You are on page 1of 1

LATIHAN TOPIKAL (BAB 3 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI)

BAHAGIAN A

Jawab semua soalan.

1. Lakarkan proses komunikasi dalam organisasi yang berlaku apabila seorang pengurus sumber
manusia memberi taklimat tentang jadual waktu bekerja baru sepanjang PKP. [6]
2. “Situasi pembentangan belanjawan syarikat”. Jelaskan dua proses terakhir dalam komunikasi
tersebut. [6]
3. Huraikan proses komunikasi enkod dan dekod dalam situasi pengajaran guru di dalam kelas. [4]
4. Jelaskan dua bentuk komunikasi dalam organisasi dan berikan satu contoh situasi untuk setiap
bentuk komunikasi tersebut. [6]
5. Terangkan empat tujuan komunikasi menegak dari atas ke bawah. [4]
6. Huraikan dua jenis komunikasi serta berikan contoh untuk setiap jenis komunikasi tersebut.[6]
7. Terangkan tiga jenis komunikasi bukan lisan. [6]
8. Senaraikan lima media komunikasi. [5]
9. Jelaskan dua kaedah mendengar secara berkesan. [4]
10. Huraikan maksud mendengar secara aktif dan dua teknik mendengar secara aktif. [6]
11. Senaraikan dua prinsip berunding dan tiga elemen perundingan. [5]
12. Jelaskan tiga tahap dalam perundingan. [6]
13. Terangkan peranan teknologi maklumat dalam bidang ;
i. Perbankan [2]
ii. Pendidikan [2]
iii. Sektor kerajaan [2]
14. Huraikan peranan dan kepentingan ICT dalam pengurusan perniagaan seperti berikut:
i. Pemasaran [2]
ii. Pengawalan inventori [2]
iii. Perakaunan [2]
15. Jelaskan tiga taktik perundingan yang boleh digunakan oleh kesatuan sekerja untuk
mendapatkan kenaikan gaji daripada majikannya. [6]
16. Berikan empat kebaikan penggunaan sistem teknologi maklumat dalam perniagaan
perkhidmatan pelancongan. [4]
17. Terangkan maksud intranet dan kegunaannya dalam organisasi yang mempunyai banyak
cawangan. [6]
18. Huraikan dua kegunaan intranet dalam sebuah bank. [4]

You might also like