You are on page 1of 38

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

ASSIGNMENT BRIEF

COURSE DETAILS
CAMPUS MITEC
PROGRAM BIL/BFAME/BICE/BPOS
COURSE NAME FALSAFAH DAN ISU SEMASA
COURSE CODE MPU 3192
LECTURER DR AHZILAH WAHID
YEAR/SEMESTER 1/1

ASSESSMENT DETAILS
TITLE/NAME Kajian Sosial
WEIGHT 50%
DATE/DEADLINE Week 11
COURSE OUTCOME(S) Matlamat Utama Tugasan Berkumpulan

1. Menggalakkan pelajar berfikir secara mendalam tentang isu


yang mempunyai impak terhadap kehidupan.

2. Memberi kesempatan untuk pelajar bekerjasama mengendalikan


penyelidikan yang bertujuan membina pengetahuan dan daya
analisis mereka berkenaan isu tersebut.

INSTRUCTION
1. Pelajar dikehendaki menjalankan satu kajian berkaitan
dengan isu-isu yang disenaraikan dibawah
2. Dapatan kajian hendaklah ditulis dalam format yang
disediakan
3. Bilangan muka surat laporan tidak melebihi 30 muka surat
4. Tulisan Arial, Font 12, spacing 1.5
5. Para pelajar juga dikehendaki menghasilkan satu video
berkenaan kajian yang dijalankan
6. Durasi video tersebut tidak melebihi 5 minit

Isu Kajian 1. Isu Pendidikan


2. Etika Alam Sekitar
3. Isu berkaitan Ekonomi negara
4. Penghayatan seni
5. Isu-isu politik tempatan
6. Kebajikan pekerja wanita
7. Sebuah isu kontemporari yang mempunyai impak yang
luas, yang dicadangkan oleh kumpulan pelajar dan
diluluskan oleh penyelia/pemeriksa

Format laporan
1. Muka Hadapan
2. Gambar Berkumpulan
3. Rubrik Tugasan

Isi Kandungan
1.0 Pengenalan dan latarbelakang kajian
2.0 Penyataan Masalah
3.0 Objektif Kajian
4.0 Metodologi Kajian
5.0 Bahagian Perbincangan dan Dapatan Kajian
6.0 Konsep Nilai Ketamadunan
7.0 Isu-isu
8.0 Dapatan Kajian
9.0 Kesimpulan
Refleksi
Rujukan / Bibliografi (minimun 10 bahan rujukan)
Lampiran
SUBMISSION Email to: ahzilah@unikl.edu.my
Email must include
• Name
• Metrics Number
• Format file report PDF and word

GAMBAR BERKUMPULAN

MUHAMMAD HARISH MUHAMMAD ARIF AHMAD AIMAL


BIN MOHD NAZLI ASYRAAF BIN MD FOUZI HAKEEMI BIN BAKRI

MUHAMMAD FADZILLAH FAREEZZUAN BIN MUHAMMAD AIMAN


BIN IDRUS HAMKA MOHD FAUZ BIN HAMIDAN
Rubrik Tugasan MPU3123
Kriteria
Pendahuluan Tidak Lengkap Sederhana (1m) Baik (2m) Mark
(6m) (0m) ah
Pernyataan Tiada atau tidak Sekurang-kurang Ada dua pernyataan
Masalah Kajian jelas pernyataan ada satu pernyataan masalah kajian dan
(2m) masalah kajian. masalah kajian dinyatakan dengan
yang berkaitan sangat jelas.
tajuk kajian.
Objektif Kajian Tiada sebarang Sekurang-kurang Ada dua objektif
(2m) objektif kajian ada satu objektif kajian dan
/tidak jelas objektif kajian yang dinyatakan dengan
kajian. berkaitan sangat jelas.
permasalahan
kajian
Tidak Lengkap Sederhana (1m) Baik (2m)
Metodologi (0m)
kajian Penjelasan tentang Penjelasan tentang Penjelasan sangat
(2m) metodologi kajian sekurang-kurang jelas tentang
tidak dinyatakan/ satu metodologi metodologi yang
Penjelasan yang digunakan dan digunakan berserta
metodologi tidak disertakan dokumen dengan dokumen-
berkaitan dengan berkaitan sebagai dokumen berkaitan
tajuk tugasan. lampiran. sebagai lampiran.
Perbincangan Tidak Lengkap Lemah (1m) Sederhana (2m) Baik (3m)
dan (0m)
Dapatan
Kajian (16m)
Konsep nilai Tiada sebarang Penjelasan tentang Penjelasan tentang Penjelasan tentang
ketamadunan konsep konsep nilai kurang konsep nilai masih konsep nilai sangat
(3m) nilai/konsep nilai jelas/kurang jelas/masih jelas dan berkaitan
tidak jelas berkaitan dengan berkaitan dengan dengan tajuk
tajuk tugasan. tajuk tugasan. tugasan.
Tidak Lengkap Lemah (1m) Sederhana (2m) Baik (3-4m)
(0m)
Isu-isu (4m) Tiada sebarang Penjelasan tentang Penjelasan yang Penjelasan sangat
isu/kajian lepas sekurang-kurang masih jelas tentang jelas tentang
satu isu / kajian sekurang-kurang sekurang-kurang
lepas yang berkaitan dua isu/kajian lepas tiga isu/kajian lepas
tajuk tugasan yang berkaitan yang berkaitan
tajuk tugasan. tajuk tugasan.
Tidak Lengkap Lemah (1-3m) Sederhana (4-6m) Baik (7-8m)
(0m)
Dapatan kajian Tiada sebarang Penjelasan tentang Penjelasan tentang Penjelasan tentang
(8m) laporan tentang laporan dapatan laporan dapatan laporan dapatan
dapatan kajian kurang kajian masih kajian sangat jelas
kajian/Laporan jelas/kurang jelas/masih dan sangat
dapatan kajian berkaitan dengan berkaitan dengan berkaitan dengan
tidak berkaitan tajuk tugasan. Hanya tajuk tugasan. tajuk tugasan.
dengan tajuk ada 1 – 2 dapatan Sekurang- Sekurang-
tugasan kajian sahaja kurangnya ada 3 – kurangnya ada 5
4 dapatan kajian atau lebih dapatan
kajian
Tidak Lengkap Baik (1m)
Kesimpulan (0m)
(1m) Tiada sebarang Penjelasan sangat
sebarang jelas tentang
kesimpulan atau kesimpulan yang
kesimpulan yang berkaitan tajuk
diberikan tidak tugasan.
berkaitan dengan
tajuk tugasan.
Tidak Lengkap Lemah (1m) Sederhana (2m) Baik (3m)
(0m)
Format dan Kebanyakan Beberapa keterangan Keterangan disusun Kebanyakan
Mutu Kerja (3 keterangan tidak tidak disusun mengikut logik dan keterangan disusun
m) disusun mengikut mengikut logik dan penulisannya mengikut logik dan
logik dan cara penulisannya adalah bermakna. penulisannya jelas,
penulisannya adalah tidak Penulisan mengikut menarik dan
adalah tidak memuaskan. kriteria iaitu bermakna.
bermakna. Penulisan tidak mengandungi Penulisan mengikut
Keseluruhan mengikut kriteria bahagian kriteria iaitu
penulisan tidak yang dikehendaki pengenalan, mengandungi
mengikut kriteria dan format yang perbincangan dan bahagian
yang dikehendaki ditetapkan dapatan kajian pengenalan,
dan format yang sepenuhnya. tetapi refleksi perbincangan dan
ditetapkan Penulisan bibliografi kurang tersusun. dapatan kajian dan
tidak mengikut gaya Penulisan refleksi disusun
APA. Bilangan bibliografi tidak mengikut format.
sumber rujukan mengikut gaya Penulisan
kurang daripada APA sepenuhnya. bibliografi
jumlah minimum Tiada sumber mengikut gaya
ditetapkan. rujukan APA sepenuhnya
buku/jurnal/artikel. dan memenuhi
kriteria ditetapkan
untuk sumber
rujukan.
Komen/Ulasan:

25

Tidak Lengkap Lemah (1-2m) Sederhana (3-4m) Baik (5 m)


