You are on page 1of 31

Tingkatan 4 - Bab 2: Peningkatan Tamadun

Apakah Peningkatan Tamadun?


- kemampuan manusia menggunakan pemikiran mereka untuk
mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam persekitaran.
- ia akan membawa kepada kehidupan yang lebih majudan
kompleks berbanding sebelumnya.
[]
- Peningkatan ini berkaitan dengan kemahiran menghasilkan idea
baru dari aspek sosial, politik dan ekonomi.
1) Latar Belakang Tamadun
Tamadun Yunani
- berkembang di Semenanjung Greece dan
pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi laut
Mediterranean dan Aegen.
Ciri-ciri Negara kota Tamadun Yunani:
-Petempatan bermula di negara kota atau polis []
-hasil gabungan beberapa bandar dan kampung.
- terdapat banyak negara kota terkenal seperti Athens
dan Sparta yang terletak berhampiran Laut
Mediterranean.
- Setiap polis mempunyai
a. acropolis yang menempatkan bangunan kerajaan
dan pusat keagamaan
b. agora - tempat pertemuan rakyat (
)- pusat ekonomi
c. Kawasan pertanian di luar kota - yang menyediakan
keperluan kepada penduduk dalam kota

- Dalam kota mengandungi sebuah pasar, kubu ,


kuil dan istana.
- Setiap negara kota memiliki corak pemerintahan dan
undang-undang tersendiri serta mempunyai beberapa tuhan.
- Masyarakat dalam negara kota sentiasa bersatu padu tetapi
peperangan sering berlaku antara negara-negara
kota.
Tamadun Rom
-bermula di kawasan Bukit Palatine yang
berhampiran Sungai Tiber di lembah Latium
yang didiami oleh masyarakat Latin .
- Ia berkembang semasa pemerintahan Romulus
.
- Kemudian, majlis pembandaran diwujudkan
di setiap bandar, fungsinya:
i. menjalankan pentadbiran tanpa gangguan
pentadbiran pusat di Rom .
ii. membawa kepada kemajuan dan keseleseaan
hidup
- pembinaan bandar terancang dengan
pelbagi kemudahan - lengkap dengan bekalan air, sistem
pemanas ,rumah ibadat ,teater , sarkas
,tempat forum ,rumah mandi awam dan
istana.
- contohnya Bandar Pompei lengkap dengan
pejabat, dewan, perpustakaan, rumah ibadat,
makhamah, pintu gerbang , Colloseum, paip bawah tanah,
saliran, terusan , industri dan pengangkutan. - Penduduknya

seramai 50 ribu orang pada tahun 80 M.


Tamadun India
- Kedatangan orang Aryan membentuk zaman Vedik
sempena kelahiran nama kitabkitab Veda .
-wujudnya agama Hindu pada zaman Vedik ini.
-Kemudian masyarakat tamadun ini berpindah ke Lembah
Ganges .
- Pada masa ini, golongan pemerintah ialah raja.
-Terdapat 2 bentuk kerajaan terbentuk:
i. Janapada (kerajaan kecil): bersifat kepuakan &
tiada raja
ii. Mahajanapada (kerajaan besar): diperintah oleh
raja
-Chandragupta Maurya kemudiannya menyatukan
kerajaan-kerajaan kecil menjadi empayar pertama di India di
bawah Dinasti Maurya (menyatukan utara India).
-Kemuncak kegemilangan dinasti ini ketika pemerintahan
zaman Asoka .
Tamadun China
-Letakan di Lembah Hwang Ho hingga ke selatan China.
-perluasan kuasa dengan kemunculan Empayar pertama
ialah Dinasti Chin
-Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti
Chin
-Beliau berjaya meluaskan empayar jajahan takluknya
hingga ke Sg.Merah di Vietnam .
- Jajahan yang luas disatukan di bawah pentadbiran pusat.

2) Pemerintahan dan Pentadbiran


Tamadun Yunani
-Bentuknya berubah-ubah seperti monarki , oligarki ,
aristokrasi , diktator dan akhirnya demokrasi .
- Di Athens mulanya mengamalkan sistem beraja. Raja
menjadi ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama. Beliau
dibantu oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya
.
- Kemudian kuasa konsul menjadi semakin kuat dan kuasa raja
merosot raja dipilih tetapi kuasa terhad. Beberapa orang konsul
memerintah , sistem ini dinamakan oligrarki.
- Kemudian lahir aristokrat di kalangan konsul tadi yang
memiliki kuasa besar , sistem ini ialah aristokrasi.
- Kemudian berlaku rampasan kuasa kerana rakyat tidak puas hati
maka muncul sistem Tirani diperintah oleh diktator yang
daripada kalangan golongan kaya atau tentera.
- Rampasan kuasa ini ditentang oleh aristokrat maka muncullah
demokrasi .
Sistem demokrasi di Athens:
- terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis .
- Semua warganegara lelaki dewasa Athens berpeluang
menjadi anggota Dewan Perhimpunan selama 6 bulan hingga 1
tahun. Dewan ini bersidang 3 kali setahun. Ahli Dewan
boleh mengemukakan cadangandasar kerajaan, tetapi
keputusan di kendalikan oleh Majlis. Ahli Majlis, Majistret
dan Juri dilantik oleh dewan, maka dewan berkuasa penuh
ke atas ketiga-tiganya.
-Negara kota yang mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak tidak
mengamalkan sistem demokrasi.

