You are on page 1of 12

1.

Pengenalan

KWSP ditubuhkan 1 Oktober 1951 di bawah Ordinan KWSP 1951. Ia adalah sebuah
badan berkanun dan tabung amanah yang diwujudkan bagi menyediakan faedah
persaraan kepada ahli-ahlinya apabila merekabersara kelak. Ordinan KWSP 1951
ini telah diganti dengan Akta KWSP 1991 yang berkuatkuasa 1 Jun 1991. Akta KWSP
ini telah dipinda dari semasa ke semasa selaras dengan perubahan polisi KWSP.
Pindaan terkini telah dibuat pada tahun 2007.KWSP diuruskan oleh sebuah
Lembaga yang terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan tidak melebihi
18 orang ahli yang lain. Pentadbiran harian KWSP pula diuruskan oleh
Pengurusannya yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif. KWSP merupakan sebuah
institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan
kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai.
KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan
memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk
mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Di dalam laporan parlimen penggal ketiga tahun 2015 telah dinyatakan satu pindaan
Rang Undang-Undang Kumpulan Simpanan Wang Pekerja 2015 dimana seperti yang
dinyatakan di dalam laporan perbahasan tentang had umur pengeluaran caruman dari
umur 55 tahun kepada umur 60 tahun. Cadangan menyelaraskan umur pengeluaran
simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ahlinya hampir kepada
usia persaraan 60 tahun dibuat khusus untuk menangani isu ketidakcukupan simpanan
persaraan majoriti besar ahli apabila mereka bersara pada umur 55 tahun. Dalam catatan
di laman Facebook KWSP, mereka menyifatkan tidak mempunyai sebarang agenda
tersembunyi berhubung pelaksanaan isu pengeluaran umur 55 tahun yang dicadangkan
dinaikkan ke 60 tahun. KWSP tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi berhubung
pelaksanaan isu Pengeluaran Umur 55 Tahun yang dicadangkan dinaikkan ke 60 tahun
sepertimana.

1
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata,
agensi itu sedang menimbang menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan
ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun. Kata Shahril, negara perlu menangani isu
pengeluaran simpanan pada usia 55 tahun berbanding usia persaraan baharu pada 60
tahun, jika tidak ia akan menjadi bebanan kepada masyarakat untuk menguruskan orang-
orang yang bersara tanpa wang yang mencukupi dalam akaun mereka. Di dalam tugasan
ini akan diterangkan dengan lebih lanjut tentang laporan parlimen tentang pindaan Rang
Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

2
2. Isu Utama Pengeluaran Caruman KWSP Pada Umur 60 Tahun

Di dalam isu ini laporan parlimen telah menunjukan terdapat beberapa pindaan yang
dibuat bagi membolehkan had umur pengeluaran caruman KWSP dinaikan dari umur 55
kepada umur 60. Menurut laporan parlimen penggal ketiga tahun 2015, selaras dengan
pengenalan dan perubahan dasar, perkembangan undang-undang baru, kepelbagaian
struktur pelaburan dan perkembangan operasi KWSP, pihak pengurusan KWSP telah
mengkaji semula peruntukan Akta KWSP 1991. Terdapat 25 fasal di dalam pindaan rang
undang-undang kumpulan wang simpanan pekerja dan di dalam isu pengeluaran caruman
umur 60 melibatkan fasal 13 dan fasal 15 seperti yang dinyatakan di dalam laporan
parlimen.

Fasal 13 akan meminda seksyen 51A untuk menaikkan had umur bagi memindahkan
kesemua jumlah wang yang tidak dituntut kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut daripada
umur 80 tahun kepada 100 tahun atau apa-apa had umur sebagaimana yang ditetapkan
oleh lembaga mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Tempoh umur sehingga 100 tahun
dan mana-mana yang lebih tinggi seperti yang ditetapkan oleh lembaga adalah memadai
bagi ahli waris untuk membuat tuntutan ke atas simpanan ahli di KWSP.

