You are on page 1of 16

KOLEJ AITC KUCHING (L00922)

LOT 3073-3086, OF PARENT LOT 2988, BLOCK 12,


JALAN USAHAJAYA, MUARA TABUAN,
93350, KUCHING SARAWAK.

KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA
G452-002-3:2018 LIGHT VEHICLE – DIAGNOSE SERVICE
PROGRAM
TAHAP 3

NO. DAN TAJUK UNIT G452-002-3:2018-C01 AUTOMOTIVE WORKSHOP


KOMPETENSI SUPERVISION
1. PREPARE WORKSHOP WORK SCHEDULE
2. CONDUCT BRIEFING SESSION
3. PREPARE WORKSHOP SECTIONAL OPERATION
BUDGET INFORMATION
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA 4. MONITOR WORKSHOP STAFF PERFORMANCE
5. COORDINATE WORKSHOP STAFF TRAINING
6. MONITOR WORKSHOP SAFETY
7. MONITOR ENVIRONMENT QUALITY

NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(3/7) Muka Surat : 1 Drp : 16

TAJUK:
PENGENALAN MENGENAI BAHAGIAN BELANJAWAN DALAM ORGANISASI.

TUJUAN:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pelatih tentang
mengenai bahagian belanjawan dalam organisasi.
NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(3/7) Muka /Surat : 2 : 16

PENERANGAN:
1.0 Bahagian penubuhan belanjawan.
Belanjawan ialah “satu pernyataan anggaran hasil dan perbelanjaan bagi masa
hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber
ekonomi institusi dan bengkel.

1.1 Objektif
I) Memastikan pengagihan dan penggunaan peruntukan kewangan kepada semua
Jabatan/agensi secara teratur, cekap dan berkesan dan menentukan pengagihan
sumber kewangan bengkel dibuat dengan sewajarnya selaras dengan dasar dan
objektif bengkel.
II) Peruntukan bajet hendaklah digunakan dalam selaras dengan prinsip pengurusan
kewangan yang baik,iaitu selaras dengan prinsip-prinsip ekonomi, kecekapan dan
keberkesanan.

2.0 Berpandukan bajet pada tahun sebelumnya.


Merujuk kepada belanjawan yang telah dibuat pada tahun sebelumnya dapat
membantu dalam pengurus kewangan untuk tahun yang seterusnya. Dengan
merujuk kepada penyata pendapatan(income statement) dan kunci kira-
kira(balance sheet). Mengemukakan penyata bank, akaun pelaburan, bil-bil utiliti
pada tahun sebelum dan apa-apa maklumat mengenai sumber pendapatan atau
perbelanjaan adalah kunci untuk proses dalam mengemaskini belanjawan pada
tahun yang seterusnya suatu pernyataan umum hasil dan perbelanjaan: bahagian
yang berasingan dibahagikan kepada penyata pendapatan dan perbelanjaan bagi
setiap intitusi dan bengkel. Prinsip ekonomi memerlukan sumber yang digunakan
oleh institusi itu untuk mengajar aktiviti akan disediakan dalam masa yang
sewajarnya,dalam kuantiti dan kualiti yang sesuai.

2.1 Membuat ramalan


a) Perkara yang paling penting yang perlu dibuat ialah tempoh masa sesuatu bajet
kerana ia adalah yang terbaik dalam merancang pelaksaan sesuatu bajet.
NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(3/7) Muka /Surat : 3 : 16

Biasanya tahun kewangan adalah dari bulan Janurary hingga akhir bulan Februari
tahun depan.
b) Perlu mengemukakan secara terperinci bajet yang ingin dilaksanakan kerana ianya
akan lebih memudahkan dalam perlaksanaan bajet kewangan yang telah dibuat.
c) Menentukan pencapaian yang bakal diperoleh pada tahun akan datang.
d) Membuat perancangan yang strategik dengan membuat senarai aktiviti dan mengira
kos setiap aktiviti yang akan dilakukan.
e) Contoh:
I) Kos yang melibatkan modal.
Pembelian alat kelengkapan pejabat.
Ii) Kos pentadbiran
Bil telefon,faks,elektrik dan sebagainya.
Iii) Kos bayaran kakitangan
Gaji untuk pekerja,bantuan perubatan,pekerja latihan kakitangan.
Iv) Kos pengurusan
Kos pengangkutan dan perjalanan,percetakan dan sebagainya.

