You are on page 1of 1

Sumbangan Niccolo Machiavelli : Sokongan Rakyat : o Pemerintah baru harus mendapat sokongan daripada golongan penentang pada peringkat

permulaan. Sokongan tidak berbelah bahagi akan diperolehi daripada mereka yang berpuas hati dengan pemerintah baru. Bantuan Luar : o Kejayaan dalam peperangan bergantung kepada kekayaan dan bantuan ketenteraan serta kewangan dari luar. Undang-undang dan Tentera Baik : o Pemerintah harus mewujudkan kerajaan yang membawa penghormatan dan kemegahan supaya ia dapat mengekalkan kekuasaan. Beliau menyarankan tentang keperluan undang-undang yang baik dan memiliki pasukan tentera yang berwibawa. Cara Mengekalkan Kuasa : o Machiavelli menyatakan cara seseorang pemerintah mengekalkan kuasa. Seseorang pemerintah harus bersifat liberal, berperikemanusiaan dan mencintai kebenaran. Bagi mengekalkan kedudukan, pemerintah harus melakukan apa sahaja termasuk perbuatan keji dan tidak berperikemanusiaan.

Menurut Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Raja harus bertindak tanpa ragu-ragu terhadap pengikut yang tidak jujur dan musuh.

Strategi Peperangan : o Machiavelli menolak pembinaan kubu kerana ia akan membawa kemusnahan. Beliau menyarankan agar tentera berpakaian ringan tetapi dilengkapi dengan senjata yang canggih. Sistem Pentadbiran : o Machiavelli mengemukakan dua cara pentadbiran, iaitu melalui undang-undang dan ketenteraan. Pemerintahan berteraskan undang-undang semata-mata tidak memadai. Beliau berpendapat seorang pemerintah harus memberi keutamaan kepada aspek ketenteraan. Kesimpulan : o Kautilya dan Niccolo Machiavelli merupakan antara pemikir ketenteraan yang memberi sumbangan dalam bidang ketenteraan. Tokoh-tokoh ini mengemukakan idea ketenteraan melalui karya mereka iaitu Arthasastra (Kautilya), The Prince, Art of War danDiscourse (Niccolo Machiavelli). Idea yang disarankan oleh tokoh-tokoh ini membantu pemerintah dalam usaha mengukuhkan kuasa dan melahirkan kerajaan yang mantap.

You might also like