You are on page 1of 9

LAPORAN AKTIVITI

ANNUAL GENERAL MEETING FChESS SESI 19/20


FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA
UiTM SHAH ALAM 2019

TARIKH: 22 OKTOBER 2019 (SELASA)


MASA: 12.00P.M. – 1.30P.M.
TEMPAT: BILIK SEMINAR FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA ARAS 8

Disediakan oleh:

_______________________________________

(TENGKU MUHAMMAD AMIRUL ASHRAF B. TENGKU NASIR)


Setiausaha
ANNUAL GENERAL MEETING FChESS SESI 19/20
FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA
UiTM SHAH ALAM 2019

1
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF AKTIVITI

IPTA Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor

ANNUAL GRAND MEETING FACULTY OF CHEMICAL


NAMA PROGRAM ENGINEERING STUDENT SOCIETY (FChESS) - 2019

JENIS PROGRAM Akademik / Ilmiah

1. Memberi pengenalan kepada pelajar akan jawatankuasa


tertinggi Faculty of Chemical Engineering Student Society
(FChESS) 2019.
2. Memberi pendedahan kepada para pelajar akan objektif serta
tujuan pengenalan persatuan FChESS.
3. Berkongsi info akan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan serta
OBJEKTIF bakal dilakukan pada masa hadapan.
4. Mengasah kemahiran berkomunikasi serta mencungkil sifat
kepimpinan pelajar.
5. Memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam
aktiviti di luar kuliah.
6. Mengumumkan ahli jawatankuasa baru FChESS bagi sesi
2019-2020.

FACULTY OF CHEMICAL ENGINEERING STUDENT SOCIETY


ANJURAN
(FChESS).

22 OKTOBER 2018
TARIKH, HARI,
SELASA
MASA DAN
12.30 P.M – 1.30 P.M
TEMPAT
Bilik Seminar Fakulti Kejuruteraan Kimia, Aras 8

PENYERTAAN 58 Orang Pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK)

PEMBELANJAAN RM 577.50

2
2.0 LAPORAN AKTIVITI

2.1 SEBELUM
Pada 30 September 2019, satu jawatankuasa telah ditubuhkan oleh persatuan
Fakulti Kejuruteraan Kimia iaitu FChESS. Jawatankuasa ini hanya terdiri daripada ahli-ahli,
biro-biro, serta majlis tertinggi FChESS. Sebanyak dua perjumpaan ahli jawatankuasa majlis
Annual General Meeting FChESS sesi 19/20 telah dibuat oleh pengarah program iaitu
saudari Siti Nurain Binti Zainuddin pada 1 Oktober 2019 iaitu hari selasa untuk
membincangkan mengenai pembahagian tugas kepada ahli jawatankuasa. Manakala
mesyuarat kedua dijalankan pada 21 Oktober bagi persediaan terakhir sehari sebelum majlis
berlangsung agar program berjalan dengan lancar dan baik. Program ini berlangsung pada
22 Oktober 2019 iaitu pada hari Selasa.

Setelah kertas kerja telah diluluskan, kerja-kerja perlaksanaan program telah


dijalankan seperti biro program telah menyediakan teks ucapan majlis untuk digunakan pada
hari kejadian oleh pengacara majlis yang telah dipilih dikalangan jawatankuasa Annual
General Meeting FChESS sesi 19/20. Biro multimedia dan teknikal telah menyediakan poster
dan menyediakan tayangan montaj serta paparan slaid aktiviti-aktiviti FChESS terdahulu,
selain itu mereka juga telah memohon projektor LCD dan skrin layar dari Penolong Pendaftar
Hal Ehwal Pelajar (HEP) Fakulti Kejuruteraan Kimia, Puan Nor Haslinda Mohamed Alias
untuk digunakan pada hari kejadian. Biro makanan telah berurusan dengan pihak MAMA’s
Kitchen bagi menempah makanan untuk para pelajar yang akan hadir pada majlis tersebut.

Biro jemputan dan pendaftaran telah menguruskan jemputan VIP, mantan ahli
jawatankuasa FChESS sesi 18/19, wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar dan pensyarah Fakulti
Kejuruteraan Kimia serta telah menyediakan salinan nama pelajar baru yang akan menghadiri
majlis Annual General Meeting FChESS sesi 19/20 untuk pendaftaran. Manakala, biro tugas-
tugas khas telah membantu biro-biro lain dalam melaksanakan tugas masing-masing agar
berjalan dengan lancar

3
Seterusnya, pada 22 Oktober 2019 (Selasa) jam 10.30 a.m semua ahli
jawatankuasa berkumpul di Bilik Seminar Fakulti Kejuruteraan Kimia, Aras 8 bagi membuat
persiapan barang-barang teknikal seperti PA sistem, projektor LCD dan skrin layar sebelum
majlis bermula. Selain itu, sebelum majlis bermula “rehearsal” dan “sound check” telah
dijalankan beberapa kali agar majlis dapat berjalan dengan lancar.

