You are on page 1of 45

Budi Semangkuk Daging (Amy Suzani Ainuddin)

Sinopsis
Mengisahkan Puan Ainun yang hidup berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng dan Cik Punita. Pada suatu hari, Puan Ainun memberi setiap orang jirannya semangkuk daging masak Minang. Semua jirannya memuji keenakan masakannya kecuali Cik Punita yang mengembalikan pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun tidak berpuas hati dan berdendam dengan Cik Punita sehingga sanggup menyuruh anaknya mengembalikan buah limau bali pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka berbaik semula apabila suami Puan Ainun memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama Hindu.

Tema
Kepentingan semangat kejiranan dalam kehidupan seharian. Buktinya Puan Ainun, Puan Salbiah, Puan Cheng, dan Cik Punita saling bertegur sapa dan tolong-menolong antara satu sama lain.

Persoalan i.
Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Contoh: Puan Ainun, Puan Cheng, dan Cik Punita yang tinggal di satu taman

perumahan.

ii.

Larangan dalam agama. Contoh: Cik Punita mengembalikan semangkuk daging pemberian Puan Ainun kerana amalan agamanya tidak membenarkan penganutnya makan daging lembu yang dianggap suci.

iii.

Dendam yang berpanjangan.

96

Contoh: Puan Ainun berdendam terhadap Cik Punita yang mengembalikan semangkuk daging pemberiannya.

iv.

Tolong- menolong dalam hidup bermasyarakat. Contoh: Anak- anak Puan Ainun menyiram pokok- pokok bunga Cik Punita ketika dia balik ke kampung.

Plot
i. Permulaan Mengisahkan Puan Ainun seorang yang suka memasak dan mencuba resipi baharu, iaitu daging masak Minang. ii. Perkembangan Puan Ainun meminta anak-anaknya menghantar masakan tersebut kepada tiga orang jirannya iaitu Puan Cheng, Cik Punita dan Puan Salbiah. iii. Puncak Puan Ainun akhirnya mengetahui punca Cik Punita mengembalikan masakannya

melalui penjelasan suaminya. Rupa-rupanya Cik Punita tidak makan daging kerana penganut agama Hindu tidak boleh makan daging lembu. iv. Peleraian Akhirnya Puan Ainun sedar akan kesilapannya dan menghantar sendiri bubur kacang kepada Cik Punita.

Teknik Penceritaan
i. Pemerian

97

Contoh: Memerihalkan peristiwa Puan Ainun mencuba resepi baharu, iaitu daging masak Minang. ii. Dialog Contoh: Perbualan antara Puan Ainun dengan Puan Cheng tentang masakan Puan Ainun di halaman rumah mereka. iii. Imbas Kembali Contoh: Puan Ainun mengingati kembali peristiwa dia tidak membeli produk barangan kesihatan yang dijual oleh Cik Punita. iv. Saspens Contoh: Pembaca tertanya-tanya sebab Cik Punita tidak menerima masakan pemberian Puan Ainun. v. Monolog Dalaman Contoh: Sewaktu Puan Ainun tertanya-tanya di dalam hati sebab Cik Punita tidak

menerima pemberiannya. vi. Monolog Contoh: Puan Ainun mengeluh sendirian memikirkan perbuatan Cik Punita yang

menolak pemberiannya.

Watak dan Perwatakan


Watak Utama Puan Ainun

i.

Isteri kepada Encik Hilal.

98

ii.

Ibu kepada Shafiq dan Hanif.

iii.
iv.

Berjiran dengan Cik Punita, Puan Cheng dan Puan Salbiah.

Mempunyai semangat kejiranan dan suka menolong jiran. Contoh : Sekiranya Cik Punita pulang ke kampungnya di Ipoh selama beberapa hari, Puan Ainun jugalah yang ringan tangan menolong menyiramkan pokok-pokok bunga di rumah Punita. Dia juga menolong mengawasi rumah jirannya itu agar sentiasa dalam keadaan yang selamat.

v.

Seorang yang suka memasak dan mencuba sesuatu yang baharu. Contoh : Puan Ainun mencuba memasak daging masak Minang.

vi.

Seorang yang mudah kecil hati dan pendendam. Contoh: Puan Ainun kecil hati dan berdendam mengembalikan masakan pemberiannya. dengan Cik Punita kerana

vii.

Insaf akan kesilapannya. Contoh: Puan Ainun insaf atas kesilapannya berprasangka buruk terhadap Cik Punita.

Watak Sampingan Cik Punita i. Jiran Puan Ainun yang berketurunan India dan beragama Hindu.

ii.

Berusia 30-an tetapi belum berkahwin.

iii.

Fasih berbahasa Melayu.

99

iv.

Berasal dari Ipoh.

v.

Menjual barangan kesihatan keluaran syarikat jualan langsung.

vi.

Patuh pada ajaran agamanya . Contoh : Cik Punita tidak makan daging lembu.

vii.

Mempunyai semangat kejiranan. Contoh : Cik Punita memberikan buah limau bali kepada keluaga Puan Ainun.

Encik Hilal i. ii. iii. iv. Suami kepada Puan Ainun. Bapa kepada Shafiq dan Hanif. Menasihati isterinya yang menghadapi masalah dengan jirannya. Memahami adat dan budaya masyarakat kaum lain. Contoh: Dia menjelaskan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.

Latar

Latar Masa i. Waktu pagi Contoh: Puan Ainun menyidai pakaian di ampaian di halaman rumahnya. ii. Waktu tengah hari Contoh: Puan Ainun memasak daging masak Minang untuk makan tengah hari. iii. Waktu petang Contoh: Puan Ainun memasak bubur kacang untuk minum petang.

100

Latar Tempat i. Rumah Puan Ainun. Contoh: Tempat tinggal Puan Ainun, Encik Hilal, Shafiq dan Hanif. ii. Kawasan Perumahan Contoh: Terdapat rumah Puan Ainun, Puan Cheng, Puan Salbiah dan rumah sewa Punita. Latar Masyarakat i. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Contoh: Terdapat tiga kaum yang diwakili oleh Puan Ainun (Melayu), Puan Cheng (Cina) dan Cik Punita (India).

ii.

Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan . Contoh: Puan Ainun sering bertukar-tukar makanan dengan jiran-jirannya dan menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita.

iii.

Masyarakat yang prihatin terhadap adat, budaya dan agama kaum lain. Contoh: Encik Hilal menjelaskan kepada Puan Ainun sebab Cik Punita tidak mahu menerima makanan pemberian Puan Ainun.

