You are on page 1of 6

1

Nama : ( )
Tingkatan 3 :

Kertas 2: Soalan Objektif

Arahan:

1. Anda dikehendaki menjawab semua soalan.


2. Sila jawab bahagian A dan bahagian B dalam kertas ‘O’ yang disediakan.
3. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam 30 minit

Bahagian A : Kefahaman Objektif (10 markah)


SOALAN 1 HINGGA SOALAN 5
Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, serta rakan-
rakan sekalian. Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
‘Kebaikan buah- buahan tempatan’.
Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang ditanam di negara kita. Sebagai contoh, buah-
buahan tempatan negara kita ialah buah rambutan, buah manggis, buah durian, buah tembikai, buah betik
dan sebagainya. Buah-buahan tempatan mengandungi banyak khasiat yang setanding dengan buah-buahan
yang diimport. Contohnya, buah jambu batu mengandungi vitamin C dan buah limau mengandungi asid
yang boleh menghadamkan makanan yang kita makan.
Buah-buahan tempatan juga mudah didapati dan banyak dijual di gerai buah-buahan di seluruh
negara. Buah-buahan tempatan juga lebih segar kerana tidak mengandungi bahan pengawet yang biasa
digunakan pada buah-buahan yang diimport untuk mengekalkan kesegarannya. Selain daripada itu, harga
buah-buahan tempatan juga lebih murah jika dibandingkan dengan buah-buahan import kerana buah-buahan
tempatan tidak memerlukan kos pengangkutan yang tinggi untuk dipasarkan.
Selain segar, murah, berkhasiat dan bermutu, buah-buahan tempatan juga dapat meningkatkan
pendapatan para petani. Para petani digalakkan untuk memasarkan produk mereka melalui FAMA untuk
meningkatkan pendapatan mereka.

Kesimpulannya, buah-buahan tempatan sangat banyak kelebihannya. Oleh itu, jadikanlah buah-
buahan tempatan sebagai makanan pilihan kita.

Sekian, terima kasih.


1. Apakah perkataan yang bersinonim dengan perkataan ‘setanding’?
A. segagah B. sepadan C. seiring D. setaraf
2. Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang
A.mudah didapati B. murah dan segar
C. ditanam dalam negara D. diimport dari luar negara
3. Apakah perbezaan antara buah-buahan tempatan dengan buah-buahan import?
A. Mengandungi banyak khasiat. B. Makanan pilihan orang ramai.
C. Mengandungi bahan pengawet. D. Mudah didapati dan banyak dijual.
4. Mengapakah harga buah-buahan tempatan lebih murah jika dibandingkan dengan buah-buahan import?
A. Buah-buahan tempatan ditanam dan dikeluarkan di negara kita.
B. Tidak memerlukan kos pengangkutan yang tinggi untuk dipasarkan.
C. Mudah didapati dan banyak dijual di gerai buah-buahan di seluruh negara.
D. Mengandungi banyak khasiat yang setanding dengan buah-buahan yang diimport.

5. Bagaimanakah industri penanaman buah-buahan dapat meningkatkan pendapatan golongan petani?


A. Golongan petani boleh menjual buah-buahan ke luar negara.
B. Golongan petani boleh menanam banyak pokok buah-buahan.
C. Golongan petani boleh memasarkan buah-buahan mereka ke luar negara.
D. Golongan petani boleh mendapatkan bantuan daripada FAMA untuk memasarkan produk mereka ke
luar negara.

