You are on page 1of 1

SOALAN LATIHAN BAB 1 : PENGURUSAN

Jawab semua soalan.


1. Huraikan dua peranan pengurus restoran sebagai pembuat keputusan.[4]
2. Bezakan antara rancangan strategik dan taktikal dari sudut jangka masa dan peringkat.[4]
3. Huraikan tiga langkah terakhir proses perancangan.[6]

Encik Amir ialah seorang pemilik syarikat pengeluar kasut. Beliau dalam
perjalanan ke negara Afrika untuk mengenal pasti peluang pekerjaan di negara
tersebut. Setelah beliau melawat ke beberapa buah daerah di negara tersebut,
beliau mendapati bahawa kebanyakan penduduk di daerah itu tidak memakai
kasut.

4. Berdasarkakn petikan di atas, dengan menggunakan analisis Strength, Weakness, Opportunity


dan Threat (SWOT), terangkan aplikasi analisis peluang (opportunity) bagi syarikat Encik
Amir. [4]
5. Terangkan maksud empowermen dan berikan tiga kebaikan empowermen kepada organisasi.
[4]
6. Huraikan dua kebaikan pemencaran autoriti dalam sesebuah organisasi. [4]
7. Dengan bantuan gambar rajah, perihalkan autoriti lini dan autoriti staf.[6]
8. Jelaskan tiga faedah penggunaan Carta Gantt dalam perancangan suatu projek pembinaan
lebuh raya. [4]

You might also like