Fasal 15 memasukkan peruntukan baru bagi pengeluaran caruman ahli yang masih
bekerja selepas umur 55 tahun iaitu apa caruman baru dikreditkan ke dalam akaun
seseorang ahli selepas ahli itu mencapai umur 55 tahun hanya boleh dikeluarkan apabila
ahli mencapai umur 60 tahun atau apa-apa umur lain sebagaimana yang ditetapkan oleh
Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam warta mengikut mana-mana yang lebih
tinggi. Cadangan adalah bagi memastikan ahli masih mempunyai simpanan apabila
mencapai umur persaraan minimum 60 tahun.

3
Pengeluaran dan tanggungan mencarum perkhidmatan awam, seksyen 54C
memperuntukkan peruntukan berhubung pengeluaran oleh pekhidmat awam di bawah
Skim Pekerja Berpencen atau Skim Pengeluaran Pesara Pilihan seperti berikut, ahli yang
memilih Skim Berpencen belum mencapai umur 55 tahun dan masih bekerja dengan
Kerajaan Malaysia adalah dibenarkan untuk membuat pengeluaran kesemua jumlah wang
dan ahli yang memilih Skim Berpencen belum mencapai umur 55 tahun dan telah
berpencen adalah dibenarkan untuk membuat pengeluaran kesemua atau sebahagian
jumlah wang.

Isu ini dijadikan agenda dalam pindaan rang undang-undang bagi memastikan para
pencarum yang dimana melibatkan para pekerja. Isu ini didapati bagi menjamin
kedudukan kewangan pekerja lebih stabil apabila sudah tidak lagi berkhidmat atau
bekerja di mana-mana organisasi. Cadangan tersebut ada rasionalnya bagi memberikan
nafas kehidupan kepada pencarum untuk menyara kehidupan mereka lepas persaraan.
Walaubagaimana pun bukan semua pekerja baik sektor awam atau swasta akan mencapai
tempoh persaraan 60 tahun dan adakah munasabah mereka menunggu sehingga tempoh
itu kalau mereka bersara awal? Adalah dicadangkan agar pengeluaran minimum
keseluruhan pada usia 55 tahun adalah bertepatan bagi mereka yang mencarum sebelum
tahun 2015. Disebabkan pilihan persaraan sebelum ini berdasarkan umur 55 tahun dan
kiranya beliau meneruskan pekerjaan sehingga umur 60 tahun maka peluang patut
diberikan secara fleksibel untuk pengeluaran antara 55 hingga 60 tahun, bermakna
penetapan umur 55 tahun adalah tempoh minimum seseorang pekerja boleh
mengeluarkan kesemua atau sebahagian caruman mereka masih kekal.

4
Tempoh umur 55 hingga 75 tahun adalah masa kritikal bagi seseorang ahli disebabkan
kebanyakan ahli mengalami pelbagai komplikasi penyakit kronik seperti jantung, kencing
manis, darah tinggi, lumpuh dan sebagainya. Dalam tempoh tersebutlah mereka
memerlukan caruman bagi menampung kos kehidupan dan perubatan mereka. Adalah
dirasakan anjakan pengeluaran 5 tahun ke depan boleh memberikan kesan kepada
pencarum yang menunggu terlalu lama untuk pengeluaran kerana pada asasnya KWSP
diwujudkan untuk meringankan beban pekerja di hari tua mereka bukan selepas mereka
meninggal dunia. Perkara ini perlu diambil perhatian dan satu kajian yang konkrit perlu
dibuat dengan meminta pendapat NGO, rakyat dan pakar yang memberikan kesan
menang-menang antara KWSP dan pencarum.

5
3. Matlamat Utama Pindaan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja

Melihat matlamat sebagai satu justifikasi kepada wujudnya dasar awam atau tindakan
kerajaan untuk membuat sesuatu atau tidak membuat sesuatu. Selain itu, matlamat juga
merupakan satu criteria untuk menilai dasar awam yang mana matlamat merupakan satu
standard atau ukuran dalam menilai (assessment) dasar yang dilaksanakan. Dengan kata
lain, kejayaan sesuatu dasar ialah apabila dasar yang dilaksanakan mampu mencapai
matlamat yang telah digariskan.

