You are on page 1of 79

1.

1 Latar Belakang Negara Bangsa


Sebelum Kedatangan Barat

Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam


Melayu

Raja

● Tonggak utama kerajaan


● Dibantu oleh para pembesar
● Memperoleh ketaatan daripada rakyat
● Ditaati dan dianggap suci
● Contoh: Raja Champa dikaitkan dengan Dewa Siva dan
dianggap suci

Undang-undang

● Memastikan kesejahteraan kerajaan


● Menjadi panduan pentadbiran kerajaan
● Contoh: Undang-undang Kutara Manawa di kerajaan
Majapahit

Wilayah Pengaruh

● Kawasan yang rakyatnya memperakui pemerintahan raja


● Contoh: kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh dari
Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar dan
Segenting Kra

Rakyat

● Penduduk sesebuah wilayah


● Setia kepada raja
● Contoh: Rakyat membuktikan kesetiaan kepada Raja Srivijaya
dengan upacara persetiaan dan meminum air sumpah
1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa
Kesultanan Melayu Melaka
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dalam
pembentukan negara bangsa yang kukuh

Kerajaan

● Raja merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh


pembesar
● Tonggak pentadbiran Melaka ialah Sistem Pembesar Empat
Lipatan
● Menggunakan gelaran sultan selepas kedatangan Islam

Rakyat

● Terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut


● Terdapat golongan merdeka dan hamba
● Kesejahteraan rakyat Melaka dijamin oleh sultan manakala
rakyat mengakui kekuasaan sultan
● Hubungan timbal balik ini mewujudkan persefahaman

Kedaulatan

● Lambang kekuasaan tertinggi sultan


● Diakui kerajaan lain dan bebas daripada campur tangan asing
● Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar Laksamana Cheng
Ho untuk mengeratkan hubungan antara China dengan
Melaka

Wilayah Pengaruh
● Merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan
pantai timur Sumatera
● Diperoleh melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan

Undang-undang

● Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka


● Untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat

Lambang Kebesaran

● Merupakan identiti dan keistimewaan Sultan Melaka


● Adat istiadat, penggunaan warna, nobat, regalia dan cap
mohor
● Cap mohor digunakan untuk mengesahkan arahan sultan

1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran


dan Undang-undang

Sistem Pentadbiran

Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dibahagikan kepada


pentadbiran pusat dan peringkat jajahan

Pentadbiran Pusat

Bendahara
● Ketua pentadbir dan ketua turus angkatan tentera
● Menasihati sultan dalam pelbagai hal dan menjadi pemangku
sultan

Penghulu Bendahari
● Mengurus perbendaharaan kerajaan
● Dibantu Syahbandar untuk mengutip cukai di pelabuhan

Temenggung
● Menjaga keselamatan kota Melaka

Laksamana
● Panglima angkatan laut Melaka

Peringkat Jajahan

● Pembesar ditugaskan untuk menguruskan pentadbiran di


daerah dan kampung
● Menjaga keamanan kawasan pentadbiran dan dibenarkan
mengutip cukai
● Dilantik sultan dan Pembesar Berempat

Undang-undang

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang yang


berasaskan syariah dan hukum adat iaitu Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka

Hukum Kanun Melaka

Jenayah
● Fasal 5.1, hukuman bunuh terhadap kepada seseorang yang
didapati membunuh tanpa pengetahuan raja atau pembesar
● Fasal 4, hukuman bunuh terhadap sesiapa yang ingkar arahan
dan memalsukan titah sultan

Peranan Sultan dan Pembesar


● Fasal 1, dijelaskan tugas sultan, Bendahara, Temenggung dan
Penghulu Bendahari
● Sultan bertanggungjawab untuk melantik pembesar

Kekeluargaan
● Fasal 26, pernikahan memerlukan empat orang saksi, dua
orang sahaja jika tidak cukup
● Hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi saksi tersebut

Ekonomi
● Fasal 30, amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan
● Orang niaga hendaklah akil baligh, siuman dan perlu
melafazkan niat jual beli

Undang-undang Laut Melaka

Peranan Nakhoda
● Fasal 13.1, nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga
selama empat hari
● Fasal 13.3, sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang
tidak ada dalam senarai, perlu bermesyuarat dengan semua
orang di dalam kapal untuk mendapatkan persetujuan

Pelayaran
● Fasal 9, malim harus arif tentang ilmu pelayaran
● Jika malim lalai sehingga menyebabkan kerosakan, dia akan
dihukum bunuh

Jenayah
● Fasal 5, seseorang yang berkelakuan jahat dan membunuh
orang di atas kapal akan dikenakan hukuman mati

Percukaian
● Fasal 6.3, nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenakan
terhadap penumpang

1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat


Peranan Sultan

● Bertanggungjawab terhadap keselamatan dan perpaduan


rakyat, kestabilan kerajaan, dan memperkenalkan
undang-undang untuk mengawal rakyat

Peranan Pembesar

● Menjaga keamanan dan kebajikan rakyat kawasan


● Perantara antara sultan dengan rakyat
● Mengutip hasil
● Membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah

Peranan Rakyat

● Taat setia kepada pemerintah


● Mematuhi segala arahan pemerintah
● Tidak menderhaka kerana takut ditimpa tulah
● Menghadiri majlis umum
● Menjadi tentera, pengayuh atau pendayung kapal perang
● Menyumbang tenaga kerja seperti membina istana atau jalan
melalui sistem serah

2.1 Maksud Nasionalisme


Maksud:
● Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara
● Semangat kebangsaan untuk menentang penjajahan serta
membela bangsa dan negara
● Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan
sosial daripada kuasa asing

Pendapat Tokoh

Hans Kohn
● Gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada
negara atau bangsanya

Profesor William R. Roff

● Nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan


diri
● Disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang
Melayu dan faktor ekonomi
● Kebimbangan terhadap sekularisme dan imperialisme Barat

Dato’ Onn Jaafar

● Kita hendak menzahirkan bangsa yang lebih tegap dan kuat


● Boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri
● Mengambil tempat kita yang sebenar

Dr. Burhanuddin al-Helmi

● Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan


yang kuat, iaitu National Fronts
● Usaha untuk mencapai kemerdekaan hendak berpegang
pada tatatertib dan adab sopan bangsa Melayu dan Islam

Dr. R. Suntharalingam

● Hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negara


sendiri
● Memindahkan kedaulatan kepada rakyat
● Kesetiaan ulung individu kepada negara bangsa

