You are on page 1of 3

LATIHAN 31 6ASS1 PENGAJIAN AM 18 JUN 2020

Bahagian A [15 markah]


Jawab semua soalan

1 Berikan tiga alasan amalan prinsip Rukun Negara yang pertama dalam mencegah
berleluasanya masalah sosial dalam negara. [3m]

(a) ……………………………………………………………………………………………………..

(b) ………………………………………………………………………………………………………………….

(c) ……………………………………………………………………………………………………

2 Nyatakan empat manfaat pelaksanaan Dasar Sukan Negara terhadap masyarakat. [4m]

(a) ……………………………………………………………………………………………

(b) ……………………………………………………………………………………………

(c) …………………………………………………………………………………………………

(d) ………………………………………………………………………………………………………...

3 Nyatakan empat anjakan yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia (2013-2025). [4m]

(a) …………………………………………………………………………………………….

(b) …………………………………………………………………………………………….

(c) …………………………………………………………………………………………….

(d) …………………………………………………………………………………………….

4 Nyatakan empat manfaat yang diperoleh negara jika integrasi kaum dikekalkan. [4m]

(a) ……………………………………………………………………………………………..

(b) ……………………………………………………………………………………………..

(c) ……………………………………………………………………………………………

(d) …………………………………………………………………………………………….

1
LATIHAN 31 6ASS1 PENGAJIAN AM 18 JUN 2020

Bahagian B [20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan pola kadar ketibaan kapal perdagangan di pelabuhan terpilih di negeri yang
dinyatakan dan bulan Februari hingga bulan Jun 2011.

Perkhidmatan pengangkutan air, khususnya jalan laut merupakan kaedah pengangkutan yang
penting di negeri Sabah. Hal ini berkait rapat dengan bentuk muka buminya yang bergunung-
ganang selain kaya dengan gugusan pulau yang indah lagi mempersonakan. Secara umum,
pengangkutan laut di negeri itu digunakan untuk mengangkut penumpang dan barang dagangan.

Berbanding dengan bulan sebelumnya, kadar ketibaan kapal perdagangan di pelabuhan


Kota Kinabalu bagi bulan Februari pada tahun 2011 adalah sebanyak 63.6% tetapi merosot
menjadi -30.5% sebulan kemudian. Pada bulan April, kadar ketibaan kapal perdagangan adalah
statik, iaitu 0% dan terus merosot kepada -28.0% pada bulan Mei. Namun, kadarnya meningkat
dengan amat ketara pada bulan Jun kepada 38.8%. Walaupun kadar ketibaan kapal pedagangan
tidak menentu, namun pelabuhan Kota Kinabalu tetap merupakan pelabuhan yang penting bagi
negeri Sabah.

Kadar ketibaan kapal perdagangan di pelabuhan Sandakan ialah -9.2% bagi bulan
Februari tetapi meningkat menjadi 40.7% pada bulan berikutnya. Peningkatan kadar ketibaan
kapal perdagangan yang ketara ini amat berbeza dengan situasi yang dialami oleh pelabuhan
Kota Kinabalu dalam tempoh yang sama. Pada bulan April, kadar ketibaan kapal perdagangan di
pelabuhan Sandakan ialah -13.3%, tetapi kembali menjadi positif pada bulan Mei, iaitu 8.3%.
Walau bagaimanapun, kadarnya menurun menjadi negatif semula kepada -2.6% pada bulan Jun
dalam tahun yang sama.

Kadar ketibaan kapal perdagangan di pelabuhan Tawau pula tidak begitu


memberangsangkan pada awal tahun 2011, tetapi keadaan mula berubah menjelang pertengahan
tahun tersebut. Pada bulan Februari, kadarnya adalah sebanyak -3.8% meningkat sedikit
walaupun masih negatif pada -2.6% sebulan kemudian, dan kembali merosot pada -8.1% pada
bulan April. Pada dua bulan seterusnya, kadar ketibaan kapal perdagangan di pelabuhan Tawau
meningkat secara mendadak, iaitu 13.2% pada bulan Mei dan 23.4% pada bulan Jun.
Perkembangan positif ini menunjukkan pelabuhan Tawau masih merupakan antara pelabuhan
yang terkenal di negeri Sabah.

