You are on page 1of 5

Persamaan/Perbezaan Idea/Strategi di antara Sun Tzu (Art of War) dan Carl von Clausewitz (On War)

Idea dan strategi Sun Tzu telah mendapat pandangan yang mendalam oleh ahliahli pemikir China, Vietnam dan Jepun. Ideanya juga telah menyumbang kepada peperangan secara gerila. Namun ia juga melibatkan kos ketenteraan yang tinggi. Focus utama Sun Tzu lebih kepada persenjataan dan strategi. Begitu juga dengan Clausewitz yang banyak menyumbang idea dan strategi kepada peperangan. Idea dan strategi yang disumbangkan oleh Clausewitz dan Sun Tzu mempunyai beberapa persamaan walaupun berbeza jauh dari segi masa dan jarak. Idea-idea yang disumbangkan mereka juga telah diguna pakai setelah sekian lama sehinggalah kini meskipun dalam peperangan moden. Sun Tzu mengatakan know the enemy and know yourself, in a hundred battles you will never be in peril. Beliau berpendapat apabila kita mengabaikan musuh dan hanya mengetahui kemampuan diri, kemenangan untuk menang ataupun kalah adalah sama atau seimbang. Manakala sekiranya kita mengabaikan kedua-duanya sekali, kita sudah pasti akan mengalami kekalahan pada setiap peperangan atau persengketaan. Jadi Sun Tzu menegaskan untuk berjaya dalam sesuatu peperangan kita perlulah mempunyai pengetahuan tentang musuh dan diri sendiri. Apa yang telah diperkatakan oleh Sun Tzu adalah hampir sama seperti yang diperkatakan oleh Clausewitz iaitu war is thus an act of force to compel our enemy to do our will. Clausewitz juga berpendapat untuk mencapai matlamat di dalam sesuatu peperangan, kita perlulah mengetahui

Page | 1

kedua-dua kemampuan dan bagaimana untuk memaksa musuh mengikut kemampuan sendiri. Sun Tzu dan Clausewitz juga mempunyai persamaan kerana kedua-duanya turut membincangkan mengenai strategi, pengaruh dan kesan peperangan. Sun Tzu memandang peperangan lebih ke arah idealistic kerana beliau mempercayai bahawa peperangan mempunyai kehendak dan kesan yang dapat dijangkakan. Manakala Clausewitz berpendapat peperangan adalah lebih kepada sesuatu yang sukar difahami dan berbahaya. Selain daripada itu, persamaan di antara Sun Tzu dan Clausewitz adalah mengenai tujuan peperangan. Sun Tzu menyatakan war is a political action of the state with a political purpose manakala Clausewitz berpendapat war is an extension of politics by other means. Pernyataan kedua-dua tersebut jelas menunjukkan bahawa Sun Tzu dan Clausewitz bersependapat iaitu perang merupakan satu alat atau tindakan politik yang digunakan oleh sesebuah negara untuk mencapai tujuan politiknya. Sun Tzu dan Clausewitz juga menekankan kepentingan moral kepada pemerintah tentera dan tentera biasa. Clausewitz melihat perang adalah merupakan gabungan antara fizikal dan moral namun kekuatan moral adalah lebih penting kepada peperangan. Beliau melihat the physical factor seem little more than the wooden hilt, while the moral factors are the precious metal, the real weapon, the finely-honed blade. Beliau menekankan moral adalah lebih penting kepada tentera berbanding fizikal dalam sesuatu peperangan. Moral yang dimaksudkan adalah seperti latihan, pakaian, makanan, tidur dan kesesuaian. Sekiranya moral tentera tidak dijaga, maka akan wujud

