You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan

Istilah tamadun yang berasal dari bahasa Arab iaitu tamaddun telah lama
diterima dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Menurut Kamus Dewan edisi
Keempat (2005), tamadun boleh didefinisikan sebagai keseluruhan cara hidup yang
merangkumi cara bertindak, cara berkelakuan, berfikir, segala hasil kegiatan,
penciptaan berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun dan
peradaban. Oleh itu, memang tidak boleh dinafikan ketamadun Malaysia dibina
berasaskan daripada kepelbagaian budaya dan latar belakang masyarakat yang
berbilang kaum. Disebabkan keunikan dalam lapisan masyarakat yang terdapat
dalam ketamadunan Malaysia, maka kepentingan untuk melahirkan masyarakat yang
bertoleransi dan saling memahami adat budaya pelbagai kaum harus dititikberatkan.
Kepentingan ini amat sejajar dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (1971), iaitu bagi
mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial
dan kebudayaan. Dalam penulisan ini, perbandingan antara tiga tamadun dalam
pembentukan ketamadun Malaysia akan dibincangkan terutamanya dari segi sosio
budaya, ekonomi dan pendidikan.

2.0 Pendidikan

Dalam pembentukan tamadun Malaysia, tiga tamadun termasuk tamadun cina,


melayu dan india telah memberi impak yang signifikan terutamanya dari segi
pendidikan. Sebagai contoh, bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua
franca) dan kedatangan agama Islam menjadi pelengkap kepada pembentukan
tamadun Melayu (Stone, 2010). Fenomena ini telah memberikan identiti kepada
negara Malaysia dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara.
Penggunaan bahasa Melayu dalam komunikasi ataupun pergaulan seharian rakyat
dapat dilihat dalam setiap lapisan masyarakat. Walaupun begitu, pada masa yang
sama bahasa-bahasa lain yang digunakan oleh bangsa lain juga diberi kebebasan
untuk digunakan di Malaysia. Oleh sebab itu, penguasaan Bahasa Melayu amat
dititikberatkan dan ia telah menjadi salah satu subjek yang wajib lulus bagi pelajar
yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Bernama, 2018). Rentetan,
kewujudan tamadun Melayu menerusi bahasa Melayu telah mendatangkan pelbagai
manfaat dalam pembangunan negara terutamanya dalam menyatupadukan rakyat
yang majmuk.
Selain itu, tamadun Cina yang bermula kira-kira pada melennium ke-6 sebelum
Masihi (SM) juga memainkan peranan dalam bidang pendidikan melalui penggunaan
bahasa cina. Sebagai contoh, bahasa cina yang berasal daripada tamadun cina telah
meninggalkan kesan yang amat kukuh dalam bidang pendidikan sehingga ke hari ini.
Dalam bidang kesusasteraan dan kesenian, satu-satu pengamalan yang masih kekal
dalam bidang pendidikan Malaysia ialah pengunaan kaligrafi dalam pengajaran dan
pembelajaran seharian. Kaligrafi merupakan antara pencapaian dalam tamadun
China ini. Salah satu ciri lukisan Cina ialah hasil daripada perbuatan spontan dan
dibuktikan dengan gerakan berus yang digunakan (Yi, 2001). Secara terperinci,
pelajar dikehendaki untuk belajar kaligrafi cina bagi sesiapa yang mengambil subjek
bahasa cina. Sungguhpun majoriti pelajar di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina
terdiri daripada kaum Cina, terdapat juga kaum Melayu, India, Iban dan kaum-kaum
lain memasuki sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. Maka, pelajar yang berasal
dari kaum lain juga berpeluang untuk belajar penulisan kaligrafi cina. Walaupun
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris amat ditumpukan tetapi jelas bahawa pada masa
yang sama pelajar lain berpeluang untuk belajar bahasa cina. Menurut Johari Yap
(2016), kebolehan berbahasa Mandarin akan membantu kaum lain untuk menghargai
bahasa serta kebudayaan kaum Cina. Ini akan membantu menggalakkan perpaduan
dalam kepelbagaian dan mendorong generasi baharu untuk saling menghormati demi
memupuk semangat muhibah begitu sebaliknya dengan bahasa lain.

