You are on page 1of 3

Tugasan 1: Penulisan Akademik (60%)

Menurut Ibn Khaldun (372H), tamadun ialah pembangunan bandar yang subur dan
makmur dengan pencapaian yang tinggi dalam pelbagai bidang ekonomi, politik, sosial, seni
bina termasuk bidang sains seperti aritmetik, algebra, geometri, kimia, perubatan serta puisi
dan pengajian Islam. Tamadun di Asia terdiri daripada pelbagai jenis tamadun yang
diklasifikan kepada tiga bangsa dominan iaitu tamadun Melayu, China dan India.
Kepelbagaian tamadun di Asia ini telah mewujudkan perbezaan serta kesan sama ada
positif atau negatif ke atas sistem sosio budaya, ekonomi dan pendidikan.

Kepelbagaian tamadun di Asia telah menyebabkan wujudnya pelbagai jenis budaya,


agama, adat dan kepercayaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Malaysia dikenali sebagai
negara berbilang bangsa dan harmoni di mana penduduknya bebas untuk menganuti apa
sahaja agama. Umum ketahui bahawa agama Islam merupakan agama rasmi dan agama
yang paling ramai dianuti di Malaysia. Namun, hal demikian tidak menjadikan agama lain
seperti Buddha, Hindu dan Kristian tersisih. Buktinya, rumah ibadat untuk pelbagai agama
telah dibina di setiap negeri di Malaysia bagi memudahkan setiap penganut agama masing-
masing untuk beribadat. Contohnya, masyarakat Melayu, Cina dan India mempunyai budaya
mereka tersendiri seperti merayakan Hari Raya Aidilfitri bagi masyarakat Melayu, Tahun
Baru Cina bagi masyarakat Cina dan Deepavali pula dirayakan oleh masyarakat India.
Walaupun mempunyai budaya yang berbeza, ketiga-tiga bangsa dominan ini tetap saling
hormat menghormati antara satu sama lain. Makanan juga merupakan antara kesan
kepelbagaian tamadun seperti capati yang merupakan makanan masyarakat India dimakan
oleh masyarakat lain manakala nasi lemak dan yong taufu iaitu makanan masyarakat
Melayu serta Cina turut dimakan oleh masyarakat India.

Seterusnya, masyarakat India memberi banyak pengaruh kepada adat yang diamalkan
oleh masyarakat Malaysia. Antara adat yang dipengaruhi oleh masyarakat India ialah adat
melenggang perut bagi ibu lepas bersalin. Adat melenggang perut ini dikatakan dibuat bagi
memudahkan proses bersalin serta bagi membolehkan bayi dilahirkan dengan selamat dan
adat ini kebanyakkannya diamalkan oleh masyarakat Melayu sehingga kini. Dalam pada itu,
adat berinai dan menepung tawar dalam perkhawinan juga merupakan adat yang berasal
dari tamadun India. Adat berinai kebiasaannya dilakukan pada malam sebelum hari
perkhawinan di mana pengantin perempuan memakai inai di seluruh jari manakala
pengantin lelaki pula hanya memakainya pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu.
Corak yang dilukis pada tangan yang berinai juga dipengaruhi oleh tamadun India. Jelaslah
bahawa kepelbagaian tamadun di Asia telah memberi pelbagai kesan dalam sistem sosio
budaya di Malaysia.

Selain itu, bidang ekonomi pula banyak dipengaruhi oleh masyarakat Cina di mana
perniagaan dijalankan berpandukan teori daripada buku berjudul ‘The Art of War’ yang
ditulis oleh Sun Tzu di mana pada asalnya buku tersebut digunakan untuk strategi perang
namun kini ia digunakan untuk perniagaan. Perdagangan pula menjadikan Malaysia salah
satu negara yang tumpuan para pedagang seperti di Johor, Selangor dan Melaka. Hal ini
disebabkan oleh kepelbagaian tamadun di Asia yang mempengaruhi perdagangan di negara
ini seperti tamadun India yang membawa rempah-ratus, minyak wangi dan kain manakala
tamadun China pula membawa masuk tembikar dan kain sutera. Tambahan pula, hubungan
dalam perdagangan juga dimiliki oleh tamadun India menjadikan ekonomi di Malaysia
meningkat dengan adanya pelabuhan penting. Teknik tanaman yang digunakan oleh
tamadun China iaitu menggunakan sabit, cangkul dan bajak dalam penanaman tetapi kini
telah dinaiktaraf kepada mesin pembajak. Bagi melengkapkan lagi bidang ekonomi,
tamadun Melayu menjalankan kegiatan ekonomi di pelabuhan-pelabuhan yang ada di
Malaysia seperti perkapalan, bekalan makanan dan tempat menginap. Dengan itu, ekonomi
Malaysia dapat berkembang dengan pesat hasil gabungan kepelbagaian tamadun yang
terdapat di Asia. Perkembangan ekonomi di Malaysia juga banyak berubah melalui
kedatangan islam yang dikatakan datang dari Tanah Besar China di mana amalan riba,
rasuah dan penyelewengan dihapuskan. Oleh disebabkan itu, segala urusan jual beli dan
perdagangan dapat dilakukan dengan jujur, amanah serta harmoni.