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

● Wujud sejak zaman Kesultanan Melaka


● Kesetiaan kepada raja
● Berpegang pada “Tanah Melayuan”

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

● Perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali


kedudukan unggul dan negara sendiri sebelum merdeka

2.2 Perkembangan Idea


Nasionalisme di Barat
Revolusi Keagungan (1688) – England

● Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi


rakyat
● Tercetus kerana Raja James II membelakangkan parlimen
● Ahli parlimen bangkit menentang dengan sokongan Mary II
dan suaminya, Raja William of Orange dari Belanda
● Raja James II melarikan diri ke Perancis
● Berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah
● Konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja
berperlembagaan dimantapkan semasa pemerintahan Mary II
dan William of Orange
● Bill of Rights digubal

Revolusi Amerika (1766)

● Menentang penjajahan British


● Disebabkan British tidak melindungi hak penduduk Amerika
● Terdapat 13 buah tanah jajahan British di Amerika
● Penduduk Amerika menentang Akta Pelayaran, Akta Gula,
Akta Setem dan Akta Teh yang mengenakan cukai di tanah
jajahan tersebut
● Menggunakan slogan “tiada cukai tanpa perwakilan” kerana
tiada wakil Amerika dalam parlimen
● Kongres yang diketuai George Washington mengisytiharkan
perang terhadap British demi kemerdekaan
● Kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika
yang ditulis oleh Thomas Jefferson
● Perisytiharan tersebut menegaskan sekiranya kerajaan tidak
dapat menjamin hak kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan,
penduduk berhak untuk membentuk kerajaan baharu
● Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi ditubuhkan

Revolusi Perancis (1789)

● Tercetus daripada idea nasionalisme oleh golongan pemikir


Perancis
● Memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan
● Jean Jacques Rousseau
○ Menulis The Social Contract
​ – Keunggulan suara rakyat menjamin
kesejahteraan rakyat
​ – Suara rakyat digelar sebagai “hasrat
umum”
​ – Kedaulatan suara rakyat lebih tinggi
darapada institusi raja dan birokrasi
● Golongan revolusi
○ Menentang pemerintahan autokratik Raja Louis XVI
dan golongan bangsawan
○ Menggempur penjara Bastille untuk membebaskan
tahanan politik
○ Menggulingkan Raja Louis XVI
● Republik Perancis muncul dan pemerintahan beraja berakhir

2.3 Perkembangan Nasionalisme di


Asia
Nasionalisme di India

● Reaksi penduduk terhadap dasar imperialisme British


● Titik tolak: Dahagi India 1857
● Awal:
○ Bercorak gerakan yang mengutamakan isu
sosioagama
○ Pertubuhan penting: Brahmo Samaj dan Arya Samaj
​ Menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya
tempatan
● Penghujung abad ke-19:
○ Kemunculan golongan intelektual
○ Lebih tersusun
○ Pertubuhan politik: Kongres Kebangsaan India (INC)
dan Liga Muslim
● Awal abad ke-20:
○ Gerakan bersifat keras
○ Diketuai nasionalis radikal seperti Bal Gangadhar
Tilak dan Bipin Chandra Pal
○ Secara militan
● Selepas Perang Dunia Pertama:
○ INC memperlihatkan dasar tidak bekerjasama
dengan British
○ Diterajui Mahatma Gandhi yang memupuk pegangan
satyagraha
● Selepas Perang Dunia Kedua:
○ INC dan Liga Muslim merancang pembahagian India
kepada negara India dan Pakistan
○ Pakistan diumumkan merdeka dengan Muhammad
Ali Jinnah sebagai Gabenor Jeneral
○ India diumumkan merdeka dengan Jawaharlal Nehru
sebagai Perdana Menteri

Nasionalisme di China

● Bertujuan mengukuhkan peradaban China daripada


penguasaan oleh kuasa asing
● Bercorak anti-Barat
● Bermula dengan penentangan terhadap kelemahan
pemerintahan Dinasti Manchu
○ Kerajaan Manchuria dianggap sebagai orang luar dan
kehilangan mandat
○ Gagal menghalang kemasukan pengaruh dan
campur tangan Barat
● Dr. Sun Yat Sen mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min
Chu-i)
○ Asas gerakan Revolusi China pada 1911 yang berjaya
menumbangkan Dinasti Manchu dan kemunculan
pemerintahan republik di China

Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir


i) Gerakan Islah
● Gerakan pemulihan Islam
● Dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh
Muhammad Abduh
● Disebabkan oleh imperialisme Barat mengubah budaya dan
tradisi kepercayaan masyarakat tempatan
● Tujuan:
○ Memupuk ajaran Islam sebenar yang berpandukan
al-Quran dan Hadis
○ Memperbaik kehidupan masyarakat supaya bebas
daripada penjajahan

ii) Gerakan Pan-Islamisme


● Kumpulan al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat):
○ Ditubuhkan oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani
○ Untuk memperkuat rasa persaudaraan dan
membawa umat Islam kepada kemajuan
○ Menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wuthqa untuk
menyebarkan idea Pan-Islamisme
● Empayar Uthmaniyah:
○ Khalifah Abdul Hamid II menggerakkan idea
Pan-Islamisme
○ Mendapat sokongan umat Islam di seluruh dunia
​ Contoh: Kebangkitan Tok Janggut
menentang British di Kelantan

Nasionalisme di Jepun

● Disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi


mengelakkan ancaman imperialisme Barat
● Maharaja Mikado Meiji melancarkan pemulihan Jepun
○ Menekankan pemodenan mengikut model Barat
supaya dihormati kuasa Barat
● Semangat bushido menjadi asas nasionalisme Jepun
● Pemulihan Meiji menjadikan Jepun negara perindustrian dan
kuasa tentera yang kuat
● Nasionalisme melampau oleh golongan tentera menjadikan
Jepun sebagai kuasa inperialisme di Asia
2.4 Perkembangan Nasionalisme di
Asia Tenggara
Nasionalisme di Filipina