Gaya Bahasa
i. Pengaruh bahasa asing. Contoh: Penggunaan bahasa Inggeris - best. ii. Perlambangan Contoh: hatinya berasa kembang. iii. Sinkope

101

Contoh : Tak ada. Semuanya saya dah beli semalam, jawab Puan Ainun. iv. Simile Contohnya : Sakit hati Puan Ainun makin bertambah bagai dicucuk dengan duri. v. Peribahasa Contoh : Penggunaan pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. vi. Kata Ganda Contoh: Berhari-hari selepas itu Punita tidak juga pulang.

Nilai
i. Nilai tolong- menolong. Contoh: Puan Ainun menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita sewaktu ketiadaan jirannya itu. ii. Nilai bertanggungjawab. Contoh: Puan Ainun menunaikan tanggungjawab menjaga hak-hak jiran seperti menolong mengangkat kain sewaktu ketiadaan Cik Punita. iii. Nilai kepatuhan. Contoh: Anak-anak Puan Ainun patuh pada arahannya supaya menghantar juadah kepada jiran-jirannya. iv. Nilai keinsafan. Contoh: Puan Ainun insaf akan kesilapannya berburuk sangka terhadap Cik Punita.

102

v.

Nilai prihatin Contoh: Encik Hilal prihatin terhadap adat dan budaya agama lain. Misalnya dia memberitahu Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.

Pengajaran
i. Kita hendaklah menghormati jiran dan adat budaya kaum lain. Contoh: Encik Hilal memberitahu Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu. ii. Kita mestilah tolong-menolong sesama jiran. Contoh: Anak-anak Puan Ainun menolong Cik Punita menyiram pokok-pokok bunga dan Puan Cheng menawarkan diri untuk menolong barang kerana dia hendak ke kedai. Puan Ainun membeli barang-

iii.

Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa. Contoh: Puan Ainun menyangka Cik Punita memulangkan makanan kerana marah terhadapnya yang tidak membeli barangan yang dijual oleh Cik Punita.

iv.

Kita hendaklah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang baik. Contoh: Puan Ainun mendidik Shafiq dan Hanif agar bertimbang rasa dan tolongmenolong sesama jiran.

Soalan
i. ii. Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini. Jelaskan dua persoalan yang diketengahkan oleh pengarang dalam cerpen ini.

Jawapan

103

i.

Dua nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini ialah nilai tolong- menolong. Contoh: Puan Ainun dan jiran-jirannya mengamalkan nilai tolong-menolong dengan sentiasa bertegur sapa, menjaga perasaan jiran dan menolong menyiram pokok-pokok bunga. Nilai bertanggungjawab. Contoh: Puan Ainun menunaikan tanggungjawab menjaga hakhak jiran seperti menolong mengangkat kain sewaktu ketiadaan Cik Punita.

ii.

Dua persoalan yang diketengahkan oleh pengarang dalam cerpen ini

masyarakat

Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Contoh: Puan Ainun, Puan Cheng, dan Cik Punita tinggal di satu taman perumahan. Persoalan penganut agama Hindu yang tidak makan daging kerana menganggap lembu ialah binatang suci. Contoh: Cik Punita mengembalikan semangkuk daging pemberian Puan Ainun kerana amalan agamanya tidak membenarkan penganutnya makan daging lembu yang dianggap suci.

Harga Sebuah Lukisan (Baharudin A. Manan)

Sinopsis

Kamal Hijaz akan berpindah ke Terengganu kerana mengikut bapanya. Dia seorang pelajar yang berbakat dalam lukisan. Dua minggu sebelum berpindah, dia menyertai pertandingan melukis. Pada pagi hari pertandingan, Kamal Hijaz didatangi kawannya, Maryati dan Norlela. Mereka bersarapan bersama-sama di taman mini sekolah. Maryati mengkhianati Kamal Hijaz dengan menukar kertas lukisannya.Walau bagaimanapun, Kamal Hijaz berjaya juga memenangi hadiah pertama dalam pertandingan itu. Akhirnya, menghadiahi Maryati sebuah lukisan. Maryati mengaku bahawa dialah yang berbuat khianat terhadap Kamal Hijaz. Dia meminta maaf, dan Kamal Hijaz

Tema

104

Keluhuran hati dalam persahabatan. Keluhuran hati Kamal Hijaz terserlah apabila dia bersikap tenang dan memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya. Pada hari pertandingan, Maryati telah menukar kertas lukisan Kamal Hijaz ketika dia ke kantin untuk membersihkan bekas makanan.

Persoalan i. Kesungguhan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.


Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea yang akan dijadikan model dalam pertandingan melukis.

ii. Keharmonian dalam kehidupan bersahabat.


Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan dengan berbual mesra.

iii. Baik hati dalam kalangan murid sekolah.


Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka.

iv. Kekuatan semangat menghadapi cabaran hidup.


Contoh: Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat yakin dan berjaya. kertas lukisannya yang disabotaj, Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan meneruskan lukisannya dengan

v. Keinsafan akibat kesilapan yang dilakukan.


Contoh : Maryati berasa bersalah dan menginsafi kesalahannya mengkhianati Hijaz dan seterusnya dia meminta maaf. Kamal

vi. Kemuliaan hati dalam memaafkan seseorang.

105

Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang mengkhianatinya dan menghadiahkan sebuah lukisan.

Plot
i. Permulaan Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari ilham yang akan dilukiskan dalam pertandingan melukis yang akan disertainya. Pembaca diperkenalkan dengan watak Kamal Hijaz sebagai pelajar yang hebat dalam lukisan di sekolahnya. ii. Perkembangan Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan usik-mengusik tentang isu yang berkisar dengan pertandingan melukis yang akan disertai oleh mereka sebentar lagi. Sejurus kemudian, Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka. Pada mulanya, Kamal Hijaz agak keberatan dan malu untuk menerima pelawaan Maryati, tetapi atas permintaan mereka untuk kali yang terakhir, Kamal Hijaz mengalah. Setelah selesai makan, Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin untuk mencuci pinggan dan gelas. iii. Puncak Pertandingan melukis bermula, Kamal Hijaz keresahan kerana kertas lukisannya telah disabotaj sehingga sukar untuk diwarna. Dia terpaksa menukar kertas lukisan. Sekali -gus dia mengubah fikiran, lalu melukis gambaran Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat. Tatkala itu, fikirannya berkonflik, berfikir tentang kisah sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat. Pada perhimpunan mingguan di sekolah, dia diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Melukis Peringkat Daerah, manakala Maryati sebagai pemenang kedua. iv. Peleraian Pada hari terakhir persekolahan, Kamal Hijaz diberi peluang memberikan ucapan perpisahan. Ucapannya amat menyentuh hati Maryati, dan Maryati berasa bersalah dan

106

kesal. Maryati menemui Kamal Hijaz untuk meminta maaf. Kamal Hijaz memaafkan Maryati dan menghadiahkan sebuah lukisan.

