You are on page 1of 8

Cabaran Syarikat Multinasional

1. Struktur Organisasi

• Syarikat multinasional sering terdedah kepada penyelewengan, penipuan dan

ketidakpastian. Keadaan ini berlaku akibat perbezaan waktu dan jarak yang jauh antara

cawangan. Kekurangan komunikasi antara cawangan menyebabkan sesetengah syarikat

multinasional terbiar dan terpaksa bergantung kepada pihak pengurusan tempatan untuk

mengatasi masalah yang wujud. Dalam hal in kawalan yang berkesan boleh dilakukan dengan

merangka reka bentuk struktur syarikat multinasional

• Struktur syarikat multinasional dibahagi kepada:

i. Struktur fungsian

ii. Struktur produk

iii. Struktur mengikut wilayah

iv. Struktur matriks

1) Struktur Fungsian

 Sesuai untuk syarikat multinasional yang mengeluarkan barangan yang sama atau

dalam kuantiti yang sedikit serta tidak mempunyai banyak cawangan

KEBAIKAN
 Kebaikan struktur fungsian adalah Pengkhususan fungsian meningkatkan

kecekapan. Fungsian yang sama di lakukan secara ulangan dapat meningkatkan

kepakaran pengurus dalam bidang tertentu. Maka, produktiviti dapat di tingkatkan

Memudahkan latihan
 Pengurus hanya perlu bertanggungjawab terhadap bahagian tertentu yang

menghkusus kepada satu fungsian sahaja.


 Memudahkan pembentukan kursus. Pembentukan program latihan lebih mudah

kerana perlu mengikut keperluan fungsian tertentu sahaja.


 Mengurangkan pertindihan penggunaan sumber. Contohnya adalah Bahagian

pengeluaran berkongsi jentera untuk semua jenis produk yang di keluarkan. Dengan

itu, kos firma dapat di jimatkan.


 Penyelesaian masalah fungsian lebih cepat dan cekap. Kerjasama dan perbincangan

dapat di lakukan dengan berkesan untuk mencari penyelesaian kerana semua

peringkat staf mempunyai pengkhususan kemahiran yang sama.

KELEMAHAN

Pengkhususan fungsian mengakibatkan kebosanan. Fungsian yang sama di lakukan secara

ulangan mengakibatkan kebosanan, seterusnya mengurangkan produktiviti

 Kekurangan penyelarasan antara jabatan. Tumpuan pengurusan hanya kepada jabatan

sendiri sahaja. Maka, penyelarasan jadual antara jabatan sukar dilakukan.


 Fokus kepada bidang fungsian sahaja. Setiap pengurus lebih mementingkan objektif

fungsian menyebabkan kurangnya penekanan kepada objektif keseluruhan syarikat


 Skop pengetahuan adalah sempit. Ini kerana pengurus hanya tertumpu kepada bidang

sendiri sahaja.
 Melambatkan proses penyelesaian masalah. Masalah hierarki menyebabkan masa

yang panjang diperlukan untuk proses membuat keputusan.

2) Struktur Produk

Sesuai untuk syarikat multinasional yang mempunyai banyak produk dan mengalami inovasi

barang dan perkhidmatan yang cepat.

KEBAIKAN
 Meningkatkan penyelarasan tugas dalam kumpulan produk yang sama kerana

mempunyai tanggungjawab bersama untuk mendapat keuntungan bagi kumpulan

produk berkaitan
 Pemusatan sumber dan kemudahan untuk kumpulan produk tertentu dapat

menjimatkan kos dan masa untuk pemindahan.


 Penyesuaian yang cepat terhadap keperluan di pasaran asing kerana mempunyai

kakitangan yang mengkhusus dan mahir dalam kumpulan produk yang berkaitan.
 Penyelesaian masalah tentang produk pasaran asing adalah lebih cepat kerana

tumpuan sepenuhnya diberi oleh kakitangan yang bertanggungjawab bagi kumpulan

produk tertentu menyebabkan nya lebih sensitif terhadap masalah kumpulan

produknya.
 Pembentukan lebih ramai pakar dalam kumpulan tertentu kerana struktur ini

memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan memahami fungsi pengurusan bagi

kumpulan produk yang berkaitan.

