You are on page 1of 8

[No. Rujukan : SKTKKII.

600-3/2/6/ ( )]

KERTAS CADANGAN MUKHAYYAM 10 AL ARAB


Anjuran
PANITIA BAHASA ARAB
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOTA KULAI 2

KERTAS CADANGAN
MUKHAYYAM 10 AL ARAB

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOTA KULAI 2


TAHUN 2023

Disediakan oleh:
Hj Abd Rahim Bin Hj Esa
Ketua Panitia Bahasa Arab
Sekolah Kebangsaan Taman Kota Kulai 2
[No. Rujukan : SKTKKII.600-3/2/6/ ( )]

KERTAS CADANGAN MUKHAYYAM 10 AL ARAB


Anjuran
PANITIA BAHASA ARAB
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOTA KULAI 2

PUAN AISAH BINTI BAKRI (GURU BESAR),


KERTAS CADANGAN MUKHAYYAM 10 AL ARAB
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOTA KULAI 2

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Program j-QAF diperkenalkan oleh KPM mulai tahun 2005. Beberapa model telah
diperkenalkan dalam program j-QAF seperti Model Pemulihan Jawi, Model Khatam Al-
Quran, Model Tasmik, Model Bahasa Arab dan Model Bestari Solat. Model Bahasa Arab
merupakan salah satu daripada matlamat utama Program j-QAF di mana murid boleh
menguasai kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Arab.
Mukhayyam 10 AL ARAB dilaksanakan untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa
Arab dalam kalangan murid Sekolah Rendah Taman Kota Kulai 2. Program ini juga
melibatkan Guru Bahasa Arab sebagai fasilitator program dalam usaha memberikan
pendedahan kepada murid dan meningkatkan keyakinan dan kompetensi diri murid dalam
Bahasa Arab.

Pelaksanaan Mukhayyam10 Al Arab adalah salah satu usaha ke arah meningkatkan


minat murid SKTKK2 terhadap Bahasa Arab di samping membudayakan percakapan
Bahasa Arab di sekolah. Ianya menepati hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam usaha menjadikan Bahasa Arab sebagai
bahasa pilihan.

3. OBJEKTIF:
3.1. Mendedahkan suasana sebenar pembelajaran Bahasa Arab yang
menyeronokkan melalui kaedah permainan bahasa, didik hibur dan
sebagainya.
3.2. Menimbulkan rasa kecintaan dan minat terhadap Bahasa Arab dalam
kalangan murid sekolah rendah bagi mempersiapkan diri ke sekolah
menengah.
3.3. Mengaplikasikan perkataan dan ayat mudah serta asas tatabahasa Arab
yang dipelajari dalam pertuturan dan penulisan.

4. KUMPULAN SASARAN
Semua Murid yang mengambil subjek Bahasa Arab sebagai pilihan alternatif.
[No. Rujukan : SKTKKII.600-3/2/6/ ( )]

KERTAS CADANGAN MUKHAYYAM 10 AL ARAB


Anjuran
PANITIA BAHASA ARAB
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOTA KULAI 2

5. JANGKA MASA PELAKSANAAN


Tarikh : 25-31 JULAI 2023
Tempat : SKTKK2
Tempoh : SEMINGGU
Tema : ANA INSAN LI IHSAS

6. BUTIRAN PELAKSANAAN
6.1 Menyediakan dan membentangkan Kertas Cadangan
6.2 Membentuk Jawatankuasa dan pemilihan peserta
6.3 Menyelaras Persiapan
6.4 Melaksanakan Program dan Pemantauan Pelaksanaan
6.5 Menyedia dan Membentang Laporan
6.6 Mendokumentasi Semua Aktiviti Program

PROGRAM DIGITAL PROGRAM HIJAIYAH


1- Pertandingan TIKTOK lagu 10 al 1- Padanan huruf arab dan jawi
arab TAHAP 1 2- Perbezaan huruf bertitik dan tidak
2- Pertandingan TIKTOK lagu 10 al bertitik
arab TAHAP 2
3- Pertandingan JINGLE al arab 3- Padanan huruf dan kalimah
TAHAP1 DAN 2
4- Sahiba ala arab

PROGRAM KUIZ
1- Kuiz Terbuka
2- Spelling Bee
3- Imlak
[No. Rujukan : SKTKKII.600-3/2/6/ ( )]

KERTAS CADANGAN MUKHAYYAM 10 AL ARAB


Anjuran
PANITIA BAHASA ARAB
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOTA KULAI 2

7. JAWATANKUASA KERJA

Penasihat : Pn. Aisah bt Bakri ( Guru Besar)