-Sistem Pemerintahan Tentera di Sparta -Sistem


pertahanan diberikan perhatian amat penting. Anak lelaki
dilatih dari awal untuk menjadi askar. Berjaya melahirkan
tentera yang bersemangat patriotik dan handal.
Tamadun Rom
- Bermula dengan sistem beraja berkuasa mutlak.
- Raja-raja berketurunan Etruscan (bukan keturunan Latin
tempatan ).
- Patrician (bangsawan ) mengetuai pemberontakan
masyarakat Latin menjatuhkan raja Etruscan .
- Kemudian dibentuk sistem Republik dua konsul dilantik
oleh Dewan Senat supaya tiada yang lebih kuasa
. Konsul dibantu oleh Dewan Senat (bangsawan) bagi
membincangkan hal pentadbiran dan perundangan. Konsul dilantik
di kalangan ahli Dewan Senat yang biasanya praeotor (pemerintah
tentera). Di bawah Dewan Senat ialah Dewan perhimpunan
(diwakili oleh semua rakyat Rom). Keputusan Dewan Senat
akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan.
- Pemerintahan bercorak empayar ketika Julius Caesar
berlaku selepas perluasan kuasa ke Macedonia
, Yunani ,Mesir hingga ke Brittania dan
Jerman . Wilayah kecil telah disatukan di bawah pentadbiran
pusat. Julius Caesar menamatkan sistem republik dan menjadi
diktator dengan menguasai tentera dan Senat. Julius
menggunakan gelaran maharaja .
- Augustus memerintah dengan gelaran maharaja.
Membentuk empayar keamanan kepada Rom. Zaman

kegemilangan Pax Romana [Keamanan Rom]meliputi


benua Asia ,Afrika dan Eropah .
Tamadun India
Dua bentuk kerajaan:
i. kerajaan kecil ( kepuakan/tiada raja ) [janapada]
ii. kerajaan besar ( diketuai raja seperti kerajaan Kashi ,Kosala
) [manajanapada].
- Raja bekuasa mutlak. Kedudukan raja diperkukuhkan dengan
kepercayaan upacara ritual .
- Raja dianggap suci dan harus dihormati. Golongan Brahmin
menjadi penasihat raja dan Golongan Ksyatria menjadi
pemerintah tertinggi.
- Pemerintahan empayar Raja Chandragupta Maurya menjadi
maharaja. Membentuk empayar pertama di Hindu.
Empayar ini meliputi dari Teluk Benggala ke
Pergunungan Hindu Kush. Ibu negaranya ialah
Pataliputra.
- Kegemilangan Dinasti Maurya ketika pemerintahan
Asoka .Menamatkan perang saudara selepas
kematian ayahnya, Bindusara. Menakluk Kalinga
.Menekankan kedamaian dan kemajuan sosial
selepas Perang Kalinga.- Membentuk kedamaian menakluk
melalui penyebaran agama Buddha . Membentuk birokrasi
pentadbiran .
Tamadun China
- Sistem feudal bertukar kepada pentadbiran pusat kerana
perluasan kuasa empayar Dinasti Chin.

- Konsep raja menjadi maharaja.


- Maharaja membentuk birokrasi awam dan melantik pegawai di
kalangan rakyat. Perlantikan dibuat oleh jawatankuasa
perkhimatan awam berasaskan peperiksaan awam. Sistem ini
diwujudkan oleh Dinasti Han, tokoh pentingnya ialah Shih Huang
Ti.
3)Perundangan
Tamadun Yunani
-Fungsi Dewan Perhimpunan: menggubal undangundang
- Kepentingan undang-undang diterangkan oleh Plato
dalam bukunya, Republic
- Menurut Plato dalam bukunya, Republicmengatakan
negara harus diperintah oleh ahli falsafah
kerana ahli falsafah cekap , terbaik dan berupaya
menggubal undang-undang
Tamadun Rom
- Hukum Kanum 12 ialah Undang-undang Rom yang
pertama.
- Ia dipahat pada kayu papan 12 dikenali sebagai Papan Dua
Belas.
- Ia diletakkan di tempat awam.
- Lahir pada zaman Republik, kemudian Maharaja Justinian
mengemaskini dan membukukan undang-undang .
- Beliau akhirnya melahirkan Kod Undang-Undang Rom
yang dikenali sebagai aka UndangUndang Justinian.
- undang-undang terdiri daripada 3
bahagian:
- undang-undang sivil

