You are on page 1of 4

Feudalisme secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu

bentuk kerajaan, iaitu kuasa politik dikuatkuasakan secara tempatan oleh


individu persendirian dan bukan kerajaan pusat. Feudalisme ialah satu
bentuk organisasi politik dan sosial yang mempunyai kelas atau susun
lapis tertentu iaitu mengikut susun lapis hierarki. Feudalisme membawa
maksud satu sistem hubungan bertimbal balas yang

berdasarkan

ketaatsetiaan antara dua kumpulan manusia bebas. Pada asasnya, sistem


ini seperti yang wujud di Eropah sejak abad ke-9 memperlihatkan
hubungan peribadi yang erat antara tuan tanah (lord) dan petani (vassal)
yang disyaratkan untuk memberi taat setia kepada lord. Satu pihak akan
memberi perlindungan sementara satu pihak lagi memberi perkhidmatan
ketenteraan dan keselamatan kepada raja. Selain aspek ketenteraan dan
keselamatan, feudotari juga dikehendaki menyediakan keperluan tertentu
termasuklah buruh untuk sistem kerah. Jika dilihat dari segi strukturnya,
sistem feudal memaparkan satu bentuk piramid. Di bahagian bawah sekali
ialah golongan rakyat atau petani manakala di bahagian atas sekali ialah
raja.

Bahagian

tengah

pula

ialah

golongan

pembesar

yang

bertanggungjawab menjadi tali penghubung antara raja dengan rakyat


dan secara praktikalnya turut bertindak sebagai tuan tanah.
Dalam pemerintahan bercorak feudal ini, wujud satu hierarki yang
jelas antara feudatories dan subfeudatories di bawah pemerintahan
seorang raja. Di rantau Asia Tenggara, sistem feudal yang wujud adalah
berasaskan masyarakat pertanian yang merupakan satu cirri umum
utamanya. Raja adalah kuasa yang besar dan dianggap sebagai pemilik
tanah yang boleh ditemui di semua kerajaan Asia Tenggara.. Di Malaysia
zaman feudalisme dapat dilihat pada zaman perintahan raja atau sultan
iaitu zaman sebelum campur tangan penjajah di Tanah Melayu khususnya
kuasa british. Dalam konteks ini, terdapat beberapa cirri-ciri feudalisme.
Antaranya

ialah

golongan iaitu

berbentuk

golongan

yang

piramid.

Dipecahkan

memerintah

kepada

(raja, kerabatdiraja

dua
dan

golongan bangsawan) dan golongan diperintah (rakyat biasa). Raja


berkuasa mutlak dan mempunyai kedudukan tertinggi. Hubungan antara
raja dengan rakyat biasa adalah melalui golongan pembesar. Hubungan

antara

golongan

pemerintah

dengan

golongan

diperintah

wujud

dengan konsep golongan pemerintah member perlindungan kepada


golongan yang diperintah manakala golongan diperintah pula memberi
taat setia kepada golongan pemerintah.
Pada kurun ke-19 , ekonomi masyarakat Melayu amat dipengaruhi
oleh konsep feudalisme. Ini kerana, kegiatan ekonomi ini sangat
berhubung

kait

dengan

lapisan

masyarakat.

Menurut

Ishak

Saat,

feudualisme bermaksud corak perhubungan pemerintah dengan yang


diperintah yakni lebih berbentuk kesatuan dalam keadaan iaitu setiap
golongan saling memerlukan. Oleh itu, ekonomi pada kurun ke-19
memperlihatkan pengaruh feudualisme, iaitu sistem ekonomi yang
berkait rapat dengan perbezaan darjat manusia yang melahirkan dua
kelas manusia, iaitu kelas Raja dan Bangsawan dengan golongan rakyat
biasa. Sistem feudal yang berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu ini
ternyata memberi impak terhadap kehidupan orang Melayu khususnya
dalam aspek ekonomi. Antaranya ialah kemiskinan semakin meluas dalam
kalangan masyarakat Melayu. Yang kaya semakin kaya, yang miskin akan
tetap miskin Dalam hal ini, orang yang memegang tampuk pemerintahan
yang tertinggi semakin mendominasi kekayaan sebaliknya orang yang
berada di bawah masih dalam kepompong kemiskinan. Hal ini demikian
kerana sistem feudal ini membataskan usaha orang Melayu untuk
memajukan taraf kehidupan mereka ke arah kehidupan yang lebih baik.
Ini dapat dilihat berdasarkan kaca mata Abdullah Munshi di mana menurut
beliau, kemiskinan berleluasa di Pahang, Terengganu dan Kelantan bukan
disebabkan seratus peratus oleh sikap pemalas orang Melayu tetapi
akibat daripada sikap pemimpin yang mengabaikan kebajikan masyarakat
Melayu itu sendiri dimana mereka tidak diberikan sebarang ganjaran
sekiranya bekerja gigih atau lebih masa. Oleh hal yang demikan, situasi
tersebut membantutkan daya usaha rakyat jelata dan semangat mereka
untuk bekerja dan memperolehi pendapatan yang lebih.
Impak daripada sistem feudal ini juga memperlihatkan bahawa
ekonomi masyarakat Melayu tidak menggalakkan pertumbuhan ekonomi
dan perdagangan. Dalam konteks ini, ia mewujudkan sistem serah dan