Page | 2

kelemahan kepada angkatan tentera tersebut. Sun Tzu pula menekankan The Moral Law boleh menyebabkan seseorang untuk mengikut arahan dan undang-undang sekiranya dijaga dengan baik ataupun sebaliknya. Kedua-dua tokoh di atas menganggap moral adalah penting untuk member sebab kepada tentera untuk terus berlawan walaupun dalam keadaan kritikal. Selain daripada itu, Sun Tzu dan Clausewitz juga berpendapat seelok-eloknya perang hanya berlaku dalam masa singkat sahaja. Sun Tzu menegaskan there has never been a protracted war from which a country has benefited. Idea ini berhubung kait dengan moral seperti yang diterangkan sebelum ini. Semakin panjang peperangan, semakin kurang moral seseorang askar dan semakin banyak wang yang akan dibelanjakan untuk peperangan. Malahan bilangan kematian dan kemusnahan turut meningkat. Sun Tzu berpendapat tiada negara yang mendapat kebaikan sekiranyan perang terus berpanjangan. Clausewitz juga menyedari kepentingan ini dengan menegaskan bahawa a good general can give the orders, but the soldier must have the wherewithal to follow them. Meskipun terdapat pemimpin yang cekap, namun sumber dan bekalan yang tidak mencukupi tetap akan melemahkan bawahannya untuk mengikut arahan. Persamaan berikutnya yang dapat dilihat adalah idea mengenai kekuatan. Kekuatan yang dimaksudkan bukanlah kekuatan fizikal sahaja tetapi kekuatan untuk kunci kemenangan. Seperti yang ditegaskan oleh Sun Tzu thus a victorious army is as a hundredweight balanced against a grain. Sekiranya kekuatan atau bilangan sesebuah tantera adalah lebih besar dan berganda daripada kekuatan tentera musuh, maka kebarangkalian untuk mencapai kemenangan adalah lebih besar kerana faedah
Page | 3

kuantiti yang diperolehi. Clausewitz turut menegaskan the best strategy is always to be strong di mana kekuatan merupakan kelebihan dalam peperangan dan juga mampu untuk melawan sesuatu strategi. Meskipun penulisan Sun Tzu dan Clausewitz tidak secara terang menceritakan peperangan laut, namun idea mereka boleh digunakan juga untuk peperangan laut. Clausewitz dan Sun Tzu berkongsi pendapat mengenai kuasa politik di dalam peperangan dan strategi yang sesuai untuk menjaga kepentingan Negara. Mereka bersetuju mengatakan penekanan maksimum terhadap ketenteraan adalah kunci kepada penentuan kemenangan dan mengalahkan musuh. Selain itu, terdapat juga perbezaan idea yang dapat dilihat di antara Clausewitz dan Sun Tzu. Perbezaan idea yang ketara adalah cara untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu peperangan. Sun Tzu berpendapat bahawa cara yang terbaik untuk mencapai kemenangan adalah dengan mengelakkan berlawan atau pertikaian. Beliau berkata to subdue the enemy without fighting is the acme of skill. Untuk menggagalkan musuh adalah dengan menumpaskan strategi musuh sebelum peperangan sebenar bermula dan juga memisahkan musuh dengan sekutunya. Beliau menganggap tindakan ini merupakan satu langkah tindakan yang terbaik. Antara bentuk untuk menjayakan tindakan ini adalah seperti menggunakan diplomasi, propaganda dan ejen atau wakil rahsia. Dengan memusnahkan rancangan musuh dan sebelum berlaku sebarang pakatan, peperangan sebenar tidak diperlukan lagi untuk mencapai kemenangan. Walaubagaimanapun idea tersebut bercanggah dengan Clausewitz. Konsep yang popular diperkenalkan oleh Clausewitz dalam peperangan adalah center of gravity iaitu dengan menyerang tentera musuh, peralatan, pusat utama dan
Page | 4

sekutunya. Beliau turut menegaskan the enemys center of gravity is the point which all our energies should be directed. By darling all to win all, will one really defeat the enemy. Beliau juga menegaskan diplomasi dan pengintipan perlu diserahkan kepada pemimpin politik dan bukannya tentera. Di sini dapat dilihat perbezaan ketara di antara Sun Tzu dan Clausewitz di mana Sun Tzu berpendapat kemenangan dapat dicapai tanpa pertikaian atau peperangan manakala Clausewitz pula berpndapat pertikaian atau peperangan adalah kunci kepada kemenangan. Untuk membandingkan idea dan strategioleh Sun Tzu dan Clausewitz adalah sukar kerana kedua-duanya mempunyai kelemahan dan kelebihan tersndiri. Apa yang penting adalah bagaimana seseorang pemimpin atau ketua bijak berfikir untuk memilih strategi yang sesuai bagi mencapai objektif. Kedua-dua pemikir ini mempunyai kepentingan idea mereka sendiri dan kesan penggunaannya adalah bergantung kepada kesesuain masa dan tempat. Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa peperangan juga sama penting kepada negara sekiranya tiada jalan penyelesaian yang lain.

Page | 5

You might also like