- undang-undang rakyat
- undang-undang natural
Prinsipnya :
i.semua orang sama di sisi undang-undang ( )
ii. seseorang tidak bersalah sehingga terbukti
bersalah ()
iii. keadilan terhadap setiap orang
iv. hukuman berasaskan bukti yang cukup
Tamadun India
-Dharma Sastra ialah kitab undang-undang Hindu
tertua.
- Raja memelihara kesucian dan kedaulatan undangundang.
- Denda kesalahan bergantung keseriusan kesalahan.
-Brahmin ialah golongan dominan dalam
hal undang kerana mereka mahir tentang undangundang berkaitan hal keagamaan.
- Ketika Dinasti Maurya [ Chandragupta
] : undang-undang disampaikan sebagai titah dan
perintah diraja
- titah perintah diukir pada tiang batu (dikenali
sebagai Tiang Asoka) [ Asoka ]
yang berpegang kepada kesejahteraan rakyat.
Tamadun China
- berteraskan dua prinsip utama:i. Hukuman
berat []
ii. Bercorak kolektif [, ]
- berteraskan falsafah Legalisme yang digubal

dan diperkenalkan oleh Han Fei Tzu


- falsafah, undang-undang tegas
dapat mengawal tingkah laku manusia
- Undang -undang tidak harus wujud rasa belas kasihan
()dan penguatkuasaannya perlu dipelihara.
- Sebaliknya ajaran Confucius menekankan raja
berpekerti baik dan raja perlu menjaga keharmonian
manusia serta masyarakat.
4) Perluasan Kuasa
Tamadun Yunani
-Kerajaan Macedonia dan Yunani disatukan di
bawah pemerintahan Philip II .
- Alexander The Great meluaskan lagi
jajahan takluknya ke seluruh kawasan Laut
Mediterranean (menguasai Parsi ,Mesir
,Turkistan Samarkand dan seluruh kawasan Laut
Mediterranean)
- Beliau menyebarkan kebudayaan Hellenistik
(campuran kebudayaan Yunani, Parsi dan budayaTimur
yang lain) ke Itali , Iskandariah dan
Antioch .
- Empayar Yunani berakhir dengan :
i: kematian Alexander The Great
ii. kemunculan empayar Rom
Tamadun Rom
-Augustus Caesar membina sistem
empayar, iaitu mewajibkan pemerintahan warisan.

- Augustus merupakan anak saudara Julius Caesar


.
- Augustus Caesar mengubah sistem republik menjadi sistem
empayar yang meliputi Britain , Sepanyol ,Sg Rhine
, Sg Danube ,Laut Hitam , Turki dan
Palestin .
Tamadun India
-perluasan kuasa semasa pemerintahan
Chandragupta Maurya .
- Chandragupta Maurya dibantu oleh pasukan tentera
yang besar.
- berjaya menguasai seluruh India Utara,Punjab
dan sempadan India Barat.
- anaknya, Bindusara meluaskan empayar ke Mysore
di selatan India.
- Kaedah perluasan kuasa berubah apabila Asoka
berkuasa.
- Asoka menekankan dasar lebih terbuka dan lembut
dan menekankan agama Buddha.
- Ketika Asoka seluruh India berjaya ditakluk hasil kemenangan
dalam Perang Kalinga .
*[Chandragupta Bindusara , Asoka
Bindusara , so Chandragupta Asoka ]
Tamadun China
- Shih Huang Ti (Dinasti Chin ) menyatukan
seluruh kerajaan kecil di China. []
- Beliau memerintah secara autokratik ( tegas dan
mutlak ).

