You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA DAMAI (2)

JALAN PJU 10/4C, DAMANSARA DAMAI,


47830 PETALING JAYA, SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 1/2020


SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA DAMAI (2)

Tarikh : 9 Januari 2020


Hari : Selasa
Masa : 12.00 Tengahari – 1.00 Tengahari
Tempat : Makmal Komputer

KEHADIRAN :

1. Pn Rose Adila Binti Roslee Ketua Panitia


2. En Mohamad Fahmi Bin Mohamad Noh Setiausaha
3. Pn. Adilah Binti Daud Setiausaha
4. Pn. Zubaidah Bt Mat Zin (Guru Bahasa Melayu)
5. Pn Nor Zatul Akmal Bt Ishak (Guru Bahasa Melayu)
6. Cik Nurul Liyana Bt Abd Razak (Guru Bahasa Melayu)
7. Pn. Razniza Bt Mohammad (Guru Bahasa Melayu)
8. Pn Siti Rohani Binti Ma Hassan (Guru Pemulihan)
9. Pn Norzarina Binti Radzali (Guru Bahasa Melayu)
10. Pn Sharifah Daraquthnie Binti Syed Syfaldin (Guru Bahasa Melayu)
11. En. Roslan Bin Nor (Guru Bahasa Melayu
12. En Mohd Amirul Hatta B. MD Mokhtar (Guru Bahasa Melayu)
13. En Muhammad Emir Afiuddin Bin Muhammad Nasron (Guru Bahasa Melayu)
14. Nor Hashidah Bt Hashim (Guru Bahasa Melayu)

TIDAK HADIR BERSEBAB

1.Pn Derisini A/P Gunasegaran (Guru Bahasa Melayu)


2.PN Anis Azlini Binti Mohd Amin (Guru Bahasa Melayu)

1.0 PERUTUSAN YANG BERBAHAGIA PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan terima kasih


kepada semua guru Bahasa Melayu di atas kehadiran dalam mesyuarat
Panitia Bahasa Melayu kali pertama tahun 2020.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 09 Januari 2017 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

1
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Tiada

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada

4.0 MINGGU PANITIA BAHASA MELAYU

4.1 Minggu Panitia Bahasa Melayu dijangka akan dijalankan pada 27 Januari
2020 sehingga 31 Januari 2020. Pengagihan tugas akan diberikan oleh
Ketua Panitia di kemudian hari.

4.2 Tiada majlis pembukaan minggu panitia kerana cuti Tahun Baru Cina.
Majlis penutup minggu panitia Bahasa Melayu akan diadakan pada hari
Jumaat 31 Januari 2020. Majlis penutup untuk sesi pagi akan diketuai oleh
Puan Nor Hashidah Binti Hashim manakala sesi petang diketuai oleh Puan
Razniza Binti Mohammad.

4.3 Hadiah tempat pertama hingga ketiga sahaja diberikan dan tiada saguhati
kerana kekangan kewangan.

4.4 Antara aktiviti-aktiviti Minggu Panitia Bahasa Melayu yang dicadangkan


ialah :

PENGURUS
BIL AKTIVITI SASARAN PERTANDINGAN

1. Jom Cari Kata Tahun 1 En Amirul Hatta Bin Md Mokhtar


2. Puisi Tradisional Tahun 2 En Muhammad Emir Afiuddin
(Seloka/Gurindam) Bin Mohd Nasron

3. Jejak Bahasa Tahun 3 Cik Nurul Liyana Binti Abd


Razak
4. Buku Skrap Peribahasa Tahun 4 En Roslan Bin Nor
5. Kuiz Bahasa Tahun 5 Pn Norzarina Binti Radzali
6. Perbahasan Tahun 6 Pn Rose Adila Binti Roslee
7. Pertandingan Bercerita Tahap 1 Pn Razniza Binti Mohammad
Tahap 2 Pn Zubaidah Binti Mat Zin

