You are on page 1of 12

Pemerintahan dan Pentadbiran

Proses perkembangan tamadun Yunani


Bentuk pemerintahan dalam tamadun Yunani telah mengalami pelbagai perubahan
daripada:
Monarki - Oligarki Aristokrasi Diktator(tirani) Demokrasi
1. Di Athens mulanya mengamalkan sistem beraja. Raja menjadi ketua hakim,
ketua tentera dan ketua agama. Beliau dibantu oleh konsul yang terdiri daripada
golongan kaya.
2. Kemudian konsul menjadi kuat dan raja merosot lahir sistem raja yang dipilih
tetapi kuasanya terhad. Sistem pemerintahan yang dikuasai oleh konsul dinamakan
oligarki.
3. Daripada kalangan konsul lahir golongan aristokrat yang memiliki kuasa besar,
sistem ini dinamakan aristokrasi.
4. Berlakunya rampasan kuasa kerana rakyat tidak puas hati terhadap
pemerintahan berbentuk aristokrasi maka muncul sistem ditaktor di kalangan
golongan kaya atau tentera.
5. Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa ini tetapi tindakan ini telah
ditentang oleh golongan aristokrat -maka muncullah demokrasi.
6. Sistem demokrasi di Athens terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis. Semua
warganegara lelaki dewasa Athens berpeluang menjadi anggota Dewan
Perhimpunan selama 6 bulan hingga 1 tahun. Dewan ini berhimpun 3 kali sebulan,
ahli boleh mencadangkan dasar kerajaan, tetapi keputusan dikendalikan oleh Majlis.
Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh dewan, maka dewan berkuasa penuh
terhadap ketiga- tiganya.
7. Negara kota yang mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak tidak mengamalkan
sistem demokrasi.
8. Di Sparta-sistem pemerintahan tentera diamalkan.Sistem pertahanan diberikan
perhatian penting. Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik .Oleh
itu, Sparta melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi
handal.

TAMADUN ROM
1. Bermula dengan sistem beraja sejak 753 S.M

2. Kemudian Rom membuat sebuah republik pada tahun 509 S.M

3. Ciri-ciri Sistem Republik Rom

- Kuasa tertinggi terletak kepada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat
- Dewan Senat diwakili oleh golongan bangasawan bagi membincang hal
pentadbiran Negara dan merangka perundangan.
- Sebelum seseorang ahli Dewan Senat itu dilantik menjadi konsul beliau ialah
Praeotor. Iaitu pemerintah tentera.
- Di bawah Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan diwakli semua rakyat. Segala
keputusan Dewan Senat akan diluluskan oleh Dewan Perhimpunan.

4. Sistem republik berubah apabila Rom mencapai taraf empayar pada zaman
pemerintahan Julius Ceasar.

5. Julius Ceaser telah menamatkan sistem republik dan menjadi diktator. Beliau
menguasa angkatan tentera dan senat dengan memakai gelaran Maharaja.

6. Gelaran Maharaja diteruskan oleh Ausgustus yang memrintah dari tahun 27 14


S.M.

7. Beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan empayar Rom.

8. Zaman kegemilangan ini digelar sebagai Pax Romana (Keamanan Rom)

PERUNDANGAN
TAMADUN YUNANI
1. Dewan Perhimpunan menggubal undang- undang.

2. Kepentingan undang-undang diutarakan oleh Plato dalam bukunya Republic.

3. Menurut Plato, negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap,
terbaik dan berupaya menggubal undang-undang.