(0m)
Refleks
i (5m) Tiada Huraian refleksi Huraian refleksi Huraian
refleksi/Refleksi sangat masih jelas dan refleksi sangat
tidak berkaitan ringkas/kurang berkaitan dengan jelas dan
tajuk jelas/kurang tajuk tugasan. sangat
tugasan/Meniru berkaitan tajuk berkaitan
refleksi ahli lain. tugasan. dengan tajuk
tugasan.
Bil. Nama Pelajar No. Pelajar Markah Jumlah
Refleksi Markah
1 MUHAMMAD ARIF ASYRAAF BIN MD 57214122031
FOUZI
2 MUHAMMAD AIMAN BIN HAMIDAN 57216122261
3 AHMAD AIMAL HAKEEMI BIN BAKRI 57216122249
4 MUHAMMAD HARISH BIN MOHD 57216122245
NAZLI
5 MUHAMMAD FADZILLAH BIN IDRUS 57217122243
HAMKA
6 FAREEZZUAN BIN MOHD FAUZ 57217122029
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG KAJIAN............................................................... 9
2.0 PENYATAAN MASALAH ........................................................................................................... 11
3.0 OBJEKTIF KAJIAN ..................................................................................................................... 13
4.0 METODOLOGI KAJIAN ............................................................................................................. 15
4.1 Kaedah Perpustakaan ........................................................................................................... 15
4.2 Penganalisisan Data .............................................................................................................. 15
5.0 TANAH RUNTUH......................................................................................................................... 16
5.1 PENGENALAN......................................................................................................................... 16
5.2 FAKTOR .................................................................................................................................... 17
5.3 KESAN....................................................................................................................................... 18
5.4 LANGKAH MENGATASI TANAH RUNTUH. ..................................................................... 19
6.0 BANJIR KILAT ............................................................................................................................. 21
6.1 PENGENALAN......................................................................................................................... 21
6.2 FAKTOR .................................................................................................................................... 21
6.3 KESAN....................................................................................................................................... 22
6.4 LANGKAH................................................................................................................................. 23
STATISTIK ........................................................................................................................................... 24
7.0 PEMBAKARAN ............................................................................................................................ 26
7.1 PENGENALAN............................................................................................................................. 26
7.2 FAKTOR .................................................................................................................................... 26
7.3 KESAN....................................................................................................................................... 27
7.4 LANGKAH................................................................................................................................. 27
STATISTIK ............................................................................................................................................ 28
8.0 ISU-ISU ALAM SEKITAR ................................................................................................................ 28
8.1 Pencemaran udara ................................................................................................................. 29
8.1 Pencemaran air ....................................................................................................................... 30
8.2 Pencemaran tanah ................................................................................................................. 31
9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN ......................................................................................... 32
10.0 KESIMPULAN .............................................................................................................................. 36
1.0 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG KAJIAN

Etika alam sekitar bukan isu yang baru muncul dalam kehidupan manusia tetapi
diamalkan sejak kewujudan manusia. Ia merupakan disiplin yang baru digelar, berkaitan
dengan falsafah dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pelbagai bidang berkait
dengan aktiviti-aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia merujuk kepada kajian tentang
sistem nilai yang perlu dipertimbangkan oleh masyarakat dan menjadi panduan dalam
setiap tindakan apabila berinteraksi dengan alam sekitar (Matsui, 2015; Watene & Yap,
2015). Sebelum mendefinisikan pengertian etika alam sekitar, terlebih dahulu perlu
difahami tentang pengertian alam sekitar itu sendiri. James M. Baldwin mendefinisikan
alam sekitar sebagai lingkungan dan keseluruhan keadaan luaran yang memberi
pengaruh serta berinteraksi dengan organisma dalam apa juga peringkat
kedudukannya. Ini bermakna, alam sekitar perlu dilihat secara keseluruhan tanpa
mewujudkan pemisahan antara komponen-komponen didalamnya (Mohd Zuhdi & Amer
Saifude, 2002). Ahli ekologi berpendapat bahawa alam sekitar merupakan semua
keadaan dan pengaruh luaran yang memberi kesan kepada kehidupan dan
perkembangan organisma. Tanggapan dan perbezaan pendapat terhadap maksud
alam sekitar yang berlaku bergantung kepada perspektif di mana seseorang itu melihat
alam sekitar itu sendiri. Ini menyatakan bahawa alam sekitar tidak sahaja merangkumi
elemen-elemen fizikal sahaja tetapi juga turut memuatkan aspek sosio-budaya
masyarakat (Abdullah Mohamad Said, 1999). Oleh itu secara asasnya, elemen-elemen
alam sekitar boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan seperti;
I. Alam sekitar fizikal terdiri daripada elemen-elemen seperti air, udara, tanah,
danbahan galian.
II. Alam sekitar biologi merupakan elemen-elemen bernyawa yang terdiri daripada
haiwan dan tumbuhan yang juga merupakan komponen penting alam sekitar.
III. Alam sekitar sosial merangkumi keseluruhan sistem sosial seperti kebudayaan
dan sistem politik.
IV. Alam bina, iaitu alam yang telah dibangunkan oleh manusia untuk mencapai
tujuan tertentu seperti perbandaran, kawasan penempatan dan kawasan
pertanian.
Jadi, etika alam sekitar ditakrifkan sebagai satu disiplin ilmu pengajian yang
membahaskan tentang sistem nilai yang perlu wujud bagi menjustifikasikan tindakan
manusia, sama ada tindakan yang diambil itu baik atau buruk ke atas alam sekitar.
Etika alam sekitar ialah konsep yang merujuk kepada usaha menjustifikasikan perilaku
manusia ke atas alam sekitar, iaitu ke arah merumuskan suatu sistem nilai yang dapat
diaplikasikan menjadi garis panduan kepada manusia bagaimana sepatutnya
berinteraksi dengan alam sekitar berpandukan nilai-nilai murni, seterusnya berkembang
menjadi undang-undang dan polisi berkaitan alam sekitar. Perbincangan berkenaan
etika alam sekitar menjurus kepada persoalan bagaimanakah untuk mengkategorikan
sesuatu perilaku itu baik ataupun buruk, berteraskan kepada idealisme alamsekitar.
Perkara ini menggabungkan sistem nilai tradisional yang membahaskan perilaku
manusia dan pengetahuan sains moden yang mengkaji hukum-hukum alam tabii (Mohd
Zuhdi,Amer Saifude, 2002; Jaffar, Hassan & Muhamad, 2010). Perilaku manusia yang
mementingkan interaksi secara lestari dengan alam mampu memastikan kelangsungan
alam pada masa hadapan. Manusia merupakan komponen biosfera yang
berkemampuan untuk melindungi alam walaupun mempunyai pelbagai keperluan dan
kepentingan. Etika menjadi garis panduan ketika berinteraksi dengan alam.
Alam sekitar adalah salah satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia.
Alam sekitar amat berkait rapat dengan kehidupan masyarakat disebabkan segala
keperluan atau kegiatan manusia akan berhubung dengan alam sekitar. Contohnya,
badan manusia memerlukan sayur-sayuran yang mengandungi serat bagi
membekalkan vitamin dan zat yang penting untuk tubuh badan. Alamlah yang akan
membekalkan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk manusia. Oleh hal yang
demikian, alam ini haruslah dipelihara sama ada dari segi habitat dan ekologi dengan
menitikberatkan kesan buruk pembangunan yang dirangka tanpa mengambil kira alam
sekitar.Kefahaman mengenai etika alam sekitar perlu diketahui terlebih dahulu sebelum
kita membincangkan tajuk ini dengan lebih lanjut. Etika menurut Kamus Dewan edisi
Keempat (2010) bermaksud prinsip moral, akhlak atau nilai yang menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan masyarakat. Hal ini bermaksud perkara
yang perlu diamalkan oleh seseorang atau sekumpulan masyarakat ketika berinteraksi
atau berhubung dengan pihak yang lain sama ada ia adalah manusia atau bukan
manusia. Dalam Bahasa Inggeris, etika menggunakan istilah ethics yang membawa
pengertian ilmu yang sistematik tentang moral atau science of morals (Mohd Zuhdi
Marsuki dan Amer Saifude Ghazali, 2002). Perkataan ethics itu sebenarnya dari
perkataan Yunani iaitu ethikos. Menurut Zuhdi dan Amer (2002) lagi, ada juga pendapat
yang menyatakan bahawa perkataan ethics berasal daripada perkataan ethikos atau
ethika. Perkataan ini sebenarnya merujuk kepada kata akar ethos yang bermaksud
kelakuan, adat kelaziman atau sifat yang berkait rapat dengan kelakuan dan tindakan
manusia. Jelaslah di sini bahawa, etika boleh didefinisikan sebagai tindakan atau
kelakuan yang mempunyai nilai atau pegangan tertentu dalam diri sesebuah
masyarakat. Alam sekitar pula disebut sebagai environment dan boleh diertikan sebagai
keadaan sekeliling atau suatu lingkungan. Secara literalnya, alam sekitar membawa
maksud kesemua benda yang mengelilingi manusia atau dilingkunginya. Zuhdi dan
Amer turut menyatakan bahawa alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama
ada biotik atau abiotik yang melingkungi sesuatu organisma. Fenomenafizikal juga
merangkumi fenomena berkaitan iklim dan cuaca. Hal ini secara langsung
mengenepikan fenomena sekeliling yang bukan fizikal.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk mengatasi masalah alam sekitar. Di


