You are on page 1of 12

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SIDANG AKADEMIK 2018/2019

JMS 213

SEJARAH POLITIK MALAYSIA MODEN

TUGASAN :

Faktor-Faktor Pembentukan Malaysia

PENGURUS KURSUS:

DR. AZMAH ABD. MANAF

NAMA: RAHMAD BIN NADZRI

NO. MATRIK: JM/13372/1

1
1. Pengenalan

Persekutuan Malaysia telah terbentuk pada tahun 1963 dimana ia merupakan satu

peristiwa sejarah yang penting terhadap negara. Penubuhan persekutuan Malaysia telah

memberikan satu gambaran baru terhadap kedudukan sebuah negara sekaligus mengubah

landskap politik bukan saha di dalam negara malah melibatkan perubahan di rantau Asia

Tenggara. Gabungan yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah

dan juga Sarawak telah melahirkan sebuah negara yang berdaulat dan mewujudkan

sebuah negara bangsa yang kukuh di rantau Asia Tenggara. Pembentukan Persekutuan

Malaysia telah banyak dibahasakn oleh para sarjana di seluruh dunia dimana terdapat

banyak penulisan-penulisan kajian dari pelbagai aspek dapat kita perolehi terutama

berkaitan dengan gabungan dan pembentukan negara sehingga mewujudkan negara

bangsa yang kukuh.

Dengan adanya rekod-rekod penubuhan persekutuan, membolehkan para sarjana

membuat tinjauaan terutama kepada para sejarawan dalam memahami dengan lebih

mendalam proses-proses yang perlu dilalui dalam pembentukan Malaysia. Selain itu

rekod-rekod ini turut diteliti bagi memahami halangan-halangan yang dihadapi oleh para

pemimpin dalam proses pembentukan Malaysia. Pembentukan Malaysia tidaklah

semudah yang dijangka, dimana terdapat banyak peristiwa yang berlaku sepanjang proses

pembentukan Malaysia. Terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi semasa proses

pembentukan seperti halangan-halangan yang perlu dihadapi mbagi memastikan

pembentukan persekutuan Malaysia pada ketika itu dapat berjalan lancar.

2
Oleh yang demikian, di dalam tugasan ini akan memperlihatkan beberapa perkara dengan

memfokuskan faktor-faktor utama yang membawa kepada penyertaan Persekutuan Tanah

Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963

disamping beberapa aspek lain mengenai pembentukan Malaysia.1

2. Pembentukan Malaysia

Dalam proses pembentukan Malaysia terdapat banyak cabaran dan halangan-halangan

yang perlu dihadapi pada ketika itu dimana pada ketika itu terdapat juga beberapa

bantahan dari negara-negara di rantau Asia Tenggara terhadap hasrat pembentukan

Malaysia sebagai sebuah negara. Pembentukan Malaysia bermula setelah Persekutuan

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dari penguasaan pihak British.

Pada masa yang sama negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak dan juga Singapura masih

lagi belum mencapai kemerdekaan dan masih lagi dikuasai oleh pihak British. Rentetan

daripada pengishtiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman

yang pada ketika itu merupakan perdana menteri telah berhasrat untuk membentuk

sebuah negara baru dengan mengabungkan beberapa buah negeri lain di dalam sebuah

pentadbiran. Oleh yang demikian, Tunku Abdul Rahman telah mempelawa Singapura,

Sabah dan juga Sarawak untuk menyertai gabungan sekaligus menyokong pembentukan

Malaysia. Hasrat pembentukan sebuah negara baru ini telah mendapat tentangan dari

negara serantau terutama kerajaan Indonesia dan juga Filipina, dimana mereka telah

menyatakan bantahan dengan lantang terhadap pembentukan Malaysia pada ketika itu.

