You are on page 1of 27

Bentuk

Pemerintahan
Pemerintahan Beraja
Institusi
tertinggi

Raja Raja boleh


berkuasa mengampunkan
penuh dalam kesalahan
hal ehwal walaupun orang
kewangan yang bersalah
Ciri adalah dirinya
dan ekonomi Pemerintahan sendiri
Raja

Raja
mempunyai
Keistimewaan
raja
kuasa
kerahan ke
atas rakyat
Institusi Tertinggi
• Raja merupakan institusi yang tertinggi
• Raja mempunyai kuasa mengurus dalam segala tindakan
penggubalan dan pelaksanaan dasar serta berkuasa mutlak
• Raja dianggap sebagai Tuhan
• Rakyat hendaklah mentaati dan menghormati raja sepenuhnya
• Raja menganggap rakyat sebagai hambanya
Raja boleh mengampunkan kesalahan walaupun
orang yang bersalah adalah dirinya sendiri

• Raja kebal daripada sebarang hukuman


• Rakyat tidak boleh mempersoalkan tindakan atau
peraturan yang digubal oleh raja
• Rakyat mesti menurut segala perintah daripada
raja
Raja mempunyai kuasa kerahan ke atas rakyat

• Rakyat hendaklah sentiasa bersedia untuk berperang


jika diperintahkan oleh raja
• Hal ini demikian kerana raja tidak mempunyai tentera
khas
• Tentera raja hanya mengawal istana sahaja
• Oleh itu, rakyatlah yang bertindak sebagai tentera
Keistimewaan Raja

• Raja sentiasa lebih istimewa daripada orang lain


• Keistimewaan ini dapat dilihat daripada cara
berpakaian, pertuturan, penganjuran majlis-majlis
tertentu, mempunyai daulat, mempunyai lambing
kebesaran seperti cop mohor, pedang, keris,
mahkota, cokmar, pending, dan sebagainya
Raja berkuasa penuh dalam hal ehwal kewangan dan
ekonomi

• Segala sumber yang mendatangkan keuntungan


dikuasai oleh baginda seperti pungutan cukai, hasil,
pertanian, perniagaan, dan semua perkhidmatan
• Raja dianggap sebagai tuan tanah, iaitu segala
penggunaan terhadap tanah hendaklah dalam
pengetahuan raja
Pemerintahan Beraja Tamadun Mesir

• Pergaduhan sering berlaku dalam kalangan penduduk yang tinggal di


sepanjang Lembah Sungai Nil
• Lebih kurang dalam tahun 4300S.M., dua puak telah menghapuskan
puak-puak yang lain dan masing-masing membentuk kerajaan di sebelah
utara dan selatan Lembah Sungai Nil
• Lama-kelamaan, kerajaan Hulu dan kerajaan Hilir bercantum menjadi satu
dan diperintah oleh seorang raja
• Firaun memerintah negara Mesir dan berkuasa mutlak serta mempunyai
kuasa penuh ke atas tanah air
Sambungan
• Firaun memerintah dengan dasar kuku besi iaitu rakyat dipaksa patuh kepada
firaun dan rakyat dipaksa membayar cukai
• Raja Mesir berjaya menyatukan Mesir Utara dan Mesir Selatan serta menjadikan
Memphis sebagai ibu kotanya
• Baginda mewujudkan sistem beraja dan dinasti
• Dalam sistem dinasti, raja yang memerintah Mesir berasal daripada satu
keluarga
• Firaun dianggap sebagai Tuhan dan anak Tuhan atau disebut sebagai “Amon
Re”
Pemerintahan Beraja Tamadun China