Teknik Plot

i.

Pemerian Contoh: Penulis memerihalkan peristiwa ketika Kamal Hijaz yang dicemburui oleh kawan-kawannya kerana kebolehannya melukis.

ii. Monolog Dalaman Contoh: Penulis menggambarkan Kamal Hijaz bermonolog dalaman semasa melukis gambaran pahlawan sedang bertikam di pertandingan melukis peringkat daerah. iii. Dialog Contoh: Teknik ini digunakan semasa Maryati meminta maaf kerana telah mengkianati Kamal Hijaz semasa pertandingan melukis.

Watak dan Perwatakan


Watak Utama Kamal Hijaz i. Pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

ii. Berbakat dan berminat dalam lukisan dan sentiasa mendapat markah A dalam Mata Pelajaran Lukisan. iii. Pelajar yang berusaha dengan gigih. Dia tekun mencari ilham sebagai persediaan menyertai pertandingan melukis. iv. Berjiwa mulia kerana menyumbangkan hadiah yang diperoleh kepada PIBG bagi membantu rakan-rakan yang kurang bernasib baik.

107

v. Tabah dan tenang ketika menghadapi masalah. Dia tetap bersabar dan meneruskan lukisannya yang kedua sehingga berjaya. vi. Bersikap terbuka dan pemaaf. Dia memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya. Watak Sampingan Maryati i. Rakan kepada Kamal Hijaz. ii. Seorang yang peramah dan mudah mesra. Hal ini terserlah sewaktu dia dan Norela bertemu dengan Kamal Hijaz sebelum pertandingan melukis. iii. Berjiwa kecil. Dia sanggup menggunakan taktik kotor untuk mengalahkan Kamal Hijaz dalam pertandingan melukis. iv. Mudah insaf dan menyesali kesilapannya. Dia berasa bersalah dan meminta maaf kepada Kamal Hijaz atas kesalahannya menukar kertas lukisan.

Latar
Latar Masa i. Hari Isnin. Hari Perhimpunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa. Contoh: Pengetua menyampaikan amanatnya dan mengumumkan keputusan pertandingan yang diadakan. ii. Hari Sabtu. Hari cuti persekolahan. Contoh : Pada hari pertandingan melukis di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

iii. Dua minggu.


Contoh : Tempoh antara hari pertandingan melukis dengan pengumuman keputusan pertandingan diumumkan. iv. Tiga hari

108

Contoh : Tempoh Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi dan gambaran dua pahlawan sedang bertikam. Latar Tempat i. Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa. Tempat pertandingan melukis dijalankan. Contoh : Di Sekolah Menengah Kebangsaan itulah akan dilangsungkan pertandingan melukis itu. ii. Taman mini sekolah. Tempat Kamal Hijaz menunggu sebelum pertadingan dimulakan. Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar pada bangku simen terazo yang terletak berhampiran taman mini sekolah. iii. Kantin sekolah. Latar tempat yang digunakan watak untuk membersihkan bekas makanan. Contoh :Kalau sudah begitu kata kamu, terpulanglah. Tapi, Norlela tentu boleh membantu kamu mencuci pinggan dan gelas di kantin, Latar Masyarakat i. Golongan pendidik. Golongan yang berilmu dan bertanggungjawab mendidik anak-anak tempatan. Contoh : Cikgu Salina yang memaklumkan kepada pelajar tentang pertandingan melukis peringkat daerah.

ii. Golongan pelajar. Sekumpulan anak-anak yang menuntut ilmu secara formal di sekolah.
Contoh : Kamal Hijaz, Maryati dan Norlela merupakan contoh murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa. iii. Golongan yang gigih berusaha.. Terdapat individu yang berusaha dengan bersungguhsungguh untuk berjaya. Contoh : Tiga hari Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi dan gambaran pahlawan sedang bertikam.

109

iv. Golongan yang sanggup mengkhianati orang lain. Terdapat individu yang sanggup mengkhianati kawan demi kepentingan sendiri, tidak terkecuali pelajar. Contoh : Maryati sanggup menukar kertas lukisan Kamal Hijaz sebelum pertandingan bermula.

Nilai
i. Nilai persahabatan. Contoh : Meskipun Maryati pernah mengkhianati Kamal Hijaz, mereka tetap bersahabat dan akan terus bertukat-tukar kertas soalan setelah mereka berpisah nanti. ii. Nilai ketabahan. Contoh : Ketabahan Kamal Hijaz sewaktu menghadapi masalah dengan lukisannya. Dia tetap tabah dan gigih meneruskan lukisan keduanya. kertas

iii. Nilai kesabaran. Contoh : Kesabaran Kamal Hijaz menerima pengakuan Maryati yang menukar kertas lukisannya sebelum pertandingan melukis. iv. Nilai kegigihan. Contoh : Kamal Hijaz membelek helaian buku lukisan, dan berlatih tiga hari melukis pemandangan di sawah padi dan pahlawan sedang bertikam.

Pengajaran
i. Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea yang akan dilukiskan dalam pertandingan melukis. ii. Kita hendaklah berbudi bahasa.

110

Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka. iii. Kita hendaklah bersemangat tinggi. Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat daripada kertas lukisannya yang dikhianati, Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan dengan yakin dan berjaya. iv. Kita hendaklah menginsafi dan mengakui kesilapaan sendiri. Contoh : Maryati berasa bersalah dan insaf akan kesalahannya mengkhianati Kamal Hijaz dan seterusnya dia meminta maaf. v. Kita hendaklah berhati mulia. Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang telah menghadiahkan sebuah lukisan. mengkhianatinya dan meneruskan lukisannya

Gaya Bahasa
i. Peribahasa Contoh : Membulatkan hatinya ii. Hiperbola Contoh : Menusuk rongga hidung iii. Pengaruh bahasa asing Contoh : Penggunaan bahasa Inggeris - water colour iv. Simile Contoh : macam nenek kebayan v. Kata ganda

111

Contoh : Kamal Hijaz merenung muka Maryati dan Norlela bergilir-gilir.

