You are on page 1of 4

Idea dan faktor gagasan malaysia

IDEA DAN FAKTOR GAGASAN


MALAYSIA
Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana
Menteri Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Tunku Abdul Rahman. Ucapan tersebut berlangsung di
Hotel Adelphi, Singapura semasa majlis makan tengah hari di hadapan Persatuan Wartawan Luar
Negeri di Asia Tenggara.

Gambar Tuanku Abdul Rahman sedang berucap di Hotel Adelphi Singapura

Cetusan idea Tunku Abdul Rahman adalah untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan
politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayah jajahan British, iaitu Singapura,
Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei. Idea ini telah menarik perhatian wartawan-wartawan
yang hadir pada hari tersebut dan kemudiannya menimbulkan pelbagai pelbagai reaksi positif dan
negatif di Asia Tenggara. Akhbar-akhbar dari wilayah-wilayah terbabit pula tidak berhenti
membahaskan isu tersebut.

Akhbar ini menerangkan tentang keberkesanan Tunku Abdul Razak dalam


menyatukan suku kaum di Malaysia. Pada pendapat kami, dengan menyatukan suku kaum , kita
dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama rakyat Malaysia.

Keratan akhbar The Straits Times ini menunujukkan sokongan yang diberikan kepada
negara Malaysia diatas kejayaan penubuhan Malaysia oleh orang luar negara. Pada pendapat kami,
disebabkan oleh tindakan atau kejayaan penubuhan Malaysia, orang luar negara memberikan
sokongan untuk mengalakkan pertumbuhan ekonomi negara kita.

Keratan Akhbar The Straits Times ini menujukkan semangat yang dimiliki oleh
rakyat malaysia untuk mengundi dan membuat keputusan. Pada pendapat kami, rakyat sepatutnya
diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tanpa rasa takut dan gundah-gulana.

Banyak pihak yang mendakwa bahawa idea pembentukan Malaysia ini adalah secara tergesa-gesa
dan mengejut kerana mereka menganggap bahawa tiada persediaan awal dilakukan.
Walau bagaimanapun, pertemuan Tunku Abdul Rahman dengan tokoh-tokoh dari wilayah yang
terlibat sebelum pengumuman dibuat nyata menyangkal dakwaan pihak-pihak itu. Pertemuan Tunku
Abdul Rahman dengan Lee Kuan Yew di Singapura pada bulan Januari 1961 merupakan salah satu
bukti bahawa idea pembentukan malaysia pernah diuarkan oleh beliau. Tidak dilupakan juga
pertemuan beliau dengan senu abdul rahman semasa kunjungan beliau ke Sabah, Sarawak dan
Brunei pada tahun 1960. Pertemuan dengan Harold MacMillan pada tahun 1961 juga menjadi bukti
bahawa gagasan ini sudah pernah dikemukan lebih awal lagi daripada pengumuman tersebut
diadakan.
British pernah mengemukakan idea penggabungan wilayah ini beberapa kali sebelum Tanah Melayu
merdeka. Misalnya Lord Brassey, pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB) pernah
mencadangkan kepada British untuk menggabungkan wilayah mereka di Borneo, negeri-negeri
Melayu dan negeri-negeri Selat namun ditolak dek pemegang-pemegang saham syarikat berkenaan.
Idea penggabungan semua wilayah jajahan British pernah oleh pesuruhjaya besar british, Sir
Malcom Mac Donalds, namun ditolak sekali lagi. Mohd Ghazali Shafie juga pernah mengeluarkan
idea untuk penggabungan komanwel Asia Tenggara.
Idea penggabungan lebih kecil yang melibatkan Tanah Melayu dan Singapura juga pernah
dikemukakan beberapa kali terutamanya oleh ketua menteri Singapura.

.Antara kandungan ucapan beliau dalam majlis tersebut adalah:

“ Lambat-laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan rakyat-rakyat Singapura,
Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah agak terlalu awal untuk saya menyebutkan cara
bagaimana persefahaman itu dapat dicapai, namun tidak dapat dielakkan bahawa kita perlu
mencapai objektif ini dan memikirkan satu rancangan bagaimana wilayah-wilayah ini dapat dibawa
kepada satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat”.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, 1981.Gagasan Persekutuan Malaysia. Hari Ini Dalam
Sejarah Jilid II. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.

You might also like