You are on page 1of 12

SOALAN PERBINCANGAN:

Bincangkan kata panggilan hormat, penggunaan lagu kebangsaan, penggunaan


bahasa istana dan etika penggunaan bendera semasa mengendalikan majlis.

Perbincangan anda meliputi aspek kriteria, tujuan, susunan dan peraturan yang perlu
dipatuhi

1. Kata Panggilan Hormat

Panggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang


kenamaan sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat
mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan
hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang
dikendalikan.

Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang


DiPertua Negeri adalah seperti berikut:

Yang di-Pertuan Agong DYMM Seri Paduka Baginda


Raja Permaisuri Agong DYMM Seri Paduka Baginda
Raja Perlis DYMM Tuanku
Sultan Kedah Ke Bawah DYMM Al-Sultan
Sultanah Kedah Ke Bawah DYMM Tuanku
Sultan Selangor DYMM Sultan
Tengku Ampuan Selangor DYMM Tengku Ampuan
Yang Dipertuan Besar DYMM Tuanku Negeri Sembilan
Tunku Ampuan DYMM Tuanku Negeri Sembilan
Sultan Pahang Ke Bawah DYMM Sultan
Sultanah Pahang DYMM Sultanah
Sultan Terengganu DYMM Sultan
Tengku Ampuan Besar DYMM Tengku Ampuan Terengganu
Al-Sultan Kelantan Ke Bawah DYMM Tuanku
Raja Perempuan Kelantan DYMM Tengku
Sultan Johor DYMM Baginda Sultan
Sultanah Johor DYMM Baginda Sultanah
Paduka Seri Sultan Perak DYMM Paduka SeriSultan
Raja Permaisuri Perak DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan
Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Tuan Yang Terutama
Sabah dan Pulau Pinang
Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Yang Amat Berbahagia
Sabah dan Pulau Pinang

Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:


Perdana Menteri Yang Amat Berhormat
Isteri Perdana Menteri Yang Amat Berbahagia
Timbalan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat
Isteri Timbalan Perdana Menteri Yang Amat Berbahagia
Menteri Besar/Ketua Menteri Yang Amat Berhormat
Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri Yang Amat Berbahagia
Menteri, Timbalan Menteri Yang Berhormat
Isteri Menteri dan Timbalan Yang Berbahagia
Tun/isteri Yang Amat Berbahagia
Tan Sri/isteri Yang Berbahagia
Datuk selain negeri Johor Yang Berbahagia
Dato’ dari negeri Johor Yang Berhormat
Raja/Tengku Yang Mulia
Isteri Raja/Tengku Yang Berbahagia
Panglima Angkatan Tentera/isteri Yang Berbahagia
Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia
Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif
Isteri Ketua Hakim Negara Yang Amat Berbahagia
Hakim Besar Yang Arif
Isteri Hakim Besar Yang Berbahagia
Hakim Mahkamah Agong/Tinggi Yang Arif
Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi Yang Berbahagia
Peguam Negara/isteri Yang Berbahagia
Ketua Pengarah Perkhidmatan Yang Berbahagia
Awam/isteri
Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian Yang Berbahagia
dan Ketua- Ketua Jabatan Peringkat
Persekutuan/ isteri
Ketua-Ketua Jabatan Negeri Yang Berusaha/Yang Berbahagia
Bil Kata Panggilan Hormat Pihak Terbabit
1 Saudara/saudari Digunakan untuk orang lelaki / perempuan
yang dihormati
2 Tuan Haji / Puan Hajah Digunakan untuk orang lelaki / perempuan
yang telah menunaikan fardhu Haji
3 Yang dikasihi Rakan-rakan
4 Yang dihormati Ibu bapa , pengerusi majlis
5 Yang Berbahagia Golongan kehormat.
Ch:Pengetua , ustaz , Guru Besar , guru
6 Yang Berusaha Pengarah / Ketua jabatan
7 Yang Arif Digunakan untuk hakim
8 Yang Amat Arif Tuan Hakim Negara. Digunakan dalam
situasi formal di mahkamah
9 Tuan , Encik Digunakan untuk orang lelaki yang
dihormati
10 Yang Berhormat Panggilan untuk ahli politik
2. Penggunaan Lagu Kebangsaan

 NASKHAH PENUH (FULL VERSION)


Naskhah Penuh dimainkan pada peristiwa-peristiwa berikut:

1. Apabila sesuatu penghormatan diberi kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong.

2. Apabila suatu penghormatan diberi kepada Timbalan Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong semasa menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.