• Pada zaman pemerintahan Shang, satu sistem pemerintahan


beraja yang berwibawa dan berkuasa mutlak telah wujud di China
• Raja mempunyai kuasa tertinggi untuk memerintah golongan
tentera yang besar
• Baginda menguruskan tenaga buruh agar menjalankan projek-
projek umum dan menyumbangkan bijirin kepada golongan
bangsawan mengikut sistem turun-temurun dan memerintah
kawasan masing-masing
Sambungan
• Kuasa politik raja adalah berdasarkan kuasa agamanya
• Raja Shang menjadikan dirinya pawing tertinggi dan pemimpin untuk
menukar atau memilih kalendar dan takwim
• Pemerintahan Shang kemudiannya digulingkan oleh Dinasti Chou melalui
rampasan kuasa
• Rakyat percaya bahawa dinasti baharu telah mendapat mandat daripada
Tuhan
• Berdasarkan konsep tersebut, kuasa pemerintah diperoleh daripada Tuhan
Sambungan
• Pada zaman Dinati Han, satu sistem perkhidmatan awam dibentuk untuk melantik
pegawai kerajaan
• Undang-undang dan sistem pemerintahan pada zaman ini adalah berasaskan kepada
falsafah Confucius
• Pada zaman Dinasti Chin, undang-undang yang ketat telah diperkenalkan oleh Han Fei
Tsu iaitu orang yang menggubal falsafah Legalisme
• Beliau berpendapat bahawa tingkah laku manusia dapat dikawal melalui kekerasan dan
undang-undang yang ketat
• Pada zaman Dinasti Chin, Shih Huang Ti merupakan seorang pemerintah yang cekap
walaupun baginda zalim
Sambungan
• Shih Huang mengamalkan pemerintahan berpusat iaitu meletakkan
semua kuasa negara di bawah kerajaan pusat dan menghapuskan
sistem feudal
• Baginda mengarahkan pembinaan Tembok Besar China bagi
mengelakkan serangan orang Barbar
• Hasil daripada pemerintahannya, baginda berjaya mewujudkan
sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan mengalami
perkembangan ekonomi dan kebudayaan yang pesat
Pemerintahan Beraja Tamadun Indus

• Pada peringkat awal, India ditadbir oleh seorang pemimpin daripada


golongan pendeta
• Pemerintahannya berkuasa mutlak dan sangat dihormati oleh rakyat
• Selepas tamadun awal, India mengamalkan sistem pemerintahan
monarki dan pemerintah berkuasa mutlak
• Kedudukan raja di India semakin kukuh apabila kerajaannya berjaya
meluaskan kuasa dan membentuk empayar
• Raja menggelarkan dirinya sebagai maharaja
Pemerintahan Beraja di Alam Melayu

1. Kerajaan Angkor
 Pentadbirannya berdasarkan kelas sosial atau hierarki sosial
 Raja dianggap sebagai dewaraja atau raja Tuhan
 Raja mempunyai kuasa veto dalam semua hal kenegaraan dan kehidupan
rakyat
 Di peringkat pusat, terdapat satu majlis yang dikenal sebagai Majlis Menteri
yang berfungsi membantu raja dalam pemerintahan dan pentadbiran
 Raja menjadi penggubal undang-undang dan ketua tentera di samping
menjaga ketenteraman serta keselamatan rakyat dan kerajaan
Sambungan
2. Kerajaan Srivijaya
Sistem pemerintahan dan pentadbirannya mencontohi kerajaan India kerana rajanya
mempunyai hubungan erat dengan pemerintah India
Raja di Srivijaya berkuasa mutlak dan bersifat ketuhanan
Raja dianggap sebagai “raja di gunung”, suci dan istimewa
Pada peringkat daerah, ketua wilayah yang digelar “Datu” bertanggungjawab dalam
hal ehwal tanah dan kebajikan rakyat
Pentadbiran tentera pula diketuai oleh panglima yang digelar “Pratisava” yang
bertanggungjawab untuk membina pasukan tentera dan mengadakan latihan yang
berkaitan dengan ketenteraan
Sambungan
3. Kerajaan Melaka
Orang yang menduduki tempat tertinggi ialah raja
Baginda merupakan ketua dalam pemerintahan dan pentadbiran
Konsep raja di Melaka dipengaruhi oleh unsur agama Hindu seperti istilah
“devaraja”
Baginda dianggap sebagai wakil dewa di bumi dan berkuasa mutlak
Setelah kedatangan agama Islam, raja menggunakan gelaran sultan dan
dianggap sebagai “amirul mukminin”
Sambungan
Pada peringkat pusat, terdapat Majlis Tertinggi yang dianggotai
oleh empat orang pembesar utama iaitu Bendahara, Temenggung,
Laksamana dan Penghulu Bendahari
Di bawah Majlis Tertinggi, terdapat lapan orang pembesar yang
bergelar Sri
Seterusnya, terdapat 16 orang pembesar rendah yang bergelar
raja dan 32 orang pegawai kerajaan yang menduduki tangga
terakhir
Pemerintahan
Republik
Tamadun
Yunani
Kesan Ciri-ciri
Pemerintahan demokrasi
Republik Anthens

Sistem
Pemerintahan
Republik

Majistret Dewan
Perhimpuna
dan Juri n

Majlis
Pemerintahan Republik Tamadun Yunani

• Sehingga pertengahan abad ke-8 S.M., Anthens mengamalkan sistem


pemerintahan monarki seperti negara kota Yunani yang lain
• Menjelang tahun 750 S.M., sekumpulan bangsawan telah menggulingkan raja
dan pemerintahan Anthens menerusi Majlis Bangsawan
• Pegawai awam utama ialah ketua majistret yang dipilih setiap tahun daripada
golongan bangsawan yang berkebolehan untuk memastikan kedudukan mereka
tidak terjejas akibat daripada pemberontakan golongan yang zalim di kota lain
• Solon dilantik sebagai ketua majistret yang diberi kuasa mutlak dan
mengamalkan corak pemerintahan demokrasi
Ciri-ciri Demokrasi Anthens