- Beliau menghapuskan kuasa golongan bangsawan


dengan melantik gabenor dan panglima tentera
mentadbir wilayah.
- Beliau mengarahkan pembinaan Tembok China
Besar China untuk menghalang serangan orang gasar
.
- Maharaja Han Wu Ti (Dinasti Han ),digelar
sebagai Maharaja Tentera meluaskan kawasa
takluknya ke empayar ke Sinkiang ,Lembah Tarim, Yang
Tze, Kwangsi dan Kwang Tung. Pada masa ini pengaruh China
hingga ke Jepun dan Turkistan dan keamanan China
diwujudkan.
5) Peningkatan Ekonomi
Tamadun Yunani
-Hampir semua negara kota memberikan tumpuan
kepada perdagangan kerana bumi bergunung-ganang tidak
sesuai untuk pertanian kecuali , Sparta
kegiatan pertanian.- Kesannya perdagangan melalui jalan
laut dengan wilayah luar dijalankan.
- Mulanya perdagangan pesisir pantai seperti dengan Mesir
, Syria .
- Athens dan Corinth menghadapi masalah
kekurangan makanan kerana kurang tanah pertanian dan
terpaksa mendapatkan makanan dari kawasan selatan dan
Laut Hitam.
- Athens juga menjadi pusat pengumpulan barang
keperluan dari timur.
- kegiatan perdagangan dikenakan cukai,

menyebabkan kenaikan harga barang. [,


]
- kesannya, ramai rakyat Yunani pindah ke tempat lain
(Alexandria )pada Zaman Graeco-Rom
- [Zaman Hellenistik ]
Tamadun India
- Perdagangan dalam kerajaan Maurya seperti di Anga dan
Kalinga barangannya seperti senjata, emas, gading gajah.
- Perdagangan antarabangsa dengan Macedonia , Sri
Langka, Asia Tenggara pelabuhan terlibat: Tamralipti,
Cambay.
- Wujud persatuan perdagangan dan perusahaan di setiap Bandar
seperti Persatuan Tukang Kayu, tukang Logam.
- Matlamat persatuan ini ialah mengawal harga, kualiti barang dan
gaji pekerja persatuan ini dikawal oleh raja.
- Mata wang emas digunakan sebagai medium jual beli
ketika zaman Gupta .
- Perusahaan utama sutera (di Bengal), kain kapas, emas.
- Cukai hasil perdagangan buah-buahan dan pertanian dikutip
untuk menyara tentera, pentadbir dan raja.
- Zaman Gupta memperoleh rempah dari alam Melayu, tembikar
dari China.
-Sejak Zaman Maurya, pelbagai jenis cukai
dikenakan.
Tamadun China
- Peningkatan ekonomi sejak Zaman Dinasti Chang.
- Kemajuan pertanian menambah hasil petani seperti kolar kuda
menarik tenggala untuk membuat batas (kolar kuda membolehkan kuda menarik kayu, kereta kuda dan
kereta sorong berkuda), penyisir tanah, sistem penanaman

bergilir untuk menjaga kesuburan tanah, kawasan


bukit diteres dan terusan.
- Perusahaan tembikar, logam, sutera (zaman Dinasti Han)
didagang ke alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.
- Mula-mula, hasil dibawa melalui Jalan Sutera (darat),
kemudian Jalan Laut (Dinasti Tang).
- Di China, muncul persatuan perdagangan yang melahirkan ramai
golongan pertengahan kesan perdagangan dalam negeri, ia turut
memajukan pengangkutan di China seperti jalan raya, jambatan,
kereta kuda dan kereta lembu.
6) Pendidikan
Tamadun Yunani
Di Athens :
- Pendidikan bertujuan untuk melahirkan maunisa
yang seimbang pencapaiannya dari rohani dan
jasmani seperti aktiviti pendidikan, sukan, sastera, seni
berpidato, muzik, menulis.
-manusia yang cemerlang dapat memenuhi tuntutan
mental dan fizikal (dapat memberikan
sumbangan kepada kesejahteraan kehidupan
manusia.)
- Pendidikan di Yunani berkembang kerana banyak
sekolah falsafah dibinakan di Athens, Thebes yang
melahirkan sejarawan seperti Herodotus , pemikir sains
dan teknologi seperti Thales , Anaxagoras
.
- Athens menjadi pusat cendiakawan penting ketika pericles
.
[Athena Goddess of Wisdom ]

Di Sparta :
- pendidikan untuk melahirkan warganegara tentera
yang sempurna, gagah dan setia kepada negara
kotanya.
- mementingkan latihan fizikal dan kemahiran
menggunakan senjata.
Tamadun Rom
- Mereka menyerap unsur Yunani pada peringkat awal.
- Pendidikan amat menekankan aplikasi ilmu yang
praktikal () contohnya membina infrastuktur dan
kemudahan awam.
- menekankan semangat setia kepada Rom (
)
- perkembangan ilmu menyerap unsur Yunani.
- pusat pendidikan melahirkan jurutera
pengairan,bangunan, ahli falsafah dan sejarahwan.
Tamadun India
- Pendidikan bermula pada zaman Vedik yang
mementingkan agama Hindu yang mendominasi oleh kaum lelaki.
[]
- Mereka menggunakan kitab veda dalam bahasa Sanskrit
. Bahasa Sanskrit sebagai medium pengajaran
yang penting.
- kaedah hafalan()ialah keadah yang digunakan
untuk mendalami kitab-kitab Veda.
- Tumpuan pendidikan ialah agama (berteraskan Hindu dan
Buddha, menyediakan manusia menghadapi hari