Walau mendapat tentangan proses pembentukan Malaysia juga diteruskan dengan

1
G.P. Menas, Malaysia A New Federation in Southest Asia, Richmond, Penerbit : Va : Institute of Pasific Relations,
1964.
3
melalui beberapa proses yang memakan masa yang panjang. Pembentukan Malaysia

sebagai sebuah negara selari dengan kebimbangan pihak British, dimana menurut mereka

selepas tamatnya perang dunia kedua, kesedaran dikalangan rakyat terutama yang

mengalami penjajahan semakin berkembang dan perkara ini terbukti apabila satu demi

satu negara yang dikuasai oleh British telah mula menuntut kemerdekaan. Perkara ini

bertambah kuat apabila dalam satu perhimpunan agung pada tahun 1960 oleh Persatuan

Bangsa-Bangsa Bersatu telah meluluskan satu resolusi iaitu Resolusi 1514 (XV), dimana

di dalam resolusi ini adalah untuk memberikan kebebasan dan kemerdekaan kepada

negara-negara yang dijajah.2

Pembentukan malaysa sebagai sebuah negara adalh berpandukan kepada satu matlmata

iaitu dengan mengabungkan negeri-negeri dengan Persekutuan Tanah Melayu dengan

mengambil kira keupayaan negeri-negeri tersebut sukar untuk mendapatkan kemerdekaan

jika tidak bergabung dalam membentuk sesebuah negara. Dengan adanya gabungan

seumpama ini, sudah pastinya akan memberikan peluang kepada negeri-negri lain untuk

merasai nikmat kebebasan dan kemerdekaan. Oleh yang demikian, pembentukan

Malaysia dilihat sebagai salah satu usaha untuk memberikan kemerdekaan kepada negeri-

negri yang sekian lama terjajah oleh kuasa-kuasa barat. Maka pada tanggal 23 Julai 1961

cadangan pembentukan Malaysia telah dikemukakan dan terdapat pelbagai reaksi

samaada menyokong dan membantah dengan hasrat pembentukan Malaysia. Selepas itu

satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi melakukan rundingan dengan negeri-negeri

yang ingin bergabung dalam pembentukan Malaysia.

2
Mohd. Noor bin Abdullah, 1979, Kemasukan Sabah & Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia, Kuala Lumpur
Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 35.
4
Jawatan Kuasa Perundingan Perpaduan Malaysia telah ditubuhkan bagi mendapatkan

pandangan dari semua lapisan sama ada di peringkat pimpinan dan juga di peringkat

rakyat. Jawatankuasa ini telah melakukakan beberapa usaha seperti meminta pandangan

dan memberi peluang kepada pimpinan di negeri Sabah dan Sarawak yang pada ketika itu

kurang senang dan menentang pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara. Selepas itu

Sabah dan Sarawak telah bersetuju untuk menyertai gabungan pembentukan Malaysia

dan satu memorandum telah dihatar kepada Suruhanjaya Cobbold untuk dinilai berkaitan

dengan penyertaan Sabah dan Sarwak terhadap pembentukan Malaysia. Selain daripada

Sabah dan Sarawak, Singapura juga sebahagian dari negeri yang turut mengambil

bahagian dalam pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara.

Dalam situasi di Singapura, cadagan untuk begabung dengan Persekutuan Tanah Melayu,

Sabah dan Sarawak telah dikemukakan oleh Thio Chan Bee dimana beliau adalah ahli

dari Majlis Perundangan Singapura. Beliau juga merupakan seorang naib presiden Parti

Progresif. Cadangan yang dikemukakan oleh beliau telah mendapat sokongan oleh para

pegawai British pada ketika itu iaitu Sir Robert Boothy yang merangkap Ahli Parlimen

Komanwel dalam satu rangka lawatan beliau ke Singapura. Menurut Sir Robert Boothy,

gabungan di dalam pembentukan Malaysia akan memberikan kesan yang positif terutama

dari segi keuntungan ekonomi kepada Singapura disamping menjadi sebagai salah satu

strategi yang baik dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi Singapura. Walau

bagaimanapun cadangan yang dikemukan ini kurang menarik minat pihak British.

