You are on page 1of 3

Sukan sebagai kerjaya??Apa??

Rata-ratanya sebagai ibubapa atau warga pendidik (akademik) lebih


mementingkan golongan yang dikatakan pelajar ini lebih cenderung kepada
akademik semata-mata. Namun, ada juga yang menyarankan sukan dan
akademik harus seimbang. Tetapi lebih menggangap sukan tiada masa
hadapan yang cerah.

Kebanyakkan di negara asia memang menjadikan akademik sebagai no1


sebagai kerjaya hidup. Sukan mungkin diletakkan no 3, 4 atau pilihan terakhir.
Tetapi apa yang ingin diutarakan ialah kepada mereka yang mempunyai
potensi yang besar dalam sesuatu sukan itu harus diambil berat.

Bidang sukan boleh dijadikan sebagai salah satu karier buat belia dengan
penglibatan mereka secara aktif sebagai atlet ataupun sebagai pentadbir
dibahagian pengurusan. Sukan mampu memberikan pendapatan yang
lumayan setimpal dengan tahap pencapaian mereka. Sebagai contoh, pemain
bola sepak diperingkat antarabangsa, bahkan di peringkat negeri pun sudah
cukup lumayan bro! Sebenarnya mampu menjana pendapatan sehingga
puluhan ribu ringgit, tetapi ia bergantung kepada tahap kemampuan mereka
dalam sesuatu perlawanan. Ini kerana, kemenangan yang diperolehi mampu
memberikan kesan yang besar terhadap sukan dan juga pasukan yang
diwakili. Di Malaysia, prospek kerjaya sukan masih dipandang remeh kerana
sumber pendapatan yang rendah berbanding di negara luar.

Malah terdapat sesetengah cabang sukan yang memerlukan atlet


mendapatkan sendiri tajaan bagi membolehkan mereka terus maju.
Walaubagaimanapun, bantuan yang diberikan oleh kerajaan pada masakini
seperti penghargaan dalam bentuk wang tunai selepas menjuarai kejohanan
di peringkat antarabangsa sedikit sebanyak membantu merangsang
kesungguhan atlet. Dari sudut pentadbiran dan pengurusan, kemampuan
mengurus sesebuah pasukan dilihat mampu memberikan lebih banyak tajaan
dan sokongan kewangan.

Perlu ada sokongan Kerajaan, Persatuan, Sekolah dan Ibu Bapa

Pihak-pihak berwajib seharusnya memberikan sokongan dan galakan kepada


bidang sukan supaya ia boleh berkembang dan seterusnya menaikkan nama
negara. Sokongan dari pihak kerajaan amat penting kerana bidang sukan
sedikit sebanyak dapat melonjakkan nama negara. Sokongan dari segi
penggubalan dasar, bantuan kewangan dan insentif, serta pengembangan
teknologi baru amat penting bagi mencetuskan minat terhadap bidang sukan
sebagai karier. Bagi aku, kerajaan perlu merangka satu mekanisma bagi
memberi jaminan kepada atlet selepas persaraan dan sekiranya berlaku
kecederaan dipertengahan karier mereka. Jaminan tersebut amat penting
sebagai salah satu janji yang menjaga kepentingan dan kebajikan atlet.
Persatuan perlu memainkan peranan yang besar bukan sahaja pada
peringkat negeri, malahan di peringkat antarabangsa.

Remaja yang meminati bidang sukan sering disekat dengan halangan


akademik. Sebagai contoh, pendidikan jasmani yang dijalankan di sekolah
rendah dan sekolah menengah dianak-tirikan apabila tiada kemudahan
padang dan peralatan sukan. Sepatutnya, minat dalam bidang sukan ini perlu
diterapkan semenjak di bangku sekolah lagi. Pihak sekolah perlu memberi
sokongan dan galakan kepada pelajar-pelajar untuk terus bergiat aktif dalam
bidang sukan. Sebagai cadangan, pihak sekolah boleh melakukan
perbincangan bersama Kementerian Belia dan Sukan dan juga persatuan-
persatuan yang berkaitan terhadap halatuju dan peluang yang boleh diberikan
kepada murid-murid mereka yang cenderung dalam bidang tersebut.

Di samping itu, ibubapa memainkan peranan dalam menyokong minat anak-


anak mereka terhadap bidang ini. Persepsi yang negatif terhadap sukan juga
dilihat antara sebab ibubapa tidak membenarkan anak-anak mereka terlibat
dengan sukan. Mereka menganggap bahawa sukan merupakan aktiviti yang
membuang masa dan tidak menjamin masa depan. Ini mungkin disebabkan
prestasi sukan yang kian perlahan di Malaysia. Oleh itu, sebagai belia yang
gemarkan bidang sukan, keyakinan dan kesungguhan terhadap sukan yang
diminati boleh membantu mereka untuk terus maju.

Dana yang cukup untuk menyertai dalam sesuatu kejohanan.

Sesuatu sukan memerlukan dana untuk menyertai sesut=atu kejohanan.


Yerla untuk, nak terbang negara lain, sana-sini. Makan minum dan
penginapan dalam beberapa hari. Sumber kewangan digunakan untuk tujuan
latihan dan pengembangan sukan itu sendiri. Contohnya, wang yang besar
diperlukan bagi menampung kos latihan atlet dan pengembangan teknik-
teknik sukan melalui latihan di luar negara. Terdapat cadangan dan saranan
supaya pelabur-pelabur di dalam negeri diwajibkan memberi dana pada
sesetengah sukan. Sebagai sumbangan daripada perkara tersebut, pelabur
boleh dikecualikan cukai serta diberikan publisiti bagi membantu penjanaan
semula kewangan.

Siapa yang telah berjaya dalam bidang sukan.

Memang tak ramai, kalau dihitung dengan jari memang boleh. Tetapi ia
membanggakan kerana bila sebut jer nama diaorang nih, satu dunia dah
kenal. Kita tengok datuk lee chong wei juara nombor 1 dunia badminton , bila
menang dalam satu kejohanan dalam USD tuh. Datuk nicol ann david, juara
skuasy dunia beb!! Bola sepak pun apa kurangnya, Safee sali kita tengok
pendapatan dia pun lebih kurang 20 ribu lebih dalam sebulan (di kelab pelita
jaya).

Aku, mungkin dah terlambat untuk menjadi atlet. Jadi pengulas sukan bola
amatur pun jadilah. Haha.Itu pun sebagai satu kerjaya dalam bidang sukan.
Tak semestinya perlu jadi atlet, jadi jurulatih, atau manager ala-ala tony
fernandes pun ok gak. Nanti aku mahu beli, chelsea ker, takpun Liverpool.
Hua hua.

Akan datang , faktor prestasi sukan menurun.

You might also like