3.0 Kegunaan belanjawan


a) Perancangan
b) Komunikasi
c) Koordinasi
d) Pembuat keputusan
e) Kawalan dan penilaian prestasi
f) Motivasi
a) Perancangan
Pengurus dapat menentukan matlamat organisasi dimasa hadapan dan
menentukan langkah-langkah yang perlu diambil.

b) Komunikasi
Mengkomunikasi pelan dan tindakan kepada setiap unit yang berbeza dan antara
fungsi dengan jabatan dalam organisasi.
NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(3/7) Muka /Surat : 4 : 16

c) Koordinasi
Membolehkan pihak pengurusan mengkoordinasi dan menyelaraskan aktiviti
aktiviti yang berbeza, fungsi dan jabatan-jabatan dalam organisasi untuk
mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

d) Pembuat keputusan
Mengumpul maklumat yang berkesan dan relevan bagi tujuan membuat
keputusan. Pengurusan perlu mengetahui kos bagi apa-apa rancangan atau
tindakan yang ingin diambil bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah yang
paling menguntungkan.

e) Kawalan dan penilaian prestasi


Belanjawan berfungsi sebagai standard untuk membandingkan dengan keputusan
yang sebenar. Dengan menggunakan penilaian ini, pengurusan boleh
melaksanakan tindakan pembetulan yang sesuai.

f) Motivasi
Memotivasikan pihak pengurusan untuk mencapai objektif dan matlamat
organisasi. Ini boleh meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi.

4.0 Keadaan dalam penubuhan belanjawan


I. Perbendaharaan pada akhir tahun fisikal yang terdahulu.
Ii. Anggaran perbendaharaan pada akhir tahun fisikal semasa dan
Iii. Anggaran perbendaharaan pada akhir tahun fisikal dimana bajet dikemukakan dan
cadangan dalam bajet kewangan diterima pakai jika ada.

5.0 Perancangan aktiviti-aktiviti pada tahun akan datang


5.1 Perlaksanaan (5m)
Melaksanakan pengawalan kewangan dengan elemen-elemen yang perlu
dikawal (5m)
NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(3/7) Muka /Surat : 5 : 16

a) Man
b) Machine
c) Material
d) Money
e) Management

a. Man merujuk kepada perkerja. Sikap pekerja, fizikal dan mental pekerja, latar
belakang pekerja dan sebagainya. Setiap pekerja ada perbezaanya dari pelbagai
sudut. Contohnya sikap,citarasa,hobi dan sebagainya.

b. Machine merujuk kepada mesin/jentera. Usia mesin, peralatan mesin, kepantasan


mesin, penyelenggaraan mesin dan sebagainya.

c. Material ialah bahan-bahan yang digunakan. Ianya merujuk kepada kos bahan
mentah, kualiti bahan, kuantiti bahan dan sebagainya.

d. Money ialah merujuk kepada kos, keuntungan, kerugian,gaji pekerja, bayaran elaun
dan sebagainya.

e. Management ialah pengurusan dari segi pembayaran gaji pekerja, penerimaan


tempahan, pengambilan pekerja, tindakan disiplin pekerja dan sebagainya.

6.0 Teknik pembentangan belanjawan


Dalam menjadi seorang pembentang yang baik kita perlu ada persiapan yang
rapi tentang apa yang ingin kita sampaikan dalam pembentangan kita, jadi ianya
amat memerlukan kita agar melakukan sedikit persiapan terhadap presentasi kita.
Apakah sebenarnya presentasi atau pun pembentangan ? Secara logiknya,
maksud pembentangan ialah menyampaikan sesuatu perkara kepada orang lain.
Umpama kita menyampaikan berita kepada kawan kita. Yang membezakannya
ialah, pembentangan dilakukan secara formal dan disampaikan kepada kumpulan
yang lebih besar antara tips untuk menjadi pembentang yang baik adalah:
NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(3/7) Muka /Surat : 6 : 16