antaranya ialah program-program latihan, program-program kesedaran alam sekitar
dan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Alam Sekeliling 1974. Pindaan
yang telah dibuat kepada akta ini membolehkan sebarang aktiviti yang mempunyai
kesan ketara ke atas alam sekitar dikenal pasti dan ditetapkan. Seseorang yang ingin
menjalankan aktiviti yang ditetapkan dikehendaki terlebih dahulu mengemukakan 15
suatu laporan yang mengandungi penilaian kesan-kesan daripada aktiviti ini ke atas
alam sekitar, kepada Ketua Pengarah Alam Sekitar sebelum aktiviti itu dilaksanakan.
Satu perintah yang menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang ditetapkan telah diwartakan
pada 5 November, 1987 dan dikuatkuasakan pada 1 April 1988. Selain dari itu, pelbagai
pertubuhan sukarela seperti Sahabat Alam Sekitar (SAM), Persatuan Perlindungan
Alam Sekitar (EPSM), Persatuan Pengguna-pengguna Pulau Pinang (CAP), Persatuan
Pencinta alam (MNS), Persatuan Penyelidikan dan Pengurusan Alam Sekitar
(ENSEARCH) dan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah
ditubuhkan.
Walau bagaimanapun masalah alam sekitar masih terus kian meruncing.
Keadaan alam sekitar juga semakin merosot di mana pencemaran air, pencemaran
udara, penipisan lapisan ozon, paya bakau dan hutan rimba semakin berkurangan,
sumber-sumber semula jadi menyusut, peningkatan suhu dan masalah hujan asid
(Mohd Rafi, Razali & Nik Rozhan, 2003). Punca-punca pencemaran adalah disebabkan
oleh aktiviti-aktiviti manusia seperti perlombongan, tebus guna tanah yang
mengorbankan terumbu karang dan penebangan hutan yang menyebabkan aliran
tanah dari darat masuk ke dalam laut. Pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang
tidak terkawal, pembuangan sisa toksik, sisa nuklear dan tumpahan minyak menjadikan
tanah beracun dan tidak boleh didiami. Pembakaran bahan api fosil dalam
perindustrian, pembakaran hutan dan sisa domestik secara terbuka, pengeluaran
tenaga dan pengangkutan menyebabkan kadar pencemaran udara yang tinggi (Kualiti
Hidup Malaysia, 2002).
Aktiviti-aktiviti seperti perladangan, urbanisasi dan perindustrian menyebabkan
pencemaran logam berat, pencemaran racun makhluk perosak pencemaran organik
dan peningkatan keladak dalam air. Laluan pencemaran yang utama dari darat ke laut
adalah sungai. Pencemaran sungai ini mampu memusnahkan kehidupan akuatik,
melenyapkan spesies yang sensitif disebabkan oleh kegagalan pembiakan atau
kematian (Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini, 2010).
Kemusnahan alam sekitar ini sangat berkait rapat dengan perbuatan manusia sendiri.
Pembangunan oleh manusia yang mengutamakan pertumbuhan ekonomi semata-mata
telah menyebabkan penyusutan sumber alam dan pencemaran (Mohamad Fazli Sabri
& Teoh, 2006). Persoalannya mengapakah pencemaran ini masih terus berlaku?
Adakah masyarakat tidak tahu cara mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman
mereka tentang alam sekitar dalam kehidupan seharian?
Persoalannya masalah alam sekitar masih terus berleluasa bahkan semakin
meruncing sejak akhir-akhir ini. Selain dari beberapa aspek yang telah dapat dikesan
dan dinyatakan di atas, adakah terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan isu etika
alam sekitar ini tidak berkesan Mengapakah strategi yang di rancang gagal
menimbulkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar? Kewujudan pelbagai pencemaran ini menunjukkan bahawa
usaha-usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar masih kurang
berkesan. Pembangunan yang tidak terancang, ketidak fahaman manusia memikul
amanah untuk mengawasi dan menjaga alam sekitar menjadi penyebab utama masalah
ini. Kajian ini ingin menyelidik tentang konsep penerapan Etika Alam Sekitar,
pelaksanaannya memberikan fokus tentang kaedah penerapannya dalam kalangan
masyarakat secara informal mahupun secara formal, masalah-masalah penerapan dan
bentuk model mental yang terhasil dari kedua-dua bentuk penerapan tersebut.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif pertama ialah untuk menjaga sistem pernafasan kita. Persekitaran yang
bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar
sememangnya amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih la!imnya
dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen
ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Selain
itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan. Cuaca panas
dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan
kita menjalankan kehidupan dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar
dan nyaman juga,orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa
gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti
riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan
ini, kesihatan manusia akan terjamin.
Objektif kedua ialah untuk menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang
terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa
pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran
hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti
yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan fauna menyebabkan air hujan yang
turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan
tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini dapat
menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan persendirian mahupun industri.
Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air di empangan-
empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan in imembolehkan kita
menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan
akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu
yang memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan
semula jadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.
Objektif ketiga ialah untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar
merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan
dalam mengekalkan alam semula jadi dan saling berkaitan di antara satu sama lain.
Fora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan
tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan
sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula jadi.
Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan
kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna. Pemuliharaan terhadap
alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan.
Objektif keempat ialah untuk mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran
yang kotor akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa
manusia. Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang
berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan banyak lalat-lalat
yang membawa kuman akan menghinggap makanan kita, hal ini akan menyebabkan
kesihatan manusia terjejas seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan
terhadap alam sekitar adalah penting.
Objektif kelima ialah untuk menarik pelancong untuk mengunjungi negara kita.
Persekitaran yang cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara
atau orang tempatan untuk melancong ke negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita
dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka
panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu. peluang
perkerjaan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan
kadar pengangguran di negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan
meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap alam sekitar merupakan
tanggungjawab masyarakat.

4.0 METODOLOGI KAJIAN


Kaedah penyelidikan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua tahap. Tahap
yang pertama ialah kaedah pengumpulan dan pemilihan data. Manakala tahap kedua
ialah kaedah analisis dan perbincangan. Kaedah penyelidikan ini berbentuk kajian
kualitatif dengan reka bentuk kajian teks. Seterusnya untuk kaedah penganalisisan
data, kajian ini lebih berbentuk kualitatif. Penyelidikan kualitatif kerap didefinisikan
sebagai kajian yang tidak melibatkan nombor atau statistik (John McLeod, 1997).
Menerusi penyelidikan kualitatif, pengkaji membuat penelitian secara langsung
terhadap bahan kajian dan berusaha mendapat pemahaman yang mendalam
mengenainya di samping menterjemah dan mentafsir kutipan data yang diperolehi
(Noraini Mohd Salleh, 2001).

4.1 Kaedah Perpustakaan

Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah menggunakan
kaedah kajian perpustakaan. Kaedah ini mengumpulkan data-data secara dokumentasi.
Segala maklumat yang diperolehi digunakan terutamanya untuk menyokong,
menambah dan memperdalam pengetahuan pengkaji agar kefahaman dari aspek
teoritikal terhadap kajian yang dijalankan dapat dikuasai dengan baik. Kaedah
perpustakaan ini bertujuan untuk mendapatkan data sekunder untuk kajian ini. Sumber-
sumber untuk data ini boleh diperolehi melalui sumber-sumber ilmiah seperti tesis,
disertasi, artikel jurnal, buku-buku dan kertas-kertas seminar serta laman sesawang.

4.2 Penganalisisan Data

Data yang diperolehi dari borang soal selidik yang dijalankan menggunakan platform
google form akan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dalam kajian
ini, analisis kandungan akan dilakukan melalui dua cara iaitu induktif dan deduktif:
i) Kaedah induktif.
Pendekatan atau kaedah induktif ialah satu proses yang logik untuk memberikan
penjelasan yang umum berdasarkan pemerhatian yang spesifik. Dalam pendekatan
induktif penyelidik bermula dengan satu set dapatan kajian atau hasil kajian dari sebuah
penyelidikan dan berusaha untuk membangunkan satu penjelasan teoritikal daripada
hasil tersebut (SabithaMarican, 2005). Penganalisisan data melalui kaedah induktif
merupakan proses mengumpul dan mentafsir data atau maklumat, kemudiannya
selepas penafsiran data selesai, data ini akan disimpulkan. Kaedah analisis seumpama
ini dilaksanakan terhadap data-data yang dikumpulkan.
ii) Kaedah deduktif.
Pendekatan atau kaedah deduktif pula menggunakan proses logik yang bermula
dengan kesimpulan umum untuk menghasilkan yang khusus iaitu bermula dari
persoalan yang umum kepada pernyataan yang khusus. Kaedah deduktif yang
digunakan dalam kajian ini ialah untuk menganalisis data daripada dapatan data melalui
sorotan borang soal selidik yang akan dilakukan. Seterusnya data yang diperolehi
melalui sorotan ini akan dianalisis secara teliti untuk menghasilkan maklumat yang lebih
lengkap dan terperinci. Pengkaji menggunakan kaedah ini untuk menyatakan secara
khusus kesimpulan yang berkaitan dengan etika alam sekitar seterusnya
menghuraikannya secara terperinci.