Soalan
i. ii. Mengapakah pelajar lain mencemburui Kamal Hijaz? Apakah yang dilakukan oleh Maryati sewaktu Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin untuk mencuci pinggan dan gelas?

Jawapan
i. Pelajar-pelajar lain mencemburui Kamal Hijaz kerana dia mempunyai bakat yang besar dan sentiasa mendapat markah A dalam Mata Pelajaran Lukisan. ii. Sewaktu Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin untuk mencuci pinggan dan gelas, Maryati menukar kertas lukisan Kamal Hijaz dengan kertas lukisannya yang telah disapu dengan lilin. Mencari Nafas Baru (Ayusari MJ)

Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan Ana yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat, Hulu Pahang. Ana dan semua guru gigih berusaha menaikkan nama sekolah. Ana mula gelisah apabila anak murid kesayangannya Milah tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut. Ana terus ke rumah Milah untuk menziarahinya. Dia mendapati Milah sakit dan dalam keadaan yang lemah. Ana membawa Milah ke hospital dan doktor mengesahkan Milah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL). Ana sedih kerana Milah meninggal dunia akibat penyakit tersebut sebelum sempat menerima sumsum tulang daripadanya. Peristiwa sedih itu menyebabkan Ana memohon ditukarkan kembali ke tempat kelahirannya.

Tema 112

Cerpen ini bertemakan pengorbanan seorang guru. Ana sanggup mengajar di sebuah sekolah di pedalaman Pahang. Dia bersama-sama guru di situ berusaha keras menaikkan prestasi sekolah. Dia juga berhasrat untuk mendermakan sumsum tulang kepada muridnya Milah yang menghidap leukemia. Malangnya, Milah meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang Ana.

Persoalan
i. Kegigihan guru-guru untuk menaikkan prestasi sekolah. Contoh: Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat bekerja keras menaikkan prestasi sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum. ii. Pengorbanan guru terhadap murid. Contoh: Ana sanggup berkorban dengan mendermakan sumsum tulang kepada Milah. iii. Kasih sayang guru terhadap murid. Contoh: Ana menyayangi Milah seperti adik sendiri. iv. Suka duka guru yang mengajar di pedalaman. Contoh: Ana gembira mengajar di pedalaman Pahang namun dia amat sedih apabila anak murid kesayangannya meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulangnya. v. Kepentingan perubatan moden. Contoh: Ana membawa Milah ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah dia tidak sembuh dengan cara perubatan tradisional.

Plot

i.

Permulaan

113

Pembaca diperkenalkan dengan watak Ana yang mengambil keputusan untuk bertukar sekolah selepas kematian Milah. Milah merupakan anak murid kesayangannya yang meninggal dunia kerana menghidap penyakit leukemia. ii. Perkembangan Pada bahagian ini, Ana mengimbas kembali saat-saat dia dihantar bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat, Pahang dan perkenalannya dengan Milah. Ana menganggap Milah seperti adiknya sendiri. iii. Puncak Milah meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang Ana. iv. Peleraian Ana reda dengan ketentuan Ilahi dan mengambil keputusan untuk bertukar ke tempat kelahirannya.

Teknik Plot
i. Pemerian Contoh: Pada permulaan cerita, pengarang memerihalkan watak dan perwatakan Milah yang menarik hati Ana. ii. Dialog Contoh: Perbualan antara Ana dengan emak Milah tentang ketidakhadiran Milah ke sekolah selama tiga hari. iii. Imbas Kembali Contoh: Ana teringat detik-detik yang begitu mendebarkan apabila dia ditugaskan untuk mengajar di Kampung Chat, Hulu Pahang. iv. Kejutan

114

Contoh: Doktor Izah mengesahkan bahawa Milah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL).

Watak dan Perwatakan


Watak Utama Ana i. ii. iii. Seorang guru lulusan universiti pendidikan tempatan. Berkhidmat di Sekolah Kampung Chat, Hulu Pahang Gigih melaksanakan tugas. Contoh: Setiap pagi Sabtu, Ana mengadakan kelas tambahan untuk pelajar- pelajarnya sebagai persediaan untuk menghadapi PMR. iv. Sanggup berkorban terhadap anak didiknya. Contoh: Ana bertekad untuk mendermakan sumsum tulang kepada Milah yang menghidap penyakit leukemia. v. Penyayang. Contoh: Ana menyayangi Milah dan menganggapnya seperti adiknya sendiri. vi. Prihatin. Contoh: Ana pergi ke rumah Milah setelah mendapat tahu Milah sakit. Watak Sampingan Milah i. ii. iii. iv. Murid kepada Ana. Pelajar tingkatan 1. Anak sulung daripada enam orang adik-beradik. Ibunya berniaga secara kecil-kecilan manakala ayahnya sebagai penangkap ikan.

115

v.

Seorang pelajar yang rajin dan aktif dalam sukan. Contoh: setiap petang Milah ke sekolah menyertai aktiviti kokurikulum.

vi. vii. viii.

Menghidap penyakit leukemia. Menerima rawatan kemoterapi untuk mengubati penyakitnya. Meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang daripada Ana.

Latar
Latar Masa i. Pagi Sabtu Contoh: Ana seperti biasa mengadakan kelas tambahan untuk pelajar- pelajarnya sebagai persediaan untuk menghadapi PMR.

ii.

Waktu petang Contoh: Aktiviti kokurikulum diadakan pada waktu petang dan selepas itu Ana melawat Milah.

iii.

Hari Jumaat. Contoh: Hari Jumaat merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh Ana untuk melawat Milah di Hospital Daerah Kuala Lipis.

iv.

Tempoh tiga bulan. Contoh: Dalam tempoh tiga bulan Ana telah bergaul mesra dengan masyarakat di Kampung Chat.

Latar Tempat i. Kampung Chat, Hulu Pahang Contoh: Kampung tempat Ana ditugaskan.

116

ii.

Sekolah Kebangsaan Kampung Chat Contoh: Sekolah pertama tempat Ana mengajar.

iii.

Kampung Lenjun Contoh: Tempat tinggal keluarga Milah yang terletak kira-kira dua kilometer dari sekolah.

iv.

Hospital Daerah, Kuala Lipis Contoh: Tempat Milah mendapat rawatan penyakitnya.