Pelabuhan yang tidak kurang pentingnya di negeri Sabah ialah pelabuhan Labuan yang
telah bertukar status menjadi wilayah persekutuan di kawasan Malaysia Timur. Pelabuhan
Labuan menjadi tumpuan banyak kapal perdagangan selaras dengan peranannya sebagai
kawasan perdagangan bebas cukai. Walau bagaimanapun, kadar ketibaan kapal perdagangan di
pelabuhan ini tidak menentu. Pada bulan Februari, kadarnya negatif, iaitu -12.1% tetapi
kemudiannya meningkat dengan ketara menjadi 51.3% sebulan kemudian. Namun kadarnya
kembali menjadi negatif pada bulan April, iaitu -9.1%. Keadaan ini berterusan pada bulan Mei
dan Jun apabila masing-masing mencatatkan kadar ketibaan sebanyak -14.5% dan -1.1%.
(Disesuaikan daripada Laporan Jabatan Wilayah Persekutuan Labuan, 2012).

2
LATIHAN 31 6ASS1 PENGAJIAN AM 18 JUN 2020

6. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk
menunjukkan kuantiti pengeluaran pelbagai jenis minyak terpilih di nagara ini dan taburan
pengeluarannya bagi setiap tiga bulan sepanjang tahun tersebut.

Selain mengeluarkan petroleum dan petroleum mentah, Malaysia juga turut memiliki keupayaan
untuk mengeluarkan minyak tanah, minyak bahan api, minyak diesel dan minyak pelincir
campuran. Kejayaan ini telah meningkat sumber hasil negara memandangkan harga pasaran
bahan berkenaan sentiasa meningkatkan dari semasa ke semasa.

Pada tahun 2011, negara mengeluarkan 3560 ribu tan metrik minyak tanah. Angka ini
merupakan lebihan sebanyak 7770 000 tan metrik berbanding dengan pengeluaran minyak bahan
api dalam tahun yang sama. Walaupun harga pasaran bagi kedua-dua jenis minyak ini tidak
begitu tinggi, namun komoditi ini masih mandapat pasaran yang baik, terutamanya bagi pasaran
tempatan.

Berbanding dengan minyak tanah dan minyak bahan api, pengeluaran minyak diesel
jauh lebih tinggi pada tahun berkenaan. Pengeluarannya mencapai 10 000 ribu tan metrk
daripada jumlah keseluruhan pengeluaran negara bagi keempat-empat jenis minyak berkenaan,
iaitu 16 500 ribu tan metrik. Keadaan ini berlaku kerana permintaan terhadap minyak diesel
adalah paling tinggi berbanding dengan jenis minyak lain. Minyak diesel digunakan secara
meluas dalam pelbagai jenis kenderaan berat yang menjadi nadi penggerak aktiviti ekonomi,
sama ada dalam sektor pertanian, perindustrian mahupun sektor perkhidmatan. Baki pengeluaran
selebihnya adalah merupakan pengeluaran minyak pelincir campuran.

Kuantiti pengeluaran keseluruhan keempat-empat jenis minyak itu secara bulanan


sepanjang tahun 2011 adalah tidak menentu. Dalam tempoh antara bulan Januari hingga bulan
Mac pada tahun berkenaan, keseluruhan pengeluarannya adalah sebanyak 4300 ribu tan metrik.
Angka ini melebihi pengeluaran antara bulan Julai hingga bulan September pada tahun yang
sama, iaitu perbezaan sebanyak 300 00 tan metrik.

Dari bulan Oktober hingga bulan Disember pada tahun berkenaan, kuantiti pengeluaran
keseluruhannya ialah 4550 ribu tan metrik. Peningkatan ini adalah yang kedua tertinggi jika
dibandingkan dengan pengeluaran keseluruhan untuk tiga bulan sebelumnya. Akhir sekali, baki
kuantiti pengeluaran keseluruhan merupakan kuantiti pengeluaran bagi bulan April hingga bulan
Jun yang merupakan kuantiti pengeluaran terendah sepanjang tahun berkenaan.

Kuantiti pengeluaran keseluruhan bagi pelbagai jenis minyak yang dicatatkan pada tahun
2011 adalah yang paling tinggi sejak tahun 2009. Pekembangan ini disokong oleh kemajuan
teknologi dan peningkatan kepakaran yang dimiliki oleh pekerja tempatan. Walau
bagaimanapun, kesediaan negara maju untuk berkongsi kepakaran dengn ini turut memainkan
peranan penting. Tanpa sokongan mereka, keupayaan negara untuk bersaing dengan negara
pengeluar lain dalam pasaran antarabangsa sudah tentu menjadi lebih terbatas.

(Sumber: Disesuaikan daripada Buletin Perangkaan Bulanan Malaysia,


Jabatan Perangkaan Malaysia,2013)

You might also like