TAMADUN ROM
1. Hukum Kanun 12 :
- dikenali Papan Dua Belas
- disatukan pada tahun 449 SM
- kekal selama 400 tahun
- perundangan Rom yang pertama
- diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat

2. Kod Undang-Undang Rom / Kod Undang-Undang Justinian


- dilahirkan pada tahun 527 M oleh Maharaja Justinian kerana terdapat terlalu
banyak undang-undang dan ada antaranya yang rumit

- terdiri daripada tiga cabang:a) Undang-undang Sivil


b) Undang-undang Rakyat
c) Undang-undang Natural (natural law)

- prinsip-prinsipnya:
i) semua manusia sama di sisi undang-undang
ii)seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah
iii)keadilan terhadap setiap individu
iv)hukuman berasaskan bukti yang cukup

PERLUASAN KUASA
- Setelah menubuhkan kerajaan yang stabil dan kuat, seseorang pemerintah itu
akan berusaha untuk meluaskan kawasan pemerintahannya.

- Perluasan kawasan pemerintah dilakukan melalui penaklukan dan pembukaan


kawasan baru.

TAMADUN YUNANI
1. Philip II dari Macedonia- menyatukan kerajaan Macedonia dan Yunani.

2. Alexander The Great- meluaskan kawasan takluk Yunani dengan menguasai Parsi,
Mesir, Turkistan, Samarkand dan seluruh kawasan Laut Mediterranean.

3. Beliau menyebarkan kebudayaan Hellenistik (campuran antara kebudayaan


Yunani, Parsi dan kebudayaantimur yang lain) ke Syracuse di Itali, Iskandariah dan
Antioch.

4. Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander The Great dan dengan
kemunculan Rom.

TAMADUN ROM
1. Perluasan kuasa di Rom bermula pada tahun 27 S.M. iaitu pada period
pemerintahan Agustus Caesar.

2. Agustus Caesar adalah pengasas empayar Rom dan anak saudara kepada Julius
Caesar. Semasa pemerintahannya, beliau telah menjalankan pemerintahan diktator.

3. Keadaan ini berlaku setelah beliau berjaya mengalahkan tentera pimpinan


Anthony, bekas jeneral Augustus Caesar yang telah bergabung dengan tentera
Mesir di bawah pimpinan Cleoparta dalam peperangan Actium ( 31 S.M ).

4. Pada era pemerintahannya, beliau telah menubuhkan sistem empayar yang


berbeza daripada sistem republik sebelumnya, iaitu mewajibkan sistem
pemerintahan warisan.

5. Beliau telah berjaya membentuk empayar hinggga ke Britian, Sepanyol, kawasan


Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Altas, Afrika Utara, Macedonia,
sebahagian Turki dan Palestin.

PENINGKATAN EKONOMI
- Ekonomi dalam tamadun awal, pada asalnya bercucuk tanam, menternak binatang
dan menghasilkan barangan untuk perdagangan.

- Tetapi apabila tamadun itu semakin berkembang dan diikuti dengan kemunculan
bandar, kegiatan tersebut membawa kepada penghasilan yang melebihi keperluan
mereka sendiri.

- Hasil yang berlebihan itu dipasarkan dan ditukarkan dengan barangan perusahaan
tempatan seperti barangan tembikar, peralatan memotong daripada logam dan
perhiasan yang terdapat di bandar.

TAMADUN YUNANI
1. Semua negara kota kecuali Sparta menumpukan perdagangan kerana keadaan
muka bumi bergunung-ganangdan tidak sesuai untuk pertanian. Kesannya,
perdaganganhanya dijalankan di kawasan pesisir pantai seperti Mesir, Syria dan
Phoenecia.

2. Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan makanan kerana


kekurangan tanah pertanian. Negara kotatersebut terpaksa mendapatkan bahan
makanan dari luar.

3. Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan di selatannya dan Laut


Hitam.Athens juga menjadi pusat pengumpulan barang keperluan dari timur.

4. Kegiatan perdagangan dikenakan cukai dan ini telah menaikkan harga


barang.Kesannya, ramai rakyat Yunani berpindah ke Alexandria pada Zaman
Graeco-Rom.

PENINGKATAN SOSIAL
- Aspek sosial yang terdapat dalam sesebuah tamadun meliputi perkara seperti
pendidikan, kesenian, kesusasteraan, seni bina, serta sains dan teknologi.