5.0 TANAH RUNTUH

5.1 PENGENALAN

Kejadian tanah runtuh merupakan fenomena yang sering berlaku di negara kita
sejak tahun 1990-an lagi. Terdapat juga kes-kes tertentu yang berlaku tanah runtuh di
kawasan bercerun landai. Menurut The American Heritage (2000) pula mentafsirkan
tanah runtuh sebagai gelongsoran ke bawah jisim separuh kering tanah atau batuan.
Kejadian tanah runtuh juga fenomena bencana alam yang memberikan impak yang
besar terhadap sosio-ekonomi penduduk di sesebuah negara. Kos kerugian sama ada
secara langsung atau tidak langsung akibat kejadian tersebut terpaksa ditanggung oleh
pihak kerajaan atau pihak persendirian jika berlaku sebarang kerosakan harta benda.
Malahan, kejadian tanah runtuh juga boleh membawa kepada kematian sekiranya
berlaku di kawasan perumahan dan jalan raya dalam skala yang besar. Pembangunan
yang semakin pesat menyebabkan pembukaan kawasan tanah tinggi dijalankan untuk
menampung populasi yang semakin bertambah. Penebangan hutan serta pemotongan
dan tambakan banyak dijalankan pada cerun semulajadi untuk pembinaan jalan dan
perumahan. Kebanyakan kejadian tanah runtuh sering berlaku di kawasan potongan
cerun atau tambakan yang dibuat di sepanjang jalan serta di kediaman yang terletak di
kawasan tanah tinggi (Nazirah,2015).

5.2 FAKTOR

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kejadian tanah runtuh. Walau


bagaimanapun, setiap kawasan berlaku kejadian tanah runtuh mungkin tidak
dipengaruhi oleh faktor yang sama. Setiap faktor tersebut perlu dikaji dan dihubung kait
dengan kejadian tanah runtuh dengan lebih mendalam yang mana siasatan di lapangan
perlu dilakukan dan dibantu oleh data – data sokongan. Antara faktor – faktor tersebut
adalah taburan hujan, litologi, jenis tanah, guna tanah dan sudut kecuraman cerun.
Taburan hujan memainkan peranan penting dalam kejadian tanah runtuh yang mana
pergerakan air dalam tanah akan berlaku kemudian mengalir ke bahagian rongga dan
bahan yang longgar. Selepas curahan hujan yang berterusan, kemungkinan berlakunya
fenomena tanah runtuh adalah tinggi disebabkan penambahan jisim ke atas jasad
batuan atau cerun. Permukaan tanah juga menjadi faktor penting dalam fenomena
tanah runtuh kerana setiap permukaan tanah mempunyai komposisi mineral dan tekstur
yang berbeza. Hal ini mempengaruhi kekuatan, keporosan, kebolehtelapan dan proses
luluhawa pada sesuatu jasad batuan. Oleh itu, jenis permukaan tanah yang berbeza
mempunyai tahap rintangan dan tahap kerentanan yang berbeza dalam isu tanah
runtuh ini.
Seterusnya, Aktiviti manusia adalah faktor utama penyebab berlakunya tanah
runtuh yang umum sedia maklum. Di antara aktiviti manusia adalah melibatkan
pembangunan infrastruktur seperti lebuhraya dan kawasan penempatan baru yang
semakin pesat. Selain itu, kesan pencerobohan tanah bagi kegunaan pertanian di atas
cerun juga akan menyebabkan kestabilan cerun semakin rendah. Menurut (Lowenthal,
1965), tindakan manusia ke atas alam sekitar sangat jelas, yang mana beliau
menyatakan bahawa cara manusia melihat dan menggunakan permukaan bumi
mempunyai kesan hebat terhadap permukaan bumi. Manakala di kawasan padat
penduduk, perkembangan penempatan di kawasan cerun–curam tidak dapat dielakkan
(Selby, 1988).
Seterusnya, masa juga faktor yang merupakan perkara terpenting dalam
penentuan proses kejadian tanah runtuh. Faktor yang saling berhubung kait ini
ditentukan oleh faktor masa. Bagaimana masa memainkan peranan ini diterangkan oleh
(Terzaghi, 1950). Beliau telah membahagikan penyebab tanah runtuh kepada dua
bahagian iaitu sebab luaran dan juga sebab dalaman. Penyebab luaran yang
dimaksudkan ialah faktor penyebab yang menghasilkan peningkatan aktiviti kikisan
seperti perubahan geomatrik, pengeluaran bahan bahagian kaki cerun, penambahan
kecerunan puncak, kejutan dan gegaran dan perubahan sistem pengairan. Manakala
sebab dalaman pula ialah aktiviti yang menghasilkan pengurangan daya tahan kikisan.

5.3 KESAN

Tanah runtuh boleh membawa kepada kerosakan harta benda akibat daripada
daya aliran tanah mahupun lumpur.contohnya, berlakunya kemusnahan sesebuah
bangunan dan juga penempatan. Bahkan, tanah runtuh yang dahsyat boleh
menyebabkan kemusnahan sesebuah bandar. kemusnahan infrastruktur dan kerosakan
harta benda yang tentunya memerlukan kos banyak sehingga mengganggu ekonomi
sesebuah negara. Contohnya, gelinciran tanah di Taman Hill View yang berlaku pada
20 November 2002 telah memusnahkan sebuah rumah banglo dan kehilangan nyawa.
Berdasarkan rekod Jabatan Kerja Raya (JKR), antara tempoh 1961 hingga 2007
sahaja, sebanyak 441 kejadian tanah runtuh telah berlaku yang mengorbankan 577
nyawa iaitu kadar purata kematian lebih kurang 12 orang setahun. Kejadian tanah
runtuh di Highland Tower, Ulu Kelang pula telah mengorbankan 48 orang.
Selain itu, tanah runtuh meyebabkan perubahan landskap yang ketara terhadap
permukaan bumi. Timbunan tanah dan juga lumpur daripada kegiatan tanah runtuh
menyebabkan kawasan tanah tinggi mungkin menjadi rata dan pengendapan sedimen
juga boleh menjadi tebal dengan pantas. Kesannya, sungai-sungai atau empangan
tasik menjadi lebih cetek untuk menakung jumlah air yang banyak. Aras air sungai
menjadi lebih tinggi dan kawasan darat berubah menjadi kawasan berair. Tanah runtuh
juga boleh menyebabkan cerun tanah atau batuan menjadi semaki cerun dan tidak
stabil.