● Peringkat awal:
○ Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal
○ Menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada
Sepanyol
○ Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina untuk
mendesak kerajaan Sepanyol
● Selepas kegagalan Gerakan Propaganda:
○ Lebih radikal
○ Andres Bonifacio menubuhkan Katipunan untuk
memperoleh kemerdekaan Filipina
○ Katipunan menerbitkan akhbar Kalayan untuk
menyebarkan idea revolusi kepada rakyat Filipina
○ Bonifacio melancarkan Revolusi Filipina bersama
Emilio Aguinaldo
● Selepas kegagalan Revolusi Filipina:
○ Anguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina
dengan bekerjasama dengan Amerika Syarikat
○ Namun Perisyitiharan Kemerdekaan Filipina oleh
Anguinaldo tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat
○ Amerika Syarikat sebaliknya meletakkan Filipina di
bawah penjajahan
○ Golongan nasionalis bertukar menggunakan saluran
diplomasi melalui parti politik sederhana
○ Sergio Osmena, pemimpin Parti Nasionalis berjaya
dilantik menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina
○ Gerakan menuntut kemerdekaan ini diteruskan
sehingga Perang Dunia Kedua

Nasionalisme di Burma (Myanmar)

● Menentang imperialisme dan pengaruh British mengancam


agama Buddha
● Persatuan Belia Buddha
○ Ditubuhkan ntuk mengekalkan tradisi Buddha,
pendidikan dan kebudayaan Burma
○ Isu kasut digunakan
○ Diambil alih oleh U Ba Pe dan ditukar nama kepada
Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma
○ Isu bangsa Burma mula diperjuangkan
● Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti
● Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am Sangha
Samagyi
○ Mencetuskan Pemberontakan Saya San (diketuai oleh
Saya San)
○ Disokong golongan petani yang terbeban dengan
cukai
● Selepas pengenalan Perlembagaan Burma 1935:
○ Perlembagaan tersebut memisahkan Burma dengan
India
○ Mulanya perjuangan berkerajaan sendiri
○ Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama
Asiayone (Kami Orang Burma
​ – Pemimpin menggelar diri sebagai
“Thaikin” yang bermaksud tuan
​ – Menegaskan orang Burma mesti
bertuankan orang Burma
​ – Pemimpin: Aung San, Kyaw Nein dan U Nu
○ Dr. Ba Maw memenangi pilihan raya dan dilantik
sebagai Perdana Menteri pertama

Nasionalisme di Vietnam

● Gerakan nasionalisme oleh golongan Mandarin (golongan


yang menerima pendidikan Confucius):
○ Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan
beraja
● Kemunculan golongan intelektual:
○ Kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis
ditingkatkan
○ Akhbar Tribune Indige dan Cloche Felee diterbitkan
​ – Mengkritik penindasan Perancis dan
menuntut hak rakyat Vietnam
● Selepas Perang Dunia Kedua:
○ Bercorak revolusi dan mempunyai dua aliran iaitu
nasionalisme dan komunisme
○ Parti nasionalisme: Viet Nam Quoc Dang Dang
(VNQDD) pimpinan Nguyen Thai Hoc
○ Parti komunisme: Parti Komunis Vietnam (PKV)
pimpinan Ho Chi Minh
○ VNQDD melancarkan pemberontakan untuk
mengusir Perancis
​ – Perancis menangkap pemimpin VNQDD
dan menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc
○ Gerakan revolusi diteruskan oleh Ho Chi Minh
○ Ho Chi Minh berjaya mengisytiharkan kemerdekaan
Republik Demokratik Vietnam di Vietnam Utara
○ Vietnam Selatan berada di bawah pengaruh Perancis
dan Amerika Syarikat
○ Gerakan nasionalisme diteruskan sehingga Republik
Vietnam terbentuk

Nasionalisme di Indonesia

● Awal:
○ Berkisarkan isu pendidikan untuk mengubah nasib
rakyat
○ Raden Adjeng Kartini
​ – Memperjuangkan pendidikan kaum
wanita
​ – Karyanya Hilang Gelap Terbitlah Terang
mendedahkan dasar diskriminasi Belanda
yang memundurkan bangsa Indonesia
● Kemunculan pertubuhan yang lebih tersusun:
○ Muhammadiyah
​ – Mempertahankan Islam daripada ancaman
sekularisme Barat
○ Sarekat Islam (SI), Partai Komunis Indonesia (PKI) dan
Partai Nasionalis Indonesia (PNI)
​ – Memperjuangkan kemerdekaan
​ – PNI menjadi berpengaruh di bawah
pimpinan Soekarno
○ Kongres Pemuda Indonesia
​ – Melahirkan ikrar “Sumpah Pemuda“
○ Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan
Indonesia (PPPKI)
​ – Dibentuk Soekarno
​ – Merupakan gabungan organisasi Indonesia
yang memperjuangkan kemerdekaan
Nasionalisme di Thailand

● Thailand tidak dijajah oleh negara Barat


● Nasionalisme bertujuan mempertahankan kedaulatan negara
dan menuntut penglibatan rakyat
● Langkah pemodenan oleh Raja Mongkut:
○ Membina hubungan baik dengan kuasa Barat
○ Melaksanakan birokrasi Barat
○ Penasihat Barat dibawa masuk untuk melatih
pegawai tempatan
○ Pemodenan diteruskan oleh Raja Chulalongkorn
● Rakyat mementang Raja Vajiravudh:
○ Disebabkan oleh kelemahan pentadbiran Raja
Vajiravudh dan penguasaan politik oleh kerabat raja
○ Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshall
Phibulsongkram menubuhkan Parti Rakyat dan
melancarkan Revolusi Thai
○ Pemerintahan raja berperlembagaan diperkenalkan
○ Raja diletakkan pada kedudukan tertinggi tetapi
tidak mencampuri pentadbiran kerajaan
● Rakyat menentang penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat
dan orang Cina :
○ Perdana Menteri, Phibulsongkram meluluskan
undang-undang
​ – Menyekat penguasaan ekonomi orang
Cina
​ – Menggalakkan penglibatan peribumi
dalam kegiatan ekonomi
● Dasar bekerjasama dengan Jepun menyebabkan Thailand
tidak dijajah Jepun

2.5 Kesedaran Nasionalisme di


Negara Kita
Zaman Kesultanan Melayu Melaka

● Sultan Mahmud Shah berusaha mendapatkan Melaka kembali


daripada Portugis
● Melakukan tiga kali serangan tetapi menemui kegagalan

Perjuangan Sultan Kedah

● Sultan Abdullah Mukarram Shah menentang Syarikat Hindia


Timur Inggeris (SHTI)
● Baginda berusaha mendapatkan Pulau Pinang kembali

Perjuangan setempat

● Tokoh: Penghulu Dol Said, Dato’ Bahaman, Rentap, Tok


Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong
● Menuntut kebebasan daripada ancaman luar
● Mendapat reaksi yang keras daripada penjajah
● Masyarakat terpaksa bergerak secara sederhana

