You are on page 1of 3

Selesaikan

1. Negara kamu merupakan sebuah negara yang sentiasa menerima hujan sepanjang tahun.
Adakah kemungkinan negara kamu panas sepanjang tahun dan langsung tiada hujan? Kenapa?
2. Sekiranya kamu membaling duit syiling sebanyak tiga kali. Kemungkinan kamu boleh
memperolehi permukaan yang sama?
Terangkan adakah ia mungkin berlaku atau tidak mungkin berlaku?
A. Nyatakan kebarangkalian bagi situasi berikut:
1. Sejam lagi kamu nak balik dari sekolah. Tiba-tiba awan tebal menutup matahari yang bersinar
tadi. Kilat dan guruh kedengaran.
Apakah kemungkinan yang akan berlaku sejam lagi?
2. Kamu diberi dua bekas yang mengandungi sekumpulan nombor.

Kamu dikehendaki mengambil satu nombor ganjil. Apakah bekas yang kamu pilih?
Kenapa?
A. Jawab soalan berikut dalam bentuk nisbah dan pecahan.
1. Najwa mempunyai 5 orang adik-beradik, 3 daripadanya adalah lelaki dan selebihnya
perempuan.
i)

Apakah nisbah adik lelaki kepada adik perempuan?


_____________________________________________

ii) Apakah nisbah adik beradik perempuan kepada keseluruhan?


_____________________________________________
2. Muhaizi mempunyai 4 batang pensel dan 3 batang pen.
i) Apakah nisbah pensel kepada pen?
_____________________________________________
ii) Apakah nisbah pensel kepada keseluruhan?
_____________________________________________
iii) Apakah nisbah keseluruhan kepada pen?
_____________________________________________

SELESAIKAN
1. Bil elektrik Encik Kamal pada bulan November ialah RM126.30. Pada bulan Disember, bil
elektriknya meningkat sebanyak RM5.45. Berapakah jumlah bil elektrik bagi kedua-dua bulan itu.
2. Azrul perlu membayar bil Astro sebanyak RM48.65 sebulan. Berapakah jumlah yang perlu
dibayarnya dalam tempoh setahun?
3. Di dalam sebuah perpustakaan terdapat 65 832 buah buku dalam Bahasa Melayu. Bilangan
buku dalam Bahasa Inggeris adalah 5 207 lebih daripada buku dalam Bahasa Melayu.
Berapakah jumlah buku dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
4. Seorang penternak memelihara ayam, itik dan kambing. Bilangan ayam ialah 24 506 ekor.
Bilangan itik adalah 2 184 ekor lebih daripada bilangan ayam. Bilangan kambing adalah 3 896
ekor daripada bilangan itik. Berapakah jumlah ternakan itu?
5. Rita dan Rini masing-masing ada 20 509 dan 25 163 keping setem. Ahmad memberi setiap
orang 30 654 keping setem lagi. Berapakah jumlah setem Rita dan Rini kesemuanya?
6. Sebuah kotak berisi 43 165 biji manik merah, 180 045 biji manik biru dan beberapa manik hijau.
Jika jumlah manik di dalam kotak itu ialah 230 452 biji, berapakah bilangan manik hijau?
7. Sekolah A mempunyai 2 408 orang murid. Sekolah B mempunyai 500 orang murid lebih
daripada sekolah A manakala sekolah C mempunyai 1077 orang murid.Hitung jumlah murid bagi
ketiga-tiga sekolah itu
8. Berapakah selisih nombor 803 695 dengan 203 462
9. Diberi 200 687 10 000 = 190 687 . Maka 200 689 50 000 = ___ ___
10. Pasaraya Maidin mempunyai stok bekalan daging sebanyak 0.7 juta kilogram. 536 ribu
kilogram daging lembu dan bakinya adalah daging kambing. Berapakah stok daging kambing
yang ada.
11. En. Sam pengumpul setem dan mempunyai 650 000 keping setem. Setem-setem itu
dibahagikan sama rata kepada 5 orang anaknya. Berapakah keping setem yang diperolehi oleh
setiap orang anaknya?
12. Sejumlah 432 048 biji manik diberikan kepada Anita, Daud, Bakar dan Mail, berapa biji
manikkah yang diperolehi oleh mereka?
13. Pak Sodoku menjual 550 660 biji buah limau, kesemua limaunya diikat dalam beberapa
ikatan. Setiap ikatan mempunyai 10 biji buah limau?
14. Siti membeli 200 561 kuntum bunga Kekwa, bunga-bunga ini dimasukkan ke dalam 4 bekas
yang sama besar. Berapa kuntum bungakah dalam setiap kotak? Dan jelaskan bilangan kuntum
bunga bagi setiap bekas.
15. Harga 3 batang pen ialah RM18.00, Berapakah harga bagi 5 batang pen yang sama?
16. Di dalam sebuah bekas ada 35 biji gula-gula. Jika gula-gula ini diagihkan kepada 5 orang
Berapakah jumlah yang diperolehi oleh setiap orang?