3.0 Ekonomi

Sebelum DEB (1971) diperkenalkan, kesan daripada penjajahan British yang


mengamalkan dasar pecah perintah telah menyukarkan kaum India, Melayu dan Cina
berfungsi sebagai satu teras utama bagi negara yang menuju kepada pembangunan.
Hal ini kerana kaum-kaum ini telah ditempatkan di kawasan yang berasingan di mana
kaum cina tinggal di bandar, melayu di kampung dan india di estet. Maka, perbezaan
antara tiga tamadun dapat dilihat menerusi ekonomi bagi tiga kaum yang berlainan
ketika zaman itu sehingga ke hari ini. Jika dikaji dengan teliti, rata-rata kebanyakkan
kaum melayu adalah beraganut agama Islam. Di Malaysia, kebanyakkan rakyat
adalah terdiri daripada kaum Melayu yang beragama Islam. Oleh itu, satu faktor yang
membuka peluang kepada pekerjaan terutamanya dalam industri pemakanan ialah
disebabkan oleh faktor syarat makanan halal. Secara terperinci, setiap penganut Islam
seharusnya mengikut kriteria makanan halal dalam memilih makan dengan megikut
ajaran Islam. Disebabkan faktor ini, pelbagai rangkaian makanan telah dibangunkan
di Malaysia bagi memenuhi permintaan penganut agama Islam dalam industri
pemakanan. Sebagai contoh, restoran makanan segera yang mendapat sijil Halal
daripada Jakim, McDonald’s memiliki sebanyak 265 buah restoran di seluruh negara
dengan seramai kira-kira 15,000 pekerja (Roslinda Said, 2018). Justeru, sudah terang
lagi bersuluh bahawa faktor makanan halal yang berasal daripada tamadun Islam dan
Melayu memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara.

Manakala, Tamadun India terletak di Lembah Indus yang bermula lebih kurang
3000 SM. Masyarakat Lembah Indus telah mencapai tahap ketamadunan yang tinggi
dari segi pertanian dan perdagangan (Yi, 2001). Secara terperinci, sungai Indus
merupakan salah satu faktor kesuburan tanah yang menjadi satu kemudahan kepada
kehidupan masyarakat tamadun India kerana ia mempunyai tanah dan saliran yang
baik untuk pertanian. Dari segi ekonomi, masyarakat India sememangnya terkenal
dengan aktiviti perdagangan dan perindustrian dan sehingga ke hari ini, kita masih
dapat melihat aktiviti perdagangan yang dilakukan oleh masyarakat India. Sebagai
contoh, kejayaan tamadun india juga dapat dikaitkan dengan ekonomi moden Tanah
Melayu yang bergantung kepada eksport seperti getah. Ini disebabkan, pada tahun
1931, 60 % orang India terlibat dalam kegiatan pertanian (Nadesan, 2003). Statistik
ini telah jelas menunjukkan tamadun India secara langsung atau tidak langsung telah
memberi impak yang besar dalam pembentukan ketamadun Malaysia.