5.4 LANGKAH MENGATASI TANAH RUNTUH.

Tanah runtuh dapat diatasi dengan membuat longkang dan kemudahan


longkang bagi mengurangakan permasalan air dari bawah tanah. Longkang perparitan
dan parit laluan air bawah tanah yang dimana ada lubang dalam paip tersebut. Paip
tersebut dipasang menggunakan sistem menimbus dengan batuan gravel dan
permukaan sekitar tertimbus batuan itu ditutupi kain fabrik untuk mengelakkan daripada
laluan tanah tersekat di bantuan gravel dan memastikan laluan permukaan paip itu
terlihat. Ini adalah salah satu cara untuk atasi kerosakan keruntuhan akibat kecerunan
yang banyak jenis berlaku di sekitar Ipoh.
Selain itu, penanaman kontor iaitu barisan tanaman mengurangkan kelajuan air
larian jika ia melalui kontor yang merentasi cerun. Batas kontor mestilah cukup kuat
untuk menahan air dari bergerak mengikut cerun. Biasanya tanaman yang ditanam
diselang selikan. Talian air juga dibina supaya air mengalir mengikut aliran yang
disediakan merentasicerun dan talian air ini ditanam dengan rumput untuk
mengurangkan kelajuan lariandan memerangkap tanah yang diangkut.
Seterusnya, ialah Membina tanda aras peralatan mengesan gegaran melalui
sistem kenalpastimenggunakan teknologi maklumat dan tenaga elektrik. Pembinaan
alat ini ialah mendapat tahu dan mengenalpasti tanda-tanda awal tanah runtuh bakal
berlaku. Sistem penghantaran ’’detector’’ dan ’’receiver’’ dikelaskan sebagai bahagian
utama menerima dan menghantar maklumat pergerakan asing dalam bumi di suatu
tempat dan menghantar maklumat dengan pantas dan mudah. Dari bacaan itu dapat
tahu kondisisi kestabilan permukaan bumi selamat dan amaran awalan akan diberi jika
kawasan berisiko tinggi untuk potensi terjadinya tanah runtuh lagi.
Berikut adalah di antara rekod kejadian tanah runtuh di Malaysia sejak 2021 hingga
2022.
Bil Tarikh lokasi Kesan
seorang pekerja kebun sayur
Jalan Gua Musang-Lojing, warga Bangladesh hilang,
1 4-Jan-21
Gua Musang, Kelantan. dikhuatiri tertimbus dalam
kejadian tanah runtuh
Sebahagian rumah mereka di
12-Jan- kampung Garung, Padawan,
2 Kampung Garung Padawan
21 Sarawak
ditimbus tanah runtuh
Seorang lelaki maut apabila
17 julai Jalan Haji Baki, Kuching, kenderaan yang dipandunya
3
2021 Sarawak. terjatuh ke dalam runtuhan
tanah
Jalan Segumau Madsiang,
Seorang wanita dan seorang
15-Sep- Jalan Penampang-
4 kanak-kanak perempuan maut
21 Tambunan, Kota Kinabalu,
dalam kejadian tanah runtuh
Sabah
Tiga rumah banglo dan 16
17-Sep- Jalan Kemensah Heights, rumah bandar membabitkan 32
5
21 Kuala Lumpur keluarga terjejas berikutan
insiden tanah runtuh
Dua lelaki maut selepas
2-Dec- Jalan Simpang Pulai-Blue
6 kenderaan mereka tertimbus
21 Valley, Ipoh, Perak.
dalam kejadian tanah runtuh
Seorang lelaki maut akibat
15-Dec- Kampung Air Sejuk, Kuala
7 tertimbus dalam runtuhan
21 Terengganu.
tanah ketika melombong emas
Lima mangsa dipercayai
10-Mar- Taman bukit permai 2, tertimbus dalam kejadian tanah
8
22 ampang serta membabitkan 15 rumah
dan 10 kenderaan.
6.0 BANJIR KILAT

6.1 PENGENALAN
Banjir kilat merujuk peningkatan aras air permukaan yang berlaku dengan cepat
disebabkan curahan hujan yang lebat dalam satu tempoh masa yang singkat dan air
surut dengan cepat selepas hujan berhenti. Kejadian banjir merupakan fenomena yang
tidak lagi asing bagi masyarakat Malaysia. Tambahan pula perubahan lembangan
akibat daripada faktor fizikal dan faktor semula jadi juga menjadi punca kepada
peningkatan kekerapan berlakunya banjir ( See Too Kay Leng, 2016). Banjir kilat ialah
banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka. Banjir kilat
adalahantara bencana alam yang kerap berlaku di negara kita dan boleh
mendatangkan beberapa kesan buruk terhadapsemua hidupan sehingga boleh
membawa kematian.

6.2 FAKTOR

Banjir kilat berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah akibat
hujan yang berterusan. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti selama beberapa
jam akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan
dialirkan ke sungai. Air yang memenuhi sungai akan melimpah keluar
sehinggamenyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.
Hakisan sungai yang kerap juga boleh menyebabkan banjir kilat. Apabila hujan
lebat berlaku, faktor semula jadi menyebabkan air mengalir lebih laju dan menghakis
tebing sungai. Akhirnya cerun bawah runtuh dan mendapan terbentuk di dasar sungai.
Kemudian sungai menjadi rata. Begitu juga dengan kegiatan manusia yang sanggup
membuang sisa domestik seperti sampah dan sisa industri ke dalam sungai boleh
menenggelamkan sungai dan menghalang aliran air. Apabila hujan lebat, sungai tidak
dapat membawa banyak air hujan. Akhirnya air sungai tumpah ke tebing, menyebabkan
banjir.
Hutan yang berperanan menyerap air hujan juga semakin berkurangan. Ini
membolehkan air hujan sampai ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan lebat
menyebabkan air mengalir ke sungai. Banjir kilat berlaku apabila sungai tidak dapat
menyerap air hujan yang banyak.
Masalah banjir kilat yang sering melanda bandar-bandar adalah disebabkan
ketiadaan sistem perparitan yang lengkap. Parit yang digali terlalu kecil, cetek dan
sering tersumbat. Apabila hujan lebat, parit tidak dapat menampung air yang banyak,
dan parit melimpah sehingga menyebabkan banjir kilat. Kegagalan parit untuk berfungsi
dengan juga berpuncan daripada sifat negatif manusia yang sering membuang sampah
ke dalam longkang hingga menyebabkan longkang tersumbat dan air tidak dpt
mengaluir dengan lancar.
Hujan dan banjir merupakan fenomena alam yang berlaku secara semula jadi
dan membawa rahmat kepadamanusia, tetapi jika kita tidak mengambil lankgah-
langkah untuk memelihara kelangsungan alam serta tidak melakukan aktiviti
pembangunan dengan terancang, maka masalah banjir kilat akan berterusan.

6.3 KESAN

Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan
sehingga bolehmembawa kematian.
Antara kesan yang timbul disebabkan oleh banjir adalah menimbulkan kerugian
berskala besar terhadap industri pertanian. Kemusnahan tanam-tanaman dan
penternakan air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan
tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan
padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini akan merugikan para petani seperti sumber
pendapatan petani akan terjejas. Aktiviti pertanian memerlukan masa yang lama untuk
memperoleh hasil, jika berlakunya banjir ia akan menyebabkan terpaksa bermula dari
awal dan perlu mengeluarkan banyak modal untuk mula bercucuk tanam. Tanah
berasid yang disebabkan oleh banjir juga memudaratkan petani untuk bercucuk tanam
kerana keadaan tanah yang tidak sesuai untuk tanam-tanaman (Ahmad, n.d.).
Contohnya, di Terengganu pada Mac 2022 Kerajaan negeri menganggarkan kerugian
dialami petani dan penternak mencecah RM10 juta disebabkan banjir luar biasa.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr
Azman Ibrahim, berkata paling teruk terjejas disebabkan banjir luar biasa yang melanda
negeri ini adalah sektor pertanian. Dianggarkan puluhan ribu hektar tanaman kontan
terutama tembikai ditenggelami air (Baharom Bakar, 2022).
Kesan seterusnya ialah kemusnahan harta benda penduduk boleh berlaku akibat
banjir. Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah menghanyutkan barangan dan
merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik kereta dan sebagainya.
Hal ini menyebabkan kerugian besar kepada penduduk. Dokumen – dokumen penting
seperti geran tanah, insurans dan lain lain juga berisiko untuk hilang atau hanyut
dibawa arus air. Mangsa mangsa banjir akan mengalami kesulitan dan memerlukan kos
yang tinggi untuk menggantikan semua peralatan yang telah rosak akibat banjir kilat
(Kamilah, n.d.).

Banjir juga menyebabkan kesihatan penduduk terjejas penyakit seperti cirit-birit,


taun, demam kepialu, denggi, hepatitis dan kudis buta menjadi ancaman akibat
daripada bahana banjir yang menjejaskan kebersihan makanan, minuman, persekitaran
bahkan kesesakan di pusat-pusat pemindahan mangsa banjir turut memudahkan
penularan sebarang penyakit berjangkit. Penyakit Leptospirosis yang mula menyerang
dengan dua kes kematian dicatatkan pada awal Januari 2007 adalah berpunca
daripada bakteria Leptospira yang didapati daripada air kencing haiwan berdarah panas
di mana penyakit ini boleh merosakkan organ dalaman manusia. Bakteria ini tersebar
melalui air sewaktu berlakunya kejadian banjir (Kamilah, n.d.). Penambahan bilangan
pesakit juga akan berlaku kerana banjir kilat. Hal ini menyebabkan kekurangan tenaga
doktor atau jururawat yang dapat disediakan untuk merawat pesakit.

6.4 LANGKAH

Salah satu langkah mencegah banjir di kawasan bandar dan luar bandar adalah
dengan menyediakan dan menyelenggara sistem perparitan yang baik. Sebagai sebuah
negara yang mempunyai taburan hujan yang tinggi, kita memerlukan rangkaian atau
sistem perparitan yang cekap. Ini kerana ia membantu mengalirkan lebihan air, seperti
air hujan, ke lokasi yang lebih selamat seperti sungai atau lautan. Persis kata mutiara,
sediakan payung sebelum hujan. Kejadian banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur,
ibu negara Malaysia adalah berpunca daripada longkang atau parit yang tersumbat dan
tidak mengalirkan air ke kawasan yang telah dikhaskan. Kerajaan tempatan harus
bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk memastikan kontraktor yang
bertanggungjawab dalam pembinaan dan penyelenggaraan sistem perparitan di
kawasan masing-masing melaksanakan tugas mereka mengikut piawaian dan tahap
yang ditetapkan. Jelasnya, sistem perparitan yang baik membantu mengatasi masalah
banjir.