SOALAN 6 HINGGA SOALAN 10


Jawab soalan pemahaman berdasarkan puisi yang diberi. Pilih jawaban yang paling sesuai.
TEKUN

Sehari selembar benang


ditenun Lama-lama menjadi
kain
Sehari sebaris ayat
ditulis Lama-lama
menjadi buku Sehari
sesen menabung
Lama-lama senang
juga Sehari sebatas ubi
ditanam Lama-lama
seluas ladang
Asalnya tekun akhirnya menjadi
(dipetik daripada Semerbak Puisi, Khadijah Hashim)

6. Apakah perkataan yang bersinonim dengan perkataan ‘menjadi’?


A. mendatangkan hasil B. mengundang masalah C. membebankan kita D. menjimatkan wang

7. Sehari selembar benang


ditenun Lama-lama menjadi
kain Apakah maksud ayat ini?
A. Kita harus pandai menenun benang menjadi kain.
B. Kita harus bersikap rajin untuk mencari kain yang diminati.
C. Kita harus berjimat cermat supaya dapat membeli sesuatu yang diingini.
D. Kita harus melakukan usaha secara berterusan supaya membuahkan hasil.

8. Antara berikut yang manakah bukan nilai yang ada dalam puisi ini?
A. rajin B. gigih C. adil D. jimat

9. Antara penyataan berikut, yang manakah berkaitan dengan kebaikan menabung?


A. supaya kita dapat melancong sesuka hati
B. supaya kita dapat membeli barang mewah
C. supaya kita dapat hidup senang tanpa perlu bekerja
D. supaya kita mempunyai wang secukupnya semasa kecemasan
10. Apakah pesanan yang hendak disampaikan dalam puisi ini?
A. Kita harus bersikap rajin agar memperoleh kejayaan.
B. Kita harus berbuat baik supaya mendapat balasan baik.
C. Kita harus memberi tumpuan kepada pengusahaan ubi.
D. Kita harus sentiasa rajin membaca buku untuk memperoleh ilmu pengetahuan.
Bahagian B: Tatabahasa (40 Markah)
SOALAN 11 HINGGA SOALAN 25
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
11. Sambutan akan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia pada 16 September setiap tahun.
A. Hari Wesak B. Hari Kebangsaan C. Hari Malaysia D. Hari Pekerja

12. antara Ali dengan Chong sudah terjalin selama 20 tahun.


A. Persahabatan B. Persefahaman C. Persetujuan D. Perpaduan

13. Para peserta dikehendaki mematuhi yang ditetapkan oleh pihak penganjur sebelum memulakan
pertandingan itu.
A. prasangka B. prasekolah C. prakata D. prasyarat

14. Mak Amin daun kering pokok rambutan itu pada waktu lapang.
A. mencantas B. memotong C. menggunting D. membelah

15. Ketam yang oleh kakak dari pasar raya itu ada yang tidak berisi.
A. dijual B. dibeli C. dibela D. diberi

16. Suzana berpesan Ali supaya menunggunya di Stesen Bas Ipoh sebelum bertolak Melaka.
A. kepada...ke B. pada...dari C. dengan...dari D. untuk...ke

17. Bau ikan kembong itu telah mengundang kedatangan kucing liar.
A. hancing B. hambar C. hamis D. hanyir

18. Beberapa kes kerosakan harta benda dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Penduduk Taman Indah
esok.
A. sedang B. telah C. akan D. sudah

19. “Ambillah buku sebagai hadiah hari jadi kamu,” kata Cikgu Lim kepada Ai Leng.
A. siapa-siapa B. apa-apa C. mana-mana D. bila-bila

20. daripada golongan remaja masih belum mendaftarkan diri sebagai pengundi.
A. Sebahagian B. Sebilangan C. Seluruh D. Semua

21. Mak Tim membeli beberapa petai dan se pisang dari pasar tani itu.
A. butir…sikat B. papan…tandan C. potong…sisir D. papan…butir

22. “ , cantiknya kasut awak!” kata Ah Leng kepada Fatimah.