KELEMAHAN

 Memerlukan pengurus yang berkemampuan untuk mengeluarkan dan memasarkan

produk tertentu.
 Meningkatkan kos akibat keperluan penyelidikan dan pembangunan untuk

menyesuaikan produk dari segi reka bentuk dan fungsi mengikut kehendak pasaran

asing.
 Teknik penyelesaian masalah hanya tertumpu kepada sesuatu produk sahaja. Maka,

cara penyelesaian masalah mungkin tidak sesuai untuk produk lain.


 Skop kepakaran pengurus dan staf terhad kepada kumpulan produk yang berkaitan

sahaja mengakibatkan mereka tidak dapat bergerak secara bebas dalam struktur

organisasi.
 Pertindihan sumber berlaku kerana kekurangan penyelarasan antara kumpulan produk

yang berbeza.
3) Struktur mengikut wilayah geografi

Sesuai untuk syarikat multinasional yang mempunyai banyak tempat operasi di dunia

KEBAIKAN

 Membantu pengurus lebih memahami keadaan pasaran dan masalah tempatan Supaya

dapat menyelesaikan keunikan permasalahan setempat dengan cepat.


 Meningkatkan penyelarasan tugas dalam wilayah yang sama kerana mempunyai

persekitaran dalaman dan luaran yang hampir sama untuk negara- negara berkenaan
 Komunikasi bersemuka dengan masyarakat pasaran asing membantu firma

menghasilkan produk yang mengambil kepentingan pasaran asing.


 Pemusatan sumber dan kemudahan di sesuatu kawasan dapat menjimatkan kos dan

masa untuk pemindahan.


 Pembentukan lebih ramai pakar dalam bidang kepakaran setempat kerana struktur ini

memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan memahami keadaan pasaran

setempat.

KELEMAHAN

 Memerlukan pengurus yang berkemampuan untuk mentadbir kawasan yang berbeza

bagi wilayah yang sama.


 Membebankan tugas pengurus kerana terpaksa menghadapi masalah persekitaran

dalam negara yang berbeza dalam wilayah yang sama.


 Memerlukan peraturan dan prosedur yang lebih komprehensif untuk menyelaraskan

semua perkara di semua kawasan operasinya. Contoh: peraturan diperlukan untuk

memastikan tahap kualiti produk yang standard untuk semua kawasan.


 Percanggahan pendapat dalam pembentukan visi dan objektif korporat antara kawasan

yang berlainan akan berlaku


 Pertindihan fungsi berlaku kerana setiap wilayah mempunyai bahagian pemasaran,

perakaunan dan lain- lain bahagian masing- masing.


4) Struktur matriks

Sesuai bagi syarikat multinasional yang sering terdedah kepada perubahan persekitaran, di

mana produk berbentuk tempahan

KEBAIKAN

 Komunikasi lebih mantap membolehkan maklumat diproses dengan lebih banyak dan

cepat.
 Perkongsian sumber kepakaran pekerja membantu meningkatkan prestasi syarikat.
 Meningkatkan kemahiran bekerjasama di kalangan pekerja yang berlainan fungsi dan

memupuk persekitaran kerja yang baik.


 Mempercepatkan proses pembuatan keputusan melalui pemancaran autoriti kepada

peringkat pengurusan yang lebih rendah

KELEMAHAN

 Meningkatkan beban kerja pekerja kerana terpaksa menerima arahan daripada dua

orang ketua.
 Percanggahan pendapat antara pengurus akan melambatkan proses membuat

keputusan dan menyulitkan pengurusan.


 Menyulitkan pengurusan kerana pendekatan pengurusan yang berbeza antara

pengurus- pengurus dari bahagian yang berlainan.


 Masalah menentukan ketua yang sebenar mengakibatkan kekeliruan pekerja bawahan

apabila hendak memberi laporan kemajuan dan kepada siap perlu bertanggungjawab.

2. Kawalan pengurusan

-Kawalan pengurusan sukar kerana syarikat multinasional ada banyak cawangan.

- Persekitaran perniagaan dan pembuatan keputusan berbeza.