Pengerusi : Pn. Siti Salehah binti Hj. Masrom (GPK Pentadbiran)
Timb. Pengerusi : En. Azarizan bin Ahmad Suhami Basha (GPK HEM)
Ustaz Ibrahim bin Mat Isa (GPK Kokurikulum)
Pn. Fara Wahida binti Hj. Dahalan (GPK Petang
En. Hisham bin Esa ( GPK Pendidikan Khas )
Penyelaras Program : Tn Hj. Abdul Rahim bin Hj. Esa
Setiausaha : En. Ishak bin Hashim
Bendahari : Pn. Siti Rashidah binti Tokiban

AJK : Semua Guru GBA & GPI

JAWATANKUASA KECIL BIDANG TUGAS

Jawatankuasa Pengurusan SEBELUM


Program
▪ Menyelaras semua aktiviti
▪ Menyediakan Aturcara Program

▪ Mengendalikan taklimat kepada peserta

▪ Menyediakan anggaran perbelanjaan

▪ Menyediakan panduan dan info berhubung


perlaksanaan

▪ Membantu bendahari dalam pengurusan


kewangan

▪ Memanggil mesyuarat Jawatankuasa

▪ Menyediakan minit mesyuarat

▪ Mendapatkan senarai nama peserta

SEMASA

▪ Menyelaras perjalanan program


▪ Memastikan program berlangsung seperti
[No. Rujukan : SKTKKII.600-3/2/6/ ( )]

KERTAS CADANGAN MUKHAYYAM 10 AL ARAB


Anjuran
PANITIA BAHASA ARAB
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOTA KULAI 2

yang dijadualkan

▪ Menyediakan maklumat terkini untuk


rujukan semua

▪ Mengadakan sesi pertemuan bersama


jawatankuasa

▪ Membantu penyelarasan dan kelancaran


perjalanan program

▪ Melaksanakan tugas-tugas lain yang


diarahkan

SELEPAS

▪ Mengurus mesyuarat postmortem


▪ Membantu menyediakan laporan

8. IMPLIKASI KEWANGAN

8.1 Sumber kewangan – PCG Panitia Bahasa Arab

8.2 Perbelanjaan

Bil. Perkara Unit Harga (RM) Jumlah (RM)

1. Hadiah Set Alat Tulis 10 RM4.00 RM40.00

2. Hadiah Set Alat Tulis 10 RM5.00 RM50.00

3. Hadiah Set Alat Tulis 10 RM7.00 RM70.00

4. Mini White Board A3 – PAK 21 120 RM7.50 RM900.00


[ Bahan bantu mengajar – BBM ]
JUMLAH RM 1060.00

8.3 Lampirkan kelulusan pindah peruntukan - sekiranya ada.


[No. Rujukan : SKTKKII.600-3/2/6/ ( )]

KERTAS CADANGAN MUKHAYYAM 10 AL ARAB


Anjuran
PANITIA BAHASA ARAB
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOTA KULAI 2

9. ULASAN JPN/PPD (sekiranya perlu)

- Tiada

10. PENUTUP

Program ini adalah satu pendekatan yang sangat baik kepada murid untuk mengasah minat
mereka terhadap Bahasa Arab. Panitia Bahasa Arab amat mengharap kerjasama, sokongan
dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak demi menjayakan Mukhayyam10 Al Arab
ini. Semoga program ini akan memberikan impak yang tinggi kepada semua murid dan guru
sebagai langkah memperkasakan Bahasa Arab untuk membina generasi baru untuk
menguasai lebih daripada satu bahasa di samping merealisasikan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………......................... ………………………........................
(HJ ABDUL RAHIN BIN HJ ESA) (SITI SALEHAH BINTI MASROM)
[Ketua Panitia Bahsa Arab] [GPK PENTADBIRAN]
SK Taman Kota Kulai 2 SK Taman Kota Kulai 2
Tarikh: Tarikh:
[No. Rujukan : SKTKKII.600-3/2/6/ ( )]

KERTAS CADANGAN MUKHAYYAM 10 AL ARAB


Anjuran
PANITIA BAHASA ARAB
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOTA KULAI 2

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan kertas cadangan


[ MUKHAYYAM 10 AL ARAB PERINGKAT SEKOLAH
KEBANGSAAN TAMAN KOTA KULAI 2]

ATAU

Tidak meluluskan kertas cadangan


[ MUKHAYYAM 10 AL ARAB PERINGKAT SEKOLAH
KEBANGSAAN TAMAN KOTA KULAI 2]

Ulasan :
…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

……………………………………………

……………………………………..
[No. Rujukan : SKTKKII.600-3/2/6/ ( )]

KERTAS CADANGAN MUKHAYYAM 10 AL ARAB


Anjuran
PANITIA BAHASA ARAB
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOTA KULAI 2

(AISAH BINTI BAKRI)


GURU BESAR
SK Taman Kota Kulai 2

Tarikh :

You might also like