You are on page 1of 4

LAMPIRAN 1-8

PANDUAN PENYEDIAAN KAJIAN KES

Tajuk Kajian Kes

( dalam huruf kecil , tetapi dimulakan dengan huruf besar bagi setiap perkataan )
(mesti mengandungi halatuju, kumpulan sasaran dan program intervensi/kaedah)

NAMA PENGKAJI
ALAMAT EMAIL PENGKAJI

1. ISU YANG DIFOKUSKAN


 (cth: refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu)
a. Ingat kembali pengalaman
b. Apakah isu yang dijadikan fokus sasaran
c. Rujuk refleksi PdP/ temubual/pemerhatian/dokumentasi
d. Reaksi terhadap suasana pembelajaran/ kelas/sekolah

 Masukan sekurang-kurangnya TIGA tinjauan literatur yang berkaitan dengan isu.

2. PERMASALAHAN KAJIAN

Proses permasalahan kajian iaitu membentuk persoalan mengenai tajuk atau tema yang
berkaitan dengan kajian yang akan dilaksanakan. Permasalahan kajian merupakan isu atau
masalah yang ingin dikaji dalam kajian. Pernyataan permasalahan kajian boleh diwujudkan
dalam bentuk soalan-soalan terbuka seperti di bawah:

a. Apakah isu?
b. Apakah punca isu?
c. Apa akan berlaku jika isu tidak ditangani?
d. Bagaimana hendak menangani isu?
e. Apakah cadangan penambahbaikkan yang akan dilaksanakan untuk
menangani isu tersebut?

3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian merujuk kepada apa yang hendak dicapai dan bagaimana hendak
mencapainya. Objektif kajian juga hendaklah jelas dan konsisten serta boleh dikenal pasti.
Selain itu objektif kajian juga menjelaskan tujuan sesuatu kajian itu dijalankan.

3.1 Objektif

a. Boleh diukur
b. Boleh dilaksana
c. Dapat mengubah sikap murid, sikap guru, pengajaran guru dan cara
menghadapi murid

8
Contoh :

1. Mengenal pasti kekurangan dan kelebihan aktiviti pemulihan Jawi yang telah
dilaksanakan.
2. Menghasilkan tatacara atau panduan berkesan bagi pelaksanaan aktiviti pemulihan
Jawi.
3. Menilai perancangan ke arah penambahbaikan proses PdP Jawi.

4. KUMPULAN SASARAN

a. Jumlah murid
b. Kelas
c. Jantina
d. Kaum / latarbelakang murid

Contoh :

Pelajar yang terlibat ialah 35 orang dari kelas 5 Pintar. Kelas ini terdiri daripada 15
pelajar lelaki dan 20 perempuan.....

5. METODOLOGI KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH (cara data diperoleh - di bawah ialah contoh cara data
diperoleh, iaitu pemerhatian /temu bual)

5.1.1 Pemerhatian (tingkah laku murid )tinjauan tingkah laku berdasarkan


rekod anekdot/berterusan

Contoh:

a. murid tidur, berbual dan tidak menumpukan perhatian


dalam kelas semasa guru mengajar jawi.
b. murid tidak menyiapkan latihan jawi yang diberikan

5.1.2 Temu Bual ( untuk mengetahui kenapa murid bermasalah)

Contoh: bosan dengan guru, tidak faham apa yang diajar, tidak
minat belajar, tidak kenal huruf jawi

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH


( buat analisis data yang diperolah sebelum kajian dijalankan)
mesti ada analisis data selepas kajian di jalankan

5.2.1 Pemerhatian

9
Contoh : 5 orang murid tidur semasa guru mengajar subjek jawi
di dalam kelas
3 orang murid berbual semasa PdP jawi
10 orang murid tidak menyiapkan latihan jawi yang
diberikan

5.2.2 Temu Bual


(masukkan nombor / peratus)

Contoh analisis:
20% bosan dengan cara guru mengajar
50 % tidak faham apa yang diajar
30% tidak minat dengan subjek

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN


(memperkenalkan / menyatakan kaedah atau program yang dijalankan)

5.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN YANG AKAN DILAKSANAKAN


UNTUK MENANGANI ISU

(Bilangan aktiviti bergantung kepada kajian kes masing-masing – yang


penting setiap aktiviti mesti ada penerangan cara aktiviti dijalankan,
pemerhatian dan refleksi setiap aktiviti.)

5.4.1 AKTIVITI 1 – ( nyatakan nama aktiviti)


(Huraikan di bawah ini cara aktiviti dilaksankan- jika ada gambar masukkan di
bahagian ini)

PEMERHATIAN

REFLEKSI

.
5.4.2 AKTIVITI 2 –

PEMERHATIAN

REFLEKSI

5.5 REFLEKSI KESELURUHAN KAJIAN

(Dalam refleksi keseluruhan masukkan analisis data selepas tindakan


yang dijalankan, buatkan perbandingan dan nyatakan hasil kajian iaitu
impak kepada murid, guru dan proses PdP. Nyatakan sejauh mana
ianya berjaya serta membuat rumusan)

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

10
a. Cadangan penambahbaikan untuk kajian seterusnya bagi tajuk yang
hampir sama
b. Cadangan kajian seterusnya bagi topik lain

7.0 RUJUKAN

11

You might also like