5
Dalam satu wawancara bersama Persatuan Wartawan Asing di Singapura pada 27 Mei

1961, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu Tunku Abdul Rahman

telah memberikan usul pembentukan Malaysia dan usul yang dikemukakan oleh beliau

mendapat perhatian serius dikalangan orang yang hadir pada hari itu.

Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dan Perdana Menteri Britian Harold

MacMillan turut memberikan sokongan kepada usul pembentukan persekutuan Malaysia

pada hari itu. Idea asal pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara telah bermula lebih

awal iaitu semasa kongress Perhimpunan Agung UMNO 1956, Tunku Abdul Rahman

pernah menyebut untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan “Melayu Raya’.

Manakala kemudianya pada bulan Ogos 1956 satu memorandum telah dikeluarkan oleh

Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid dengan mencadangkan nama Malaysia sebagai

nama baru Persekutuan Tanah Melayu.3

Setelah menghadapi beberapa tentangan dan juga halangan dalam pembentukan

Malaysia, akhirnya gabungan ini telah memberikan kejayaan apabila Persekutuan

Malaysia telah diistiharkan sebagai sebuah negara pada tarikh 16 September 1963 dengan

penyertaan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Walau

bagaimanapun, Singapura telah menarik diri dalam persekutuan Malaysia dengan

menarik diri pada tahun 1965 dan membentuk sebuah negara sendiri yang merdeka. Dan

sehingga kini Persekutuan Malaysia masih kekal dengan gabungan Sabah dan Sarawak

yang telah terbentuk sekian lam semenjak dari tahun 1963 sehingga ke hari ini.

3
R.S. Milne & Diane K. Mauzy, 1978, Politics and Government in Malaysia. Singapore: Times Book International,
hlm. 28.
6
3. Faktor-Faktor Utama Pembentukan Malaysia

Semasa proses pembentukan Malaysia, satu prroses rundingan telah dijalakan secara

terus menerus dengan melibatkan beberapa pemimpin negeri yang ingin bergabung di

dalam pembentukan Malaysia. Rundingan ini telah melibatkan pemimpin-pemimpin

daripada Sabah, Sarawak dan juga Singapura. Setelah proses rundingan ini tamat, satu

kata putus telah diperolehi denga persetujuan untuk Sabah, Sarawak dan Singapura untuk

menyertai proses pembentukan Malaysia. Satu persetujuan telah diperoleh dengan

melibatkan pemimpin dari Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan juga

Sarawak setelah melalui beberapa proses rundingan pada pertemuan sebelum ini. Walau

bagaiamanapun, kerajaan Brunei telah menarik diri dalam pembentukan Malaysia pada

saat-saat akhir kerana pihak Brunei merasakanterma-terma yang terdapat di dalam

pembentukan Malaysia terutama melibatkan status Sultan Brunei sebagai raja

berpelembagaan.4 Maka pada 8 Julai 1963 telah temerterai satu perjanjian yang

berlangsung di Marlborough House, London dalam membentuk sebuah negara baru yang

bernama Malaysia selepas tamatnya rundingan akhir di London.5 Terdapat beberapa

faktor-faktor utama yang mempengaruhi pembentukan persekutuan Malaysia sebagai

sebuah negara. Antartaranya ialah;

4
Mohd. Salleh Abas, 1997, Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, hlm. 30
5
Azmah Abdul Manaf, Kemunculan Malaysia Moden, Kuala Lumpur Penerbit: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd. 2003, hlm. 109.
7
3.1 Memerdekakan Sabah, Sarawak Dan Singapura Dari Penjajahan

Pembentukan Malaysia telah memberi peluang kepada negeri-negeri di

dalam rantau ini terutama melibatkan negeri Sabah, Sarawak dan

Singapura. Langkah penyatuan ini dilihat dapat memberikan negeri Sabah,

Sarawak dan Singapura mencapai kemerdekaan lebih awal berbanding

melakukan usaha-usah menuntut kemrdekaan secara sendiri. Penyatuan

Sabah, Sarawak dan Singapura dalam pembentukan Malaysia dilihat

sebagai satu strategi yang tepat dimana jika dilihat negeri-negeri tersebut

masih lagi dibawah kekuasaan pihak British. Dalam penyatuan ini terdapat

beberapa perbezaan dari segi urus tadbir dan pemilikan sesebuah negeri.