3. Apabila suatu penghormatan diberi kepada seorang Raja yang dilantik bagi
menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong mengikut Ordinan (Menjalankan
Tugas-tugas) Yang di-Pertuan Agong, 1957.

4. Apabila panji-panji Diraja dikibarkan bagi melambangkan kehadiran Seri Paduka


Baginda Yang di-Pertuan Agong.
5. Pada segala peristiwa apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hadir
sendiri.

6. Di sekolah-sekolah bagi maksud mengajar murid-murid sekolah menyanyi lagu


kebangsaan.

7. Dalam peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong.

8. Pada semua peristiwa apabila lagu kebangsaan dinyanyikan, Naskhah Penuh


atau Naskhah Diraja hendaklah dinyanyikan.

9. Pada semua sambutan rasmi, pembesar-pembesar luar negara di mana


penghormatan diberi,

*Naskhah Penuh hendaklah dimainkan selepas sahaja lagu bagi negeri pembesar
yang membuat lawatan itu dimainkan

 NASKHAH RINGKAS (THE ABRIDGED VERSION)

Naskhah Ringkas ini mengandungi lapan baris bar yang pertama dan lapan bar yang
terakhir iaitu dengan meninggalkan rangkap antara rangkap A dan B. Dimainkan bagi
menghormati dalam majlis-majlis rasmi kepada:

1. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

2. Tuan-tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sarawak
dan Sabah.

3. Wakil rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong apabila Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong diwakili oleh salah seorang Duli Yang Maha Mulia
Raja-Raja Melayu.

*Dalam keadaan begini lagu kebangsaan negeri Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu
yang berkenaan hendaklah dimainkan sepenuhnya terlebih dahulu dan kemudian
barulah diikuti dengan Lagu Kebangsaan Naskhah Ringkas.

4. Wakil-wakil Diplomat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di luar negara.

5. Majlis Minum Selamat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan
iringan muzik.
6. Mana-mana iringan lain sebagaimana yang ditetapkan dengan titah Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong.

 NASKHAH PENDEK(SHORT VERSION)

Naskhah Pendek mengandungi lapan bar yang terakhir. Dimainkan pada:

1. Pada mana-mana peristiwa rasmi apabila Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan
Agong atau wakilnya tidak hadir, tetapi salah seorang daripada Duli Yang Maha
Mulia Raja-Raja Melayu hadir, maka naskhah pendek hendaklah dimainkan pada
masa tamatnya peristiwa itu selepas sahaja lagu negeri yang berkenaan itu
dimainkan.

2. Apabila tamatnya sesuatu hiburan seperti tayangan gambar atau tamatnya


rancangan televisyen.

 MEMAINKAN LAGU KEBANGSAAN DAN NEGERI

Dalam majlis peringkat Persekutuan, jika Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong atau wakil rasminya tidak berangkat hadir, tetapi salah seorang daripada Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berangkat hadir, lagu kebangsaan naskhah
ringkas hendaklah dimainkan pada akhir majlis tersebut setelah lagu kebangsaan
Negeri Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu yang bekenaan dimainkan.

 MENGHORMATI LAGU KEBANGSAAN

Apabila lagu kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan atau bila naskhah ringkas atau
naskhah pendek dimainkan semua orang yang hadir hendaklah berdiri sebagai tanda
hormat. Jika lagu kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan dalam masa sesuatu
penyiaran tersebut maka memberi hormat ini adalah dikecualikan.

Seseorang yang dengan sengaja menunjukkan tidak hormat kepada lagu


kebangsaan di mana-mana tempat awam boleh dikenakan dengan tidak lebih
daripada satu ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu
bulan.