-Boleh buat Kawalan berpusat atau tidak berpusat.

3. Politik dan perundangan

• Sistem pemerintahan Jika negara tersebut mengamalkan sistem perancangan

pusat, syarikat multinasional akan menghadapi ancaman pemiliknegaraan

oleh kerajaan tempatan


• Perhubungan antara pemimpin Jika hubungan antara pemimpin kurang balk,

peluang kerjasama antara syarikat multinasional dengan syarikat tempatan

akan terjejas
• Kedudukan negara dalam sesebuah gabungan Sekiranya negara syarikat

multinasional dengan negara yang ingin berurus niaga berada dalam blok

organisasi yang berbeza, sekatan seperti tarif yang lebih tinggi, kuota dan lain-

lain akan dikenakan ke atas syarikat multinasional tersebut.


• Keadaan politik Sekiranya pergolakan politik dan keadaan huru-hara sering

berlaku di negara yang berurus niaga, syarikat multinasional akan menghadapi

masalah ancaman pelaburan


• Sistem perundangan Sekiranya undang-undang dan peraturan negara yang

berurus niaga ketat, aktiviti perniagaan syarikat multinasional akan tersekat


• Birokrasi kerajaan Pengurusan dan pentadbiran sektor awam yang kurang

cekap akan melambatkan proses perniagaan dan menjejaskan daya saing

syarikat multinasional

4. Ekonomi

• Sistem ekonomi Jika negara berurus niaga mengamalkan sistem ekonomi

kapitalis, walaupun terdapat kebebasan dalam pemilikan kekayaan, tetapi


mungkin muncul kuasa monopoli yang akan menindas syarikat multinasional

yang bersaiz lebih kecil


• Keadaan ekonomi Jika berlaku deflasi, peluang perniagaan syarikat

multinasional akan terjejas


• Sumber pengeluaran dan kemudahan infrastruktur Jika sumber pengeluaran

tidak mencukupi dan kemudahan infrastruktur tidak lengkap, proses

pengeluaran syarikat multinasional akan terjejas


• Pendapatan per kapita Jika pendapatan per kapita penduduk negara yang

berurus niaga rendah, peluang perniagaan syarikat multinasional akan terjejas

kerana kuasa beli dan permintaan penduduk terhadap keluaran turut.

5 .Sosiobudaya

• Perbezaan sikap, norma dan kepercayaan Sikap, nilai dan kepercayaan yang

berbeza antara negara dan bangsa menyebabkan gelagat pembelian juga

berbeza. Maka, syarikat multinasional tidak dapat menggunakan campuran

pemasaran yang sama dalam semua pasaran


• Perbezaan adat resam - Adat resam yang berbeza antara negara dan bangsa

menyebabkan cita rasa dan gelagat pembelian juga berbeza. Sebagai contoh:

Penduduk Jepun yang sudah biasa dengan makanan tradisional tidak dapat

membiasakan din i dengan makanan Barat menyebabkan syarikat

multinasional Barat sukar menembusi pasaran di Jepun


• Perbezaan agama - Agama yang berbeza antara negara dan bangsa

menyebabkan cita rasa dan gelagat pembelian juga berbeza. Maka, syarikat

multinasional hanya boleh memperkenalkan produk yang dibenarkan oleh

agama berkenaan
• Perbezaan pendidikan dan latar belakang Kekurangan pendedahan

mengakibatkan penduduk sesebuah negara tidak dapat menerima sesuatu yang

baru. Keadaan ini menyebabkan syarikat multinasional menghadapi kesukaran


apabila memperkenalkan teknik pengurusan yang berlainan atau produk yang

berbeza
• Perbezaan bahasa Kelemahan dalam bahasa asing mungkin menyebabkan

syarikat multinasional kehilangan kontrak, manakala pengurus dari negara

asing dan tempatan yang kurang memahami bahasa masing-masing akan

menjejaskan kecekapan dan keberkesanan pengurusan


• Perbezaan budaya - Budaya yang berbeza mungkin mengakibatkan

kekurangan persefahaman antara pengurus dari negara asing dan tempatan.

Keadaan ini akan menjejaskan kecekapan dan keberkesanan pengurusan.

You might also like