A. Cis B. Amboi C. Wahai D. Nah

23. Pesawah itu meletakkan di tengah-tengah bendang untuk menghalau burung.


A. oleh-oleh B. otak-otak C. omong-omong D. orang-orang

24. Rita akan menghadiri di Syarikat ABC untuk jawatan jurujual pada hari ini.
A. temu bual B. janji temu C. temu duga D. temu ramah
25. Penduduk di Taman Indah akan untuk menyelesaikan masalah sampah di taman tersebut.
A. beramah mesra B. berganding tangan C. bertitik tolak D. berkuat kuasa
SOALAN 26 HINGGA SOALAN 30
Isi tempat-tempat kosong dalam petikan yang berikut dengan perkataan yang paling sesuai.
Sekiranya pelajar menghadapi masalah kritikal yang mampu (26)__ ketenangan, mereka perlu
segera (27) dengan guru yang rapat atau kaunselor di sekolah. Guru atau kaunselor pasti mempunyai
kaedah bagi (28) masalah ini. Di samping itu, pelajar perlu menjaga (29) diri kerana tanpa
kesihatan yang baik sukar bagi pelajar untuk mengulang kaji pelajaran dan melakukan latihan intensif dengan
baik. Pelajar sepatutnya membanyakkan amalan kerohanian yang dapat memberikan (30) kepada

jiwa sebagai persiapan penting untuk menghadapi peperiksaan.


26. A. jejas B. menjejaskan C. terjejas D. dijejaskan
27. A. jumpa B. terjumpa C. berjumpa D. menjumpai
28. A. atasi B. diatasi C. mengatasi D. mengataskan
29. A. sihat B. menyihatkan C. penyihatan D. kesihatan
30. A. tenang B. ketenangan C. bertenang D. menenangkan

SOALAN 31 HINGGA SOALAN 38


Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan
dalam ayat berikut.

31. Keju roti dan kek coklat yang dijual di Kedai Roti Keko itu sangat sedap. Tiada Kesalahan.
A B C D
32. Pihak polis telah melakukan penyiasatan dan pemantauan ke atas orang kenamaan itu sebelum operasi
A B
penangkapan dilakukan. Tiada Kesalahan.
C D
33. Ali masih belum membuat keputusan sama ada melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaya ataupun
A B
mengikutkan program latihan perguruan di IPG. Tiada Kesalahan.
C D
34. Jawatankuasa keceriaan kawasan perumahan itu bergotong-royong untuk membersihkan kawasan takungan
A B
air bagi mengelak pembiakan nyamuk Aedes daripada berleluasa. Tiada Kesalahan.
C D

35. Pelajar-pelajar SM2 Xin akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka pada minggu depan untuk
A B
menyiapkan laporan Sejarah mereka.Tiada Kesalahan.
C D
36. Encik Tan masih berhujah walaupun pengerusi majlis sudah mengeluarkan isyarat menandakan masa
A B
berhujah akan tamat. Tiada Kesalahan.
C D
37. Puan Wong berasa marah selepas melihat anaknya yang malas itu masih tidur walaupun hari sudah siang.
A B C
Tiada Kesalahan.
D
38. Hati Pak Man hancur bagai kaca terhempas ke batu bila mengetahui anak tunggalnya terlibat dalam
A B C
kemalangan jalan raya. Tiada Kesalahan.
D

SOALAN 39 HINGGA SOALAN 42


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang dicetak tebal dengan betul dan tentukan bahawa anda
telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

39. I Mata adik kelat kerana tidak cukup tidur kemarin.


II Rasa milo yang kelat itu menyebabkan Ali muntah.
III Pokok kelat asam tumbuh liar di kawasan samun itu.
IV Tali kelat pada layar kapal itu putus ditiup angin kencang.
A. I, II, III B. I, II, IV C. I, III, IV D. II, III, IV

40. I Pelajar-pelajar JM3 Ai bergotong-royong membersihkan kelas mereka.


II Murid-murid darjah 6 perlu menghadiri kelas tambahan pada waktu petang.
III Kaum India dilarang berkahwin dengan jodoh dari kelas sosial yang lebih tinggi daripada mereka.
IV Proses kelas spesies tumbuh-tumbuhan itu akan dilakukan oleh para penyelidik dari Universiti Malaya.
A. I, II, III B. I, II, IV C. I, III, IV D. II, III, IV

