You are on page 1of 6

GEOGRAFI TINGKATAN 2

BAB 7: KEPELBAGAIAN IKLIM DAN


PENGARUHNYA TERHADAP KEGIATAN MANUSIA
DI ASIA

Kawasan Tundra di Siberia

Tundra terletak di atas hemisfera utara di Eropah, Asia dan Amerika Utara.
Kawasan tundra meliputi 20 peratus daripada permukaan bumi. Kawasan Tundra
di Siberia terletak di bahagian timur laut Rusia antara latitud 60°U hingga 80°U
dengan longitud 70°T hingga 180°T .

Di kawasan tundra, musim sejuk adalah panjang dan musim panas adalah singkat.
Pada musim sejuk, suhu biasanya di bawah takat beku dan tanah diliputi salji dan
ais. Musim panas adalah berpaya akibat lopak yang terhasil daripada salji dan ais
yang mencair. Sungai Lena, Ob dan Yenisei adalah sungai-sungai yang mengalir
ke kawasan Tundra di Siberia.

Kawasan tundra terletak 1 000 hingga 4 000 kaki di atas aras laut. Di kawasan
tundra juga terdapat dua jenis tanah. Lapisan pertama dipanggil sebagai lapisan
aktif kerana lapisan ini membeku dan mencair. Lapisan ini adalah sedalam 10 inci
hingga 3 kaki. Lapisan kedua pula dikenal sebagai ibun abadi. Ibun abadi
membeku sepanjang musim sejuk dan musim panas. Ibun abadi di Rusia adalah
sedalam 1 968 kaki.

Iklim di kawasan Tundra di Siberia pada musim sejuk adalah sangat sejuk. Suhu
boleh mencapai -40°C. Musim panas adalah sejuk dengan suhu 3°C darjah hingga
12°C. Kerpasan adalah hanya dari 6 hingga 10 inci setiap tahun termasuk salji
yang telah cair.

Kawasan tundra adalah sangat berangin, iaitu dari 30 hingga 60 batu sejam.
Kesejukan angin di kawasan Tundra adalah sangat teruk hingga menyebabkan kulit
yang terdedah membeku dalam masa 30 saat.
Tumbuh-tumbuhan di kawasan Tundra di Siberia termasuklah fungus, rumput-
rampai, pokok-pokok renek yang tumbuh secara rendah pada tanah untuk
melindungi diri daripada angin dan kesejukan. Tumbuhan ini hidup secara
berkumpulan untuk melindungi diri daripada kesejukan. Akar-akar tumbuhan
menyebar pada permukaan untuk menyerap air. Tumbuh-tumbuhan ini tidak
tumbuh secara mendalam kerana tanah yang sentiasa beku dan cair boleh
memecahkan akar-akar. Salah satu daripada penyesuaian tumbuhan ini dalam iklim
sejuk adalah bulu-bulu kecil yang ada pada daun-daun untuk menyimpan
kelembapan.

Haiwan-haiwan Tundra termasuklah ikan, burung-burung, pelbagai jenis mamalia


dan serangga. Haiwan-haiwan hidup dengan lemak berlebihan dan bulu yang tebal
untuk memastikan mereka sentiasa hangat. Kebanyakan haiwan adalah rendah
dengan tangan, kaki, ekor dan telinga kecil untuk mengelakkan kehilangan haba.
Terdapat ratusan jenis burung yang hanya menduduki kawasan ini pada musim
panas sahaja.

Orang Yakut tinggal di kawasan timur laut di Siberia. Mereka memburu dan
menjerat hidupan serta memancing ikan untuk kehidupan.

Bekas tayar daripada lori telah menyebabkan ibun abadi cair and sesetengah
kawasan tersebut telah menjadi tasik. Terdapat juga pencemaran yang berlaku
akibat perlombongan. Semakin banyak orang yang berpindah ke kawasan Tundra
dan hal ini menyebabkan sampah sarap bertambah. Oleh sebab cuaca yang sejuk,
sampah sarap tidak boleh reput. Ibun abadi yang keras menyebabkan mereka tidak
boleh menanam sampah sarap. Dengan kenaikan suhu yang disebabkan oleh
pemanasan global, ibun abadi akan mula cair dan menyebabkan banjir di kawasan
Tundra. Hal ini mampu memusnahkan ekosistem yang terbesar di dunia.
Di kawasan Tundra, haiwan-haiwan diburu secara berlebihan menggunakan senjata
api. Kebanyakan haiwan ini diburu hingga mengalami kepupusan. Kini, terdapat
had untuk haiwan yang boleh diburu dalam setahun.

Di Rusia, terdapat kawasan yang telah diwartakan sebagai taman negara. Taman-
taman ni akan melindungi hidupan liar dan kawasan Tundra. Kini, terdapat
beberapa cara untuk membina lebuh raya di sepanjang kawasan Tundra tanpa
merosakkan ibun abadi.

Kawasan Pertanian di China


Kebanyakan kawasan di China adalah tidak produktif dalam pertanian. Tanah-
tanah yang sesuai untuk pertanian terletak di lembah-lembah sungai dan di pantai
timur dan selatan.