Umur Persaraan Minimum meliputi semua kategori pekerja, kecuali kategori pekerja
yang disenaraikan oleh Seksyen 2 di bawah Akta tersebut. Bagi mendapatkan maklumat
lanjut berkenaan kategori pekerja yang dikecualikan, sila lihat pautan. Sebelum Akta ini
dikuatkuasakan, umur persaraan bagi pekerja sektor swasta tidak dilindungi oleh
sebarang undang-undang. Namun, secara lazimnya, majikan menetapkan umur persaraan
pada 55 tahun. Penetapan tersebut dibuat bersandarkan had umur yang dibenarkan untuk
pengeluaran simpanan KWSP.

Selain itu, kajian mendapati bahawa 86% daripada pencarum KWSP tidak mempunyai
simpanan persaraan yang mencukupi untuk menampung kehidupan mereka setelah
bersara1. Kajian tersebut, membabitkan tinjauan terhadap 2,427 bekas pencarum KWSP
pada tahun 2003 mendapati bahawa 14% pesara kehabisan simpanan persaraan mereka
dalam tempoh 3 tahun, separuh kehabisan simpanan persaraan mereka dalam tempoh 5
tahun manakala 70% pula kehabisan simpanan mereka dalam jangka 10 tahun.

Data yang diperoleh daripada KWSP pada tahun 2010 menunjukkan bahawa 73%
daripada pencarumnya mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 ketika
mencecah umur 54 tahun. Isu ketidakcukupan simpanan persaraan ini lebih terbeban
disebabkan jangka hayat purata warga Malaysia yang telah meningkat kepada 75 tahun.
Malah, menjelang 2030, Malaysia diunjurkan menjadi sebuah negara tua, apabila 15%
penduduk akan berusia sama ada 60 tahun atau lebih, berbanding pada tahun 2010
apabila hanya 7.8% penduduk berusia 60 tahun atau lebih.

6
Berdasarkan statistik tersebut, Kerajaan Malaysia memutuskan pada bulan Mac 2011
untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi menetapkan suatu umur persaraan
minimum untuk pekerja sektor swasta menerusi penggubalan undang-undang berkaitan.
Kementerian Sumber Manusia (KSM) kemudiannya mengumpulkan input serta maklum
balas daripada pihak berkepentingan berkenaan isu umur persaraan minimum.

Pelaksanaan umur persaraan minimum yang digalas oleh KSM tercakup dalam Inisiatif
Pembaharuan Strategik (SRI) Pembangunan Modal Insan di bawah Program
Transformasi Ekonomi (ETP). Selaras dengan matlamat mentransformasikan Malaysia
menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, penetapan umur persaraan
yang diwartakan menerusi Akta Umur Persaraan Minimum 2012 dijangka menyumbang
kepada takungan modal insan negara sekali gus mengekang kehilangan sumber
pendapatan bagi pekerja yang sudah melewati umur 55 tahun.

7
4. Bentuk Penyelesaiaan Dasar

Penyelesaiaan dasar adalah peringkat di mana proses mengenal pasti tindakan yang
bersesuaian dan boleh diterima pakai untuk menyelesaian sesuatu masalah awam melalui
undang-undang. Selain daripada itu, perumusan dasar merupakan satu proses yang
teknikal kerana ia akan melibatkan cadangan beberapa alternatif dasar untuk
menyelesaikan masalah awam. Untuk membentuk alternatif-alternatif yang terbaik
memerlukan pengumpulan maklumat dan data secara menyeluruh serta terperinci.
Seterusnya, alternatif-alternatif yang dibina tersebut juga perlulah tidak bertentangan
dengan statut yang sedia ada. Di Malaysia, setiap cadangan dasar perlulah tidak
bercanggah dengan Perlembagaan Malayasia. Contohnya, keistimewaan Raja-raja adalah
diakui oleh Perlembagaan. Oleh itu, sebarang cadangan yang menyentuh hak
keistimewaan Raja-raja tidak akan diterima pakai. Begitu juga tentang hak-hak
keistimewaan orang-orang Melayu. Selain itu, untuk mengatasi masalah awam, cadangan
bagi setiap alternatif perlulah secara berhati-hati agar tidak wujud perkara-perkara yang
ketinggalan bagi mengelakan sebarang kesan negatif sekiranya alternative tersebut
dilaksanakan sebagai dasar.