a) Pembukaan yang menarik perhatian


Pembukaan sesuatu pembentangan agak penting. Jadikannya formal dan
jangan lupa salam. Salam pembukaan. Cuba selitkan pantun. Cuba buat
kelainan,seperti, mula-mula sekali pantun,baru salam. Cuba pakai perkataan
salam yang baru seperti “Salam Sejahtera”. Suara menyakinkan. Pastikan
pembukaan menarik perhatian. Kalau tidak, tidak bergunalah pembentangan
i t u .
Cuba dekatkan diri dengan penonton. Ceritakan sedikit tentang diri sendiri
seperti “saya hanyalah manusia biasa seperti kamu juga yang hanya mahu
menyampaikan idea baru”. Buat penonton rasa macam kamu kawan mereka.
Pembukaan memang sangat penting dalam persembahan “slide”,mulakan
dengan memperkenalkan diri dan terangkan serba sedikit tentang apa yang
hendak di persembahkan. Jangan campuran isi persembahan dalam
pembukaan. Selepas itu, pastikan ia dilakukan dengan kreatif agar menarik
minat penonton untuk menonton perbentangan kita itu. Kita juga boleh
menggunakan sesuatu gambar yang menarik bagi mencuri perhatian para
audien, jika kita sedia maklum ramai diantara pembentang yang hebat akan
menggunakan gambar terlebih dahulu sebelum mereka memulakan presentasi
mereka.

b) Penuh keyakinan
Keyakinan merupakan kunci kejayaan pada setiap pembentangan. Ia adalah
untuk memberi keyakinan pada penonton, bahawa pembentangan ini
mempunyai ilmu yang padat dan untuk menunjukkan pada pensyarah bahawa
kita telah membuat kajian yang banyak dalam hal yang berkaitan dengan
pembentangan. Dalam kehidupan kita, rasa kepercayaan diri adalah modal
untuk mencapai kesuksesan dalam hal apapun. Rasa percaya diri boleh
dimaksudkan sebagai keberanian dalam diri sehingga seseorang mampu
melakukan sesuatu yang dianggapnya benar. Jika kita sudah ada keyakinan
diri yang tinggi sudah semestinya segala isi yang kita ingin sampaikan itu akan
disampaikan dengan amat baik sekali. Pastikan kita mempunyai keyakinan diri
NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(3/7) Muka /Surat : 7 : 16

yang tinggi jika ingin membuat sebuah pembentangan yang hebat. Apabila kita
sudah ada keyakinan yang tinggi kita tidak akan mempunyai rasa takut atau
segan lagi ketika berucap.

c) Penampilan yang bersesuaian


Bagi saya penampilan yang baik juga adalah sesuatu yang amat perlu
dititikberatkan oleh seseorang pembentang, ini kerana penampilan atau
perwatakan yang menarik ianya mampu untuk menarit minat audiens dalam
mendengar ucapan kita. Sebagai contoh,walhal dalam pembentangan dalam
kelas juga pensyarah amat mengalakkan kita agar tampil dalam pakaian yang
menarik dan kemas. Aspek pemilihan pemakaian rasanya amat penting untuk
kelihatan lebih mantap di hadapan penonton. Bagi persembahan berkumpulan,
kita digalakkan memakai pakaian yang sama contohnya jika berkemeja putih
semua berkemeja putih. Sama juga jika memakai blazer.

d) Bahasa dan suara yang jelas,fasih dan mudah difahami


Kita tak memerlukan suara seperti Yuna dan Anna Raffali untuk menjadi yang
terbaik dalam pembentangan. Apa yang penting ialah suara yang cukup kelas
dan tegaskan suara dibahagian tertentu yang mempunyai maklumat penting
dan jangan memberi pembentangan laju macam kapal terbang.
Fokus dan bertenang agar memperoleh fokus. Gunakan bahasa yang mudah
difahami oleh orang ramai jangan sesekali menggunakan ayat yang boleh
mengelirukan audiens kita. Percakapan yang fasih merupakan sesuatu perkara
yang amat penting dalam sesuatu pembentangan, jika kita tidak mampu
bercakap dengan fasih sudah semestinya pembentangan kita itu akan menjadi
kurang sempurna. Bagi mereka yang mempunyai loghat negeri yang pekat
amat penting bagi anda untuk melatih atau membiasakan diri anda ketika
berucap.Jika kita selalu membiasakan diri dalam bercakap bahasa melayu
yang fasih lama-kelamaan kita boleh bertutur dengan baik tanpa loghat negeri
tersebut.
NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(3/7) Muka /Surat : 8 : 16

e) Informasi
Untuk membentangkan sesuatu perkara, perkara mudah sahaja tentang apa
yang orang ingin bentangkan masih tidak mencukupi. Cari informasi tentang
tajuk pembentangan dengan maksima mungkin di dalam internet,buku dan
mana-mana rujukan yang boleh didapati. Kita mesti tahu peralatan yang
hendak digunakan semasa pembentangan. Pastikan diri kita sudah menguasai
semua tentang apa yang ingin kita bentangkan. Jika kita sudah menguasai
tentang segala maklumat tajuk pembentangan kita maka ianya akan
membuatkan sesi pembentangan kita akan menjadi lebih mudah dan kita boleh
menyakinkan audiens tentang informasi yang ingin kita sampaikan.

