You are on page 1of 3

BAHAGIAN A ( 50 markah)

Jawab semua soalan

1 Huraikan dua jenis kemahiran pengurusan. [4]

2 Huraikan tiga jenis keperluan manusia dalam Teori Motivasi McClelland. [6]
3 Jelaskan kaedah mengurus stress yang boleh dilakukan melalui pendekatan
organisasi. [6]

4 Terangkan elemen dalam kontrak jualan barang-barang 1957 yang berikut :

i. keterangan
ii. bebas dari kesulitan
iii. mutu [6]

5 Terangkan dua jenis manual organisasi yang menjadi rujukan pekerja . [4]

6 Huraikan tiga prinsip berunding antara pengurus dengan pihak berkepentingan. [6]

7 Huraikan pengaruh elemen berikut ke atas keberkesanan sesuatu perundingan

(a) Maklumat

(b) Etika

(c) Budaya [6]

8 “Puan Atikah ialah Pengurus Pemasaran syarikat pengeluar roti.Beliau melakukan


perbincangan secara bersemuka dengan staf bawahannya untuk meningkatkan
volum jualan roti.”

Berdasarkan petikan di atas,nyatakan empat sebab Puan Atikah memilih media


tersebut untuk berkomunikasi. [4]

9 Jelaskan dua perbezaan antara keputusan rutin dengan keputusan tak rutin yang perlu
dibuat oleh pengurus sesebuah organisasi [4]

10 Nyatakan bagaimana pengurus menggunakan Analisis Tulang Ikan untuk


membantunya membuat keputusan menyelesaikan masalah organisasi [4]
BAHAGIAN B [50 markah]

Kesan stres terhadap daya kerja

11 Pelbagai kejadian dan tragedi yang melibatkan tekanan atau stres dan kemurungan teruk
sebenarnya boleh dielak dan diatasi, jika orang ramai mengambil berat mengenainya. Namun
ia boleh menjadi ‘penyakit’ yang serius andai tidak diurus dan dikawal dengan baik.

"Ia boleh menjejaskan tingkah laku, fikiran, emosi, perhubungan dengan orang lain di pejabat
dan rumah. Pekerja yang stres akan menjadi lebih agresif, gagal mengawal emosi dan
cenderung untuk bersikap kasar dengan rakan sekerja dan ahli keluarga mereka. Selain itu,
stres juga akan menyebabkan tahap kesihatan pekerja merosot. Mereka mudah mendapat
penyakit seperti darah tinggi, serangan jantung, strok, gangguan tidur, sakit kepala, masalah
berat badan dan kemurungan" ujar Pakar Perunding Psikiatri Hospital Gleneagles Kuala
Lumpur, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh ketika menyampaikan ceramah dalam Bengkel Stres
Kehidupan anjuran Hospital Gleneagles.

“Banyak kes yang dirawat di hospital melibatkan pesakit yang tidak membiasakan diri
mereka menyelesaikan masalah dari peringkat awal lagi. Kadang-kadang masalah di tempat
kerja juga memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan sehingga memporak-perandakan
perkahwinan itu sendiri “ ujar Dr. Nor Hamidah.

Organisasi juga perlu prihatin dan sedar betapa stres dan kemurungan yang tidak dirawat
boleh memberi kesan negatif kepada produktiviti pekerja mereka. Pekerja yang stres sering
melakukan kesilapan kerana hilang fokus terhadap pekerjaan mereka. Peningkatan
kemalangan ditempat kerja boleh berlaku menyebabkan organisasi terpaksa menanggung kos
rawatan yang lebih tinggi. Kes keganasan di tempat kerja akan meningkat, ini bukan sahaja
akan menyebabkan suasana di tempat kerja menjadi tidak harmoni malah organisasi terpaksa
menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi akibat kerosakan peralatan.

