You are on page 1of 5

KAJIAN

TERHADAP
CAMPURAN
PEMASARAN
SYARIKAT D
HERBS
1.0 PENGENALAN
Campuran pemasaran didefinisikan sebagai satu aspek penting yang digunakan oleh sebuah organisasi
perniagaan untuk menarik minat pelanggan dan untuk meningkatkan jualan. Campuran pemasaran dapat
didefinisikan satu gabungan dengan 4 elemen iaitu Produk, Pengedaran, Penetapan Harga dan Promosi atau
dikenali sebagai 4P. Perniagaan akan menjalankan aktiviti pemasaran dibentuk daripada campuran pemasaran.
Ia merupakan gabungan pemboleh ubah yang dapat menentukan strategi pemasaran. Gabungan inilah yang
akan digunakan oleh sesebuah organisasi pemasaran. Dengan itu, sesebuah perniagaan itu boleh melakukan
sesuatu aktiviti pemasaran bagi memenuhi permintaan pasaran. Commented [S1]: Setiap teori atau fakta yang dinyatakan
perlu diletakkan sumber maklumat dari
internet/buku/majalah. Cth: (http://www.dherbs.com.my
Elemen yang pertama dalam campuran pemasaran ialah produk. Produk merupakan sesuatu yang
ditawarkan kepada pemasaran yang mempunyai ciri-ciri yang dapat menarik perhatian, dapat dimiliki,
digunakan dan mempunyai faedah psikologi serta faedah fizikal yang boleh memuaskan kehendak pengguna.
Elemen kedua pula ialah pengedaran. Pengedaran merujuk tempat di mana pelanggan membeli produk yang
yang baik pada masa yang sesuai di lokasi yang betul. Elemen ketiga yang disebutkan ialah Penetapan Harga.
Penetapan harga ialah nilai pertukaran dalam bentuk wang bagi sesuatu produk atau perkhidmatan yang
dipersetujui oleh penjual dan pembeli dalam suatu urus niaga. Manakala elemen terakhir ialah promosi.
Promosi ialah elemen ketiga yang merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang memberitahu, menarik dan
mempengaruhi pengguna tentang kebaikan pengeluaran dan cuba untuk memujuk pengguna sasaran untuk
membeli. Commented [S2]: Setiap teori atau fakta yang dinyatakan
perlu diletakkan sumber maklumat dari
internet/buku/majalah. Cth: (http://www.dherbs.com.my
Bagi kajian ini, DHerbs telah dipilih sebagai syarikat yang ingin dikaji untuk menjalankan kajian
campuran pemasaran. Syarikat ini bukan sahaja merupakan pengeluaran produk kosmetik yang terkenal di
Malaysia, malah mempunyai pengurusan dalaman dengan penerapan campuran pemasaran yang sangat
mantap. DHerbs ditubuhkan pada September 2010 dan popularisinya semakin meningkat dan terkenal pada
masa kini. Selain itu, Syarikat DHerbs ini juga memenuhi syarat-syarat yang diingini untuk menjalankan Commented [S3]: Perlu dinyatakan sumber

kajian ini, iaitu menjalankan perniagaan dengan menggunakan pembentukan campuran pemasaran yang
meliputi produk, pengedaran, penetapan harga dan promosi atau dikenali sebagai 4P. Analisis telah dibuat
dengan mendalam terhadap pelaksanaan campuran pemasaran yang dilakukan oleh syarikat ini dan turut
mengemukakan beberapa cadangan agar penambahbaikan dapat dilakukan. Hal ini dilakukan agar Syarikat
DHerbs dapat merancang masa depan dengan lebih cemerlang berdasarkan campuran pemasaran yang
digunakan. Commented [S4]: Ayat ini perlu ditukar kerana tidak
menepati pengenalan kajian. Perlu menerangkan serba
ringkas tentang syarikat. Ayat ini lebih kepada abstrak
kajian.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif yang berikut: Commented [S5]: Perlu nyatakan nama syaraikat.
Contoh:
Kajian ini dijalankan untuk mencapai empat objektif utama
1. Menjelaskan strategi pengedaran syarikat bagi mencapai matlamat yang ditentukan. berkaiatan campuran pemasaraan yang
dilaksanakan/diamalkan oleh Syarikat DHERBS, iaitu:
2. Menghuraikan elemen produk dari segi atribut, lini, penjenamaan dan kitaran hayat produk yang
dijalankan oleh syarikat.
3. Mengkaji penetapan harga dari segi pendekatan harga secara umum dan secara baharu yang dijalankan
oleh syarikat.
4. Menganalisis campuran promosi syarikat menerusi pengiklanan, jualan dan publisiti. Commented [S6]: Objektig kajian perlu ikut turutan yang
betul..
Produk
Strategi pengedaran
Penetapan harga
Promosi
3.0 LATAR BELAKANG