selepas mati ).[,


]
-hukum agama dipelajari
- Pendidikan awal terdapat di istana dan rumah.
- Kemudian lahir sistem pendidikan tinggi di kolej Brahman
,Universiti Taxila ,universiti agama
Buddha di Nalanda (Universiti Nalanda).
- Untuk menjadi Brahmin, mereka harus menghafal Veda yang
mengandungi peraturan ritual, mentera dan lagu-lagu agama,
mempelajari karya saintifik dan falsafah.
- Zaman seterusnya pendidikan untuk meningkatkan ilmu sains,
mengatasi buta huruf dan mendapat jawatan dalam
pemerintahan kerajaan.
Tamadun China
- Matlamat pendidikan untuk lulus peperiksaan awamkerajaan
().
- Tiga peringkat pendidikan ialah rendah, menengah, tinggi.
i) Peringkat rendah mengenal/menghafal tulisan ideogram
dan 9 buku suci.
ii) Peringkat menengah menumpukan karangan dan sastera
.
iii) Peringkat tinggi menterjemah buku suci.
- Peperiksaan awam mengandungi 3 tahap - Hsiu Tai
(ijazah pertama ),ChunJen (sarjana) dan Chin Shih
(doktor falsafah ).
- Peperiksaan tahap 1 di daerah, tahap 2 di ibu kota daerah dan
tahap 3 di ibu kota empayar (di istana/di hadapan Maharaja).
- Peluang kerjaya menjadi pegawai kerajaan dan pada tahap 3
mereka akan menjadi pendidik.

- Waktu peperiksaan tahap 1(3 tahun 2 kali), tahap 2 dan 3 (3


tahun 1 kali).
7) Falsafah
Tamadun Yunani
- Ahl-ahli falsafah seperti Herodotus ,Socrates
, Aristotle ,Plato .
- Isu utama nilai individualisme, kehidupan manusia, demokrasi.
- Falsafah Yunani mengajar manusia berfikir secara rasional dan
sikap ingin tahu.
i) Herodotus ialah bapa sejarah, ahli falsafah dan
ahli sejarah terulung , karyanya ialah History of Persian Wars
.
ii) Thucydides ialah seorang pengasas sejarah saintifik,
menulis sejarah menggunakan penyelidikan ,
karyanya ialah History of the Peloponnesia War
.
iii) Socrates ialah Bapa Falsafah Barat,
mencari kebenaran setiap persoalan dengan kaedah
soal-jawab.
iv) Plato ialah Socartes ,menghasilkan
buku Republic , menyatakan masyarakat dan negara yang
paling baik di perintah oleh ilmuan dan ahli falsafah. [
]

v)Aristotle (Plato ) Alexander the


Great , membincangkan cara berfikir yang teratur, karya
: Politics .
Tamadun Rom
-mengambil falsafah Yunani contohnya daripada
falsafah stoisisme atau stoik (falsafah Rom)
[diasaskan oleh Zeno , ahli Yunani]
- Falsafah ini mengajar kebahagian dan nasib manusia bergantung
kepada alam, penekanan kepada konsep keadilan, tanggungjawab,
keberanian dan perikemanusiaan .
Tamadun India
- Falsafah terawal di dunia direkod ialah falsafah India.
- membentuk 2 pemikiran besar.
- falsafah mereka bersumberkan kitab Veda seperti Rig Veda
, Yajur Veda ,Upanishad .
- Falsafah bukan aliran Veda menolak kitab Veda dan
bersumberkan ajaran seperti Carvaka, Buddhisme. (
kuasa alam, seperti angin dan api terhadap
kehidupan manusia)
Tamadun China
- Falsafah China menekankanhubungan antaramanusia dengan
manusia lain. Sumber falsahfahutama Confucianisme
(Confucius /Kung-fu Tze ) ,Taoisme , Mo Tzu
.
- Mo Tzu menekankan hubungan manusia dengan alam
sekitar. Mo Tzu (Mencius) menolak beberapa ajaran
Confucianisme. Berpendapat manusia menjadi baik