Gandum, jagung, kacang soya, barli dan kaoliang (betari) serta sekoi ditanam di
kawasan utara dan pertengahan China. Beras adalah tanaman utama di selatan.
Sesetengah kawasan mengeluarkan dua ganda hasilan beras. Kebanyakan tanaman
eksport ditanam di kawasan pantai. Kawasan-kawasan ini mempunyai jalan yang
agak baik dan akses ke pelabuhan yang digunakan untuk mengeksport hasil
pertanian.

Dataran Utara, termasuk Beijing, meliputi 65 peratus daripada kawasan pertanian


China tetapi hanya 24 peratus daripada 65 peratus tersebut mempunyai kemudahan
pengairan. Kawasan ini menghasilkan separuh daripada gandum dan jagung China.
Kawasan ini juga mengalami tekanan air rendah kerana air dipam secara
berlebihan.

Delta Sungai Yangtze merupakan kawasan pertanian yang penting. Kawasan ini
merupakan tempat tinggal kepada 30 juta orang dan tanah subur ini menghasilkan
satu per sepuluh daripada hasil negara ini. Hasil di kawasan ini dijangka akan
berkurang kerana industri besar dari Shanghai yang terletak berdekatan
berkembang dan memenuhi kawasan pertanian produktif.

Pertanian mekanik lebih sesuai untuk kawasan timur laut China yang terdiri
daripada tanah pamah. Kebun-kebun yang dikawal oleh petani individu dan
kampung lebih sesuai diusahakan di kawasan barat daya yang bergunung-ganang.

China mempunyai banyak kawasan gunung. Terdapat banyak cerun curam dan
lereng bukit yang ditereskan supaya tanaman seperti padi boleh ditanam. Di
wilayah Qinghai yang kurang subur, hanya makanan tanaman tempatan ditanam di
rumah hijau yang dibuat daripada plastik yang diregang atas bingkai buluh.
Kawasan pertanian di China mengikut jenis tanaman
Penternakan di Arab Saudi
Bagaimana Almarai Menghasilkan 1 Bilion Liter Susu
daripada 75 000 Ekor Lembu Susu di Gurun di Arab
Saudi?

Kawasan gurun di Arab Saudi yang suhu biasanya melebihi 45° Celcius, terletak
salah satu operasi tenusu yang mengagumkan di dunia.

Ladang Al Badiah di Almarai cukup menakjubkan. Ladang ini merupakan tempat


kediaman kepada 47 000 ekor lembu susu. Ladang ini adalah sepanjang 6 km dan
selebar 3 km.

Syarikat utama yang mengendalikan ladang ini, iaitu Almarai, merupakan sebuah
syarikat perniagaan pelbagai makanan dengan jualan tahunan yang melebihi €2
bilion merentasi Teluk Parsi. Bahagian perusahaan susu sahaja menghasilkan lebih
daripada 1 bilion liter susu segar daripada 75 000 ekor lembu tenusu di tujuh
ladang pada setiap tahun. Perusahaan ini merupakan perusahaan susu yang paling
bersepadu di dunia.

Sebanyak 698 orang pekerja lelaki yang terdiri daripada 14 kewarganegaraan


tinggal dan kerja di Al Badiah.
930 000 liter susu dihasilkan di ladang ini setiap hari. Sebuah tangki susu akan
bertolak dari ladang ini setiap 45 minit.

Bernard Nolah, pengurus kepada keseluruhan operasi tenusu tersebut, menyatakan


bahawa matlamat Almarai adalah untuk memaksimumkan penghasilan susu yang
berkualiti dari semua ladang pada kos yang paling rendah. Hal ini dicapai dengan
melabur dalam fasiliti yang berkualiti, lembu-lembu yang bergenetik tinggi,
kakitangan yang terlatih dan penggunaan makanan ternak yang berkualiti tinggi.

Pengurusan ladang Almarai tidak mahu mendedahkan kos penghasilan, walaupun


mereka ada menyatakan bahawa bahan makanan menyumbang kepada 70% - 75%
kos keseluruhan. Semua bahan makanan mesti diimport. Tenaga dan kos buruh
adalah sangat murah. Air dipam dari sebuah akuifer yang berada 350 meter di
bawah kebun.

Fakta-fakta tentang Ladang Al Badiah

 Ladang ini mempunyai 47 000 ekor lembu susu.


 Purata pengambilan bahan kering adalah 25 kg untuk seekor lembu setiap
hari.
 Lembu-lembu diberi makanan empat kali sehari. (90 minit sebelum
penyusuan).
 Kipas digunakan untuk memastikan lembu-lembu stabil pada suhu 25°C.

Bahan makanan

 Semua bahan makanan ditanam di kebun Almarai di Saudi atau diimport


daripada sumber antarabangsa.
 Lembu diberi 45 peratus makanan ternakan, anak-anak lembu pula diberi 90
peratus makanan ternakan.
 Lembu-lembu dibahagikan kepada 300 ekor lembu dalam satu kumpulan,
dengan 324 kawasan makanan. Lembu-lembu dibahagikan mengikuti tarikh
beranak.
 Pengeluaran susu direkodkan pada setiap penyusuan.
 Semasa diberi makan sebelum penyusuan, lembu-lembu diletakkan dalam
penghalang automatik dan diperiksa atau dirawat mengikut keperluan.

You might also like