Kerajaan diminta tidak tergesa-gesa menerima cadangan Kumpulan Wang Simpanan


Pekerja (KWSP) untuk melanjutkan umur bagi pengeluaran keseluruhan simpanan
persaraan kepada 60 tahun, kerana ia dilihat tidak memberi peluang kepada mereka yang
memilih untuk bersara awal. Pada masa kini, terdapat pesara yang memilih untuk bersara
pada usia 58 tahun. Bagaimana dengan mereka? Adakah mereka juga perlu menunggu
sehingga dua tahun untuk mengeluarkan wang simpanan? Had pengeluaran simpanan itu
haruslah berpadanan dengan usia persaraan untuk memberi peluang mereka
menggunakan wang tersebut bagi tujuan seperti membeli rumah atau mengerjakan haji.

8
5. Perlaksanaan Dasar

Pelaksanaan dasar merupakan satu keadaan yang wujud selepas satu keputusan untuk
melaksanakan satu rancangan (dasar) bagi mengatasi sesuatu masalah. Anderson (2000)
juga melihat pelaksanaan dasar dengan merujuk kepada konsep tersebut apabila beliau
menyatakan pelaksanaan dasar bermula selepas sesuatu rang undangundang diluluskan
menjadi akta. Namun Lester & Steward (2000) berpendapat konsep pelaksanaan dasar
boleh difahami dengan melihat pelaksanaan dasar sebagai satu proses, pelaksanaan dasar
sebagai satu output dan pelaksanaan dasar sebagai satu hasil (outcome). Kenapa Lester &
Steward memberikan dimensi yang berbeza dalam membincangkan konsep pelaksanaan
dasar? Menurut Lester dan Steward (2000), pelaksanaan dasar dikonsepsikan sebagai satu
proses kerana ia melibatkan beberapa siri tindakan dan keputusan pihak berkuasa bagi
menjadikan pelaksanaan keputusan yang diambil lebih bermakna. Siri tindakan dan
keputusan tersebut merujuk kepada proses menzahirkan keputusan seperti meluluskan
undang-undang, membuat peraturan, menguatkuasakan peraturan dan undang-undang,
menggunakan sumber dengan tepat dan memantau keputusan yang telah dilaksanakan.

Pelaksanaan dasar turut diertikan sebagai output kerana ia merujuk kepada setakat mana
matlamat yang diprogramkan disokong melalui sumber kewangan atau bajet. Dengan
kata lain, output merupakan tindakantindakan yang dapat dilihat hasil daripada dasar-
dasar yang telah dilaksanakan. Contohnya selepas pelaksanaan dasar penswastaan,
Negara telah mempunyai jaringan lebuh raya sebagai alternatif kepada jalan raya yang
sedia ada. Kewujudan lebuh raya membantu mewujudkan jaringan perhubungan yang
lebih cepat. Akhir sekali, konsep pelaksanaan dasar sebagai hasil (outcome). Konsep ini
merujuk kepada konteks yang lebih luas iaitu dengan melihat sama ada wujud atau tidak
perubahan yang boleh diukur akibat pelaksanaan satu- satu dasar atau program awam.

9
Kesan ini akan membantu kerajaan atau masyarakat membuat penilaian sama ada sesuatu
dasar atau program tersebut berjaya atau sebaliknya. Misalnya, untuk mengetahui sama
ada penguatkuasaan peraturan atau undang-undang yang ketat ke atas salah laku trafik
berjaya atau tidak mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, kita perlu melihat kepada
statistik kadar kemalangan yang berlaku. Jika statistic menunjukkan penurunan, maka
boleh dirumuskan bahawa dasar tersebut berjaya mencapai objektifnya, jika sebaliknya
dasar tersebut boleh dianggap sebagai kurang berjaya mencapai matlamat yang
ditetapkan.