Latar Masyarakat i. Masyarakat guru yang prihatin terhadap anak muridnya. Contoh: Ana mengambil berat terhadap Milah yang tiga hari tidak hadir ke sekolah. ii. Masyarakat pendidik yang gigih berusaha dalam bidang akademik dan kokurikulum. Contoh: iii. Ana gigih mengajar dan sering mengadakan kelas tambahan yang diikuti dengan tekun oleh murid-muridnya. Masyarakat kampung di pedalaman. Contoh: Masyarakat kampung yang bekerja sebagai nelayan. iv. Masyarakat yang tabah menghadapi takdir Tuhan. Contoh: Ayah Milah dan Ana tabah dan reda dengan ketentuan Ilahi bahawa Milah meninggal dunia akibat leukemia. v. Masyarakat guru yang mencintai profesion keguruan. Contoh: Ana berazam dan sanggup mencurah baktinya di sekolah yang jauh di pedalaman.

Gaya Bahasa
i. Personifikasi

117

Contoh: Tambahan pula, dengan keindahan hutan dara yang menghijau disulami nyanyian unggas dan percikan air jeram semasa menyusuri Sungai Kuah benar-benar menggamit Ana untuk kembali ke kampung itu suatu hari nanti sebagai tenaga pengajar. ii. Sinkope Contoh: Belum . Ayah Milah dah cari air penawar, tetapi tak kurang-kurang demamnya.. keluh emak Maisarah. iii. Kata Ganda Contohnya: Kini segala-galanya hanya tinggal kenangan. iv. Simile Contohnya: Tanpa suara manja Milah bagaikan lagu berirama. v. Metafora Contoh: hutan dara

Nilai
i. Nilai kasih sayang. Contoh: Ana sangat menyayangi Milah dan menganggap Milah seperti adiknya sendiri. ii. Nilai pengorbanan. Contohnya : Ana bertekad untuk mendermakan sumsum tulangnya kepada Milah. iii. Nilai kerajinan. Contoh :Ana juga rajin membantu ibu Milah berniaga kedai runcit di kampung. iv. Nilai simpati. Contoh : Ramai yang bersimpati apabila mengetahui bahwa Milah disahkan menghidap penyakit leukemia.

118

v.

Nilai kegigihan. Contoh: Ana dan guru-guru yang lain gigih berusaha untuk menaikkan nama sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.

vi.

Nilai keprihatinan. Contoh: Ana amat prihatin dan mengambil berat tentang penyakit leukemia yang dihidapi oleh Milah.

Pengajaran
i. Kita hendaklah mengasihi sesama insan . Contoh : Ana mengasihi Milah seperti adiknya sendiri. ii. Kita hendaklah sanggup berkorban untuk kebaikan orang lain. Contoh : Milah. Ana sanggup berkorban untuk mendermakan sumsum tulangnya kepada

iii.

Kita hendaklah rajin membantu untuk meringankan beban orang lain. Contoh: Ana rajin membantu ibu Milah berniaga di kedai runcit.

iv.

Kita hendaklah bersimpati dengan nasib malang yang menimpa orang lain. Contoh : Ramai yang bersimpati apabila mengetahui bahawa Milah disahkan menghidap penyakit leukemia.

Soalan
i. ii. Bincangkan tiga perwatakan watak utama dalam cerpen ini. Berikan dua latar tempat berserta peristiwa yang terdapat dalam cerpen ini.

Jawapan

119

i.

Watak utama dalam cerpen ini ialah Ana. Tiga perwatakan watak utama ialah seorang yang gigih melaksanakan tugas. Contohnya, pada pagi Sabtu, Ana seperti biasa mengadakan kelas tambahan untuk pelajar- pelajarnya sebagai persediaan untuk menghadapi PMR. Seorang yang prihatin terhadap anak didiknya. Contohnya, Cikgu Ana bertekad untuk mendermakan sumsum tulang kepada Milah yang menghidapi penyakit leukemia. Seorang yang penyayang. Contohnya, Ana menyayangi Milah dan menganggapnya seperti adiknya sendiri.

ii.

Dua latar tempat dalam cerpen ini ialah Hospital Daerah Kuala Lipis. Contohnya, tempat Milah mendapat rawatan penyakitnya. Kedua, Sekolah Kebangsaan Kampung Chat. Contohnya, sekolah tempat Ana mengajar.

Mutiara Bonda (Osman Ayob)

Sinopsis
Mohd. Harraz (adik) ialah mutiara bonda. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang, diasuh untuk menjadi seorang yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggalnya. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula setelah terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis semasa serbuan polis di sebuah pondok yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt, Jordan. Akhirnya, impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz tercapai, begitu juga dengan wasiat ayahnya.

120

Tema
Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya. Buktinya bonda gigih dan sabar dalam mendidik anaknya Mohd. Harraz (adik) sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di Jordan.

Persoalan
i. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Contoh: Bonda sangat menyayangi Mohd. Harraz walaupun anaknya itu sangat nakal dan degil.

ii.

Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Contoh: Keempat-empat orang anak bonda termasuk Mohd. Harraz berjaya

melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

iii.

Keciciran pelajar luar bandar. Contoh: Mohd. Harraz pernah berhenti sekolah ketika berada di darjah enam.

iv.

Masalah sosial dalam kalangan remaja. Contoh: Mohd. Harraz merokok dan rakan-rakannya yang tidak bersekolah terjebak dalam penagihan ganja.

v.

Tekanan hidup anak bekas banduan. Contoh: Mohd. Harraz menghadapi tekanan kerana bapanya pernah dipenjarakan

akibat dituduh terlibat dalam kes dadah.

Plot
i. Permulaan Pembaca diperkenalkan dengan watak bonda yang sangat gembira menerima surat daripada anaknya, Mohd. Harazz yang sedang melanjutkan pelajaran di Jordan. Bonda

121

mengimbas kembali saat-saat

ketika membesarkan adik sehingga

berjaya. Ketika

Mohd. Harraz berusia 10 hingga 12 tahun, dia sangat nakal dan degil.

ii.

Perkembangan Pada bahagian ini, penulis menggambarkan kenakalan dan kedegilan Mohd. Harraz sehingga dia mengambil keputusan berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam. Namun ibunya tetap sabar melayani kerenahnya itu.

iii.

Puncak Mohd Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya . Dia diberitahu oleh ibu bahawa pondok di dusun yang selalu dikunjungi oleh Mohd. Harraz telah diserbu oleh pihak polis. Mohd. Harraz bernasib baik kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut dibuat.

iv.