2.2 SEMASA

Majlis bermula pada pukul 12.00 tengah hari pada 22 Oktober 2019 (Selasa) dengan
pendaftaran para pelajar yang hadir di meja pendaftaran. Kemudian, ketibaan mantan ahli
jawatankuasa FChESS sesi 18/19 dan wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar disambut oleh
biro jemputan dan pengarah program serta biro tugas-tugas khas. Seterusnya, nyanyian
lagu Negaraku dan lagu Wawasan Setia Warga UiTM dimainkan dan disusuli dengan
bacaan doa pembuka majlis agar majlis diberkati dan dirahmati.

Pada pukul 12.20 tengah hari, majlis dimulakan dengan ucapan yang diberikan oleh
mantan Presiden FChESS iaitu saudara Ahmad Fazren B. Zahari sebagai pembuka majlis,
serta diteruskan lagi dengan sesi penyerahan tugas dan pengenalan ahli jawatankuasa
baharu persatuan.

Majlis seterusnya diserahkan kepada Presiden baharu FChESS untuk memberi


pengenalan kepada pelajar baru serta membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
serta aktiviti-aktiviti lain yang sudah dirancang untuk dijalankan pada sesi 19/20. Pada pukul
1.05 petang, sesi bergambar berlangsung serta bacaan doa telah dibacakan sebagai tanda
upacara penutup Majlis Annual General Meeting sesi 19/20. Akhir sekali, pada pukul 1.30
petang edaran makanan kepada pelajar yang hadir dijalankan dan majlis bersurai.

2.3 SELEPAS

Pada pukul 1.45 petang 22 Oktober 2019, segala peralatan dan barang yang
digunakan semasa program ini dikemas dan seterusnya disimpan untuk kegunaan program
yang akan datang. Program ini mendapat maklum balas yang baik daripada para pelajar
yang hadir ke Majlis Annual General Meeting sesi 19/20.

4
2.4 OBJEKTIF
 Objektif tersebut telah tercapai.

2.5 CABARAN/MASALAH

 Kehadiran pelajar ke majlis kurang memuaskan


memandangkan majlis dijalankan pada hari kuliah. Namun
majlis dimeriahkan dengan mantan ahli jawatankuasa
FChESS.

 Kekurangan tenaga kerja “man power” untuk mengangkat


kese,mua makanan yang di pesan dari “Engine Square”
Fakulti Kejuruteraan Kimia ke Bilik Seminar Fakulti
Kejuruteraan Kimia Aras 8 ini kerana kebanyakkan
jawatankuasa majlis terdiri daripada pelajar perempuan.

 Beberapa pelajar terpaksa hadir lewat setelah majlis


berlangsung berikutan ada segelintir dari mereka yang baru
selesai sesi kuliah

 Beberapa tetamu jemputan tidak dapat hadir atas beberapa


factor yang tidak boleh dielak.

 Susunan kerusi dijalankan lewat kerana lambat mendapat


akses untuk masuk ke dalam dewan seminar.

5
2.6 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
 Mencari katering yang mengenakan bayaran untuk
menempah makanan dengan harga yang lebih berpatutan

 Ahli jawatankuasa perlu bersikap disiplin dengan masa dan


tentatif program supaya ,majlis dapat berlangsung dengan
lebih teratur dan mengikuti susunan acara yang telah
ditetapkan .

 Makanan dipesan seawall yang mungkin sebelum majlis


berlangsung.

 Pemberian tugas mengawal P.A system perlu diberikan


kepada minima dua orang agar mudah pengendalian
dijalankan.

6
3.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN 1: Ucapan daripada mantan Presiden FChESS sesi 18/19 saudara Ahmad
Fazren B. Zahari

LAMPIRAN 2: Ucapan daripada Exco Akademik & Kerjaya Majlis perwakilan Pelajar Uitm
Shah Alam saudara Muhamad Rithaudin B. Rosman

7
LAMPIRAN 3: Pencalonan presiden bahru FChESS bagi sesi 19/20

LAMPIRAN 4: Pemilihan saudara Mohd Aqil B. Ahmad Zaimi selaku Presiden Persatuan
FChESS bagi sesi 19/20

8
LAMPIRAN 4: Sesi bergambar bersama semua ahli FChESS yang hadir.

LAMPIRAN 4: Sesi bergambar bersama mantan majlis tertinggi FChESS sesi 18/19
bersama majlis tertinggi baharu FChESS sesi 19/20

You might also like