- Antara perkara yang tersebut pendidikan merupakan asas dan tonggaknya. Ia


membantu manusia untuk meningkatkan tahap intelek yang seterusnya membawa
kepada peningkatan dalam bidang-bidang lain.

PENDIDIKAN
TAMADUN YUNANI
1. Di Athens Pendidikan bertujuan melahirkan manusia yang seimbang
pencapaiannya dari sudut rohani. Aktiviti pendidikan,sukan, muzik, kesusasteraan,
seni berpidato, membaca, menghafal dan menulis dititikberatkan di Athens.

2. Di Sparta Pendidikan bertujuan melahirkan tentera yang sempurna, gagah dan


setia kepada negara kotanya.Latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata
lebih dipentingkan berbanding dengan pendidikan mental.

3. Banyak sekolah falsafah dibina seperti di Athens, Thebes, Elea dan Miletus yang
melahirkan sejarawan seperti, Thucydides dan Herodotus, pemikir sains dan
teknologi seperti Thales, Anaximander, Heraclitus dan Anaxagoras.

4. Athens dikenali sebagai pusat cendekiawan Yunani yang penting semasa


pemerintahan Pericles.

TAMADUN ROM
1. Pendidikan di Rom menitikberatkan ;
a) Apilikasi ilmu yang praktikal
b) Kesetiaan kepada Rom.

2. Pada tahap awal, unsur dari Yunani diserapkan dalam pendidikan Rom. Pusatpusat pendidikan ini telah melahirkan ;
a) Jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya
b) Ahli falsafah
c) Sejarawan

FALSAFAH
TAMADUN YUNANI
1. Ahli falsafah ialah manusia yang menggunakan akal untuk berfikir secara
berterusan bagi mencari jawapan yang logik dan rasional terhadap persoalan yang
berkaitan dengan kehidupan harian dan alam sekitar mereka.

2. Ahli falsafah terkenal ialah Herodotus, Socrates, Aristetle dan Plato.

3. Socrates ialah Bapa Falsafah Barat merupakan pakar dalam perbincangan melalui
kaedah soal jawab tentang kehidupan masyarakat bahagia dan beliau dituduh
merosakkan pemikiran masyarakat dan telah dihukum bunuh dengan meminum
racun.

4. Plato adalah pengikut Socrates dan falsafahnya ialah masyarakat yang sempurna
merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah.

5. Beliau mengasaskan akademi falsafah di Athens.

6. Aristotle adalah anak murid Plato yang cuba mendalami bidang sains dan
falsafah dan hasil penerbitan beliau mengandungi ilmu logic,metafizik, etika,
politik,fizik, sains tabii,astronomi dan geologi.

7. Merupakan guru Alexander the Great.

8. Karya utama ialah Republic.

9. Isu utama adalah tentang nilai individualisme, kehidupan manusia dan


demokrasi.

10. Herodotus adalah ahli falsafah dan ahli sejarah menghasilkan History of Persian
Wars digelar Bapa Sejarah.

11. Thusydides adalah pengasas Sejarah Saintifik menghasilkan History of the


Peloponnesian War yang ditulis berteraskan penyelidikan.
TAMADUN ROM
1. Tamadun Rom tidak mempunyai ramai ahli falsafah, maka, tamadun ini banyak
mengambil falsafah daripada Yunani.

2. Falsafah Rom berasaskan kepada falsafah Stoisisme yang menekankan keadilan,


tanggungjawab, keberanian dan perikemanusiaan.

3. Falsafah ini mengajar bahawa kebahagian hidup manusia dan nasib seseorang
bergantung kepada hubungannya dengan alam.

SAINS DAN TEKNOLOGI


TAMADUN YUNANI
1. Dalam tamadun Yunani, terdapat beberapa orang tokoh sains dan matematik
yang terkenal. Contohnya, Hippocrates yang terkenal sebagai Bapa Perubatan
danArchimedes sebagai tokoh matematik dan fizik.