Perbuatan yang mungkin merendahkan kemuliaan lagu kebangsaan pada


pandangan awam adalah dianggap tidak menghormati lagu kebangsaan. Pegawai-
pegawai Polis diberi kuasa untuk menangkap dengan tiada waran orang yang tidak
menghormati lagu kebangsaan.

3. Penggunaan Bahasa Istana

BAHASA ISTANA

Bil  Perkataan Bahasa Istana Bahasa Awam

1  Anak   Paduka anakanda   Pacal didik


2  Ayah/Bapa   Paduka ayahanda   Hamba Tua ayah
3  Adik   Paduka adinda   Pacal didik
4  Abang/Kakak   Paduka kekanda   Pacal kakak
5  Berlepas   Berangkat lepas  -
6  Buang air   Ke sungai   Ke bilik air
 Beri/menyampaikan/pemberia
7   Kurnia/anugerah  -
n
8  Berjumpa   Bertemu   Menghadap
9  Duduk/tinggal   Semayam  -
10  Hendak tahu   Ingin mengetahui   Mohon periksa
11  Jemput/sila   Ajak   Mempersilakan
12  Mandi   Bersiram   Mandi
13  Makan   Santap   Ayap
14  Marah   Murka   Dukacita
15  Merasmikan   Menyempurnakan  -
16  Pergi   Berangkat  -
17  Rumah   Istana   Pondok
18  Sakit   Gering   Sakit
19  Sampai   Berangkat tiba   Sampai
20  Saya   Beta/kita   Patik
21  Sudi mengunjungi   Mencemar duli  -
22  Setuju   Berkenan   Bersetuju
23  Tidur   Beradu   Tidur
  Junjung kasih/junjung
24  Terima kasih   Berima kasih
kurnia
  Kurang periksa/kurang
25  Tidak tahu   Tidak pasti/tidak tahu
pasti

  Tuanku
26  Suami Agong/Tuanku     Hamba tua suami
   Sultan/Tuanku

• Apabila baginda Tuanku berkenan bertitah, anda hendaklah menjawab “Tuanku”


setiap kali bersetuju iaitu menggantikan “Ya”.

• Gunakan “Ampun Tuanku” atau “Tuanku” di pangkal atau di penghujung ayat


semasa bertutur menghadap Tuanku.

• Jika bercakap tentang baginda berdua, hendaklah menggunakan “Tuanku Yang di-
Pertuan Agong dan Tuanku Permaisuri Agong”.

• Jauhkan dari menggunakan sebutan pendek dan ringkas.

• Apabila Tuanku menunjukkan dengan jari telunjuk dan sebagainya, jangan meniru
perbuatan yang sama, tetapi hendaklah menunjukkan sesuatu itu dengan “ibu jari”
sambil menggenggam jari-jari yang lain dan gunakan “Ampun Tuanku atau Tuanku”

• Kepada Paduka Putera/Puteri - hendaklah tunduk hormat takzim dan bagi wanita
hendaklah mengendurkan lutut sedikit dan tunduk hormat (bercakap gunakan
“Tengku, “Mohon Tengku atau Ampun Tengku”)
• Apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris, hendaklah sentiasa menggunakan Bahasa
Beraja iaitu Royal Vocabulary atau Royal Language atau Royal Term.

• Elakkan menggunakan perkataan Inggeris apabila bertutur dalam bahasa Malaysia


melainkan betul-betul fasih menguasai bahasa beraja dalam bahasa Inggeris.

• Jika terpaksa hendaklah menambah atau menggunakan perkataan:

- “His Majesty” bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

- “Her Majesty bagi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

- “Your Majesty” untuk perkataan “Tuanku” bukan “You/r/r’s”.

• Perkataan “I” gantikan “Patik” walaupun anda menjawab dalam bahasa Inggeris
melainkan anda menggunakan “Royal Vocabulary” sepenuhnya.

4. Etika Penggunaan Bendera

You might also like