SELESAIKAN
1. 20 orang pekerja membuat 60 tudung saji dalam masa lapan hari. Berapa harikah yang
diperlukan jika 10 orang pekerja membuat 30 tudung saji yang sama jenis?
2. Cikgu Aisyah ada 156 batang pensel. Dia memberikan 16 batang pensel kepada Ali. Baki
pensel itu dibahagikan secara sama rata kepada Badrul, Chong dan Danish. Berapakah bilangan
pensel yang diterima oleh Danish?
3. Terdapat 592 440 buku sabun mandi hendak diisi ke dalam beberapa buah kotak. Jika satu
kotak boleh mengisi sebanyak 60 buku sabun mandi, berapa banyak kotak yang diperlukan untuk
mengisi kesemua sabun mandi tersebut?
4. Sebuah kilang mengeluarkan 784 620 pasang sarung tangan dalam seminggu. Jika bilangan
sarung tangan yang dikeluarkan setiap hari adalah sama dan kilang itu tutup pada hari Ahad,
berapakah bilangan sarung tangan yang dikeluarkan dalam sehari?
5. Syarikat Abu Nawas telah menerbitkan dan mengagihkan 161 315 buah buku catatan kepada
semua sekolah daerah Melaka . Setiap sekolah menerima 35 buah buku catatan. Cari bilangan
sekolah yang menerima buku tersebut.
6. Sebuah kilang menghasilkan 105 424 rim kertas yang diagihkan sama banyak kepada 16
syarikat pemborong. Berapa rim kertas yang diterima oleh sebuah syarikat pemborong?
SELESAIKAN
1. Mimi membuat 3.9 l air sirap dalam sebuah bekas. Dia menuang 650 ml ke dalam sebuah
jug.Berapakah isipadu ,dalam l,,air sirap yang masih tinggal dalam bekas itu ?
2. 3/4 daripada 48 orang murid mendapat gred A dalam Matematik dan bakinya mendapat gred
B.Berapakah bilangan murid yang mendapat gred B.
3. En. Sulaiman ada 3 600 setem. Dia bahagikan setem-setem tersebut di antara Ali dan Abu.
Ali mendapat dua kali banyaknya bilangan setem berbanding Abu . Kirakan bilangan setem yang
Abu dapat.
4. Radzi ada 1 240 biji guli. Dia memberi 200 biji guli kepada Samad. Selebihnya dia menyimpan
guli-guli itu sama banyak ke dalam 8 buah bekas. Hitungkan bilangan guli dalam 3 buah bekas.
5. Terdapat 7 600 biji buah epal dan oren di dalam sebuah kotak. Bilangan buah oren adalah 230
biji lebih daripada bilangan buah epal. Cari bilangan buah oren di dalam kotak itu.
6. Bilangan buah manggis di dalam 8 buah bakul ialah 12 080. Hitungkan bilangan buah manggis
di dalam 6 buah bakul.
7. Sebanyak 2 505 biji manik telah diberikan kepada Qistina dan Siva. Qistina mendapat 225 biji
manik kurang daripada Siva. Kirakan bilangan manik yang Qistina dapat.
8. Cari beza di antara 527 205 dan 9 ratus ribu.

You might also like