Langkah seterusnya untuk mengelakkan banjir daripada berulang adalah dengan


mengawal pembangunan dan pembalakan di kawasan hutan. Banjir yang berlaku di
kawasan luar bandar atau pedalaman kebanyakannya disebabkan oleh aktiviti
pembangunan di kawasan hutan sekitar. Ia mewakili aktiviti pertanian, pembalakan, dan
membina pusat peranginan. Apabila hutan ditebang, pokok-pokok yang bertindak
sebagai takungan air hujan hilang, dan air hujan mengalir pergi, menaikkan paras air
sungai dan membanjiri kawasan perumahan terdekat. Inisiatif ini bergantung kepada
komitmen pihak berkuasa untuk memastikan tiada aktiviti dijalankan di kawasan hutan
tanpa kebenaran dan mewujudkan garis panduan untuk pemuliharaan alam semula jadi
yang kita warisi. Jika setiap daripada kita melakukan kerja kita tanpa melihat bulu dan
bimbang tentang rupanya, kita pasti dapat melindungi alam semula jadi dan
mengelakkan kerosakan banjir.

STATISTIK
7.0 PEMBAKARAN

7.1 PENGENALAN

Kebakaran merupakan sesuatu bencana yang disebabkan oleh api atau


pembakaran. tidak terkawal, membahayakan nyawa manusia, bangunan atau ekologi.
Ia boleh jadi sengaja atau tidak sengaja. Kebakaran lazimnya akan menyebabkan
cidera atau kematian kepada manusia. Kebakaran kadangkala turut menyebabkan ribut
kebakaran atau kebakaran liar. Kebakaran boleh menyebabkan kecederaan atau
kematian yang berpunca daripada terhidu asap ataupun melecur .

7.2 FAKTOR

Kebakaran ini berlaku atau terjadi berdasarkan beberapa faktor, antara faktornya
ialah kerana cuaca panas yang ekstrim sehingga mengakibatkan kemarau.
Kemarau ialah satu tempoh cuaca yang kering dan panas yang berpanjangan. Oleh
hal demikian, ini akan menyebabkan tumbuh-tumbuhan yang terdedah tanpa
pelindungan akan mudah terbakar lalu merebak hingga mengakibatkan kebakaran
yang besar dan luas.
Selain itu, faktor lain kebakaran ialah kerana sikap manusia yang tidak
bertanggunjawab sendiri. Hal ini kerana, terdapat segelintir manusia yang suka
membuang puntung rokok dengan semberono di dalam hutan. Dengan sedemikian
in, bara yang di hasilkan oleh rokok tersebut akan bermula marak lalu akan mula
membakar sedikit – sedikit dan merebak hingga keseluruhan hutan.
Seterusnya , pembakaran sampah juga merupakan punca kebakaran yang
berlaku di alam sekitar . Terdapat beberapa agensi pengutip sampah yang
melakukan penghapusan sampah secara membuat pembakaran terbuka dan di
hutan demi memudahkan proses penghapusan sampah tanpa mengikut prosedur
yang telah ditetapkan . Ini juga antara punca atau faktor yang besar dalam
kebakaran yang terjadi
7.3 KESAN

Kebakaran ini membawa pelbagai impak yang negatif terhadap berbagai


kehidupan sehingga mengacam kematian.
Antara kesan yang terjadi akibat oleh kebakaran ialah menyebabkan
kesihatan manusia akan terganggu. Hal ini disebabkan pembakaran hutan akan
menyebabkan berlakunya jerebu. Gas jerebu akan menyerang paru-paru dan
saluran pernafasan manusia. Selain itu juga ia juga menyebabkan sakit mata
dan penyakit kulit . Ini akan memberi padah dan impak yang besar kepada
masyarakat .
Selain itu , habitat haiwan juga akan musnah akibat daripada kebakaran
yang berlaku . Hal ini dikatakan demikan kerana , pembakaran hutan akan
melibat kan alam sekitar yang dipenuhi dengan kehidupan liar seperti binatang .
Secara tidak langsung , habitat haiwan akan musnah dan dalam masa yang
sama binatang juga akan cedera dan berkemungkinan akan mati .
Akhir sekali , Di samping itu juga, pembakaran hutan juga memberi kesan
negatif kepada manusia iaitu ekonomi sesuatu negara akan merosot. Hal ini
kerana, hutan mempunyai banyak kayu keras seperti cengal, meranti,dan
sebagainya. Oleh itu, sesuatu negara itu tidak dapat menjalankan aktiviti eksport
kayu balak tersebut jika hutan dibakar secara berleluasa seterusnya
menyebabkan ekonomi negara tersebut akan merosot .

7.4 LANGKAH

Salah satu langkah untuk mencegah kebakaran yang berlaku di kawasan


perhutanan adalah dengan menguatkan lagi undang – undang terhadap
masyarakat yang mahu keluar masuk ke dalam hutan , dengan ini kawalan akan
lebih cekap dan lebih professional . Sebagai contoh , pihak kawalan memastikan
tiada sebarang barangan terlarang seperti rokok dan bahan kimia yang mudah
terbakar atau meletup dibawa oleh pihak yang ingin masuk ke dalam hutan . Hal
ini demikian , ini akan lebih menjamin keselamatan dan dapat mengelakkan
sebarang kebarangkalian hutan dari pembakaran .
Seterusnya , dengan sentiasa memastikan tiada sebarang pembakaran
terbuka yang berlaku berdekatan dengan hutan . Hal ini kerana , dengan berbuat
sedemikian sebarang pembakaran yang berlaku dapat dielak daripada merebak
ke hutan . Selain itu , jika berlaku nya pembakaran terbuka yang sangat besar .
Pihak berkuasa dapat mengawal pembakaran tersebut dengan mudah oleh
kerana jarak pembakaran terbuka dengan hutan tersebut tidak dalam lingkungan
yang dekat .

STATISTIK

8.0 ISU-ISU ALAM SEKITAR

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.


Manusia berusaha membangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan hidup. Alam
sekitar merujuk kepada segala komponen hidup seperti haiwan dan tumbuhan dan
yang bukan hidup contohnya, tanah, bentuk muka bumi, cuaca dan factor kimia. Satu
keseimbangan wujud antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan
keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah. Alam sekitar adalah sesuatu
yang isu penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara.
Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti
sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak
yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran. Alam sekitar seharusnya
dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan
digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi (Idrus, 2015).
Populasi manusia yang makin meningkat pada zaman kini, ini telah membawa
kepada peningkatan pelbagai masalah alam sekitar. Aktiviti yang dijalankan seperti
perindustrian and pembalakan telah mengancam alam sekitar. Masalah ini semakin
serius dan telah diiktiraf sebagai masalah sedunia dan telah dibincangkan di Sidang
Puncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992 (Bernard, 2021). Isu-isu yang dibincangkan
termasuklah pencemaran. Aktiviti-aktiviti manusia kini yang hidup dengan kemajuan
sains dan teknologi serta mementingkan pembangunan ekonomi merupakan punca
pencemaran yang utama. Pencemaran mengubah persekitaran sehinggan
keseimbanga alam terjejas.
Pencemaran ialah pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal.
Pencemaran ialah pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di
persekitran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan
pencemaran. Kebanyakan pencemaran yang berlaku adalah disebabkan aktiviti-aktiviti
manusia. Terdapat berbagai jenis pencemaran iaitu pencemaran udara, air dan tanah.

8.1 Pencemaran udara

Pencemaran berlaku apabila terdapat bahan-bahan pencemar di udara. Contoh bahan-


bahan pencemar ialah habuk, debu, asap, dan gas- gas beracun. Keadaan ini
menyebabkan gangguan dan kehidupan manusia, haiwan, tumbuhan dan harta benda
kita. Tambahan pula iklim dunia pun juga terganggu.

Jadual di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahan


pencemar utama yang dihasilkan.
Punca-punca pencemaran Bahan-bahan pencemar
Pembakaran bahan api di kilang dan Gas sulfur dioksida, nitojen dioksida,
dalam enjin kenderaan bermotor. karbon monoksid dan debu.
Pembakaran sampah-sarap dan hutan Gas Karbon dioxide dan debu.
secara besar-besaran
Penyemburan racun serangga dan Gas kimia beracun
bahan-bahan kimia.
Penggunaan gas klorofluorokarbon Gas klorofluorokarbon

Kesan-kesan pencamaran udara


1. Menjejaskan kesihatan
Apabila kita menarik nafas, udara yang tercemar memasuki badan dan
menjejaskna kesihatan. Debu dan gas-gas beracun daripada kilang-
kilang, ekzos kenderaan dan penyembur racun serangga
menyebabkan penyakit jika disedut. Penyakit ini adalah berkaitan
dengan sistem pernafasan dan penyakit mata.
2. Pembentukan hujan asid
Gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air
hujan dan menbentuk hujan asid. Hujan asid boleh membunuh
tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan. Ia juga menghakis pakaian, kertas
dan bahan binaan bangunan
3. Kenaikan suhu di bumi
Gas karbon dioksida yang banyak akan merangkap haba di bumi.