Di dalam hal pengeluaran caruman pada umur 6o tahun, Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) mengekalkan polisi membenarkan ahlinya mengeluarkan keseluruhan
simpanan persaraan mereka pada usia 55 tahun walaupun umur persaraan penjawat awam
dinaikkan kepada 60 tahun. Bagaimanapun, KWSP menggalakkan pencarum
mengamalkan pengeluaran caruman secara fleksibel berbanding sekali gus, yang boleh
mengundang pembaziran. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan
berkata langkah pengeluaran secara fleksibel itu diperkenal bagi membantu anggota
KWSP mengurus perbelanjaan mereka selepas bersara. Sebelum ini, kebanyakan ahli
mengeluarkan wang secara sekali gus. Seperti yang anda sedia maklum, adalah sukar
untuk mengurus dan menyimpan wang berkenaan dalam tempoh tiga hingga lima tahun
selepas bersara.

Di bawah Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun, beberapa pilihan ditawarkan kepada ahli
untuk menguruskan simpanan persaraan mereka dengan lebih baik. Kekerapan dan amaun
pengeluaran ditentukan mengikut keperluan ahli. Ahli boleh memilih mengeluarkan secara
sebahagian, bulanan atau kombinasi kedua-duanya sekali. Pilihan sebegini baik untuk mereka
yang tiada perancangan dan tiada perancangan nak buat apa dengan duit KWSP mereka
kelak. Jadi, jikalau setiap bulan diibaratkan seperti menikmati gaji bulanan sedangkan sudah
tidak lagi bekerja. Oleh itu, di sudut lain kami merasakan pengeluaran fleksibel ini sesuai
untuk golongan yang seringkali “cuai” merancang kewangan mereka dan tidak mahu pening-
pening memikirkan bagaimana mahu menguruskan duit KWSP mereka kelak. Lagipun ini
hanya salah satu pilihan kan, bukannya kemestian.

10
6. Kesimpulan

Secara kesimpulanya perlaksanaan sesuatu dasar awam perlu menitikberatkan segala


kelebihan dan kekurangan apabila sesuatu dasar baru ingin digubal atau dipinda. Merujuk
laporan parlimen yang dinyatakan pindaan rang undang-undang kumpulan simpanan
wang pekerja yang melibatkan kenaikan umur pekerja bagi menggeluarkan wang
caruman perlu dikaji dengan teliti. Ini bagi memastikan sesuatu dasar itu mecapai
matlamat dan objektifnya. Didalam isu ini had umur menjadi penanda aras bagi
membolehkan wang caruman dikeluarkan. Dasar ini perlu dikaji dengan teliti bagi
memastikan tidak terdapat implikasi lain selepas pengubalan dasar ini. Pihak kerajaan
harus peka dengan permasalahan yang telah dinyatakan secara langsung atau tidak
langsung. Dasar yang bagus sudah pasti akan melancarkan proses pentadbiran kerajaan
dalam mentadbir Negara.

11
Rujukan

Malaysia, Laporan Parlimen (2015). Rang Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Kuala Lumpur: Dewan Rakyat.

KWSP: Dahulu Kini Esok (2001), terbitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sempena
sambutan ulangtahun ke-50 KWSP pada 1 Oktober 2001.

Maimunah Aminuddin (1993) Human Resource Management. Sun U Book Co. Selangor.

Zul Bakar (2015). KWSP hanya ‘tukang simpan, 27 Jun 2016, Dari
http://m.utusan.com.my/rencana/kwsp-hanya-8232-8216-tukang-simpan-8217-1.82102

Berita Harian (2015). Pencarum KWSP kekal hak keluar caruman pada usia 55 - PM
25 Jun 2016, Dari http://www.bharian.com.my/node/49226

Berita Harian (2015). KWSP wajar beri pilihan had umur pengeluaran - CUEPACS
21 Jun 2016, Dari http://www.bharian.com.my/node/47364

Mstar Online (2014). Cadangan Umur 60 Tahun Keluarkan KWSP Perlu Diteliti - Cuepacs, 27
Jun 2016, Dari http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/11/17/pengeluaran-kwsp/

12

You might also like