Perjuangan tokoh agama

● Dibawa oleh gerakan Islah


● Dipelopori oleh Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji
Abbas Mohd Taha dan Syed Sheikh al-Hadi
● Diteruskan melalui penulisan kreatif dan akhbar
○ Tokoh: Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Muhammad
Rakawi Yusuf, Abdul Rahim Kajai, Hajah Zainon
Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan Fatimah Yaakub

Perjuangan melalui pertubuhan


sosioekonomi

● Dipelopori oleh golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu


● Tokoh: Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad
Boestanam dan Burhanuddin al-Helmi
● Perjuangan mengkritik dan menyedarkan masyarakat
diteruskan walaupun menghadapi pelbagai kekangan
2.6 Faktor Kemunculan
Gerakan Nasionalisme
Peranan Agama

​ Gerakan Islah

​ Pemimpin Gerakan Islah


Peranan Kreatif

​ Hasil kesusasteraan seperti novel, cerpen dan puisi


​ Mengungkap keperitan hidup dijajah

​ Contoh

Media Cetak

​ Akhbar dan majalah

​ Contoh

Sistem Pendidikan

​ Penubuhan madrasah
○ Pendidikan moden Islam
○ Menerima idea nasionalisme dari Sumatera Barat dan
pelajar pulangan dari Mesir
​ Pelajar didedahkan idea falsafah Islam dan Barat

​ Contoh Madrasah

​ Contoh Institusi Pendidikan

Kemunculan Golongan Intelektual

​ Hasil perkembangan sistem pendidikan


​ Lepasan pendidikan Timur Tengah, Inggeris dan Melayu

​ Contoh golongan intelektual


Pengaruh Luar dan Serantau

● Kebangkitan Pan-Islamisme menyedarkan umat Islam


● Gerakan Islah menggesa umat Islam melakukan
pembaharuan
● Kejayaan Jepun menewaskan Rusia membuka mata
penduduk tempatan
● Revolusi China menimbulkan kesedaran nasionalisme
● Perjuangan Mahatma Gandhi di India tanpa kekerasan

2.7 Perkembangan
Nasionalisme
Perkembangan Golongan Intelektual

Intelektual Berpendidikan Agama


​ Digerakkan oleh Kaum Muda
​ Melalui gerakan Islah
​ Agama Islam sebagai asas kemajuan untuk dunia dan akhirat
​ Penubuhan madrasah
​ Idea disebar melalui akhbar

​ Tokoh Kaum Muda


Intelektual Berpendidikan Inggeris


● Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
● Asalnya untuk melatih anak bangsawan bagi diserap dalam
kerajaan British
● Ada lepasan yang bertugas sebagai pegawai kerajaan
● Mereka menuntut British dengan cara berbaik-baik supaya:
○ Memperbaik taraf hidup orang Melayu
○ Membuka lebih banyak peluang perkerjaan kepada
orang Melayu dalam jabatan kerajaan

Intelektual Berpendidikan Melayu


● Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) melahirkan semangat
kesedaran bangsa melalui:
○ Peranan guru
○ Kewujudan Pejabat Karang Mengarang
○ Kemasukan bahan bacaan dari Timur dan Indonesia
○ Kurikulum yang menitikberatkan mata pelajaran
Sejarah dan keagungan empayar Melayu di Alam
Melayu
○ Mata pelajaran Anyaman, Kesihatan dan Sukan
○ Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan
Semenanjung Boineo
​ – Membawa kepada kelahiran persatuan
radikal Kesatuan Melayu Muda

Perjuangan Melalui Penulisan

Akhbar dan Majalah


​ Mengetengahkan isu-isu
​ Seperti isu hak dan masa depan bangsa serta polemik Kaum
Muda dengan Kaum Tua
​ Syarikat Jelutong Press menyuburkan kegiatan penerbitan
akhbar

​ Akhbar Melayu

Akhbar Masyarakat Cina dan India


● Akhbar Cina merangsang pemikiran masyarakat HuaChiao
(kaum Cina seberang laut)
● Untuk mengekalkan identiti, memperjuangkan nasib wanita
● Menyemai perasaan cinta akan negara China

● Contoh akhbar Cina



● Akhbar India memperjuangkan kepentingan politik dan sosial
masyarakat India di negara ini

● Contoh akhbar India


Karya Kreatif
​ Novel, puisi dan cerpen
​ Bertemakan semangat pejuang, nasib bangsa dan cinta akan
tanah air

​ Contoh karya kreatif


Perjuangan Melalui Persatuan

Kesatuan Melayu Singapura (KMS)


● Ditubuhkan oleh Mohammad Eunos Abdullah
● Menggalakkan ahli bergerak aktif dalam pentadbiran
● Memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam politik
dan pendidikan
● Mementingkan pelajaran teknik dan pengajian tinggi
● Kejayaan KMS mendoring penubuhan persatuan lain
● Mereka berkerjasama dengan British dan meminta peluang
diberikan kepada orang Melayu dalam pentadbiran

Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)


● Menggalakkan ahli untuk bersatu dan bertukar pendapat
● Berusaha menyatukan pergerakan orang Melayu melalui
kongres atau persidangan
● Mengadakan perhimpunan tahunan seluruh Tanah Melayu
● Menghimpunkan wakil persatuan Melayu untuk
mengutarakan isu kebangsaan
● Kebanyakan ahli di Sabah terdiri daripada guru sekolah
Melayu, pengawai rendah kerajaan dan peniaga

Kesatuan Melayu Muda (KMM)


● Ditubuhkan oleh Ibrahim Haji Yaakob
● Berjuang melalui akhbar Majlis
● Menentang British dengan gagasan Melayu Raya
● Dianggap radikal oleh British

Persatuan Masyarakat Cina dan India


● Awalnya masyarakat Cina masih menumpukan perhatian
kepada keadaan di China
● Pemimpin revolusi China, Dr. Sun Yat Sen melawat pemimpin
Cina di negara kita
● Untuk mendapatkan sokongan menentang kerajaan
Manchuria
● Terdapat juga masyarakat Cina yang memberi perhatian
kepada kebajikan dan perkembangan politik tempatan seperti
Cina Peranakan
● Tan Jiak Kim yang berpendidikan Inggeris menubuhkan
Persatuan Orang Cina Peranakan British (SCBA)
● SCBA menggalakan pelajaran tinggi dan teknikal dalam
masyarakat Cina
● Tan Cheng Lock berusaha SCBA di Melaka dan menuntut
peluang dalam perkhidmatan kerajaan

