You are on page 1of 3

Sistem Raja & Maharaja China

Konsep Beraja di China :


o Raja & Maharaja menduduki status tertinggi dalam hierarki sosial. Raja /maharaja mempunyai
kuasa penentu dan pemutus.
o Raja & Maharaja merupakan perlambangan kedudukan kerajaan. Jika Raja / Maharaja bijak,
berkebolehan dan berdaulat tinggi, kerajaannya cemerlang dan rakyatnya aman makmur.
Sebaliknya,kerajaan tidak akan kekal lama manakala rakyat susah dan miskin.
o Walau bagamanapun, berlaku perubahan mendadak dalam sistem Raja dan Maharaja di China
pada abad ke-19 akibat kedatangan kuasa Eropah.

Kedudukan & Peranan Raja / Maharaja :

Kedudukan maharaja China dilegistimasikan berdasarkan konsep mandat dari syurga. Menurut konsep
ini, maharaja dianggap sebagai wakil dari syurga ataupun “anak syurga”. Maharaja;
o Diberi kuasa spiritual yg tidak terhingga [individu paling berkuasa].
o Menduduki hierarki teratas.
o Akan menjamin kemakmuran dan keamanan rakyat.
o Mendapat penghormatan tertinggi drp masyarakat China.

Berdasarkan konsep mandat dari syurga, maharaja atau raja dianggap gagal mendapat mandat dari
syurga dan perlu diganti jika berlaku malapetaka seperti banjir, kemarau dan kebuluran. Pemerintah yang
baik menjamin kerajaan yang aman dan makmur.

Maharaja turut mengamalkan ajaran Confucianisme yang menekankan prinsip :

o Setiap pihak mempunyai tanggungjawab terhadap pihak lain bagi mewujudkan masyarakat
harmoni.
o Mengutamakan kesetiaan sebagai puncak kebahagiaan.

Sistem pemerintahan China ibarat “Autokrasi yg diletakkan di atas demokrasi”. Hal ini dapat dilihat seperti
berikut :

Pentadbiran Pusat :

Pentadbiran pusat di China terbahagi kepada 3 unit iaitu :


o Sekretariat Agung : Memberi nasihat kepada Maharaja
o Majlis Tertinggi : Badan penasihat utama yang terdiri daripada enam kementerian
o Cencorete : Lembaga Penapis ( Mata dan telinga kepada Maharaja )

Pegawai yg setia diberi anugerah / yang ingkar dihukum.

Pentadbiran Wilayah :
o 1. Zaman Dinasti Ming semasa era Dinasti Ming, empayar China dibahagikan kepada 15
wilayah. Seorang pesuruhjaya dilantik mengetuai setiap wilayah.
o 2. Zaman Dinasti Ching. Semasa pemerintahan Dinasti Ching, terdapat 18 wilayah di China.
Seorang gabenor dilantik mengetuai setiap wilayah.

Peranan Maharaja :
Bidang Ketenteraan :
o Raja berperanan sebagai ketua tentera.
o Di awal pemerintah Dinasti Ming, maharaja berusaha menyatukan semua empayar China.
Usaha pemerintah Dinasti Ming membolehkan mereka berjaya menguasai sebahagian besar
Manchuria dan menaungi Korea dan Ryukyu. Semasa pemerintahan Dinasti Ching, Maharaja
Chien Lung muncul sebagai maharaja ketenteraan ( meluaskan empayar China ).

Bidang Ekonomi :
o Dalam bidang ekonomi, tanah sebagai hak maharaja.
o Tanah merupakan satu kurniaan / anguerah maharaja kepada pembesar dan tuan tanah. Tanah
menjadi lambang status sosial dalam masyarakat China. Rakyat bercucuk tanam di atas tanah
yg dimiliki oleh pembesar atau tuan tanah.
o Peningkatan hasil pertanian turut menyumbang kepada pendapatan pembesar atau tuan tanah.
Hal ini membolehkan maharaja mengumpul pendapatan melalui kutipan cukai.

Urusan Luar Negara :

Pada era pemerintahan Dinasti Ming, maharaja-maharajanya mengamalkan Dasar Buka Pintu. Dasar ini
memberi kesan kepada China iaitu :
o Perdagangan berkembang
o Penyerapan ilmu & teknologi barat
o Penyebaran agama Kristian

Walau bagaimanapun, semasa pemerintahan maharaja Dinasti Ching, berlaku perubahan dasar luar
China. Dinasti Ching mengamalkan Dasar Tutup Pintu [pemencilan / isolasi/ pengasingan]. Hal ini
berpunca daripada perasaan curiga dengan kehadiran orang barat.

Bidang Perundangan :

Dalam bidang perundangan, Maharaja berkuasa mutlak menggubal undang2. Ciri-ciri sistem
perundangan China ialah :
o Hukuman secara kolektif
o Seseorang dianggap bersalah sehingga berjaya membuktikan dia tidak bersalah.

Kesimpulan ;
Sistem beraja yang diamalkan oleh China memperlihatkan China memiliki system pentadbiran yang
teratur. Setiap dinasti yang memerintah China membawa dasar yang berbeza dan dasar ini memberi
kesan kepada kestabilan dan kemakmuran negara China.

You might also like