sistem kerah. Sistem serah merupakan sebahagian adat ekonomi


tradisional masyarakat Melayu Ini kerana selain daripada mengenakan
cukai golongan, aristokrat ini juga mempraktikkan satu sistem adat
tradisional yang dikenali sebagai Serah dagang. Dalam urus niaga untuk
memperoleh bekalan keperluan, harga barang tersebut dimanipulasikan
oleh raja yang sendirinya menjadi saudagar utama. Rakyat tidak dapat
memperoleh bekalan keperluan secara terus daripada saudagar utama
melainkan hanya melalui para golongan pemerintah, ini menyebabkan
rakyat perlu menyerahkan terlebih sebahagian daripada hasil mereka
kepada golongan pemerintah. Rakyat perlu melakukan menyerahkan
sepersepuluh daripada hasil mereka kepada pembesar kerana ini adalah
sebahagian daripada tanggungjawab tradisi. Rakyat tidak dibenarkan
menyimpan harta yang lebih dan apa yang menyedihkan kaum tani tidak
dapat menikmati hasil dari titik peluh mereka. Jika adapun rakyat yang
hendak menyimpan maka penambahan harta daripada kalangan golongan
rakyat, boleh menyebabkan raja akan melakukan tindakan merampas
harta. Keadaan sistem Serah ini ini dapat digambarkan seperti yang
terdapat di dalam Hikayat Abdullah; apabila raja-raja itu menghendaki
baik anak-anak perampuan atau barang suatu harta benda rakyatnya,
diambilnya sahaja dengan tidak menjadi sesuatu atau takut kepada Allah.
Dan tiada lagi kepadanya timbangan dan kenangan atas rakyatnya.
Sistem kerah merupakan sesuatu sistem yang mewajibkan penduduk
semua kampung dalam sesuatu daerah itu menyumbangkan tenaga
buruh untuk berkerja diladang-ladang, untuk mengutip hasil-hasil hutan
dan kerja-kerja umum atau persendirian yang lain. Sistem serah kerah ini
harus diterima dan tidak boleh dipersoalkan oleh rakyat, kerana sistem
kerah

ini

merupakan

satu

bentuk

arahan.

Dalam

hal

ini,

ia

memperlihatkan satu bentuk penindasan yang dilakuka oleh golongan


atasan ke atas golongan bawahan.
Penindasan oleh golongan pemerintah turut memberi kesan
terhadap keadaan ekonomi orang melayu. Dalam hal ini, walaupun pada
hakikatnya golongan yang diperintah ini telah berhempas pulas dalam
mencari sumber pendapatan

namun

golongan pemerintah dengan

sewenangnya-wenangnya mengambil kesempatan terhadap titik peluh


golongan yang diperintah. Keadaan ini seolah-oleh menunjukkan golongan
yang diperintah mencari sumber pendapatan untuk orang lain. Misalnya,
hasil tanaman yang dikeluarkan oleh kaum tani akan dibeli dengan harga
yang murah dan kemudiannya menjualkannya hasil-hasil ini kepada
pasaran dunia. Apa yang menyedihkan kaum tani tidak dapat menikmati
hasil dari titik peluh mereka. Golongan yang diperintah ini tidak mampu
mengelak daripada keadaan penindasaan ini. Sebahagian daripada
mereka yang memiliki tanah telah menggadai atau menjual tanah
tersebut. Tanah sebagai asas kehidupan kaum tani telah dirampas oleh
ahli-ahli dari kelas sosial yang lain. Keadaan ini telah memaksa para
golongan yang diperintah melakukan kerja-kerja mengeluarkan hasil
pertanian
mempunyai

untuk
tanah

golongan

pemerintah

kerana

untuk

mengeluarkan

sumber

mereka

tidak

pendapatan

lagi
bagi

menampung kehidupan mereka. Golongan ini tidak dibayar gaji yang


banyak gaji yang dibayar hanya secukup makan sahaja. Selain itu mereka
turut dikehendaki untuk membayar cukai pendapatan. Pelbagai bentuk
cukai yang dipungut oleh sultan dan para pembesar. Antara cukai yang
dipungut ialah cukai kepala, cukai keluarga, cukai lepai dan cukai serah.
Cukai-cukai ini perlu dibayar bagi mengelak dariapda rakyat dapat
menambahkan harta mereka. Maka cukai harus dikenakan kepada
golongan yang diperintah. Misalnya, Cukai hasil padi yang dikenakan satu
persepuluh hasil keluaran. Di kerian perak jumlah tetap dikenakan 30
gantang serelung. Cukai ini adalah sesuatu kewajipan yang harus dibayar
oleh golongan yang diperintah kerana melalui hasil cukai inilah yang
memperlihatkan

kedudukan

ekonomi

bagi

golongan

pemerintah.

Semangkin banyak cukai yang dipungut maka semangkin tinggilah


pendapatan golongan pemerintah. Namun secara tidak langsung keadaan
ini memperlihatkan pengaruh feudalisme dalam ekonomi masyarakat
Melayu.

You might also like