ataupun jahat kerana pengaruh alam sekitar. [


]
- Lao Tze - menjaga keharmonian antara manusia
dengan alam dan manusia dengan masyarakat.
- Falsafah Legalisme pulamenekankan konsep
undang-undang tegas dapat mewujudkan nilai baik
dan ketertiban masyarakat . []
8) Sains dan Teknologi
Tamadun Yunani
- Sistem angka Yunani ialah herodianic dan ionic .
Tokoh Matematik:
i)Thales ( pemikir dalam Sains) telah mengembangkan
ilmu geometri Mesir Purba.
ii)Pythagoras memperkenalkan Teorem Pythagoras
[] dan mengembangkan
ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon .
Tokoh Matematik dan Fizik:
i)Archimedes ahli matematik dan fizik,
mengemukakan teorinya ialah isipadu air dan gravity
.
Tokoh Perubatan : i)Hippocrates Bapa Perubatan.
Tokoh Astronomi :
i)Ptolemy ahli astronomi Yunani.
Tamadun Rom
-Boethius mengambil asas matematik

tamadun Yunani, mendapat pengaruh matematik Yunani,


beliau mengaitkan matematik dengan muzik, geometri, astronomi.
- Ilmu pelayaran (ciptaan perahu layar) memajukan
perdagangan dengan Yunani, India dan China.
Tamadun India
-Ilmu astronomi diambil daripada kitab Rig Veda.
- Ilmu matematik India berkembang pesat semasa Zaman
Gupta seperti memperkenalkankonsep geometri,
angka Brahmin, angka Kharosti.
- Ilmu perubatan berkaitan dengan fisiologi (yoga ).
Tamadun China
- China menganggap astronomi sebagaiilmu sains negara.
- Ilmu perubatan konsep Yin Yang digunakan dalam asas
perubatan (keseimbangan membolehkan manusia sihat).
-teknologi membuat kertas (Chai Lun
),tembikar, kapal.
9)Seni Bina
Tamadun Yunani
i. Acropolis
- dibina oleh Pericles
- untuk tujuan keagamaan dan sebagai pusat
kegiatan
- pusat pentadbiran Athens
- terdapat rumah berhala , teater dan
Parthenon

ii. Parthenon
- rumah berhala untuk Dewi Athena
- untuk mengingati kejayaan membebaskan diri
daripada Persia
Tamadun Rom
i. Aqueduct
- saluran air
- teknologi aqueduct berasaskan sistem graviti

ii. Colloseum
- tempat pahlawan Rom bertarung
- teater
iii. Pantheon
- tempat memuja dan menyimpan patung dewa
- tempat menjalankan kerja awam
Tamadun India
i. Stupa Besar di Sanchi
- tujuan keagamaan.
ii. Great Bath
- binaanya baik dan lengkap.
iii. Kompleks kuil di Gua Ajanta dan
Gua Ellora
- Kompleks kuil di Gua Ajanta mempunyai 20 buah
kuil
- Kompleks kuil di Gua Ellora mempunyai 28 buah
kuil - bercirikan agama Buddha/Hindu.


- penggunaan elemen geometri seperti unsur bulat,
empat segi, kon , kubah dan pagoda .
Tamadun China
i. Tembok Besar China
kubu pertahanan sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking.
ii. Bandar purba tembok batu Changan, Anyang, Peking.
- Bandar-bandar China dibina dengan tembok batu
dan tanah liat
- Di kampung ada tembok yang dibina daripada
tanah lumpur
- Setiap tembok terdapat pintu gerbang yang
dikelilingi parit besar
iii. Kota Larangan
istana maharaja yang banyak taman dan dewan
- dewan sebagai tempat perjumpaan, tempat keraian
,tempat penghadapan, tempat menjatuhkan
hukuman
iv. Kuil
- terdapat tempat tinggal, ruang tamu, dan pusat
pemujaan
v. Pagoda
- berbentuk oktagon / segi empat sama
10)Bahasa dan Kesusasteraan

Tamadun Yunani
- Bahasa Yunani digunakan di kawasan takhluk
Alexander the Great
- Tulisan orang Phoenecia tersebar di Yunani ( ditambah huruf
vokal ),kemudian ke Rom dan Asia Tenggara (huruf rumi
).
- Tokoh sastera Yunani :
i. Hesiod
- penyair dan penulis puisi
- menulis 2 buah puisi: Theology ,Works and Day
ii. Homer ()
- menghasilkan 2 buah epik : Iliad ,
Odyssey
Tamadun Rom
-Penulis dan penyajak :
i. Cicero
ii. Virgil
- bertujuan meningkatkan semangat patriotisme
- mencapai keagungan semasa pemerintahan
Augustus Caesar
Tamadun India
- 2 kelompok masyarakat :
i. Masyarakat Dravidia :
-
- bahasa: Telegu , Malayalam ,
Kannada

