You are on page 1of 4

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014

PERINGKAT SK.DATO PANGLIMA BUKIT GANTANG, PERAK.




1. PENDAHULUAN

Majlis Maulidur Rasul adalah salah satu aktiviti ko-kurikulum Pendidikan Islam sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah fungsi perancangan kegiatan sekolah dan sambutan
kebesaran Islam.
Bersempena dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw, Panitia Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan Dato Panglima Bukit Gantang berusaha untuk mengadakan aktiviti serta program
bagi mengenang dan memuliakan junjungan besar ini. Sambutan maulidur Rasul di peringkat sekolah ini
merupakan kesan daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah saw.
Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad saw disamping
menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid agar
dapat mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah saw disamping memupuk
perasaan rindu dan kasih yang mendalam terhadap baginda.

2. MATLAMAT
Matlamat program ini ialah, untuk menimbulkan rasa kasih, rindu dan sayang warga SK Dato Panglima
Bukit Gantang ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta mencontohi akhlak dan sunnah
baginda di dalam setiap kehidupan seharian.

3. OBJEKTIF

3.1 Memupuk rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w.
3.2 Berusaha meneladani akhlak baginda dan menyusuri sirah baginda.
3.3 Membina ukhuwah dan semangat kerjasama yang mantap sesama murid, guru-guru dan semua staf.

4. SASARAN

Semua murid S.K Dato Panglima Bukit Gantang.


5. JANGKA MASA /TEMPAT

Tarikh : 20 Januari 2014
Hari : Isnin.
Masa : 10.30 a.m -1.00 p.m
Tempat : Dewan Terbuka Sekolah.
6.0 Aktiviti

6.1 Kuiz
6.2 Nasyid
6.3 Qasidah & Selawat beramai-ramai
6.4 Forum / Ceramah



7. JAWATAN KUASA INDUK DAN AJK PELAKSANA

Pengerusi : Tn Haji Hamdan b Haji Abd Wahab
Timbalan Pengerusi : Tn. Haji Abd Halim b. Hasan
Naib Pengerusi 1 : En. Fareezuan Ong b Abdullah
Naib Pengerusi 2 : En. MD Hariry b Aris
Setiausaha : En. Nawawi b Hassan
Penyelaras : En. Mohd Farzi b Mohamed Ghazali


Perkara Catatan
PENGACARA MAJLIS
1. Pn. Zauyah bt Mohd Robariee

Menyediakan teks.
Mengendali majlis dari awal hingga
akhir.

PA SISTEM / LCD
1. En. MD Hariry b Aris
2. En. Nawawi b Hassan

Menyediakan peralatan PA Sistem.
PERSIAPAN TEMPAT
1. Pn. Rusmini bt Ahmad
2. Pn. Zarida bt Ghasali
3. Pn. Zarina Bt Ishak
4. Murid-murid tahun 6

Mengemas dewan.
Mengemas semula setelah selesai
majlis.
BACKDROP/ HIASAN PENTAS
1. Cik Norsuhana bt Md Salleh
2. Cik Mastura bt Md Zain

Membuat Backdrop Tema.
PEMPLET/ BUKU PROGRAM
1. En. Nawawi b Hassan


Menyediakan pemplet
Mengedarkan Pemplet kepada
semua guru.
KAWALAN MURID
1. En. Azraei b Mat Isa
2. Pn.Paramesvary A/P Nallakamu
3. Pn. Noorhidayah bt Zakaria
Mengawal keluar masuk murid dari
dewan
Memastikan murid tidak membuat
bising.
PERSEMBAHAN
1. En. Mohd Farzi b Mohamed Ghazali

Menyediakan persembahan murid
( 1 buah lagu)
CENDERAHATI/ SIJIL
1. Pn. Rusmini bt Ahmad
2. Pn Maisarah bt Mohd Isa
Menyediakan cenderahati/sijil
penceramah
Menyediakan cenderahati untuk
pertandingan kuiz (20 orang murid)

FOTOGRAFI/DOKUMENTASI
1. En Norhafez b Ibrahim

Merakam gambar dan membuat
dokumentasi program.
KEBERSIHAN
1. Pn. Nor Hidayu bt Jamali
2. Pn Nani Rahayu bt Che Aim
3. Pn. Norasrida bt Bahauddin

Memastikan kawasan dewan dan
sekitarnya dalam keadaan bersih.

HAKIM PERTANDINGAN KUIZ
1. En. Ahmad Zainudin b Mhd Noor

Menghakimi pertandingan.



8. TENTATIF PROGRAM

10.30 pagi : Murid berkumpul di Dewan terbuka sekolah.
10.45 pagi : Majlis dimulakan.
11.00 pagi : Bacaan Doa.
11.10 pagi : Selawat dan qasidah beramai-ramai
11.20 pagi : Ceramah Maulidur rasul.
12.10 pagi : Kuiz.
12.30 pagi : Penyampaian hadiah dan majlis penutup.





10. ANGGARAN PERBELANJAAN.

Bil. Perkara Butiran Jumlah


1.

Hadiah pemenang kuiz

RM10.00 x 5 orang

RM 50.00

2.

Bahan bercetak

RM 20.00

RM 20.00

Jumlah Keseluruhan

RM 70.00



11.PENUTUP

Semoga dengan terlaksananya majlis seperti ini akan dapat memotivasikan murid-murid untuk lebih
mengenali dan mencintai Rasulullah sekaligus menjadikan baginda sebagai ikutan dan idola dalam
kehidupan seharian. Adalah diharapkan juga agar program ini akan mendapat kerjasama semua warga
sekolah. Semoga segala jasa baik yang kita lakukan diterima oleh Allah S.W.T sebagai satu ibadah dan
diberikan ganjaran yang setimpal atas segala usaha dan keringat yang telah dicurahkan.

Rasulullah ikutan sepanjang zaman





Disediakan oleh : Disahkan oleh :





( NAWAWI B. HASSAN ) ( HJ. HAMDAN B. HJ. ABD WAHAB )

Setiausaha,
Panitia Pendidkan Islam, Penolong Kanan Pentadbiran,
SK. Dato Panglima Bukit Gantang. b/p Guru Besar,
SK. Dato Panglima Bukit Gantang.

You might also like