41. I Besar kemungkinan dia akan ponteng sekolah hari ini.


II Guu besar sedang menyampaikan ucapan di atas pentas.
III Hari besar Yang Dipertuan Agong disambut dengan meriah sekali.
IV Ah Chong yang bertugas sebagai pegawai pemasaran syarikat itu bergaji besar.
A. I, II, III B. I, II, IV C. I, III, IV D. II, III, IV

42. I Budak sekolah rendah itu dilanggar kereta ketika melintas jalan.
II Budak itu sedang menjalani latihan bola sepak pada waktu petang.
III Budak suruhan itu dimarahi oleh tauke kerana menumpahkan air.
IV Remaja yang berperangai budak itu tidak disukai oleh penduduk kampung.
A. I, II B. I, III C. II, IV D. III, IV
SOALAN 43 HINGGA SOALAN 46
Sebahagian daripada ayat-ayat yang berikut telah digariskan.Bahagian yang bergaris itu mungkin
mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.Jika anda menganggap bahawa
bahagian yang bergaris itu adalah salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B, atau C
sebagai pilihan jawapan anda.Jika tiada kesalahan, tandakan D.

43. Amalan membaca perlu kami pupuk sejak dari zaman kanak-kanak lagi.
A. perlu kami memupuk B. perlu dipupuk oleh kami
C. kami perlu pupuk D. perlu kami pupuk
44. Saya perlu memikirkan semula perkara itu sebelum membuat keputusan.
A. fikiran perkara itu semula B. memikirkan perkara semula itu
C. memikirkan perkara itu semula D. memikirkan semula perkara itu
45. Baju-baju Melayu itu yang dibeli oleh kakak saya berwarna-warni.
A. Baju-baju Melayu yang itu kakak saya beli
B. Yang dibeli oleh kakak saya itu baju-baju Melayu
C. Baju-baju Melayu yang dibeli oleh kakak saya itu
D. Baju-baju Melayu itu yang dibeli oleh kakak saya

46. Orang ramai dijemput untuk menyaksikan persembahan-persembahan sempena Pesta Tanglung.
A. menonton persembahan-persembahan B. melihat persembahan-persembahan
C. menikmati persembahan-persembahan D. menyaksikan persembahan-persembahan

SOALAN 47 HINGGA SOALAN 50


Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan pastikan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling
sesuai.

47. I Sesetengah remaja kerap melepak di kompleks beli-belah.


II Ibu menghadiahkan Fatin sebuah basikal jenama BMX semperna hari lahirnya.
III Mak Tam membeli beberapa tandan pisang dari pasar tani untuk kegunaan perniagaannya.
IV Semua peserta acara Marathon dikehendaki menghabisi acara mereka dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
A. I, II B. I, III C. II, IV D. III, IV

48. I Pertandingan nyanyian sajak itu berjalan dengan lancar.


II Kedua-dua orang pelajar itu sering datang lewat untuk latihan bola.
III Tapak kakinya terluka kerana pijak kaca selepas terjatuh dari tangga.
IV Pertengkaran yang berlaku dalam mesyuarat itu menyebabkan penduduk meninggalkannya.
A. I, II B. I, III C. II, IV D. III, IV

49. I Ayah kamu akan balik bila?


II Yang berdiri situ abang sulung Alif.
III Kesudian tuan untuk membantu kami pasti akan meringankan beban kami.
IV Buku ini bukan sahaja baik untuk kanak-kanak tetapi baik untuk ibu bapa juga.
A. I, II B. I, III C. II, IV D. III, IV

50. I Penglibatan golongan belia dalam aktiviti sukarela amatlah digalakkan.


II Proses pedalaman Sungai Kelang sedang giat dilakukan oleh para pekerja.
III Penyiasatan ke atas Encik Ali membuktikan bahawa dia terlibat dalam gejala rasuah.
IV Proses pemantauan telah dilakukan untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan projek tersebut.
A. I, II, III B. I, II, IV C. I, III, IV D. II, III, IV

=======================Kertas Soalan Tamat===============================

You might also like