f) Eye contact dan body language


Tidak dinafikan penggunaan “eye contact dan body language” mempunyai
pengaruh yang besar terhadap kejayaan sesuatu pembentangan. Hubungan
“eye contact” tidak semestinya tertumpu pada seseorang penonton sahaja,
cuba kita tumpukan pada semua penonton yang ada. Sesetengah pelajar
sekarang apabila membentang mereka hanya membaca slide atau nota tanpa
menghiraukan audiens. Perkara ini amat penting untuk dipratikkan apabila kita
berucap, eye contact yang baik mampu memberi satu interaksi langsung bila
berhadapan dengan audiens. Dengan bahasa badan yang baik juga
membolehkan audiens akan tertarik dengan pembentangan kita.

g) Penutup
Ini adalah bahagian terakhir dalam sesi pembentangan. Jika kita memulakan
pembentangan dengan pembukaan yang menarik, pastikan kita lakukan
penutup lebih baik lagi. Bahagian penutup kebiasaannya akan menggunakan
semula objektif pembentangan tersebut. Biarpun penutup, anggaplah benda ini
sebagai salah satu aspek penting, Ulang balik apa isi-isi penting dalam
pembentangan seseorang tadi agar penonton boleh imbas kembali apa yang
kita bentangkan dan akhirlah pembentangan dengan penuh keyakinan agar
NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(3/7) Muka /Surat : 9 : 16

apa yang kita bentangkan itu terus kekal dalam ingatan mereka. Setiap
pembentangan perlukan kesimpulan. Ini penting kerana tujuannya untuk
me n g in ga ti se mu la ap a yan g t ela h dib e nt an g ka n sep an ja n g sesi
pembentangan tersebut. Biasanya rumusan adalah dalam bentuk point.
Mulakan dengan isi kandungan pembentangan, huraikan dan buat sedikit
kesimpulan. Sebaiknya sertakan contoh semasa membuat kesimpulan
t e r s e b u t .
Berikut adalah perkara-perkara yang biasa dilakukan ketika sesi terakhir iaitu
penutup pembentangan.

h) Kesimpulan
Dalam kita menjadi pembentang yang baik amat penting untuk kita membuat
latihan atau praktis mengenainya. Dalam kelas merupakan satu sesi
pembelajaran yang amat baik untuk kita praktiskan dalam menjadi pembentang
yang baik. Gunakan peluang yang diberi oleh pensyarah untuk kita
menyampaikan apa yang kita ingin sampaikan. Jadi, tidak perlulah kita teragak
agak lagi untuk melakukan sesi pembentangan. Tetapkan pada minda kita,
bahawa kita mampu menyampaikan sesi pembentangan yang lebih baik dari
masa ke semasa.

7.0 Bajet tentang bengkel kenderaan.


JADUAL JAWATAN

Bil Jawatan Bil.Pekerja


1. Pengurus Besar 1
2. Pengurus Kewangan 1
3. Pengurus Pemasaran 1
4. Pengurus Operasi 1
5. Penyelia Bengkel 1
6. Kerani 1
7. Mekanik 2
NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(3/7) Muka /Surat : 10 : 16

JADUAL HURAIAN TUGAS


Jawatan Tanggungjawab Utama
Pengurus Besar 1. Memastikan semua pengurusan berjalan dengan lancar.
2. Menjaga semua kebajikan pekerja.
3. Menguruskan dan menandatangani projek yang telah di
sediakan.

Pengurus 1. Menyediakan draft belanja setiap bulan.


Kewangan 2. Membentangkan belanjawan setiap tahun.
3. Memastikan setiap pekerja dapat gaji mereka.
4. Memastikan setiap barangan yang di beli telah direkodkan
dalam jadual pembelian.

Pengurus Operasi 1. Memastikan setiap operasi yang berlaku di ruang kerja


berjalan dengan lancar.
2. Memberi tahu kepada Pengurus besar akan kekurangan
barang keperluan bengkel.
3. Melaporkan setiap kemalangan kepada Pengurus besar.
4. Menrekodkan setiap kenderaan yang datang membuat servis.

Pengurus 1. Memastikan setiap promosi akan di buat kepada pelanggan


Pemasaran dan masyarakat sekeliling.
2. Membentangkan idea baru untuk mempertingkatkan jualan
kepada orang lain.
3. Mengatahui apa kekurangan pesaing yang lain.
4. Sentiasa mengetahui apa yang terbaru dalam dunia pasaran
sekarang ini.