Peleraian Mohd. Harraz insaf atas kesilapannya dan menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya semula. Akhirnya, Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordan.

Teknik Plot
i. Pemerian Contoh: Pengarang memerihalkan keadaan bonda yang gembira apabila mendapat warkah perkhabaran daripada adik di Jordon.

ii.

Dialog Contoh: Perbualan antara bonda dengan adik sewaktu bonda melarang Mohd. Harraz (adik) keluar berjumpa dengan kawan-kawannya sebelum kemalangan berlaku.

122

iii.

Imbas Kembali Contoh: Bonda mengingati semula kehidupan Mohd. Harraz (adik) ketika kecil terutamanya ketika dia berusia 12 tahun. Mohd. Harraz berhenti sekolah ketika dalam darjah enam dan kemudian menyambung semula persekolahan setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya.

iv.

Kejutan Contoh: Mohd. Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkannya patah tangan.

v.

Saspens Contoh: Pembaca tertanya-tanya sama ada Mohd. Harraz akan berubah sikap selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya atau tidak.

vi. vii.

Konflik Contoh: Mohd. Harraz memberitahu bonda bahawa dia mahu berhenti sekolah. Kak Cik tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu yang selalu member muka kepada adiknya itu.

Watak dan Perwatakan


Watak utama Adik i. Nama penuhnya Mohd. Harraz bin Lebai Sidi.

ii. iii.

Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik. Degil dan keras hati.

123

Contoh: Adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh kakak dan ibunya kerana telah lewat malam.

iv.

Malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial. Contoh: Adik berhenti sekolah semasa darjah enam dan mula merokok.

v.

Panas baran. Contoh: Ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik telah menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah bonda enggan memberikannya.

vi.

Insaf akan kesalahan yang dilakukan. Contoh: Adik insaf dengan segala kesalahannya setelah terbabit dengan kemalangan jalan raya.

vii.

Berpelajaran tinggi. Contoh: Adik melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Bayt, Jordan.

Watak Sampingan Bonda i. Ibu tunggal yang kematian suami.

ii. iii.

Mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki. Gigih membesarkan anak-anak. Contoh: Bonda gigih membesarkan anak-anaknya setelah kematian suaminya.

iv.

Mempunyai impian dan keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya dalam hidup. Contoh: Bonda percaya bahawa suatu hari nanti anaknya Mohd. Harraz akan berubah dan peristiwa tersebut betul-betul berlaku.

124

v.

Sangat sabar menghadapi kerenah anak lelaki tunggalnya. Contoh: Bonda tetap bersabar dengan kerenah adik di usia kecilnya. Pernah ibu jari kaki bonda terkena serpihan kaca cawan yang dihempas oleh adik.

Kak Cik i. Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik.

ii.

Kurang sabar dan agak pemarah dengan kerenah adiknya. Contoh: Kak Cik menampar adik ketika mereka bertengkar.

iii.

Anak yang bertanggungjawab. Contoh: Kak Cik sering menenangkan bonda apabila bonda kesedihan.

Latar
Latar Masa i. Waktu pagi Contoh: Pada waktu pagi, pemandu van akan membunyikan hon apabila adik lambat bersiap untuk ke taski.

ii.

Waktu senja Contoh: Bonda berdoa kepada Tuhan (Malikul Qudus) semoga adik berubah sikap.

iii.

Waktu malam Contoh: Pada pukul 12.30 malam, adik keluar dari rumah dan terlibat dalam kemalangan jalan raya.

125

Latar Tempat i. Rumah Bonda Contoh: Peristiwa adik menghempas cawan kaca lalu serpihannya terkena ibu jari kaki bonda sehingga terluka.

ii.

Pondok di dusun Contoh: Peristiwa polis menyerbu pondok di dusun yang menjadi tempat kawan-kawan adik berkumpul dan menghisap ganja.

iii.

Atas katil Contoh: Adik terlantar lesu di katil dengan kepalanya berbalut tompokan darah dan mukanya calar-balar akibat daripada kemalangan yang dihadapinya.

Latar Masyarakat i. Masyarakat yang gigih mendidik anak. Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang degil, nakal dan terlibat dengan masalah sosial. ii. Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan. Contoh: Bonda menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti.

iii.

Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang. Contoh: Bonda tetap menyayangi adik walaupun adik selalu menyakiti hatinya terutamanya apabila adik mahu berhenti sekolah.

Gaya Bahasa
i. Personifikasi Contoh: tikaman masa lampau yang menajam di ingatan darah meluncur dari ibu jari kaki bonda

126

mencincanglumatkan jantung bonda

ii.

Hiperbola

Contoh: iii. melangit tinggi berasap-asap bara meluat kata-kata berapi yang membakar kepala Sinkope

Contoh : iv. Bonda yang berdosa sebab tak pandai ajar anak Adik nak berhenti sekolah Hanya orang berilmu dipandang mulia, nak. Pengulangan

Contoh : tidak pernah dicubit, tidak pernah ditengking buang masa, buang idea, buang dakwat pen, buang kertas dan buang duit setem sahaja. v. Simile

Contoh: perangainya persis syaitan bonda bagai tercampak ke pulau hana

vi.

Peribahasa

Contoh: bersengkang mata mengembalikan manikam ke dalam cembulnya ibarat gelas, biarpun tidak berkecai namun pasti akan ada retaknya dayung sudah di tangan, sampan sudah di tengah lautan musuh dalam selimut

127

bendera putih

Nilai
i. Nilai kasih sayang. Contoh: Bonda amat menyayangi anak-anaknya .

ii.

Nilai bertanggungjawab. Contoh: Bonda bertanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak setelah kematian suaminya.

iii.

Nilai kesabaran. Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz yang bermasalah.

iv.

Nilai kegigihan. Contoh: Bonda begitu gigih mendidik adik sejak adik kecil sehingga berjaya walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan.

v.

Nilai keinsafan. Contoh: Adik insaf atas kesilapannya setelah terlibat dalam kemalangan dan mahu belajar semula.

vi.

Nilai ketabahan. Contoh: Bonda tetap tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal dunia dalam penjara.

Pengajaran
i. Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak. Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang berjaya.

128

ii.

Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak. Contoh: Walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik, membesar dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya.

iii.

Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar luar bandar. Contoh: Adik berhenti sekolah ketika darjah enam.

iv.

Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga. Contoh: Kak Cik mendakap bonda erat-erat semasa bonda menangis selepas melihat tindakannya menampar adik.

v.

Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga. Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz yang bermasalah.

vi.

Kita haruslah tabah menghadapi dugaan. Contoh: Bonda tetap tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal dunia dalam penjara.

Soalan

i. ii.

Jelaskan tiga perwatakan adik. Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.

Jawapan

129

i.

Tiga perwatakan adik ialah degil dan keras hati. Contohnya, adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh kakak dan ibunya kerana telah lewat malam. Seorang yang malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial. Contohnya, adik berhenti sekolah semasa dalam darjah enam dan mula merokok. Seorang yang panas baran. Contohnya, ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik telah menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah bonda enggan memberikannya.

ii.

Tiga pengajaran cerpen ini ialah kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak. Contohnya, bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang berjaya. Pengajaran kedua kita mestilah bertanggungjawab terhadap anakanak. Contohnya, walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik, membesar dan memberi kasih sayang terhadap anakanaknya. Ketiga kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar luar bandar. Contohnya, adik berhenti sekolah ketika darjah enam.

Segala yang Tercinta Ada di Sana (Zainal Rashid Ahmad)

Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya yang dibesarkan di kampung. Rata-rata penduduk kampung merupakan masyarakat miskin yang terpaksa bergantung kepada semua sumber tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk mengubati penyakit kerana kos perubatan mahal. Mereka diajar mengaji oleh Hajah Tom yang sering bermurah hati dan dan amat disayangi oleh mereka. Mereka juga diajar tentang hal ehwal agama oleh Imam Haji Salleh Pumpong. Hubungan penulis dan rakan-rakan amat rapat dengan Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong. Kematian kedua-dua orang yang disayangi ini memberi kesan kepada penulis dan rakan-rakan.

130

Tema
Cerpen ini bertemakan tradisi kehidupan dalam masyarakat Melayu tradisional di kampung. Masyarakat kampung banyak bergantung kepada tumbuh-tumbuhan semula jadi bagi menjalani kehidupan mereka termasuklah dalam perubatan tradisional dan sumber makanan harian bagi mereka. Guru mengaji dan imam pula merupakan tempat rujukan bagi mendalami ilmu agama dan mengatasi sebarang masalah dalam kehidupan harian.

Persoalan i.
Kepentingan alam semula jadi dalam meneruskan kehidupan harian. Contoh: Herba tumbuhan seperti daun melong, ubi jaga, asam jawa dan buah kundur digunakan untuk merawat pelbagai penyakit.

ii.

Pendidikan agama dalam masyarakat. Contoh: Bagi masyarakat Melayu tradisional, guru mengaji dan imam merupakan orangorang penting bagi mendidik ahli-ahli dalam masyarakat

iii.

Ketaatan kepada guru. Contoh: Masyarakat kampung tradisional terutamanya kanak-kanak amat taat kepada guru mengaji dan imam kampung.

iv.

Kemiskinan masyarakat di kampung Contoh: Masyarakat kampung digambarkan sebagai masyarakat yang miskin. Penulis dan rakan-rakannya digambarkan sebagai orang miskin yang sudah lali dengan kelaparan.

Plot

131

i.

Permulaan Penulis mengingati zaman kehidupannya dan rakan-rakannya semasa mereka membesar di kampung.

ii.

Perkembangan Penulis menceritakan kepentingan tumbuh-tumbuhan untuk mengubat pelbagai penyakit bagi menggantikan ubat-ubatan moden yang lebih mahal dan tidak mampu dibayar oleh penduduk kampung.

iii.

Puncak Penulis dan rakan-rakan amat sedih kerana kematian Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong, kedua-dua orang yang paling disayangi dan dihormati oleh mereka.

iv.

Peleraian Penulis menganggap Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong merupakan dua orang yang tidak akan dilupakan oleh mereka.

Teknik Plot
i. Imbas Kembali Contoh: Penulis menggunakan teknik imbas kembali bagi menyampaikan ceritanya dari awal hingga akhir. Peristiwa menggambarkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya semasa dibesarkan di kampung. ii. Dialog Contoh: Dialog antara Hajah Tom dan penulis semasa menasihatkan anak-anak muridnya supaya sentiasa tawakal, berserah dan berdoa kepada Allah Yang Maha Berkuasa agar mendapat keberkatan ilmu.

132

iii.

Pemerian Contoh: Penulis menceritakan secara langsung tentang daun-daun yang dapat digunakan untuk mengubat pelbagai penyakit.

iv.

Kejutan Contoh: Pembaca dikejutkan dengan berita kematian Hajah Tom secara tiba-tiba.

Watak dan Perwatakan


Watak Utama Aku/kami i. Penulis dan rakan-rakan merupakan anak kampung yang miskin dan dibesarkan di kampung. ii. Rajin Contoh: Penulis dan rakan-rakan rajin membantu sebarang kerja yang diminta oleh Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.

iii.

Taat Contoh: Penulis dan rakan-rakan bersedia untuk membuat apa-apa sahaja pekerjaan yang disuruh oleh Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.

Watak Sampingan Hajah Tom i. ii. iii. Hajah Tom ialah guru Quran penulis dan rakan-rakan di kampung. Beliau telah kematian suami pada usia yang masih muda. Hajah Tom tinggal sendirian di kampung.

133

iv. v.

Beliau bertubuh kecil serta berkulit putih licin seperti langsat matang. Kuat agama Contoh: Hajah Tom sering menasihatkan penulis dan rakan-rakannya agar sentiasa mengingati Tuhan.

vi.

Baik hati Contoh:Hajah Tom akan memasakkan mereka makanan seandainya dilihat muridmuridnya sangat letih kerana belum makan.

vii.

Pemurah Contoh: Hajah Tom menjamu penulis dan rakan-rakannya selepas membantu Haji Salleh Pumpong membersihkan surau akibat musim air pasang.

viii.

Penyayang Contoh: Hajah Tom sentiasa mengalu-alukan kedatangan penulis dan rakan-rakannya kerana beliau tidak mempunyai anak. Penulis dan rakan-rakannya juga telah khatam al-Quran beberapa kali di rumah Hajah Tom.

Haji Salleh Pumpong

i.
ii.

Haji Salleh Pumpong ialah imam tua di kampung penulis. Berpengetahuan luas Contoh: Aku menyatakan bahawa imam yang paling tahu segala perkara yang berkaitan dengan agama.

iii.

