You are on page 1of 2

ISU DAN MASALAH Definisi Miskin Bandar (Pendapatan Sederhana) Golongan pertengahan ini merupakan golongan yang dianggap

tersepit kerana mereka tidak layak untuk mendapat bantuan daripada kerajaan, dan pada masa yang sama mereka tidak mampu untuk berbelanja seperti golongan berpendapatan tinggi. Masalah ini menjadi masalah utama perbezaan ekonomi penduduk di bandar. Kajian dan pendapat ahli sosiologi menyatakan antara faktor kemiskinan bandar adalah kerana golongan ini tidak sanggup atau tidak berupaya merebut segala peluang ekonomi disediakan kerajaan. Faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah ini adalah kerana ada di antara mereka hanya berserah kepada nasib dan takdir, di samping institusi keluarga yang tidak stabil dan rapuh. Isu kemiskinan bandar juga sering dihubungkan dengan produktiviti ekonomi yang rendah, pendapatan isi rumah kurang dan kesukaran mendapatkan kesampaian kepada kemudahan serta peluang ekonomi. Definisi kemiskinan di bandar, mengikut konsep relatif ialah isi rumah yang berpendapatan RM3,000 sebulan. Daripada hasil kajian yang pernah dilakukan didapati bahawa perbelanjaan isi rumah keluarga di bandar sebulan ialah RM2,465, berbanding luar bandar hanya RM1,599. Gaya hidup individu yang berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan juga menyumbang kepada penentuan ukuran tahap kemiskinan berkenaan. Mereka seharusnya berbelanja mengikut keutamaan dan keperluan, namun apa yang berlaku pada hari ini, semua perkara dilihat keperluan, lantaran keperluan itu akan cuba dipenuhi walaupun hakikinya ia tidak diperlukan sama sekali. Umumnya kemiskinan di bandar boleh dilihat berlaku kerana tiada duit atau pendapatan rendah, tiada jaringan sosial dan perkhidmatan sosial yang murah berbanding kehidupan di luar bandar.

*Pelan Strategik Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar 20102014

You might also like