Kerani 1. Membuat kerja-kerja pejabat.


2. Membantu setiap Pengurus yang memerlukan bantuan.
3. Mencatit setiap masalah yang berlaku.
4. Menerima panggilan daripada pelanggan.
5. Menjadi penghubungan antara syarikat lain.
Foremen 1. Menjadi ketua ruang kerja di pusat sevis.
2. Memastikan setiap mekanik membuat kerja mereka.
3. Melaporkan setiap masalah yang berlaku di ruang kerja
kepada Pengurus operasi.
4. Menjaga kebajikan setiap mekanik yang ada.
Mekanik 1. Membuat semua kerja yang telah di berikan.
2. Memuaskan kehendak pelanggan yang datang di pusat servis.
3. Melaporkan setiap kejadian yang berlaku di ruang kerja
kepada Foreman yang ada.
4. Menyaipkan kerja yang ada secepat mungkin.
NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(3/7) Muka /Surat : 11 : 16

JADUAL IMBUHAN BALAS JASA PEKERJA


Jawatan Bil Gaji Bulanan KWSP (RM) PERKESO Jumlah
. (RM) (RM) (RM)
Pengurus Besar 1 4000 480 80 4560
Pengurus Kewangan 1 2500 300 50 2850
Pengurus Operasi 1 2000 240 40 2280
Pengurus Pemasaran 1 2000 240 40 2280
Kerani 1 1800 216 36 2052
Penyelia Bengkel 1 1200 144 24 1368
Mekanik 2 800 96 16 1824
Jumlah 17214
keseluruhan

SENARAI PERABOT DAN KEPERLUAN PEJABAT


Jenis Unit Seunit (RM) Jumlah (RM)
Alat Tulis - 100 100
Komputer 3 2500 7500
Mesin Fotostat 1 4000 4000
Mesin Pencetak 2 500 1000
Mesin "Wheel Alignment" 2 6800 13600
Mesin "Scissor Alignment Lift" 2 16485 32970
Atlas TL24 Tire Changer 1 3000 3000
Pengahawa Dingin 3 3000 9000
Kerusi 13 70 910
Meja 6 150 900
Meja mesyuarat 1 250 250
Televisyen 1 1400 1400
Set Sofa 1 300 300
Jumlah keseluruhan 74930

SENARAI PERBELANJAAN PENTADBIRAN


Pekara Perbelanjaan Perbelanjaan Lain-lain
harta bulanan
Gaji imbuhan balas jasa pekerja RM 17214
Perabot dan keperluan pejabat dan RM 74930
syarikat
Sewa RM 3000
Barang Peribadi RM 2000
Insuran RM250
Pendaftaran dan lesen perniagaan RM2500
Jumlah RM 77,430 RM 20214 RM 2250
NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(3/7) Muka /Surat : 12 : 16

Jumlah perbelanjaan harta +jumlah pembelanjaan bulanan + jumlah lain-lain


=RM 99894

BELANJAWAN PEMASARAN
Butir-butir Aset Bulanan(RM) Lain-lain(RM) Jumlah(RM)
Tetap(RM)
Aset tetap
Papan Tanda 1000 1000
Modal Kerja
Iklan & Promosi 300 300
Internet 100 100
Lain-lain
Insuran 2500 2500
JUMLAH 3,900

KEPERLUAN BAHAN BULANAN


Jenis bahan Kuantiti Stok Harga Jumlah belian
digunakan simpanan seunit(RM) (RM)
Pemberat 50g 1000 unit 200 unit 3.00 3000
Pemberat 60g 1000 unit 200 unit 2.00 2000
Pemberat 50g 1000 unit 200 unit 1.00 1000
Pemberat 40g 1000 unit 200 unit 0.50 500
Chamber 5 unit 2 unit 600 3000
Jumlah 9500
keseluruhan

SENARAI JAWATAN dan JUMLAH TENAGA PEKERJA


Jawatan Bil. Gaji KWSP (RM) PERKESO Jumlah
Bulanan (RM) (RM)
(RM)
Pengurus Operasi 1 2000 240 40 2280
Penyelia 1 1200 144 24 1368
Mekanik 2 800 96 16 1824
Jumlah 5427