● Persatuan India ditubuhkan untuk menjaga kepentingan


masyarakat India di Tanah Melayu
● Persidangan India Se-Melayu diadakan untuk
membincangkan isu masyarakat India
● G.V. Thaver menubuhkan Malayan Indian Association (MIA)
● Dr. A.M. Soosay menubuhkan Central India Association of
Malaya (CIAM)
● CIAM berjaya mengembangkan idea nasionalisme masyarakat
India di Tanah Melayu

● Masyarakat Sikh terlibat sebagai pasukan keselamatan


● Mereka menjalankan aktiviti sosial dan keagamaan di kuarters
kerajaan dan gurdwara
● Persatuan Khalsa Diwan Malaya ditubuhkan

● Masyarakat India Muslim ramai melibatkan diri dalam


perniagaan dan pentadbiran

2.8 Kesan Perkembangsan


Nasionalisme
Politik

● Bilangan orang Melayu dalam Malayan Civil Service (MCS)


bertambah
● Dasar desentralisasi oleh British cuba mengembalikan kuasa
sultan, residen dan Majlis Mesyuarat Negeri
● Orang Melayu mula mementingkan bersuara melalui
persatuan
● Masyarakat Cina menubuhkan kelab bacaan dan pasukan
drama untuk membaca berita dari China
● Sekolah Cina di Tanah Melayu menggunakan bahasa
Mandarin bagi menggantikan dialek
● Masyarakat India di Tanah Melayu membentuk identiti
tersendiri dan semakin mementingkan perkembangan politik
tempatan
● Nasionalisme juga menyebabkan British berhati-hati dan
membuat sekatan

Ekonomi

● Membangkitkan semangat berniaga masyarakat Melayu


● Persatuan kebajikan al-Jamiah al-Khairiah ditubuhkan di
Singapura
● Za’ba menyedarkan guru akan pentingnya pendidikan tinggi
dan Inggeris
● Akhbar berbahasa Inggeris The Malay Mail dan The Malaya
Tribune mengasaskan dana untuk membantu orang Melayu
melanjutkan pelajaran di luar negara

Sosial

● Orang Melayu menulis majalah sendiri untuk mendapat


peluang pendidikan
● Penggerak majalah Bulan Melayu, Ibu Zain mengingatkan
tentang kepentingan kepentingan ilmu untuk mengangkat
martabat wanita
● Masyarakat India menubuhkan persatuan untuk menjaga
kebajikan mereka
● Presiden persatuan Malayan Rubber Estate Owner, E.E.C
Thuraisingham membantu perusahaan getah semasa
kemelesetan ekonomi
● Masyarakat Cina mula meminta kerajaan British
menimbangkan penglibatan mereka dalam jawatankuasa
kerajaan
● Tan Cheng Lock menuntut British menjaga kebajikan dan
menyediakan dana belajar untuk masyarakat Cina

3.1 Nasionalisme di Negara Kita


Sebelum Perang Dunia
● Sejak awal abad ke-20, British berusaha membendung
pengaruh idea gerakan Islam dari Timur Tengah
● British memperkenalkan Enakmen Undang-undang Islam
1904 dengan persetujuan Raja-raja Melayu
● Sesiapa yang mengedarkan tulisan berkaitan dengan agama
dan politik Islam tanpa keizinan boleh dihukum penjara
● British juga memperkenalkan dua badan penyiasat:
○ Jabatan Siasatan Jenayah (Criminal Intelligence
Department)
○ Biro Siasatan Politik (Political Intelligence Bureau)
● British berwaspada terhadap sokongan orang Melayu kepada
empayar Uthmaniyah
● Empayar Uthmaniyah dianggap pelindung umat Islam dan
penaung tanah suci Mekah dan Madinah
● Kegagalan penentangan bersenjata Tok Janggut
menyebabkan masyarakat mengubah strategi
● Akhbar dan majalah digunakan untuk meniupkan kesedaran
kebangsaan
● Namun, kesedaran politik tidak boleh dilakukan secara
terang-terangan di bawah undang-undang British

3.2 Latar Belakang Perang Dunia

Perang Dunia Pertama

Faktor-faktor berikut mencetuskan Perang Dunia Pertama


Persaingan Kuasa Imperialis
● Perkembangan Revolusi Industri menyebabkan persaingan
kuasa imperialis di Eropah
● Untuk mendapatkan tanah jajahan demi bahan mentah
seperti arang batu, petroleum dan bijih timah

Pakatan Ketenteraan
● Kuasa Eropah dibahagikan kepada pakatan Kuasa Tengah dan
Pakatan Bertiga
● Negara dalam pakatan bersaing menghasilkan senjata moden
dan sedia berperang

Krisis Rantau Balkan


● Austria-Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria
berketurunan Serb
● Kemuncak ialah pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera
Mahkota Austria-Hungary dan isterinya oleh seorang pemuda
Serbia

Berakhir Perang Dunia Pertama

Persidangan Damai Paris


● Membincangkan syarat perdamaian selepas perang
● Meamastikan Jerman tidak lagi menjadi ancaman keamanan
Eropah
● Melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson dengan
prinsip:
○ Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri
○ Sempadan negara berasaskan bangsa
● Cadangan Presiden Amerika Syarikat sebagai asas perdamaian

Perjanjian Versailles
● Ditandangtangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman
● Jerman dikehendaki:
○ Bertanggungjawab terhadap kemusnahan
○ Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga
○ Mengehadkan saiz angkatan tentera
○ Menyerahkan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga
● Liga Bangsa-Bangsa ditubuhkan untuk menggalakan
keamanan dan kerjasama antarabangsa

Kesan Perang Dunia Pertama

Keruntuhan Pemerintahan Beraja


● Jerman: Kaiser Wilhem II turun takhta dan kerajaan Republik
Jerman didirikan
● Austria-Hungary: Dinasti Habsburg berakhir apabila timbul
pemberontakan
● Russia: Pemerintahan Tsar Nicholas II ditumbangkan dan
kerajaan komunis terbentuk di bawah pimpinan Vladimir
Lenin
● Empayar Uthmaniyah: Khalifah Sultan Mehmed VI digulingkan
dan kerajaan bercorak republik diketuai oleh Mustafa Kemal
Ataturk terbentuk