• Semua warganegara lelaki mengambil bahagian dalam


politik Yunani yang dikenal sebagai Sistem Perwakilan
• Dewan Perhimpunan Anthens menjadi tempat
berbincang, membuat keputusan dan meluluskan
tindakan pemerintahan yang diadakan sebulan sekali
• Di Anthes juga wujud undang-undang yang melarang
pemilikan banyak tanah oleh bangsawan dan orang kaya
Dewan Perhimpunan

• Merupakan institusi yang diwakili oleh semua warganegara lelaki dewasa Anthes
• Dalam persidangan, warganegara boleh mengemukakan pandangan mereka tentang
dasar-dasar kerajaan
• Badan ini berperanan sebagai badan legislatif atau perundangan, melantik ahli-ahli
Majlis, menggubal undang-undang dan dasar bagi polis, membahas dan membuat
keputusan tentang deklarasi peperangan, membuat perjanjian dengan negara lain dan
membincangkan hal-hal kewangan dan percukaian
• Berfungsi sebagai Mahkamah Orang Ramai iaitu mendengar aduan orang ramai dan
menghadapkan pesalah ke muka pengadilan
Majlis
• Merupakan sebuah Dewan Perhimpunan yang besar yang memerlukan sebuah
jawatankuasa untuk mengendalikan urusannya dan juga untuk berbincang hal-hal
yang penting
• Badan ini dianggotai oleh 500 orang ahli yang tidak dilantik, tetapi dipilih melalui
pengundian dan 50 orang mewakili setiap suku
• Majlis tidak membuat keputusan muktamad dalam perundangan tetapi
menyediakan bil untuk dibawa ke Dewan Perhimpunan, mengeluarkan dikri untuk
membantu pelaksanaan keputusan-keputusan yang dibuat oleh Dewan
Perhimpunan dan membuat perundingan dengan perwakilan kuasa-kuasa asing
• Majlis juga bekerjasama dengan Majistret dalam kerja-kerja pentadbiran
Majistret dan Juri
Majistret
• Ahli majistret terdiri daripada pegawai kerajaan, pembanci, pengutip cukai, pendidik dan
beberapa orang dalam jawatan lain
• Para pegawai ini dipilih daripada golongan warganegara
• Terdapat 10 jeneral yang dipilih daripada warganegara untuk menjaga keselamatan
negara
• Semua pegawai akan melalui proses penapisan iaitu soal siasat di akhir tempoh
perkhidmatan di hadapan juri yang terdiri daripada beratus-ratus warganegara
• Jika ahli-ahli juri mengundi dan mengesahkan pegawai terbabit adalah bersalah maka
pegawai tersebut akan dibuang negeri selama 10 tahun
Sambungan

Juri
• Merupakan sebahagian daripada ahli Dewan Perhimpunan
• Ada keahlian juri yang terdiri daripada 101 orang sehingga 1001
orang mengikut keutamaan sesuatu kes
• Juri menjadi pemutus bagi sesuatu kes dan tertuduh tidak ada
peluang untuk merayu
Kesan Pemerintahan Republik

1. Kemunculan pemerintah diktator


Hal ini menyebabkan sering berlaku pergaduhan, pembunuhan dan perebutan
kuasa antara beberapa orang diktator
Golongan bawahan Rom seperti kaum petani mengadakan pemberontakan
Mereka mahukan pembaharuan dari segi ekonomi terutamanya berkaitan dengan
tanah
Mereka dipimpin oleh dua orang adik-beradik iaitu Tiberius dan Cains Gracchus
tetapi kedua-duanya terkorban dalam perjuangan mereka kerana ditindas oleh ahli-
ahli Senat yang kebanyakannya terdiri daripada golongan bangsawan yang kaya
Sambungan

2. Menyebabkan bermulanya pertelagahan antara tokoh-tokoh yang mahu


memimpin negara
• Misalnya, Marius, Wsulla, Pompey dan Caesar
• Setelah Caesar berjaya mengalahkan musuhnya, Pompey, beliau telah
memaksa Senat meluluskan segala kehendaknya
• Pada tahun 49 S.M., beliau menjadi diktator dan sekali gus menamatkan
sistem pemerintahan republik Rom
• Orang Rom menjadikan Caesar sebagai seorang diktator seumur hidup

You might also like