SENARAI MESIN DAN PERALATAN


Jenis Pembekal Harga seunit Bil. Jumlah
harga
Mesin "Wheel Syarikat A to Z 6800 2 13600
Alignment" sdn.bhd.
Mesin "Scissor Syarikat A to Z 16485 2 32970
Alignment Lift" sdn.bhd.
Atlas TL24 Tire Syarikat A to Z 3000 1 3000
Changer sdn.bhd.
NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(3/7) Muka /Surat : 13 : 16

Jumlah 49570
keseluruhan

OVERHEAD OPERASI BULANAN


Bil. Kemudahan Jumlah (RM)
1. Bil elektrik 400
2. Bil air 50
3. Bil telefon 30
4. Wi-fi 44
5. Lain-lain 10
Jumlah keseluruhan 534

SENARAI BUTIR PEBERLANJAAN OPERASI


Perkara Perbelanjaan harta Perbelanjaan Perbelanjaan lain
bulanan
Mesin RM 49570
Gaji RM 5427
Over head RM 534
Jumlah RM 49570 RM 5961

Jumlah perbelanjaan harta + jumlah perbelanjaan bulanan + perbelanjaan


=RM55,531

RANCANGAN KEWANGAN
Kos Pelaksanaan Projek
Pelaburan tetap
Perabot dan kelengkapan pejabat RM 74930
JUMLAH RM 74930
Modal pusingan
Belanja pemasaran RM 3900
Belanja operasi RM 55,531
Belanja pentadbiran RM 99894
JUMLAH RM 159325
Lain-lain perbelanjaan
Pendaftaran perniagaan RM1,500
Lesen Perniagaan RM 1,000
JUMLAH RM 2,500
JUMLAH BESAR RM 236755
KOS KONTIGENSI 10% RM 23675.5
JUMLAH PERLAKSANAAN PROJEK RM 260,430.5

Sumber Pembiayaan & Operasi Pemasaran


PERKARA RM
MODAL
Tunai RM312,710
NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(3/7) Muka /Surat : 14 : 16

Pinjaman RM150,000
JUMLAH RM 462,710

PERKARA RM
Insurans RM 2500
Papan tanda RM 1000
Iklan & promosi RM 300
Internet RM 100
JUMLAH RM 3,900

Profoma Aliran Wang Tunai


BUTIRAN JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEP OCT NOV DIS
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
Penerimaan

Modal 312,710

Pinjaman bank 150,000

Jualan tunai 40,000 40,000 40,000 40,000 40,000 40,000 40,000 40,000 40,000 40,000 40,000 45,000

JUMLAH
PENERIMAAN 422,710 40,000 40,000 40,000 40,000 40,000 40,000 40,000 40,000 40,000 40,000 45,000

Pembayaran
Tunai
Gaji:

P. besar 4000 4000 4000 4000 4000 4000 4000 4000 4000 4000 4000 4000
p.keawangan 2500 2500 2500 2500 2500 2500 2500 2500 2500 2500 2500 2500
P.pemasaran 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000
P.operasi 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000
kerani 1800 1800 1800 1800 1800 1800 1800 1800 1800 1800 1800 1800
penyelia 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200
bengkel
mekanik 800 800 800 800 800 800 800 800 800 800 800 800

JUMLAH
PEMBAYARAN 14300 14300 14300 14300 14300 14300 14300 14300 14300 14300 14300 14300

Hasil 408,410 25,700 25,700 25,700 25,700 25,700 25,700 25,700 25,700 25,700 25,700 30,700
NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(3/7) Muka /Surat : 15 : 16

KESIMPULAN
Kesimpulan daripada rancangan perniagaan ini adalah Penubuhan K-CAR
ENTERPRISE merupakan satu usaha yang dijalankan oleh enam orang usahawan
muda yang ingin member perkhidmatan menservis alingnment dan balancing
kenderaan kepada orang awan. Dengan adanya usaha ini bidang keusahawanan dalam
sector Automotive dapat di diperluaskan serta orang awam akan mendapat kemudahan
jika berlakunya kerosakan pada kenderaan mereka.
NO. KOD G452-002-3:2018-C01/KP(3/7) Muka /Surat : 16 : 16

SOALAN:

1. Apakah berpandukan bajet pada tahun sebelumnya ?

2. Apakah maksud ramalan perbelanjaan modal bengkel ?

3. Bagaimanakah melaksanakan 5m ?

4. Apakah teknik pembentangan ?

5. Apakah bajet yang perlu dilaksanakan pada bengkel ?

RUJUKAN:
1. Supervisory books
2. Ed May ( 2003 ) Automotive Mechanic Vol 2,7 th Edition,Mc Graw-Hill Australia
ISBN: 0074712969

You might also like