You are on page 1of 4

1. Rajah di bawah menunjukkan jisim sebakul limau.

Jisim limau ini


hendak dibahagikan kepada Aisyah, Dina dan Siti. Aisyah mendapat 30
kg lebih daripada Siti dan Dina. Berapakah jisim limau yang diterima
oleh Aisyah dan Dina.

2. Ghani mendapat 5 857 markah dalam pertandingan. Markah Hamdan


adalah 290 markah lebih tinggi berbanding dengan markah Ghani.
Markah Victor adalah 191 markah lebih daripada markah Hamdan.
Berapakah markah Victor?

3. Hasil tambah 7000 dan tiga nombor yang berturutan ialah 31 021.
Apakah ketiga-tiga nombor itu?

4. Salmi membeli sebuah novel dengan jumlah 1024 muka surat. Salmi
membaca 84 muka surat pada hari pertama dan 86 muka surat pada
hari kedua. Pembacaannya meningkat 2 muka surat setiap hari.Pada
hari keberapa Salmi Berjaya membaca habis novel tersebut?

5. Terdapat 2 150 murid di sebuah sekolah. 1 109 daripadanya lelaki.


Bilangan murid perempuan dari Kampung X adalah lebih ramai
daripada murid perempuan dari Kampung Y. Berapakah bilangan murid
perempuan dari Kampung Y?

6. Seorang penternak memelihara ayam, itik dan kambing. Bilangan


ayam ialah 3 506 ekor. Bilangan itik adalah 3 kali daripada bilangan
ayam. Bilangan itik adalah 5 kali bilangan kambing. Berapakah jumlah
ternakan itu?

7. Azlina menaiki sebuah lif pada tingkat pertama. Didapati di depan


pintu lif terdapat nombor 114. Bila sampai ke tingkat dua dia

mendapati nombor 216 di depan pintu lif. Naik ke tingkat ketiga dia
mendapati nombor 318. Apakah nombor yang ada di depan pintu lif
apabila dia sampai ke tingkat 30 ?

8. Rajah menunjukkan sekeping kad nombor

Apakah nilai digit 6 pada kad itu?

9. Jisim sebiji durian ialah 1.85 kg. Jisim sebiji betik adalah lebih ringan
daripada durian. Jisim sebiji tembikai adalah 1.27 kg lebih daripada
jisim sebiji betik. Apakah jumlah jisim, dalam kg, semua buah itu?

10.
Abu ingin menyertai satu pertandingan Matematik kerana hadiah
yang ditawarkan adalah lumayan. Dia diberitahu bahawa pemenang
tempat ketiga akan menerima separuh daripada hadiah tempat kedua,
dan pemenang tempat kedua menerima separuh daripada hadiah
tempat pertama. Jika hadiah keseluruhan yang ditawarkan adalah

RM490, Berapakah yang akan diterima oleh Abu, jika dia memenangi
pertandingan tersebut?

11.
Aini membuat 2 750 biji kuih tat. Dia menyimpan sama banyak
ke dalam dua jenis bekas P dan Q. Bekas P boleh diisi 40 biji kuih tat.
Bekas Q boleh diisi 30 biji kuih tat. Berapakah bekas P dan bekas Q
yang diperlukan supaya semua kuih tat itu diisi?

12.
Munif ada sejumlah setem. Dia menyimpan sama banyak setem
itu kepada 9 buku album. Setiap album boleh diisi 460 setem. Bakinya
disimpan dalam 2 album lain iaitu album P dan album Q. Jumlah setem
pada setem P adalah 2 kali setem Q. Berapakah jumlah setem Munif
pada asalnya?

You might also like