You are on page 1of 2

KOMSAS Tingkatan 3 Novel Cempaka Putih Untukmu Sinopsis Keseluruhan

Novel ini mengisahkan keakraban dan keikhlasan dalam persahabatan antara dua kaum iaitu Hartini (orang Melayu) dan Satiah (orang Asli). Hartini telah mengikut ayahnya Encik Hasrul berpindah ke sebuah perkampungan orang asli iaitu Kampung Kuala Batu di Jerantut, Pahang. Hartini bersekolah di Sekolah Menengah Kuala Batu dan telah berkenalan dengan beberapa orang rakan baharunya seperti Satiah, Mijod, Ineng, Sinda, Ambok dan Meramu. Satiah merupakan rakan karibnya. Satiah seorang murid yang pendiam kerana latar belakang dan masalah peribadinya. Justeru keluarga Hartini mengambil keputusan untuk mengambil Satiah sebagai anak angkat mereka. Lalu, Satiah tinggal bersama keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah. Hubungan dan persahabatan antara dua keluarga semakin erat. Namun pada suatu hari Satiah didapati pengsan. Satiah telah dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan Satiah menghidap penyakit barah paru-paru yang kronik. Encik Hasrul mencadangkan supaya Satiah dirawat di hospital, tetapi hal ini mendapat bantahan daripada ayah Satiah, Pak Morit yang masih kuat berpegang kepada rawatan tradisional. Penyakit Satiah masih tidak menampakkan apa-apa perubahan sehinggalah tiba hari keputusan peperiksaan PMR diumumkan. Satiah merupakan calon tunggal yang berjaya memperoleh keputusan 8A tetapi pada masa yang sama dia terpaksa bertarung dengan kesakitan. Akhirnya Pak Morit akur dan bersetuju agar Satiah dirawat di hospital. Keadaan Satiah beransur pulih tetapi mereka terpaksa berpisah kerana mereka berdua akan melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama yang berasingan. Pelbagai dugaan telah Hartini lalui di sekolah baharu, antaranya dia telah dimasukkan ke dalam lokap kerana difitnah oleh Junainah yang mengedarkan pil ecstasy. Semua dugaan berjaya diatasi dengan bantuan Encik Hasrul. Hartini dan Satiah berpeluang bertemu kembali sewaktu cuti persekolahan. Namun pertemuan mereka merupakan pertemuan terakhir apabila Satiah telah kembali kerahmatullah. Hartini telah membaca catatan Satiah dan sebelum kembali ke asrama dia telah menanam sepohon cempaka putih di pusara Satiah sebagai tanda kasihnya dan memenuhi permintaan Satiah.

Teknik Penulisan
i. Pemerian Contoh: Murid-murid dalam Tingkatan Tiga Teratai hanya 25 orang sahaja termasuk aku. Ada 15 orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki. Ketua kelas kami ialah Ali Sintok. Dia murid yang cukup serius dan berdisiplin. ii. Dialog Contoh: Yalah. Dua tiga hari lagi kita berangkat. Nenek tahu Tini rindu akan mama dan kawan-kawan di sana. Sabarlah, nanti nenek uruskan tiket dulu, kata nenek iii. Imbas kembali Contoh: Ketika membaca catatan demi catatan yang ditulis itu aku terasa seperti berada di sisi Satiah. Aku seperti sedang bercakap dengannya. Bayangan peristiwa semasa bersama-sama seperti hadir semula dalam hidupku. Semua peristiwa yang berlaku antara kami ditulis dengan menarik.

iv. Monolog Dalaman Contoh: Apa agaknya yang sedang Satiah lakukan pada saat ini? v. Saspens Contoh: Hartini, Nora dan Najmi dipanggil oleh pengetua berkaitan kes pengedaran pil ecstasy. vi. Kejutan Contoh: Hartini terkejut dengan kematian rakan karibnya Satiah, menyebabkan badannya lemah longlai. Gaya Bahasa i. Diksi Penggunaan bahasa Arab Contoh: Allahyarhamah Satiah ii. Penggunaan bahasa Inggeris Contoh: `mood`,computer games , phobia iii. Simile Contoh: seperti kuntum bunga yang hampir layu (m/s 78), teguh seperti tiang batu iv. Kata ganda Contoh: tempat-tempat, rumah-rumah, kelam-kabut. v. Sinkope Contoh: Aku berasa tak sabar nak ke sekolah esok vi. Peribahasa Contoh : ringan tulang, berbesar hati, sebusuk-busuk daging dikunyah-kunyah tetap juga boleh dimakan, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga vii. Hiperbola Contoh: Udara sejuk menerjah tubuh viii. Metafora Contoh : Seronok sekali rasanya mendengar muzik alam yang begitu asli. , entahlah, rasanya kotak fikiranku belum dapat menjangkau sejauh itu. ix. Personifikasi Contoh: Hatiku berbunga rasa bangga

You might also like