Bercerita mengenai punca masalah yang semakin meningkat itu katanya, “faktor pekerjaan
dan faktor persekitaran antara penyebab utama stres dalam kalangan pekerja. Wanita dwi
kerjaya paling terdedah kepada gejala stres kerana berhadapan dengan pelbagai cabaran iaitu
penjagaan anak-anak, menjaga ibu bapa, beban kerja rumah, masalah dalam perkahwinan dan
dalam masa yang sama mereka perlu menjaga prestasi kerja mereka di pejabat. Pekerja yang
melakukan tugas yang sama dan menjemukan paling mudah mengalami stres. Selain itu,
beban kerja yang banyak dan terpaksa melakukan tugas yang berbeza dalam satu masa turut
menyumbang kepada masalah stres dalam kalangan pekerja”

Walaubagaimanapun seandainya seseorang bijak menangani setiap stres yang dialami,


mereka mampu menjalani hidup dengan lebih berkualiti. "Mengambil berat tentang kesihatan
mental supaya merasa lebih sihat secara fizikal. Pekerja juga perlu bijak menguruskan masa
dengan membuat kerja mengikut keutamaan, melepaskan tekanan dengan bijak. Mereka
boleh melakukan aktiviti seperti bersukan, meditasi dan keagamaan seperti membaca Al
Quran dan berzikir untuk mengurangkan ketegangan yang dihadapi" Dr. Nor Hamidah turut
menasihatkan mereka yang mengalami masalah supaya ambil masa yang cukup untuk rehat
dan berani untuk berbincang mengenai masalah bersama saudara atau teman terdekat.
Sebagai pekerja mereka juga perlu mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
perlu mereka kuasai agar mampu melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan dan
menjalani kehidupan yang lebih teratur.
Setiap organisasi perlu mengadakan program pengurusan stres di tempat kerja agar tidak
menganggu produktiviti pekerja. "Kita lihat banyak kejayaan menerusi perlaksanaan
pengurusan kerja yang sistematik di pejabat seperti mengadakan sesi taklimat yang berkala.
Pekerja perlu sentiasa diberi penerangan yang jelas oleh pengurus tentang tugas harian
mereka. Pengurus boleh bertindak sebagai mentor dan pakar rujuk dalam kalangan pekerja.
Satu pasukan kerja yang mantap perlu diwujudkan dan diberikan kebebasan untuk
menguruskan tugas yang diamanahkan. Majikan yang bertanggungjawab akan memastikan
segala keperluan pekerja disediakan dan diurus dengan baik. Mengulas lanjut tentang
pengurusan ini, setiap organisasi perlu merujuk pekerja yang stres kepada pakar psikiatri,
psikologi atau kaunselor. Kebiasaannya, pekerja yang berhadapan dengan stres akan diberi
cuti sakit sehingga seminggu. Jika kes serius berlaku, rawatan boleh dilanjutkan sehingga tiga
bulan. Selain itu, penyediaan persekitaran kerja yang kondusif juga penting untuk
mengelakkan masalah stres dalam kalangan pekerja kerana mereka bekerja dalam suasana
yang selamat dan selesa” tambah Dr Nor Hamidah.

Di petik dan di ubahsuai daripada www.utusanonline.com, 8/5/2011

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut :

a) Jelaskan punca – punca berlakunya stres dalam kalangan pekerja [10]


b) Terangkan kesan stres kepada pekerja dan organisasi [12]
c) Senaraikan kaedah – kaedah yang dicadangkan oleh Dr Nor Hamidah kepada pekerja
dan organisasi untuk menguruskan stres [8]

Jawab satu soalan sahaja.

12. Jelaskan lima elemen yang terdapat dalam sesuatu kontrak menurut Akta Kontrak 1950
(termasuk pindaan ). [20]

ATAU

13. En. Basir merupakan pemilik dan Pengarah Urusan syarikat Gantikom Sdn Bhd.
Beliau sentiasa berbincang dengan pengurusnya apabila syarikat terpaksa menambah
pengeluaran untuk memenuhi kehendak pelanggan. Kadangkala pelanggan ingin mengubah
spesifikasi produk yang ditempah. Pesaing juga sekali-sekala memaksa En. Basir mengubah
strategi perniagaannya.

Bincangkan langkah- langkah dalam proses membuat keputusan yang perlu dilakukan oleh
En. Basir jika terdapat permintaan pelanggan untuk menambah pengeluaran syarikat tersebut
[20]

You might also like