You are on page 1of 7

Faktor yang Mempengaruhi Perubahan \/isi, Misi, dan Objektif

Perniagaan

1. Terdapat dua faktor utama yang boleh mempengaruhi organisasi dalam


membuat perubahan visi, misi, dan objektif perniagaan, iaitu:

(a) Faktor dalaman.

(b) Faktor luaran.

2. Faktor dalaman terdiri daripada:

(a) Faktor sumber manusia.

(b) Faktor kewangan.

3. Faktor luaran terdiri daripada:

a) Faktor ekonomi.

(b) Faktor sosiobudaya.

(c) Faktor teknologi.

(d) Faktor undang-undang.

4. Organisasi perlu menggunakan analisis SWOT untuk menilai faktor-


faktor yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi, dan objektif
perniagaan.

5. Analisis SWOT merupakan satu kaedah perancangan strategik yang


digunakan untuk menilai faktor dalaman dan faktor luaran yang akan
dihadapi oleh sesebuah organisasi.

Faktor Dalaman

1. Faktor dalaman merupakan faktor yang; mempunyai pengaruh secara


langsung terhadap visi, misi, dan objektif perniagaan.

2. Faktor dalaman termasuk:

• Kekuatan (Strengths).
• Kelemahan (Weaknesses).

3. Kekuatan bermaksud sumber dalaman dimiliki oleh organisasi yang


boleh membantu organisasi untuk mencapai visi, misi, dan objektif
perniagaan.

4. Kelemahan bermakna halangan atau rintangan yang dihadapi oleh


organisasi yang dapat menghalang organisasi untuk mencapai visi,
misi, dan objektif perniagaan.

Sumber Manusia

1. Sumber manusia terlibat dalam semua peringkat pengurusan organisasi,


sama ada pengurusan atasan, pengurusan pertengahan, atau pengurusan
bawahan.

2. Setiap pekerja perlu menyumbangkan tenaga dari segi fizikal atau


mental kepada organisasi.

3. Kekuatan dan kelemahan organisasi jadi aspek sumber manusia amat


dipengaruhi oleh kualiti pekerja.

4. Kualiti pekerja merujuk kepada pendidikan, pengetahuan,


pengalaman, kemahiran dan latihan yang dimiliki oleh seseorang pekerja.

5. Dengan itu, kualiti pekerja yang berubah boleh membawa perubahan


kepada visi, misi, dan objektif perniagaan.

Contoh:

Encik Nazmia telah mengupah beberapa pekerja yang berpengalaman


untuk membantunya menjalankan perniagaan. Sumber manusia yang
berpengalaman boleh mendorong Encik Nazmia mengubah visi, misi, dan
objektif perniagaannya dengan mengembangkan saiz perniagaan yang
sedia ada.

Kewangan

1. Kewangan merujuk kepada sumber kewangan yang sedia ada dalam


sesebuah organisasi.

2. Sumber kewangan yang dimiliki oleh organisasi termasuk:


(a) Modal daripada pemilik.

(b) Pelaburan daripada pelabur.

(c)Keuntungan perniagaan.

(d) Hasil daripada jualan aset tetap.

(e) Pinjaman daripada institusi kewangan.

3. Organisasi perlu mengetahui dari mana sumber kewangan diperoleh


dan ke mana sumber kewangan itu dibelanjakan.

4. Sumber kewangan yang mencukupi menunjukkan kekuatan yang ada


pada sesebuah organisasi.

5. Organisasi harus memastikan sumber kewangan yang sedia ada sentiasa


cukup untuk membayar segala perbelanjaan yang berlaku dalam operasi
perniagaan.

6. Oleh itu, sekiranya sumber kewangan berubah, hal ini boleh membawa
perubahan kepada visi, misi, dan objektif perniagaan.

Contoh:

Seorang pelabur baharu melaburkan wang pelaburan sebanyak rm250 000


ke dalam Syarikat Mariah. Sumber kewangan yang kukuh boleh
menggalakkan Syarikat Mariah mengubah visi, misi, dan objektif
perniagaannya dengan membuka pasaran baharu untuk produknya di
pasaran antarabangsa.
Faktor Luaran

1. Faktor luaran merupakan faktor yang mempunyai pengaruh secara tidak


langsung terhadap visi, misi, dan objektif perniagaan.

2. Faktor luaran juga dikenali sebagai persekitaran umum perniagaan.

3. Faktor luaran termasuk:

(a) Peluang (Opportunities).

(b) Ancaman [Threats).

4. Peluang bermaksud kelebihan luaran yang berada di luar organisasi


yang boleh membantu organisasi untuk mencapai visi, misi, dan
objektif perniagaan.

5. Ancaman bermakna masalah luaran di luar kawalan organisasi yang


dapat menghalang organisasi untuk mencapai visi, misi, dan objektif
perniagaan.

Ekonomi

1. Ekonomi merujuk kepada keadaan ekonomi yang dihadapi oleh


sesebuah negara, iaitu sama ada ekonomi yang melambung atau
kemelesetan ekonomi.

Keadaan ekonomi sama ada ekonomi domestik atau ekonomi


antarabangsa boleh mempengaruhi dasar, operasi, dan prestasi sesebuah
organisasi.

Faktor ekonomi merangkum:

(a) Kitaran ekonomi.

(b) Dasar kewangan.

(c) Dasar fiskal.


4. Kitaran ekonomi merupakan kegiatan ekonomi yang meningkat dan
menurun dalam jangka masa panjang.

5. Kitaran ekonomi terdiri daripada empat tahap, iaitu:

(a) Melambung.

(b) Kemerosotan.

(c) Kemelesetan.

(d) Pertumbuhan.

Rajah 3.3 menunjukkan kitaran ekonomi bagi sesebuah negara. Daripada


rajah tersebut, kitaran ekonomi negara itu boleh dibahagikan kepada
empat tahap, iaitu melambung, kemerosotan, kemelesetan, dan
pertumbuhan.

Melambung

• Pergerakan dari titik a meningkat ke titik b.

• Kegiatan ekonomi meningkat dan kadar pertumbuhan ekonomi


bertambah.

• Pada masa itu, pengangguran semakin berkurang dan inflasi semakin


meningkat.

• Tahap ini membawa kesan positif kepada sesebuah organisasi.

Kemerosotan

• Pergerakan dari titik b menurun ke titik c.

• Kegiatan ekonomi semakin menurun dan kadar pertumbuhan ekonomi


semakin berkurang.

• Pada masa itu, pengangguran mula bertambah dan inflasi mula


menurun.Tahap ini membawa kesan negatif kepada sesebuah organisasi.

Kemelesetan

• Pergerakan dari titik c menurun ke titik d.

• Kegiatan ekonomi menurun dan kadar pertumbuhan ekonomi menjadi


negatif.

• Pada masa itu, pengangguran semakin bertambah dan inflasi semakin


menurun.

• Tahap ini membawa kesan negatif kepada sesebuah organisasi.

Pertumbuhan

• Pergerakan dari titik d meningkat ke titik e.

• Kegiatan ekonomi semakin meningkat dan kadar pertumbuhan ekonomi


semakin bertambah

• Pada masa itu, pengangguran mula berkurang dan inflasi mula


meningkat.

• Tahap ini membawa kesan positif kepada sesebuah organisasi.

You might also like