Pengkaji telah memilih sebuah organisasi yang sesuai yang bertujuan untuk dijadikan sebagai kajian
iaitu DHerbs kerana syarikat ini memenuhi kriteria campuran pemasaran iaitu produk, pengedar, penetapan
harga dan promosi. Commented [S7]: Ayat ini tidak perlu.

DHerbs telah ditubuhkan oleh Alif Syukri bin Kamarzaman yang telah dilahirkan pada 3 April 1987
di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang. Pada awalnya, D Herbs mula ditubuhkan pada September 2010. Ketika
itu Alif Syukri bin Kamarazaman memulakan operasi pertubuhan DHerbs di lot kedai di tingkat 2 dengan
hanya mempunyai seorang sahaja pekerja. Produk yang dihasilkan juga hanya mempunyai 4 jenis sahaja pada
peringkat awal pertubuhan DHerbs. Antara produknya ialah Bedak Asas, Produk Pelasingan, Minuman
Kesihatan Wanita dan Lipstik Rawatan Bibir. Setelah itu, kini beliau telah mengorak langkah maju setapak di
hadapan. Beliau juga telah menghasilkan sebanyak 16 rangkaian produk dengan seramai 10 orang kakitangan
yang membantu dalam melancarkan perjalanan pada ketika itu. Commented [S8]: Nyatakan sumber

Manakala pengetahuan pemasaran dalam aspek pemasaran khususnya strategi campuran pemasaran
adalah penting kepada usahawan bagi menjamin kejayaan sesebuah perniagaan. Aspek pengetahuan tentang
strategi pemasaran penting bagi membolehkan syarikat DHerbs menyusun strateginya untuk mencapai
objektif pemasaran. Pengetahuan ini terdiri daripada 4 elemen iaitu produk, pengedaran, penetapan harga dan
promosi. Campuran pemasaran dan strategi pemasaran keseluruhan yang dijalankan oleh DHerbs telah
menjadikan syarikat ini sebagai pengeluar produk kosmetik yang popular dan terkenal. Hal ini sememangnya
dapat memberikan jaminan kejayaan dalam perniagaan tersebut.

Disebabkan itulah, dengan hanya bermula pada peringkat awal beroperasi di tingkat 2 dan beliau telah
berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa sebanyak 2 lot lagi kedai di bawah dan menyewa lagi 2 lot
kedai bagi melancarkan urusan perniagaan. Hal ini demikian dilakukan bagi memudahkan lagi semua rakan Commented [S9]: Perbaiki ayat.

berniaga yang terbabit untuk berurusan dengan beliau. Setelah sekian lama DHerbs beroperasi, DHerbs
merupakan 1 jenama yang semakin menjadi tempat di hati pengguna. Oleh itu, Alif Syukri bin Kamarzaman
berazam untuk menjadikan DHerbs merupakan jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia dan juga sehingga
ke luar negara.

Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa pelaksanaan strategi pemasaran yang dilakukan itu
berkesan dan berjaya. Kejayaan ini juga bergantung kepada operasi Syarikat DHerbs dalam mencampurkan
pengetahuan tentang strategi campuran pemasaran dengan bidang keusahawanan yang bersesuaian. Kejayaan
ini juga bergantung terhadap sesuatu program tindakan yang dibuat bagi membantu strategi pemasaran yang
bakal dilakukan. Commented [S10]: Perlu terangkan status
terkini/perkembangan terkini syarikat, dan dimana terletak
lokasi syarikat.
ULASAN KESELURUHAN:

1. SILA SEMAK COMMENT DITEPI


2. FORMAT PENULISAN PERLU DIPATUHI:
Margin atas dan bawah 1 inci
Margin kiri kanan 1.25 inci
Line spacing 1.5
Guna pernomboran tajuk dan subtajuk (OK)
Font TNR 12 (OK)

You might also like