8.1 Pencemaran air

Pencemaran air berlaku apabila bahan tercemar, secara sengaja atau tidak sengaja,
sehingga sumber air tidak boleh digunakan oleh manusia dan organisma akuatik.
Bekalan air datang dari sungai, laut, kolam, dan tasik, jadi ia boleh tercemar dengan
pembuangan bahan buangan dari kilang, tumpahan minyak dari kapal, pembuangan
sampah dan najis, dan hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan yang meluas.
Kesan pencemaran air:
1. Menjejaskan kesihatan
Sisa-sisa kilang yang dibuang ke dalam sungai akan meracuni air
sungai. Ini membahayakan kesihatan jika air itu diminumkan atau
digunakan untuk mandi.b Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke
dalam sungai pula menggalakan pertumbuhan bakteria yang
menyebabkan penyakit.

2. Pembunuhan hidupan akuatik


Minyak yang tertumpah ke dalam air akan menhalang kemasukan
udara di laut. Jadi, haiwan- haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang
menghidupkan ke dalam air laut tidak dapat bernafas dan mati. Air
sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan
air. Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap
dalam air akibat hakisan tanah menhalang kemasukan sinaran
matahari ke dalam air. Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-
tumbuhan air.

3. Merosakkan keindahan alam


Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah
dipandang. Air sungai dan laut berbau busuk.

8.2 Pencemaran tanah

Pencemaran tanah adalah keadaan dimana bahan kimia buatan manusia masuk dan
mengubah lingkungan tanah alami. Pencemaran ini biasanya terjadi kerana kebocoran
limbah cair atau bahan kimia industri atau fasilitas komersial, pestisida; masuknya air
permukaan tanah tercemar ke dalam lapisan sub-permukaan; kecelakaan kendaraaan
pengangkut minyak, zat kimia, atau limbah; air limbah dari tempat penimbunan sampah
serta limbah industri yang langsung dibuang ke tanah secara tidak memenuhi syarat.
Ketika suatu zat berbahaya telah mencemari permukaan tanah, maka ia dapat
menguap, tersapu air hujan dan atau masuk ke dalam tanah. Pencemaran yang masuk
ke dalam tanah kemudian terendap sebagai zat kimia beracun di tanah. Zat beracun di
tanah tersebut dapat berdampak langsung kepada manusia ketika bersentuhan atau
dapat mencemari air tanah dan udara di atasnya.
Kesan pencemaran tanah:
1. Kekurangan tanah subur
Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan
penyusutan tanah. Manusia menghadapi kekurangan tanah subur
untuk pertanian.

2. Hakisan tanah
Aktiviti-aktiviti pembinaan, perlombongan, dan pembalakan yang tidak
terkawal menyebabkan kawasan tanah terdedah. Kawasan tanah
yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan.

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Diagram 1.2, Jenis bencana alam dan lokasi

Diagram 1.1, Jantina dan umur responden

Sebuah analisis kajian mengenai bencana alam telah dijalankan melalui kaedah
soal selidik dengan menggunakan platform google form. Tinjauan ini bertujuaan untuk
mendapatkan pendapat dan cadangan orang ramai berkenaan permasalahan ini. Soal
selidik ini telah dijalankan dalam kalangan warga UniKL MITEC seramai 20 orang.
Berdasarkan data yang diperolehi melalui diagram 1, 55% iaitu bersamaan 11 orang
adalah dalam kalangan lelaki dan 45% merupakan 9 orang kalangan wanita. Majoriti
umur responden yang menjawap soal selidik ini ialah 85% (17 orang) dalam lingkuran
umur 18 tahun hingga 25 tahun. 10% (2 orang) berumur di antara 26 tahun hingga 35
tahun dan 5% (1 orang) berumur 36 tahun ke atas. Seterusnya, seramai 65% (13
orang) pernah berlakunya bencana alam di kawasan mereka dan 35% (7 orang) tidak
pernah berlaku bencana alam di kawasan mereka (Diagram 1.2). Kesemua responden
yang pernah mengalami bencana alam ini menghadapi bencana yang sama iaitu banjir.
Seramai 15.4% (2 orang) mengalami bencana banjir di lokasi yang sama iaitu di Johor.

Diagram 1.3, Tahap bencana dan langkah menghadapi bencana


Merujuk kepada bencana banjir yang berlaku di kawasan responden (diagram
1.3), tahap bencana yang berlaku ialah 60% (12 orang) adalah dalam tahap 1
(terkawal), 15% (3 orang) ialah dalam tahap 2 (serius) dan 25% (5 orang) dalam tahap
3 (bahaya). Seterusnya, soalan keempat yang disoal ialah mengenai langkah awal yang
boleh diambil ketika berlakunya bencana alam di kawasan anda. Majoriti responden
berpendapat langkah awal yang terbaik ialah menyimpan dokumen penting di tempat
yang selamat. Seramai 85% (17 orang) memilih pilihan jawapan ini manakala minority
responden memilih memaklumkan tentang keadaan bencana di Kawasan anda kepada
JPAM iaitu seramai 5% (1 orang).
Berdasarkan pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh para pakar,
beberapa rumusan yang diperoleh dan ianya boleh dipertimbangkan untuk membawa
perubahan yang positif terhadap alam sekitar di Malaysia. Selain itu, pandangan dan
hujah yang telah dinyatakan ini juga dapat mengenalpasti beberapa punca kewujudan
isu-isu alam sekitar di Malaysia. Menurut beberapa respon yang diberikan oleh
responden yang telah ditemu bual, unsur yang perlu ditekankan dalam membawa
perubahan positif kepada isu-isu alam sekitar di Malaysia yang utama ialah berkenaan
kesedaran awam. Antaranya ialah idealogi pensyarah kanan di Universiti Tun Hussein
Onn (UTHM) iaitu Dr. Mikdar bin Rusdi, menyatakan bahawa antara langkah yang
boleh diambil untuk mendidik kesedaran pesalah jenayah alam sekitar ini ialah mereka
perlu mendalami ilmu alam sekitar dengan melakukan kajian. Langkah ini boleh
dijadikan hukuman sekaligus juga merupakan usaha untuk mendidik kesedaran
golongan ini.
Manakala pandangan yang dilontarkan oleh pengarah penguatkuasaan Jabatan
Alam Sekitar, Encik Ismail pula berbeza dan berpendapat bahawa penekanan
kesedaran dikalangan masyarakat yang berterusan merupakan isyarat penting dalam
usaha untuk mengatasi isu-isu alam sekitar. Menurutnya anansir ini sebenarnya
berkemampuan untuk menjadi tunjang dan melancarkan pergerakkan pihak JAS dan
agensi-agensi yang berpartisipasi dapat melaksanakan tugas dengan lebih terancang
dan dapat memberikan dampak yang positif terhadap masyarakat.
Dr Mikdar juga menambah bahawa antara punca yang mengarah kepada terjadi
masalah alam sekitar di Malaysia ialah pesalah kurang mengamalkan panduan islam
dalam hidup seharian mereka dan ianya akan memesongkan pemikiran seseorang dari
melakukan perkara yang berlandskan syariat islam terutama sekali perkara yang berkait
mengenai alam sekitar. Beliau juga mengungkapkan bahawa ilmu mengenai alam
sekitar dari aspek Islam kurang didalami oleh sesetengah ilmu menyebabkan ilmu ini
berada dalam skop yang sangat kecil. Interaksi antara para ulama bersama dengan
masyarakat awam sangat perlu untuk membincangkan dan penerangan berkenaan dari
sudut alam sekitar. Encik Ismail Bin Ithnin, seorang pensyarah di UTeM pula
berpendapat bahawa kesedaraan yang diwujudkan seharusnya dikaitkan oleh Al-
Quran. Sebagai seorang muslim, penghayatan al quran itu memimpin diri dalam
memupuk kesedaran dalam diri seseorang itu. Dipetik dari Surah Ar-Rum ayat ke 41,
yang menjelaskan bahawa kerosakkan yang berlaku di muka bumi ini disebabkan oleh
perbuatan manusia itu sendiri. Alam ini adalah anugerah Allah SWT kepada manusia
dan manusia sepatutnya menjaga amanah yang telah dikurnia kepada mereka. Dalam
surah Al-A’raf ayat ke 56 yang membawa maksud; ‘Dan janganlah kamu berbuat
kerusakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepada-Nya
dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat
kepada orang yang berbuat kebaikan.’ Ianya jelas bahawa Allah melarang segala
perbuatan yang akan merosakkan dan menghancurkan ke atas alam ini. Akan tetapi,
mengenai isu untuk mencegah kerosakkan alam ini, akhlak rasul yang telah Allah SWT
utuskan perlulah menjadi contoh utama, dengan mencontohi akhlak Rasullulah ianya
mampu untuk mewujudkan sifat ihsan dalam diri seseorang manusia tersebut. Dengan
wujudnya sifat ihsan dalam diri seseorang tersebut, ianya mampu untuk mencegah dan
menjauhkan segala sifat yang tercela.
Hasil dapatan kajian daripada huraian tafsir al-Misbah, M. Quraish Shihab pula
telah membahas mengenai istilah muhsinin. Sifat muhsinin ini merupakan salah satu
sifat yang menggambarkan kemuncak kebaikan dapat dicapai oleh seseorang muslim
itu. Dengan erti kata lain, sifat ini mampu membentuk jiwa seseorang itu ikhlas dalam
melakukan sesuatu perkara dengan melihat natijah atau manfaatnya kepada orang lain
tanpa memikirkan kepentingan sendiri. Segala yang dilakukannya tidak mengharapkan
ganjaran. Berbeza dengan seseorang yang tidak mempunyai sifat ikhlas, dia selalunya
akan mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira hak-hak orang lain (Quraish
Shihab, 2009). Sifat muhsinin ini wajib wujud dalam diri manusia untuk mewujudkan
kesedaran agar melaksanakan tugas sebagai hamba Allah SWT khususnya ketika
menjaga alam sekitar ini. Ini kerana seseorang yang mempunyai sifat ini akan berfikir
bahawa segala yang dilakukannya akan memberi manfaat kepada masyarakat
sekeliling.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terdahulu, beberapa orang masyarakat
telah memberikan respond mereka mengenai elemen penguatkuasaan undang undang
yang telah disuarakan oleh beberapa respondan dalam merungkai isu isu alam sekitar
yang kian meruncing di dalam negara ini. Dr Mikdar Bin Rusdi, merupa seorang
pensyarah pengajian tafsir al quran di Universiti Tun Hussein Onn berpandangan
bahawa penguatkuasaan hukum yang lebih keras perlu dilaksanakan kepada mereka
yang melakukan kerosakan terhadap alam sekitar ini. Tegas beliau, pesalah yang terdiri
daripada golongan islam hendaklah dijatuhkan hukuman yang berlandaskan syariat
islam. En Rosliezan Bin Md Hussain, seorang pengurus di Kilang Sawit Embara Budi
yang terletak di daerah Lahad Datu berpendapat bahawa Akta Sekeliling 1974 perlu
dikemaskini semula agar ianya lebih relevan untuk diaplikasikan mengikut aliran industri
pada zaman ini. Ahli Dewan Rakyat Malaysia, Datuk Shabudin Bin Yahaya juga
menyatakan bahawa terjadi isu alam sekitar di negara ini ialah kerana kurangnya
penguatkuasaan undang undang. Mengambil negara jiran sebagai contoh, beliau
menyatakan bahawa negara seharusnya mencontohi Singapura dalam ketegasan
penguatkuasaan undang undang dan aspek dalam memelihara alam sekitar. Hal ini
sekaligus akan terlahirnya suasana yang harmoni di negara ini, ideologi ini secara
terang terangan berpadanan dengan ayat al quran surah Asy-Syuara, ayat 183 yang
bermaksud ‘ Dan janganlah kamu mengurangi hak hak orang ramai, dan janganlah
kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.’