8 Program Murid Pemulihan Tahap 1 Pn Siti Rohani Binti Ma Hassan


PPKI Cik Nurul Najah Binti Sudin

Tindakan: Makluman/Semua Guru/KP

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 09 Januari 2017 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

2
5.0 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUN 2020

5.1 Rancangan Pengajaran Tahunan

RANCANGAN TAHUN 1 En. Mohamad Amirul Hatta


TAHUN 2 Nurul Liyana Abd Razak
PENGAJARAN TAHUN 3 Pn Norzatul Akmal Binti Ishak
TAHUNAN TAHUN 4 Encik Roslan Bin Nor
TAHUN 5 Pn Norzarina Binti Radzali
2020 TAHUN 6 Pn Zubaidah Binti Mat Zain

5.1.1 Berdasarkan jadual pengagihan di atas, guru-guru terbabit perlu


menyediakan RPT Bahasa Melayu 2020 mengikut tahun yang telah
ditetapkan.

5.1.2 Guru-guru dikehendaki mencetak sendiri RPT yang disediakan oleh


rakan-rakan guru.

Tindakan: Makluman/Semua Guru/KP

5.2 Program Intervensi

5.2.1 Guru Bahasa Melayu perlu mengenal pasti murid yang lemah
membaca, menulis dan juga kadar memahami yang rendah.

5.2.2 Program ini memerlukan kerjasama daripada murid dan guru untuk
menjayakannya. Program ini perlu dijalankan lebih awal semasa
mereka berada di tahap satu lagi.

Tindakan: Makluman/Semua Guru/KP

5.3 Pentaksiran PBD

5.3.1 Pengisian data PBD adalah sebanyak tiga kali sepanjang tahun.

5.3.2 Guru-guru tahap 1 diingatkan supaya menyediakan borang transit.


Borang transit tersebut hendaklah selaras dan diletakkan di dalam
fail khusus PBD guru untuk semakan pentadbir.

5.3.3 Nama murid dan tarikh pelaksanaan pentaksiran PBD dicatatkan di


dalam ruangan yang disediakan.

5.3.4 Semua bahan evidens dan instrument perlu direkod dan disimpan
oleh guru di dalam fail yang disediakan.

Tindakan: Makluman/Semua Guru/KP

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 09 Januari 2017 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

3
5.4 Jadual Pembinaan Soalan
5.4.1 Merujuk kepada takwim 2020, sebanyak 3 peperiksaan yang akan
dijalankan untuk tahap 2 iaitu Ujian 1, Peperiksaan Pertengahan
Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.
5.4.2 Giliran Pembinaan Soalan akan dibincangkan kemudian oleh Ketua
Panitia dan Setiausaha.

Tindakan: Makluman/Semua Guru/KP

5.5 Pendidikan Keselamatan Jalan Raya


5.5.1 PKJR akan dijalankan selepas penerimaan modul PKJR.

Tindakan: Makluman/Semua Guru/KP

5.6 Perancangan Strategik


5.6.1 Perancangan Strategik Bahasa Melayu telah pun selesai disiapkan
dan dihantar untuk semakan PK Pentadbiran, Pn. Hajah Radziah
Binti Hashim.

Tindakan: Makluman/Semua Guru/KP

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Kutipan Yuran Panitia Bahasa Melayu

6.6.1 Yuran panitia berjumlah RM 100 setiap orang dan perlu dibayar
kepada bendahari, Puan Siti Rohani.

6.6.2 Ketua Panitia mencadangkan jamuan makan malam dan “family


day” di antara ahli-ahli panitia sekiranya peruntukan mencukupi.

Tindakan: Makluman/Semua Guru/KP

7.0 PENUTUP
7.1 Ucapan terima kasih dari pengerusi kepada semua ahli mesyuarat atas
sumbangan idea yang diberikan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.50
tengah hari. Mesyuarat Panitia Bil 2/2020 akan diadakan pada masa yang
akan ditetapkan kemudian.

Pencatat Minit :
Puan Adilah Binti Daud
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Damansara Damai (2)

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 09 Januari 2017 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

4
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
01 09 Januari 2017 00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

You might also like