ii. Masyarakat Indo-Arya -


-
- bahasa: Sanskrit yang menghasilkan bahasa
Hindu , Urdu , Punjabi ,
Kasmiri
- Bidang kesusasteraan India terbahagi kepada
3:
i. Epik
ii. Vedik
iii. Sajak
- Dua sastera agama Hindu dan Buddha :- Epik
Mahabharata - mengisahkan
peperangan antara dua tentera (tentera baik dan tentera
jahat).
- Epik Ramayana - menceritakan
pergaduhan dewa Vishnu sebagai Rama
dan pergaduhannya dengan raja Sri Lanka yang
melarikan isterinya, Sita.
- Bahasa persuratan : Sanskrit
Tamadun China
- Wujud7 dialek utama - Mandarin, Wu, Hakka,
Kantonis.
- perkembangan sastera disokong oleh kerajaan
- , Ssu-ma Chien mempertingkatkan
sastera prosa dalam Shih Chi
[ sosial, sejarah, kerajaan, pemimpin dan
ilmu pengetahuan]
- Tokoh-tokoh bidang puisi :

i. Tu Fu
ii. Li Po (semasa Dinasti Tang).
iii. Po Chu-I
- Ketika Dinasti Han terpelajar perlu mampu bersajak.
11)Sistem Sosial
Tamadun Yunani
Di Athens :
- terbahagi 3 kumpulan : warganegara (ada hak politik), bukan
warganegara dan hamba (tiada hak politik).
Di Sparta :
- terbahagi 3 kelas : warganegara tulen, pekerja/artisan
/pedagang, helot (majoriti pengusaha tanah).
Tamadun Rom
- Terbahagi tiga: warganegara (orang Rom), bukan warganegara
(penduduk taklukan) dan hamba.
Tamadun India
- Sistem 4 kasta utama Brahmin ,Ksyatria,
Vaisya , Sudra . ( kasta )
- Perkahwinan lelaki/wanita dan bercampur gaul kasta berbeza
tidak dibenarkan. ( kasta [ Vaisya
Sudra ]
Tamadun China
- Terbahagi 3 kelas utama : atasan (pentadbir seperti maharaja dan
keluarganya, bangsawan dan sida-sida ), rakyat bawahan
(petani, artisan ), dan hamba.Kumpulan dua dan tiga ialah
kumpulan sokongan.

- Confucius membahagikan masyarakat kepada 4 kelas


: teratas (sarjana/pegawai), ke-2(petani), ke-3(tukang),
terbawah(pedagang).
-Setiap individu boleh menukar satus/kelas melalui
pendidikan.
12)Sumbangan Tamadun
Tamadun Yunani
i. Demokrasi
- rakyat terlibat secara langsung
ii. Kesan di Malaysia
- demokrasi berpalimen
iii. Aristotle , Socrates ,Plato
merupakan rujukan falsafah moden.
iv. Karya Iliad masih dirujuk.
v. Teknologi matematik dan sains masih diterima
pakai.( teknologi , Theorem
Pythagoras )
Tamadun Rom
i. Republik - sistem 2 konsul ( konsul
)
ii. Zaman kini di India, Perancis dan Afrika Selatan
mempunyai unsur demokrasi memilih president .

iii. Aqueduct, Colloseum menjadi sumber


pelancongan

iv. Bahasa Latin

v. Sukan Olimpik
terus diadakan 4 tahun sekali hingga kini .
*( Olympic Tuhan Zeus , God
of Sky and Thunder)
T
amadun India
i. Agama Buddha dan Hindu hingga kini.
ii. Stupa , candi dan pagoda
iii. Bahasa Sanskrit agama Hindu & Buddha

iv.Karya Ramayana Mahabharata . masih


dirujuk.
Tamadun China
i. Confucianisme dan Taoisme menjadi amalan
hingga kini.
ii. Tembok Besar China sebagai tempat
pelancongan

iii. Mewariskan teknologi kertas dan tembikar.


iv. Sistem peperiksaan awam
diteruskan dan diubahsuai.
13)Kemunculan Agama
Agama Hindu
- Perkataan Hindu mulanya merujuk masyarakat yang
tinggal di Sungai Sindhu (Indus)
- Kemunculan agama ini tidak dapat dikenalpasti.
DikatakanHindu dipercayai wujud ketika zaman
tamadun Indus dan kian jelas pada zaman Vedik
dengan adanya kitab suci Veda (pegangan Hindu ).
- Tuhan3 fungsi: i. Brahman
(mencipta)
ii. Vishnu (memelihara)
iii. Siva (membinasa )
-Enam aliran agama ini ialah Saivisme, Vaishnavisme, Saktham,
Ganapathyam, Kaumaram dan Saura.
- Hindu didominasi golongan Brahmin
- Zaman Gupta merupakan zaman
kegemilangan Hindu, zaman Maurya dan Asoka
pula Buddha menjadi saingan Hindu.
- Hukum Karma - berkaitan kelakuan manusia semasa
hidup dan kelahiran semula selepas mati(
), kelahiran ini bergantung Karma (kelakuan

baik/buruk ketika hidup).