4.0 Sosio-budaya

Interaksi budaya India telah tersebar dan kepulauan nusantara telah


menjadikan budaya tamadun India sebati dalam kebanyakkan masyarakat. Tamadun
India mempunyai hubungan yang istimewa dengan rantau asia tenggara dari segi
politik, ekonomi dan sosial sehinggakan seluruh aspek kehidupan masyarakat Asia
Tenggara menyerupai kehidupan tamadun India ("Kesan dan Pengaruh Tamadun
India di Malaysia", 2018). Di Malaysia, pengaruh dan kesan tamadun India dapat
dilihat menerusi kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, pemakaian kurta yang
berasal daripada tamadun India telah mempengaruhi gaya pemakaian penduduk di
sini. Pemakaian kurta kini dapat dilihat dalam kalangan kaum Melayu terutamanya
bagi kaum lelaki. Walaupun terdapat pengaruh dari segi pemakaian, kaum Melayu
masih mengekalkan tradisi dengan memakai baju Melayu. Bukan itu sahaja, pemakian
pakaian baju Melayu pula dapat dilihat pada kaum lain terutamanya kaum Cina dan
India. Sebagai contoh, sesetengah kaum Cina dan India akan memakai baju Melayu
ketika melawat ke rumah rakan yang berbangsa Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa
masyarakat Malaysia pada hari ini bukan sahaja memahami perbezaan budaya
malahan mereka menerima sesetengah budaya tersebut dalam kehidupan harian
selagi menyentuh sensitiviti agama.

Dari segi perayaan, jelas dapat dilihat bahawa ketiga-tiga tamadun telah
mencorakkan gaya hidup yang beridentiti 1 Malaysia. Sebagai contoh, amalan ziarah-
menziarahi ketika rumah terbuka dapat dilihat apabila kaum lain mengunjungi ke
rumah kaum lain. Bukan itu sahaja, amalan pemberian “Ang Pau” oleh kaum Cina
yang terhasil daripada tamadun Cina telah mempengaruhi kaum Melayu dalam
memberi duit raya. Amalan-amalan seperti ini bukan sahaja dapat merapatkan
hubungan silaturahim antara keluarga malah ia juga dapat dijadikan sebagai medium
bagi kaum lain untuk belajar mengenai tradisi kaum lain. Secara tidak langsung, hal
ini dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang bertoleransi dan saling memahami
adat budaya pelbagai kaum.

5.0 Konklusi

Secara kesimpulannya, ketiga-tiga tamadun ini telah jelas menunjukkan


signifikasi dalam pembentukan ketamadunan Malaysia di mana ia dapat berfungsi
sebagai satu teras utama untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bertoleransi
dan saling memahami adat budaya pelbagai kaum.

Rujukan:

Bahruddin. (2018). Sumbangan Tamadun Cina Terhadap Bidang Kesenian


(TITAS). Slideshare.net. Diakses daripada https://www.slideshare.net/WanBahruddin
/sumbangan-tamadun-cina-terhadap-bidang-kesenian-titas

Bernama (2018). Tiada kompromi syarat wajib lulus BM dalam SPM - KPM
MalaysiaGazette. Diakses daripada http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/07/04/
tiada-kompromi-syarat-wajib-lulus-bm-dalam-spm-kpm/

Kamus Dewan edisi Keempat (2005). Maksud tamadun.


Kesan dan Pengaruh Tamadun India di Malaysia. (2018). Maruwiah Ahmat. Diakses
daripada https://maruwiahacis.wordpress.com/2014/12/18/kesan-dan-pengaruh-
tamadun-india-di-malaysia/

Kesan dan Pengaruh Tamadun India di Malaysia. (2018). Maruwiah Ahmat. Diakses
daripada https://maruwiahacis.wordpress.com/2014/12/18/kesan-dan-pengaruh-
tamadun-india-di-malaysia/

Nadesan, V. (2003). Studentsrepo.um.edu.my. Diakses daripada http://


studentsrepo.um.edu.my/324/2/BAB1.pdf

Roslinda Said. (2018). Semua restoran baharu McDonald’s Malaysia dilengkapi


surau. Utusan Online.https://www.utusan.com.my/berita/nasional/semua-restoran-
baharu-mcdonald-s-malaysia-dilengkapi-surau-1.593879

Stone, J. (2010). Tamadun Melayu. Diakses daripada


http://www.scribd.com/doc/25338646/Bab-3-Tamadun-Melayu

Yap, J. (2018). Apabila Melayu mahir Mandarin. Sinarharian.com.my.


http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/johari-yap/apabila-melayu-mahir-
mandarin-1.564045

Yi, U. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Academia.edu. Diakses daripada
http://www.academia.edu/6572102/TITAS_Assignment_COMPLETE

You might also like