Kemunculan Negara Baharu


● Negara tertentu berpecah kepada beberapa negara
○ Austria-Hungary -> Austria, Hungary, Czechoslovakia
dan Yugoslavia
○ Russia -> Poland, Estonia, Latvia dan Lithuania
○ Empayar Uthmaniyah -> Lebanon, Syria dan Iraq

Kesan terhadap Negara Kita


● Raja-raja Melayu diminta menandatangani perisytiharan
perang yang memberi taat setia kepada kerajaan British
● British membentuk Pesuruhjaya Tinggi British untuk
meletakkan negeri Melayu di bawah undang-undang tentera
sekirannya memerlukan
● Wang hasil bijih timah dan getah digunakan oleh British
untuk membiayai operasi dalam Perang Dunia Pertama

3.3 Perang Dunia Kedua

Faktor Tercetusnya Perang Dunia Kedua


di Eropah

Kemunculan Ideologi Baharu


Fasisme
● Di Itali
● Dipimpin oleh Benito Mussolini
● Parti Fasis menguasai kerajaan Itali pada 1922
● Fasisme memberikan keutamaan kepada kepentingan negara
melebihi kepentingan individu
● Percaya bahawa berperang meningkatan imej negara

Nazisme
● Di Jerman
● Dipimpin oleh Adolf Hitler
● Parti Nazi menguasai kerajaan Jerman pada 1933
● Mengagungkan bangsa Jerman
● Mengetepikan Perjanjian Versailles
● Membina angkatan tentera semula

Ketidakpuasan Hati terhadap Perjanjian Versailles


● Jerman menganggap Perjanjian Versailles tidak adil
● Kehilangan tanah jajahan, pampasan perang tinggi
menyebabkan kemelesetan ekonomi Jerman
● Itali tidak berpuas hati kerana tidak diberikan tanah jajahan
baharu seperti yang diperoleh Perancis

Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa


● Liga Bangsa-Bangsa gagal menguatkuasakan perjanjian
pelucutan senjata dan menangani krisis pencerobohan
● Krisis Liga Bangsa-Bangsa
○ Krisis Manchuria: Jepun menakluki Manchuria
○ Perjanjian Pelucutan Senjata: Jerman keluar daripada
Liga Bangsa-Bangsa dan memperbesar angkatan
tenteranya
○ Krisis Habsyah: Itali menyerang Habsyah

Perang Dunia Kedua di Eropah

Kuasa Paksi Kuasa Bersekutu


Jerman Britain

Itali Amerika Syarikat

Jepun Perancis

Pernaklukan Jerman terhadap Eropah Barat


● Perang Dunia Kedua meletus apabila Jerman menyerang
Poland pada 1939
● Jerman memulakan serangan Blitzkrieg (serangan kilat)
terhadap negara di Eropah Barat
● Jerman menguasai hampir semua negara di Eropah Barat

Pengeboman Britain
● Jerman melancarkan serangan udara dan laut terhadap
Britain
● Pelabuhan, kawasan perindustian dan pertahanan Britain
dimusnahkan

Penyertaan Itali dalam Perang di Eropah


● Itali bersekutu dengan Jerman
● Itali menyerang Perancis dari selatan manakala Jerman
menyerang Perancis dari utara

Serangan Jerman ke atas Russia


● Jerman melancarkan Operasi Barbarossa (serangan
besar-besaran) terhadap Rusia
● Disebabkan Hitler ingin menguasai seluruh Eropah

Berakhir Perang Dunia Kedua di Eropah


(Kemenangan Kuasa Bersekutu)

Kerjasama Kuasa Besar


● Amerika Syarikat, Britain dan Rusia berkerjasama
● Tentera Bersekutu beroperasi di bawah Komander Tertinggi
Bersekutu yang deketuai Amerika Syarikat
Keberkesanan Strategi Serangan
● Kegagalan Operasi Menawan Rusia
○ Tentera Jerman kehabisan peluru dan makanan
disebabkan tempoh perang yang panjang
○ Jeneral Jerman mengingkari perintah Hitler untuk
terus berperang dan menyerah kalah
● Kejayaan Operasi Pendaratan Tentera Bersekutu
○ Dalam operasi “D-Day”, tentera Bersekutu berjaya
mendarat di Normandy, Perancis
○ Kejayaan operasi “D-Day” membolehkan tentera
Bersekutu memasuki Jerman dari arah barat
○ Jerman menandatangani perjanjian menyerah kalah

3.4 Perang Dunia Kedua di Asia


Pasifik

Perluasan Kuasa Jepun

Dasar Perluasan Kuasa Jepun


● Keperluan perindustrian
○ Untuk mendapatkan bahan mentah
○ Mengurangkan pergantungan kepada Barat
● Pengaruh golongan tentera
○ Jeneral Hideki Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun
○ Jepun semakin agresif apabila tentera menguasai
politik
○ Berpendapat masalah ekonomi dapat diselesaikan
dengan menakluki kawasan yang kaya dengan bahan
mentah
● Order baharu Asia
○ Mewujudkan order baharu di Asia
○ Asia sebagai satu blok ekonomi

Sekatan Ekonomi Terhadap Jepun


● Peluasan kuasa Jepun mendapat reaksi kuasa Bersekutu
● Kuasa Bersekutu mengenakan sekatan ekonomi terhadap
Jepun
● Menghalang Jepun daripada memperoleh bahan mentah

Rancangan Penaklukan Wilayah di Selatan


● Merupakan jalan keluar daripada sekatan ekonomi
● Disebabkan kawasan wilayah selatan kaya dengan bahan
mentah
○ Seperti bijih timah, getah, bauksit dan petroleum

Bermula Perang Dunia Kedua di Asia


Pasifik

● Bermula apabila Jepun menyerang Tanah Melayu dan Pearl


Harbour (Hawaii)
● Seterusnya menyerang wilayah jajahan kuasa Bersekutu
● Jepun membentuk empayar yang luas dengan strategi yang
berkesan

3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke


Negara Kita
● Jepun menggunakan propaganda “Semangat Asia” dan “Asia
untuk Orang Asia”
● Bertujuan menanamkan semangat antipenjajah Barat
● Menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia
● Tentera Jepun menggunakan strategi serangan kilat

Eksploitasi Sumber Bahan Mentah

Untuk keperluan perindustrian ekoran Pembaharuan Meiji

Contoh Bahan Mentah:


Bijih timah, getah, arang batu, bauksit dan sumber minyak

Kepentingan Strategik Ketenteraan

● Penguasaan Singapura: Membuka laluan ke telaga minyak di


Sumatera
● Penguasaan Pulau Borneo: Membantu penaklukan Jepun di
Pulau Jawa

Serangan Jepun terhadap Negara Kita

● Bermula dengan pendaratan serentak tentera Jepun


● Keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun apabila
Singapura berjaya ditawan

3.6 Dasar Pendudukan Jepun di


Negara Kita

Dasar Pentadbiran

Pentadbiran Tentera Jepun


● Memperkenalkan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu
● Tanah Melayu dan Sumatera digabungkan pentadbirannya
pada awal dan diasingkan kemudian
● Singapura: dikenali Syanan-to (Pulau Cahaya Selatan)
● Tanah Melayu: dikenali Malai Baru (Melayu Baru)
● Sarawak, Sabah dan Brunei: digabungkan dan dikenali sebagai
Kita Boruneo
● Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dipindahkan di bawah
pentadbiran Thailand

Dasar terhadap Raja-raja Melayu


● Raja-raja Melayu:
○ Diiktiraf kedudukan sebagai ketua agama dan adat
Melayu
○ Diberi bayaran pencen
○ Diawasi oleh Gabenor Jepun
Dasar terhadap Kepimpinan Tempatan
● Menaikkan pangkat pemimpin tempatan yang
berpengalaman
● Untuk mengatasi kekurangan pegawai dan mendapatkan
sokongan penduduk
● Koa Kunrenjo ditubuh untuk menanamkan semangat
perjuangan politik Jepun

Dasar Ekonomi

● Rancangan Perindustrian Lima Tahun diperkenalkan


○ Untuk membangunkan industri tempatan
○ Memastikan penggunaan optimum peralatan
● Mata wang Jepun menggantikan wang British

Dasar Sosial

Pendidikan
● Menutup sekolah Inggeris dan Cina
○ Bangunan digunakan untuk tentera Jepun
● Sistem persekolahan Jepun diperkenalkan
○ Untuk membentuk persaudaraan sejagat (Hakko
Ichiu)
○ Mencapai teknologi industri
○ Menerapkan nilai Jepun
● Melalui pendidikan, tentera Jepun berusaha:
○ Memupuk nasionalisme Asia
○ Menghapuskan pengaruh Barat
○ Menanam kesetiaan kepada Jepun

Sikap Jepun terhadap Agama


● Tentera Jepun tidak campur tangan dalam agama dan adat
Melayu
● Kelas pengajian al-Quran dan sekolah agama diteruskan
● Bagi membendung penentangan terhadap pendudukan
Jepun
Catuan dan Penghasilan Makanan
● Catuan makanan dikuatkuasakan
○ Untuk mengawal penjualan barangan asas seperti
beras dan gula
○ Akibat kekurangan makanan
● Kempen “Tambah Lebih Banyak Makanan” untuk
menggalakkan penanaman makanan sendiri

Layanan terhadap Penduduk


● Layanan baik kepada orang Melayu dan peribumi yang
bekerjasama
○ Untuk mendapat sokongan dan melicinkan
pemerintahan
● Membantu orang India menubuhkan Tentera Kebangsaan
India
○ Untuk mendapatkan kerjasama dalam rancangan
menguasai negara India
● Layanan kejam terhadap orang Cina lanjutan permusuhan
Perang China-Jepun
○ Dipaksa membayar sejumlah wang
● Landasan Kereta Api Maut merupakan bukti kekejaman
pentadbiran tentera Jepun
○ Terdapat orang Melayu, Cina dan India dipaksa
menjadi buruh membina landasan kereta api
○ Ramai terkorban akibat kerja berat, kekurangan
makanan dan suasana buruk

3.7 Perjuangan Rakyat Menentang


Pendudukan Jepun

Rejimen Askar Melayu Benteng


Pertahanan Air

● Rejimen Askar Melayu bersama tentera British menentang


tentera Jepun di Kelantan dan Singapura

Force 136
● Ditubuhkan oleh British
● Mendapat latihan di India dan Sri Lanka
● Dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapat sokongan orang
Melayu dan menubuhkan pasukan gerila
● Bekerjasama dengan gerila Melayu:
​ Mengumpulkan maklumat, melakukan sabotaj dan
menyebarkan propaganda
​ Membuat persiapan untuk British melancarkan
Operasi Zipper

Penentangan MPAJA

● Sebahagian orang Cina mencari perlindingan di bawah Parti


Komunis Malaya (PKM)
● Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) ditubuhkan
oleh PKM:
○ Diberikan latihan oleh British
○ Untuk menjadi pasukan gerila terhadap Jepun

Kerjasama MPAJA dan Force 136


● MPAJA pernah membuat perjanjian kerjasama dengan Force
136 yang mewakili tentera British
● MPAJA memperoleh bantuan seperti senjata, ubat-ubatan dan
kewangan

Kerjasama Parti Kuomintang dan MPAJA


● Gerila Cina dari Parti Kuomintang (PKT) bersetuju bekerjasama
dengan MPAJA

Penentangan Individu

Gurchan Singh
● Menggunakan nama samaran “Lion of Malaya”
● Menyebarkan risalah anti-Jepun secara teratur
● Berjaya menghadiri sidang akhbar tentera Jepun dengan
menyamar sebagai wartawan dan:
○ Melakukan sabotaj landasan terhadap kerata api
○ Berjaya menjejaskan pengangkutan tentera Jepun
Sybil Kathigasu
● Seorang jururawat
● Mengendalikan sebuah klinik di Ipoh dengan suaminya Dr.
Abdon
● Memberi bantuan ubat-ubtan kepada gerila anti-Jepun
● Menyembunyikan radio dan berkongsi maklumat dengan
gerila anti-Jepun
● Kegiatan mereka terbongkar dan ditangkap oleh tentera
Jepun

Gerakan Anti-Jepun di Sarawak dan Sabah

Operasi Semut
● Siri operasi peninjauan oleh Unit Khas Z Australia di Sarawak
● Melatih orang tempatan menjadi pasukan gerila anti-Jepun
(dipanggul gerila Semut)
● Kepakaran anggota tempatan dalam selok-belok bumi
Sarawak penting dalam merancang taktik perang gerila