10.0 KESIMPULAN

Di dalam perbahasan topik ini, kita telah melihat dari sudut sejarat bagaimana
berlakunya kemunculan Etika Alam Sekitar di dalam konteks krisis alam sekitar dunia
moden. Perkembangan Etika Alam Sekitar pada zaman moden ini adalah teratur, iaitu
dalam bentuk dispilin pengajian yang kemudiannya diinstitusikan di pusat-pusat
oengajian tinggi. Sesuai dengan hakikat tersebut, Etika Alam Sekitar boleh didefinisikan
sebagai satu disiplin pengajian yang membahaskan tentang sistem nilai yang boleh
menjelaskan tentang perlakuan-perlakuan baik dan buruk terhadap alam sekitar.
Meskipun demikian, pengamalan sikap moral yang tertentu terhadap alam sekitar telah
dipraktikan oleh generasi manusia sejak awal awal kewujudan manusia lagi.
Pengamalan sikap moral tersebut telah diwarisi secara turun temurun daripada
generasi nenek moyang kita sehingga ke generasi kita pada hari ini. Oleh itu,
pengamalan sikap moral yang bersifat tradisi ini menjadi sumber yang begitu berharga
sebagai dasar ke arah pembentukan Etika Alam Sekitar pada masa kini. Sesungguhnya
pembentukan Etika Alam Sekitar tidak akan sempurna tanpa kesatuan di antara sistem
nilai tradisional khususnya nilai keagamaan dengan pengetahuan sains moden.
Kesatuan diantara dua aspek ini teramat perlu ke arah memastikan pelaksanaan Etika
Alam Sekitar yang lebih realistik.
Etika Alam Sekitar yang ingin direalisasikan di dalam kehidupan generasi
manusia hari ini mestilah mampu untuk menjelaskan hakikat sebenar hubungan
manusia dengan alam sekitar serta mendorong untuk mengekalkan hubungan tersebut.
Selain daripada itu, Etika Alam Sekitar juga mestilah menyediakan satu panduan yang
lengkap mengenai cara dan solusi untuk permasalahan alam sekitar sekaligus dapat
menyelesaikan konflik nilai yang timbul di dalam sesebuah masyarakat. Peranan
keagamaan di dalam penerapan Etika Alam sekitar pula amat besar kerana ia boleh
memupuk kepercayaan dan keyakinan terhadap sesuatu sistem nilai yang akan
diamalkan. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa pendekatan bersepadu
adalah perlu le arah pembentukan, penerapan dan penghayatan Etika Alam Sekitar di
dalam kehidupan manusia pada masa kini.
REFERENCES
Mustam, B. (2015). Isu Pendidikan Alam Sekitar. Edu.My.
http://studentsrepo.um.edu.my/6560/1/BAB_1_TESIS_PHD_BANIAH.pdf
Hanis, A. (2014, July 1). Implikasi tanah runtuh tinggi di kawasan perak.
https://www.academia.edu/7525071/Implikasi_tanah_runtuh_tinggi_di_kawasan_
perak
Bahari, S. (2021, March 14). Tanah Runtuh : Sejauh Manakah Kesedaran Masyarakat
Terhadap Kesan Kejadian Ini? | MajalahSains. MajalahSains | Sains & Teknologi
Untuk Masyarakat. https://www.majalahsains.com/tanah-runtuh-sejauh-
manakah-kesedaran-masyarakat-terhadap-kesan-kejadian-ini/
Bernard, I. A. S. (2021, March 29). Isu Alam Sekitar telah menjadi satu isu yang
menunjukkan kelemahan manusia dalam mengurus alam.
https://www.scribd.com/document/500729390/Isu-Alam-Sekitar-telah-menjadi-
satu-isu-yang-menunjukkan-kelemahan-manusia-dalam-mengurus-alam.
Haliza, K. M. M, Gas Bertoksik Yang Membunuh. (2020, September 23). Karbon
Monoksida, Gas Bertoksik Yang Membunuh.
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1882121.
Idrus, kesedaran alam sekitar. (2015, June). Kesedaran alam sekitar.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/06/59273/kesedaran-alam-sekitar-
rakyat-kita-masih-rendah.
Ken Hua, A. sebagai sumber kehidupan. (2016, January 16). Air sebagai sumber
kehidupan. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/01/115197/air-
sebagai-sumber-kehidupan.
Wue Sin, P. T. (2010, August 15). PENCEMARAN TANAH.
http://bmpengurusanuum2010.blogspot.com/2010/08/pencemaran-tanah.html.
Bahari, S. (2022, September 5). Kejadian Tanah Runtuh Di Kawasan Tanah Tinggi
Malaysia | MajalahSains. MajalahSains | Sains & Teknologi Untuk Masyarakat.
https://www.majalahsains.com/kejadian-tanah-runtuh-di-kawasan-tanah-tinggi-
malaysia/
Jj, A. (n.d.). BANJIR KILAT. Scribd. https://www.scribd.com/doc/153097253/BANJIR-
KILAT

You might also like