laman sesawang atas talian.
4.1.3 Para guru di ingatkan untuk lebih menerapkan PAK21 dalam sesi PdPc
Tindakan:Makluman

5. PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2:00 petang dengan ucapan terima kasih
daripada pengerusi.

Setiausaha (Fazrul Mustaqim bin Sahmat)


Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris
Sekolah Kebangsaan Taman Selasih
08 Januari 2021

You might also like