- Tujuan hidup untuk mencapai Moksya (kebebasan
mutlak ), sesiapa mencapai Moksya akan bersatu
dengan tuhan dan tidak akan lahir ke dunia lagi.
- Syarat mencapai Moksya perlu berbuat baik semasa hidup.
Agama Buddha
- Diasaskan oleh Siddaharta Gautama
(dikenali Buddha ).
- Kemunculannya kesan penentangan golongan Ksyatria
terhadap dominasi Brahmindalam hal agama.
[, ]
- Sistem kasta yang ketat menyebabkan
Gautama mencari kebenaran.
- Gautama menemui kebenaran sewaktu bertapa di
bawah pokok bodhi di Uruveda. Kebenaran yang di
temuinya dipercayai akan melepaskan diri manusia daripada
kesengsaraan .
- Asas ajaran Buddha termasuk 4 kebenaran mulia
(kesengsaraan dan kepahitan hidup adalah lumra,
kesengsaraan berpunca daripada nafsu memperoleh
kekayaan, cara mengelak kesengsaraan dengan mengatasi nafsu,
cara menamatkan kesengsaraan dengan Jalan Lapan Lapis Mulia
).
- Empat kebenaran dapat dicapai melalui lapan jalan, antaranya
pengetahuan yang baik, membuat amalan suci seperti bersedekah
.
- Kegemilangan agama Buddhaini ketika zaman
pemerintahan Asoka, ia menjadi agama rasmi kerajaan Maurya

dan berkembang ke Tibet ,Sri Lanka, Asia Tenggara dan


China. [ Perang Kalinga , Asoka
]- Agama ini menggunakan bahasa Pali
dan kitab Tripitaka .
14) Ajaran Utama diDunia
Agama Kristian
- diasaskan oleh Jesus Christ yang berasal dari
Jerusalem .
- 25 Disember tarikh lahir Jesus (Hari Natal ).
- kitab suci (Old Testament dan New
Testament ) dikenali sebagai Bible . Pada mulanya agama ini mendapat tentangan orang Eropah
termasuk pemerintah Rom. Sebelum kedatangan Kristian,orang
Eropah majoritinya adalah pagan (tiada agama).
- Kristian diterima pada zaman Rom semasa pemerintahan
Constantine . Beliau mengecualikan kerja berat kepada
mereka yang menjalankan aktiviti agama ini.
- Hari Ahad dikhaskan kepada aktiviti agama.
- Agama ini terus berkembang dari Zaman Rom dikenali Empayar
Kristian, kejatuhan Rom tidak meruntuhkan Kristian malah terus
kukuh ketika Zaman Pertengahan.
Agama Islam
- Islamdiwahyukan kepada Nabi Muhammad
s.a.w melalui malaikat Jibril di
Gua Hira .
- Islam ditentang oleh kaum Quraisy Makkah
dan Nabi berhijrah ke Madinah .

- Islam bertapak kuat bermula di sini.


- Dua teras agama Islam ialah:
i. akidah
- keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan
Allah
ii. syariah
- undang-undang yang terkandung dalam al-Quran
dan al-Sunnah [hadis ]- Orang Islam wajib yakin
Rukun Iman dan Rukun Islam.
Confucianisme
- Diasaskan oleh Confucius yang lahir di Lu .
- Beliau menjadi pegawai kerajaan di Lu ,tetapi meletakkan
jawatan mengembara menyebar idea
Confucianisme kepada orang China.
- Beliau disembah sebagai salah satu dewa orang China.
- Ajarannya menekankan prinsip moral tinggi yang didapati
daripada pendidikan seperti perimanusiaan (ren ), kesusilaan (li
),taat ibubapa (xiao ).
Taoisme
- diasaskan oleh Lao Tze yang lahir di Chu.
- bekerja di Chou kemudian mengembara ke luar untuk
menyebarkan idea Taoisme.
- menghasilkan buku Tao Te Ching
mengandungi falsafah Taoisme .
- Ajarannya seperti konsep Tao (jalan) - setiap
tindakan ditentukan oleh Tao, maka tidak boleh
bertindak terhadap apa-apa yang berlaku pada alam

(wu-wei ), - jika bertindak, manusia akan merosakkan dunia

You might also like