2. Pythagoras (580-500 S.M.)


- Mencipta Teorem Pythogoras. Beliau mempelajari dan menggabungkan ilmu
geometri Mesir Purba dan Babylon. Beliau juga memulakan gerakan saintifik yang
dikenali sebagai Pythagorean.

3. Archimedes
- Aspek utama yang disumbangkan oleh Archimedes ialah teorinya berhubung
dengan isi padu air dan graviti.

4. Ptolemy
- Ptolemy pula merupakan tokoh utama dalam bidang astronomi Yunani.

5. Hippocrates (460-377 S.M)


- Tokoh perubatan yang diberikan gelaran sebagai Bapa Perubatan. Beliau
merupakan seorang pakar anatomi.Sumpah Hippocrates(Hippocrates Oath) sering
dilafazkan oleh ahli perubatan moden.

6. Ahli matematik di Yunani mewujudkan sistem angka yang dikenali sebagai angka
herodianic dan ionic.

7. Dalam tamadun ini,ilmu pelayaran telah ditingkatkan dengan penciptaan layar


yang lebih kuat dan perahu yang besar.

TAMADUN ROM

1. Di Rom, Boethius iaitu ahli matematik telah mengaitkan matematik dengan


muzik, geometri dan astronomi.
SENI BINA
- Mencerminkan ketahanan manusia tamadun awal menghadapi cabaran untuk
hasilkan monumen yang turut melambangkan pencapaian paling agung bangsa
,agama dan rajanya.

TAMADUN YUNANI
1. Acropolis dibina untuk keagamaan.

2. Merupakan pusat pentadbiran di Athens

3. Di dalamnya terdapat binaan yang menarik seperti berhala, teater serta


bangunan
yang menarik iaitu Parthenon.

4. Parthenaon dibina untuk Dewi Athena dan untuk mengingati kejayaan


membebaskan diri daripada kuasa Persia.

5. Patheon berbentuk kubah berfungsi sebagai tempat memuja dan menyimpan


patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.

TAMADUN ROM
1. Aqueduct adalah untuk bekalan air di Rom.

2. Bekalan air dibawa dari gunung melalui saluran air dalam tanah dan dalam pintu
gerbang.

3. Teknologinya berasaskan sistem gravity.

4. Colloseum berfungsi sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan sebagai


teater.

BAHASA DAN KESUSASTERAAN


TAMADUN YUNANI
1. Bahasa Yunani digunakan di wilayah dalam Yunani dan kawasan takluk Alexander
The Great.

2. Tokoh sastera ialah Homer dan Hesiod. Hesiod menulis dua buah buku puisi iaitu
Theology dan Works and Days, manakala Homer menghasilkan dua buah epik iaitu
Illiad dan Odyssey.

TAMADUN ROM
1. Terdapat dua orang penyajak terkenal iaitu Cicero dan Virgil.

2. Karya sastera bertujuan meningkatkan semangat patriotisme.

3. Sastera Rom mencapai zaman keagungan pada zaman Agustus Caesar

SISTEM SOSIAL
TAMADUN YUNANI
1. Di Yunani, Athens penduduk terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu pertama
warganegara, kedua bukan warganegara dan ketiga hamba.

2. Golongan pertama mempunyai hak dalam politik tetapi golongan lain tidak.

3. Di Sparta pula kelas pertama ialah warganegara Sparta tulen, kedua ialah
pekerja, artisan dan pedagang dan kelas ketiga ialah Helot (golongan majoriti yang
mengusaha tanah)

TAMADUN ROM
1. Terbahagi kepada tiga iaitu warganegara , bukan warganegara dan hamba.

SUMBANGAN TAMADUN
1. Tamadun Yunani mewariskan system pemerintahan
berbentuk demokrasi.

2. Tamadun Rom mewariskan sistem republik. Sistem ini


diamalkan di India, Perancis dan Afrika Selatan.

You might also like