Jika dilihat Sabah dan Sarawak adalah negeri yang berstatus tanah jajahan.

Manakala bagi Singapura pula merupakan sebuah nnegeri naungan di

dalam Persekutuan Malaysia. Proses pembentukan Malaysia mengikut

garis masa yang ditetapkan adalah dua tahun dan jika Sabah dan Sarawak

tidak menyertai pemebentukan Malaysia pada ketika itu sudah pasti akan

menyebabkan mereka lewat untuk mencapai kemerdekaan sekaligus akan

mengheret mereka kepada penjajahan dalam masa yang lama. Penyertaan

Sabah Sarawak dalam pembentukan Malaysia dilihat sebagai satu

keputusan tepat. Pada tahun 1960, pihak British telah mengkaji dasar-

dasar baru terutama melibatkan tanah jajahan mereka, dimana pada ketika

itu pihak British telah mula mempertimbangkan untuk memberikan

kemerdekaan kepada tanah jajahan mereka.

8
Dalam situasi semasa di Sabah dan Sarwak pada ketika itu masih terdapt

kekurangan kemajuan dari aspek ekonomi dan juga taraf sosial telah

menyebabkan pihak British tidak ingin memerdekakan negeri-negeri ini.

Dalam masa yang sama Tunku Abdul Rahman merasakan pihak British

tidak akan memberikan kemerdekaan kepada Sabaha dan Sarawak

kemerdekaan awal. Disebabkan faktor ini, Tunku Abdul Rahman telah

mempelawa negeri ini untuk menyertai beliau dalam membentuk sebuah

negara yang bebas dan merdeka serta menjadi sebuah negara yang

berdaulat disamping menghalang kemaraan dan penyebaran ideology-

ideologi komunis yang dilihat sebagai musuh utama pada ketika itu. Jika

pada ketika itu Sabah dan Sarawak tidak diberikan kemerdekaan sudah

pasti negeri tersebut akan mula dikuasai oleh pengaruh-pengaruh komunis.

Kekhuatiran British juga menjadi elemen penting kerana pihak British

berangaapan mereka akan kekurangan pengaruh di wilayah tersebut jika

dikuasai oleh komunis. Sudah pasti ini akan meningalkan kesan kepada

kepentingan ekonomi British pada ketika itu. Selain itu, ancaman-ancaman

dari negara jiran juga menjadi perkara penting dimanan Sabah dan

Sarawak mejadi perhatian dari negara sekitar terutama melibatkan negara

Indonesia dan juga Filipina.6

3.2 Menangani Aktiviti-Aktiviti Komunis

Negara-negara di rantau Asia Tenggara pada ketika itu dibimbangi dengan

kehadiran ancaman Komunis. Ancaman pihak Komunis telah berlangsung

6
B. Simandjuntak, Federalisme Tanah Melayu 1945-1963 Satu Kajian Mengenai Masalah-masalah Persekutuan di
dalam Sebuah Masyarakat Majmuk, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1985, hlm. 139.
9
dalam jangkamasa yang lama dan juga telah mengorbankan banyak nyawa

orang awam dan anggota keselamatan. Ancaman yang paling ketara pada

ketika itu dapat dilihat berlaku di Persekutuan tanah Melayu, Sabah,

Sarawak dan juga Singapura. Oleh itu, melalui penggabungan ini, tugas

untuk melawan ancaman komunis akan menjadi lebih besar dan lebih kuat

daripada memerangi komunis sahaja.