Di samping itu, tamadun Melayu, China dan India banyak memberi pengaruh serta
mengembangkan bidang pendidikan di Malaysia. Sebagai contoh, tamadun Melayu telah
menubuhkan sistem pembelajaran secara formal dan tidak formal di mana pendidikan formal
diadakan di sekolah manakala pendidikan tidak formal diadakan di pondok, madrasah atau
surau. Melalui pendidikan formal dan tidak formal, masyarakat Melayu dapat menimba ilmu
pengetahuan terutama sekali dalam bidang agama Islam dan masyarakat berilmu
pengetahuan dapat diwujudkan. Bukan itu sahaja, institusi pendidikan yang lebih tinggi juga
dapat dibina hasil daripada masyarakat yang berilmu pengetahuan sekaligus menaikkan
martabat negara. Pendidikan dalam tamadun China amat dititkberatkan kerana ilmu adalah
sumber kepada segala kemajuan. Oleh itu, sebuah karya telah diperkenalkan bagi memberi
tunjuk ajar ataupun menjadi panduan kepada sesiapa sahaja yang menimba ilmu. Karya
tersebut ialah karya matematik yang ditulis oleh Zhang Cang berjudul ‘Jiuzhang Zuanshu’
yang menerangkan tentang kuantiti negatif, sistem pecahan, sistem perpuluhan, dan nilai p
di mana ianya amat penting untuk pengiraan geometri. Kesemua perkara berkaitan
matematik yang diperkenalkan di dalam karya tersebut masih digunakan dalam pendidikan
pada masa kini di Malaysia.

Tamadun India tidak terlepas daripada menimbulkan kesan kepada sistem pendidikan
di Malaysia melalui kepelbagaian tamadun Asia. Hal ini dikatakan demikian kerana
pendidikan vernakular yang masih dijalankan di Malaysia adalah hasil sumbangan tamadun
India. Kewujudan sekolah vernakular dimulai dengan niat mubaligh Kristian yang ingin
memberi pendidikan kepada anak-anak orang India. Oleh itu, kebanyakan sekolah
vernakular bagi orang India dibina di kawasan ladang getah atau lebih dikenali sebagai
enstek. Sehingga kini, sekolah vernakular seperti sekolah jenis kebangsaan masih
beroperasi dan kebanyakannya adalah sekolah cemerlang. Ini menjadikan Malaysia sebuah
negara yang mempunyai sekolah jenis kebangsaan yang menempatkan setiap bangsa
dengan sekolah yang menggunakan bahasa ibunda tersendiri yang mana menjadikan
sistem pendidikan di Malaysia menarik. Kaligrafi juga tidak ketinggalan daripada dipelajari di
Malaysia terutama sekali dalam kalangan masyarakat Cina. Hal ini dikatakan begitu kerana
kaligrafi pada asalnya datang dari tamadun China di mana ia wajib dipelajari kerana ia
adalah warisan turun-temurun oleh nenek moyang.

Kesimpulannya, kepelbagaian tamadun Asia yang terdiri daripada tamadun Melayu,


China dan India iaitu tiga bangsa dominan yang terdapat di Malaysia telah mewujudkan
banyak kesan sama ada positif atau negatif kepada sistem sosio budaya, ekonomi dan
pendidikan. Oleh disebabkan itu, Malaysia dianggap sebuah negara yang unik di mata dunia
kerana mempunyai pelbagai adat dan budaya serta sistem pendidikan dan juga ekonomi
Malaysia dapat ditingkatkan setaraf dengan peringkat antarabangsa. Maka, sumbangan dari
setiap tamadun yang ada perlulah dihargai serta dipraktikkan agar kesenangan yang
dikecapi pada masa kini dapat dipelihara dan dikekalkan.

(1013 patah perkataan)

You might also like