Pembersih Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur.

134

iv.

Penyayang Contoh: Penulis menganggap bahawa Haji Salleh Pumpong seorang yang penyayang.

Latar
Latar Masa i. Waktu subuh Contoh: Penulis dan rakan-rakan berasa takut pada waktu subuh kerana ada anjing berkeliaran pada waktu itu. ii. Malam-malam pertengahan Ramadhan Contoh: Hajah Tom menasihatkan penulis dan rakan-rakan agar mengamalkan surah al-Ikhlas dan bertawakal kerana tiada binatang buas yang akan mengganggu mereka jika mengamalkan surah tersebut. iii. Pagi-pagi sebelum keluar rumah Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menghafal surah yang telah diajar oleh Hajah Tom kepada mereka. iv. Sebelum habis bulan pertama persekolahan Contoh: Dalam jangka masa tersebut, penulis dan rakan-rakannya telah menghafal segala bacaan dan doa yang diajarkan oleh Hajah Tom kepada mereka. v. Suatu hari kelam-kelam buta. Contoh: Haji Salleh Pumpong meminta penulis dan rakan-rakannya membersihkan surau. vi. Tiga bulan kemudian Contoh: Hajah Tom meninggal dunia selepas tiga bulan menyuruh Haji Salleh Pumpong mengajarkan solat jenazah kepada penulis dan rakan-rakannya. vii. Awal Ramadhan Contoh: Awal Ramadhan selepas kematian Hajah Tom, Imam Haji Salleh Pumpong pula meninggal dunia.

135

Latar Tempat i. Kampung Contoh: Tempat penulis dan rakan-rakannya dibesarkan. ii. Kepala jalan masuk ke kampung sebelum menempuh jalan besar Contoh: Tempat pertemuan penulis dan rakan-rakannya semasa dalam perjalanan ke rumah Hajah Tom. iii. Surau Contoh: Tempat orang-orang kampung sembahyang berjemaah dan penulis atau rakan-rakannya bergilir-gilir azan apabila disuruh oleh Haji Salleh Pumpong. Penulis dan rakan-rakannya juga telah membersihkan surau kerana air pasang yang membawa selut dan lumpur mengotori surau tersebut. iv. Gubir Contoh: Tempat Sarjan Omar, suami Hajah Tom meninggal dunia ditembak oleh pengganas.

Latar Masyarakat

i.

Masyarakat kampong. Contoh: Masyarakat dalam cerita ini merupakan masyarakat kampung yang digambarkan bergantung kepada tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan perubatan tradisional.

ii.

Masyarakat miskin. Contoh: Penduduk kampung menggunakan rawatan tradisional kerana tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di klinik.

136

iii.

Masyarakat yang taat kepada guru . Contoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat dan menurut kata Hajah Tom sebagai guru Quran mereka.

iv.

Masyarakat yang prihatin. Contoh: Hajah Tom digambarkan sebagai seorang guru mengaji yang amat prihatin terhadap anak-anak muridnya. Beliau sentiasa mengambil tahu hal-ehwal anak-anak muridnya sebelum mula mangajar mereka.

v.

Masyarakat yang mengutamakan kebersihan. Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu sangat daif keadaannya.

vi.

Masyarakat yang mengenang jasa. Contoh: Penulis dan rakan-rakannyanya tidak pernah melupakan jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang banyak mendidik mereka sejak kecil.

Gaya Bahasa

i.

Kata Ganda Contoh:tua-tua/dewa-dewa/doa-doa/subuh-subuh/malam-malam/pagi-pagi/samasama/cepat-cepat/tahun-tahun/compang-camping/satu-satu/berlubang-lubang/sisasisa/berebut-rebut/budak-budak/lama-kelamaan.

ii.

Simile Contoh: Peluang ketemu doktor pula umpama menghadap dewa-dewa.

137

iii.

Pengaruh Bahasa Asing Contoh: bahasa Arab - insya-Allah/Allah

iv.

Pengulangan kata Contoh: Kalau dia kata jangan, maka segera kami jauhi; kalau katanya mesti, maka cepat-cepat kami patuhi.

Nilai
i. Nilai ketaatan Contoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat kepada Hajah Tom dan mengikut semua arahan guru Quran tersebut. ii. Nilai keprihatinan Contoh: Hajah Tom amat prihatin kepada anak-anak muridnya dan sentiasa bertanyakan hal-ehwal mereka sebelum mula mengajar Quran. iii. Nilai baik hati Contoh: Hajah Tom akan memasakkan nasi untuk penulis dan rakan-rakannya sekiranya mereka belum makan.

iv.

Nilai mengenang jasa Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah banyak berjasa kepada mereka.

v.

Nilai kasih sayang Contoh: Penulis dan rakan-rakan menyayangi Hajah Tom yang amat prihatin dan mengambil berat hal-ehwal mereka sejak mereka kecil lagi sehinggalah beliau meninggal dunia.

138

vi.

Nilai kebersihan Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur.

Pengajaran
i. Kita hendaklah taat kepada guru yang mendidik kita. Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menurut kata Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong. ii. Kita haruslah prihatin terhadap orang lain. Contoh: Hajah Tom sentiasa prihatin dan mengambil tahu hal-ehwal penulis dan rakanrakannya yang merupakan anak-anak kampung yang miskin. iii. Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama manusia. Contoh: Hajah Tom memasakkan nasi dan lauk bagi penulis dan rakan-rakannya apabila mengetahui mereka keletihan dan kelaparan. iv. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang mendidik kita. Contoh: Penulis dan rakan-rakan sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah mendidik mereka sejak kecil lagi.

v.

Kita hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain. Contoh: Penulis dan rakan-rakan amat menyayangi Hajah Tom yang sentiasa baik hati kepada mereka.

Soalan

i.

Mengapakah orang-orang tua berikhtiar meramukan segala macam herba bagi mengubati penyakit?

139

ii.

Bagaimanakah penulis dan rakan-rakan diajar cara untuk tidur lena?

Jawapan

i.

Orang-orang tua berikhtiar meramukan segala macam herba bagi mengubati penyakit kerana mereka tidak mampu pergi ke klinik.

ii.

Penulis dan rakan-rakan menggunakan empulur sabut yang dipintal lalu diikat tebaltebal pada hujung batang buluh bagi dijadikan berus untuk membersihkan lantai surau.

140

You might also like