3.3 Imbangan Kaum

Perkaraini sangat ditekankan oleh Tunku Abdul Rahman tetapi bukan oleh

Singapura. Sejak Singapura mengambil keputusan untuk bergabung

dengan Tanah Melayu, Tunku terpaksa mencari jalan untuk mengimbangi

komposisi etnik kerana majority masyarakat di Singapura adalah terdiri

dari masyarakat Cina. Oleh itu, Tunku Abdul rahman telah menekankan

untuk memasukkan Sabah, Sarawak dan Brunei dalam pembentukan

Persekutuan Malaysia.

3.4 Kerjasama Ekonomi

Dengan penggabungan sekaligus membentuk Malaysia, ia dapat memupuk

pertumbuhan ekonomi untuk negara dan memastikan kemajuan untuk

rakyat. Dengan hasil kolektif dari pelbagai sumber setiap negara, ia akan

menyumbang dan membolehkan negara melakukan pertumbuhan ekonomi

memandangkan potensi ekonomi di negara dapat dikembangkan lagi. Oleh

itu, hasil dari pembentukan ini akan membawa kemakmuran kepada rakyat

tampa mengira perbezaan kaum.

10
4. Kesimpulan

Pembentukan sebuah negara bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Pembentukan negara

memerlukan satu proses yang kompleks dan rumit dengan perlu mengambil kira beberapa

perkara penting bagi memastikan kestabilan sesuatu negara di masa mendatang. Proses-

proses yang rumit bukan sahaja melibatkan masa malahan turut melibatkan kos yang

tinggi. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam pembentukan

sesenuah negara terutama melibatkan proses rundingan. Dalam proses pembentukan

Malaysia dapat kita lihat proses rundingan dilakukan terus menerus dengan negeri-negeri

yang ingin bergabung dalam membentuk Malaysia. Perkara ini dapat dilihat apabila

berlakunya rundingan dengan pemimpin-pemimpin tertinggi melibatkan negeri Sabah,

Sarawak dan juga Singapura. Selain rundungan terus pelbagai jawatankuasa telah

dibentuk bagi mengkaji dan mengenalpasti keperluan-keperluan untuk membentuk

persekutuan Malaysia bagi meamstikan anggota yang terlibat berpuas hati dan tidak

merasa ditindas dengan keputusan yang dibuat.

Pembentukan Malaysia ini telah memberikan peluang kepada para pemimpin di Sabah,

Sarawak, Tanah Melayu mahupun Singapura menjalinkan hubungan yang akrab dalam

memastikan penyatuan yang dibuat adalah berdasarkan semangat kesetiakawan yang

tinggi. Pembentukan Persekutuan Malaysia telah banyak member impak positif kepada

negeri-negeri yang sebelum ini kurang maju dan dipinggirkan oleh pihak penjajah.

Penambahbaikan dapat dilihat dari sudut segi politik, ekonomi dan juga sosial dengan

pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat. Dengan terbinanya sebuah

negara daripada pembentukan Malaysia telah meberikan sinar dan harapan baru kepada

kemajuan negeri-negeri di bawah persekutuan Malaysia.

11
Rujukan

Azmah Abdul Manaf. (2003). Kemunculan Malaysia Moden, Kuala Lumpur Penerbit: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

B. Simandjuntak. (1985). Federalisme Tanah Melayu 1945-1963 Satu Kajian Mengenai Masalah-

masalah Persekutuan di dalam Sebuah Masyarakat Majmuk, Kuala Lumpur: Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

G.P. Menas. (1964). Malaysia A New Federation in Southest Asia, Richmond, Penerbit : Va :

Institute of Pasific Relations.

Mohd. Noor bin Abdullah. (1979). Kemasukan Sabah & Sarawak ke dalam Persekutuan

Malaysia. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Salleh Abas. (1997). Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Phillips, D. (2018). Confrontation and Insurgency in Borneo, 1960–90. Journal of Contemporary

History, 002200941878172.

R.S. Milne & Diane K. Mauzy. (1978). Politics and Government in Malaysia. Singapore: Times

Book International.

Singh, V. (1963). The Struggle for Malaysia. International Studies, 5(3), 221–239.

Suryanarayan, V. (1969). Singapore in Malaysia. International Studies, 11(1), 1–40.

12

You might also like