You are on page 1of 3

SMK UNDANG REMBAU

KERTAS KERJA PROGRAM F1 - GENIUS KRK 2020

1.0 PENGENALAN

Kecemerlangan murid dalam bidang akademik khususnya bagi murid Kelas Rancangan
Khas sentiasa menjadi agenda utama sekolah. Program F1- Genius KRK merupakan
salah satu program akademik yang dirancang oleh sekolah yang berfokus kepada
pembelajaran-kendiri murid KRK menerusi ulangkaji dan latih tubi secara intensif
latihan-latihan mencabar yang disediakan oleh guru-guru mata pelajaran berkenaan.
Empat mata pelajaran yang diberi fokus utama ialah ​Sains, Matematik,
Bahasa Inggeris dan Sejara​h. Mata pelajaran tersebut diberikan tumpuan khusus
berikutan daripada penguasaan sederhana murid dalam pentaksiran Sumatif Akhir Tahun
2019 dan pencapaian GPMP yang kurang memberangsangkan dalam PT3 2019.

2.0 MATLAMAT

Murid KRK merupakan kekuatan (​strength​) sekolah untuk melonjakkan kecemerlangan


khususnya dalam pencapaian akademik. Program F1- Genius KRK ini menjadi wadah
kepada murid untuk merealisasikan matlamat tersebut. Program Tutor/Guru Muda yang
mengiktiraf murid cemerlang akademik dijalankan serentak menjadi serampang dua mata
yang bertujuan mengoptimumkan pembelajaran abad ke-21 di samping melahirkan ramai
genius​ dalam kalangan murid KRK Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Peningkatan pencapaian murid semua A dalam semua mata pelajaran dalam
pentaksiran.
3.2 Murid menguasai strategi pemerolehan ilmu pengetahuan.
3.3 Mengisi waktu selepas sekolah dengan teratur dan bermanfaat.
3.4 Meningkatkan pencapaian A bagi subjek yang dikenal pasti kritikal

4.0 SASARAN

Semua murid Kelas Rancangan Khas daripada:


4.1 Tingkatan 1 Al Firnas dan Al Jazari
4.2 Tingkatan 2 Al Firnas
4.3 Tingkatan 3 Al Firnas

5.0 TARIKH MULA & TEMPOH PELAKSANAAN

Setiap Selasa dan Khamis, bermula pada 4 Februari hingga 10 November


(​Tertakluk kepada perubahan jadual peperiksaan)​
6.0 JADUAL DAN TEMPAT
Hari Masa Mata pelajaran Kelas

2.45- 3.30 Bahasa Inggeris


Selasa
3.30- 4.15 Matematik Masing-masing

2.45- 3.30 Sains


Khamis
3.30- 4.15 Sejarah

7.0 PELAKSANAAN

71. Guru mata pelajaran akan menetapkan kumpulan murid dan juga tutor bagi setiap
kumpulan.
7.2 Guru mata pelajaran menyediakan latihan yang mencukupi dan menyerahkan
bahan kepada tutor setelah penerangan dan bimbingan diberikan.
7.3 Tutor/ Guru Muda menerangkan tugasan kepada ahli kumpulan sebelum semua
Murid menjawab semua latihan yang dibekalkan.
7.4 Tutor/ Guru Muda berperanan penting membantu dan membimbing rakan
sekumpulan.
7.5 Perkembangan setiap murid dalam kumpulan dipantau oleh guru mata
pelajaran​.
7.6 Tutor/ Guru Muda yang menunjukkan dedikasi dan berjaya membantu rakan
kumpulan menunjukkan peningkatan dalam mata pelajaran akan diberikan insentif.
7.7 Penyeliaan oleh penyelaras, guru mata pelajaran dan kaunselor adalah secara
bergilir iaitu seorang guru bertugas sehari seminggu dimulakan dengan guru
Bahasa Inggeris pada minggu pertama. (Rujuk jadual lengkap dalam lampiran)

8.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA PROGRAM F1 - GENIUS KRK

Penasihat : En Jalaludin bin Dzuklkafli (Pengetua)


Pengerusi : En Mohammad bin Said (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : En Norzaidi bin Pain (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : En Alikasturi bin Ab Manap (PK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn Nor Anita bt Mustafa (SU KRK)
Pen. Penyelaras : Pn Sarimah bt Md Derus
Pemantau Program : GKMP Bahasa
: GKMP Sains dan Matematik
: GKMP Kemanusiaan
: GKMP Teknik dan Vokasional
Ahli Jawatan Kuasa : Semua guru mata pelajaran Sains, Matematik,
Bahasa Inggeris dan Sejarah Kelas Rancangan Khas (KRK)
: Kaunselor
: Ketua Panitia mata pelajaran terlibat
9.0 PENUTUP

Program ini merupakan pemangkin kepada kecemerlangan murid KRK berikutan


pengisiannya yang menjurus kepada pembangunan potensi untuk mencapai 6 Aspirasi
Murid.
Diharapkan dengan penglibatan yang aktif dan kerjasama yang erat daripada
semua pihak, matlamat program ini dapat direalisasikan.
PROGRAM FI - GENIUS KRK 2020
SMK UNDANG REMBAU

JADUAL BERTUGAS GURU UNTUK PENYELIAAN

Guru Guru Guru Guru


MINGGU Bahasa Inggeris Sains Matematik Sejarah *P *K
1FR 1JZ 2FR 3FR 1FR 1JZ 2FR 3FR 1FR 1JZ 2FR 3FR 1FR 1JZ 2FR 3FR

1, 6, 11, 16,
21, 26, 31, 36

2, 7, 12, 17,
22, 27, 32, 37

3, 8, 13, 18,
23, 28, 33

4, 9, 14, 19,
24, 29, 34

5, 10, 15, 20,


25, 30, 35

CATATAN:
* P - Penyelaras *K - Kaunselor

1. Penyeliaan bermula pada minggu 1 iaitu pada 4 dan 6 Februari.


2. Guru memantau sekali dalam seminggu untuk memastikan aktiviti​ pembelajaran-kendiri
dan ​perbincangan kumpulan​ berjalan lancar.
3. Minggu terakhir ialah pada 10 dan 12 November iaitu hari terakhir pentaksiran Sumatif
Akhir Tahun.
4. Mulai minggu ke 2, murid Tingkatan 3 akan terlibat dengan Kelas Kecemerlangan PT3
seperti yang dijadualkan.
5. Sekiranya kelas kecemerlangan tidak dijalankan, murid tingkatan 3 akan mengikuti
program F1- KRK Genius seperti yang dijadualkan.
6. Pada minggu peperiksaan, murid mengulang kaji mata pelajaran yang berkaitan.

You might also like