Pemberontakan Jesselton
● Juga dikenali sebagai pemberontakan Double Tenth
● Diketuai oleh Albert Kwok di Sabah
● Kumpulan Albert Kwok menyerang dan membunuh tentera
Jepun di Jesselton (kini Kota Kinabalu)
● Tentera Jepun melakukan serang balas dengan pantas dan
kejam:
○ Perkampungan diserang dan dibom
○ Penduduk disoal siasat dan diseksa sehingga mati
dalam pencarian anggota pemberontakan
● Albert Kwok dengan anggotanya menyerah diri
○ Berharap dapat menamatkan serangan balas tentera
Jepun
○ Albert Kwok dan 175 orang lain dihukum bunuh
○ 131 orang lagi dipenjarakan
● Terdapat juga gerila anti-Jepun yang dipimpin oleh Datu
Mustapha Datu Harun di Sabah
3.8 Perkembangan Gerakan
Nasionalisme Tempatan dan
Pendudukan Jepun

Perkembangan Semangat Antipenjajah

● Jepun menggunakan slogan “Asia untuk Asia” dan


“Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya”
● Kesatuan Melayu Muda (KKM) bekerjasama dengan Jepun
agar memerdekaan Tanah Melayu

Perjuangan Menuntut Kemerdekaan


dalam Kalangan Orang Melayu

● Jepun membenarkan kegiatan KMM untuk mendapat


sokongan penduduk tempatan
● Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan
oleh nasionalis Melayu untuk mencapai kemerdekaan
bersama Indonesia
● KRIS disokong oleh Jepun
● Perjuangan KRIS gagal kerena Jepun kalah dalam Perang
Dunia Kedua

Kesedaran Politik di Sarawak dan Sabah

● Orang Melayu dan Iban mendapat jawatan pegawai akibat


kekurangan pegawai Jepun
● Keyakinan penduduk tempatan untuk mentadbir sendiri
meningkat
3.9 Keadaan Negara Kita Selepas
Kekalahan Jepun

Kekalahan Tentera Jepun dan Pengakhiran


Perang Dunia Kedua

● Amerika syarikat menjatuhkan bom atom terhadap Jepun


● Jepun menyerah kalah dan Perang Dunia Kedua berakhir
● Tentera British mendarat semula ke Tanah Melayu

Penguatkuasaan Bintang Tiga di Tanah


Melayu

Latar Belakang
● Sebelum British mendarat, Bintang Tiga PKM mengambil alih
kuasa di Tanah Melayu selama 14 hari
● Mereka menguasai bangunan pentadbiran dan
memperkenalkan undang-undang sendiri

Tindak Balas Orang Melayu


● Bintang Tiga zalim terhadap Orang Melayu dan agama Islam
● Orang Melayu menjalankan Gerakan Fi-Sabilillah untuk
mempertahankan diri sendiri
● Kiai Salleh memimpin penentangan terhadap Bintang Tiga di
Johor

Kompromi dan Usaha Perundingan


● Usaha Dato’ Onn Jaafar:
○ Dato’ Onn Jaafar menyusun perundingan antara Kiai
Salleh dan pemimpin Melayu dengan ketua Bintang
Tiga
○ Kiai Salleh membebaskan orang Cina yang ditahan
dan Bintang Tiga berhenti penguasaan terhadap
Balai Polis Batu Pahat
○ Kompromi tersebut merupakan usaha untuk
mengembalikan keamanan di Johor
● Peranan Raja-raja Melayu:
○ Sultan Pahang dan Sultan Perak mengingatkan
untuk berhenti pergaduhan antara orang Melayu
dengan orang Cina di daerah-daerah mereka
○ Raja Melayu juga berbincang dengan penghulu
untuk menjalankan pemulihan selepas perang

Sarawak Selepas Jepun Menyerah Kalah


● Ketegangan antara kaum berlaku di Sarawak sebelum tentera
Australia mendarat
● Berlaku permusuhan antara bekas gerila peribumi dengan
orang Cina yang menyokong Jepun di Kanowit
● Tentera Australia mengeluarkan perintah berkurung di
Kuching dan berjaya mengelakkan pertumpahan darah antara
kaum

4.1 British Military Administration


Latar Belakang
● British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu bermula
selepas Jepun menyerah kalah
● BMA diarahkan oleh Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi
Tentera Bersekutu di Asia Tenggara
● Brigedier H.C Willan bertanggungjawab untuk merancang hal
ehwal awam di Tanah Melayu
● BMA berhasrat untuk mengembalikan kestabilan dan
memulihkan kepercayaan rakyat Tanah Melayu

Mengembalikan Kestabilan dan Keamanan

● Usaha BMA termasuk membubarkan pasukan MPAJA


● BMA meminta balik senjata yang diberikan kepada MPAJA
tetapi gagal
● BMA juga gagal membanteras masalah jenayah, kongsi gelap
dan ketegangan kaum

Memulihkan Kepercayaan Rakyat


● Rakyat menghadapi kesusahan hidup seperti kekurangan
bekalan makanan, wabak penyakit dan jenayah semasa
pemerintahan Jepun
● Rakyat berharapan bahawa BMA dapat menyelamatkan
mereka
● BMA berusaha mengatasi masalah yang dihadapi rakyat untuk
memulihkan kepercayaan rakyat

Kegagalan BMA

● Inflasi menyebabkan harga barangan seperti beras dan garam


meningkat selepas perang
● British gagal memulihkan sosioekonomi Tanah Melayu
disebabkan masalah membawa masuk teknologi ke sini

4.2 Gagasan Malaysian Union

Latar Belakang

● Gagasan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu


● Menggantikan BMA yang telah gagal

Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union


1. Pentadbiran Malayan Union
● Kesatuan
○ Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri disatukan
di bawah satu pentadbiran
○ Tidak termasuk Singapura
● Raja-raja Melayu
○ Sultan hanya berperanan membincangkan agama
dan adat
● Ketua Pentadbir
○ Malayan Union diketuai oleh Gabenor British
○ Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan di Malayan
Union dikawal oleh Pesuruhjaya Tinggi British
2. Kewarganegaraan
● Prinsip jus soli digunakan
○ Semua yang dilahirkan di Tanah Melayu dan
Singapura diiktiraf sebagai warganegara
○ Umur 18 ke atas: Diberikan kewarganegaraan setelah
bermastautin selama 10 hingga 15 tahun
○ Umur 18 ke bawah: Diberikan kewarganegaraan bagi
yang ibu bapanya merupakan warganegara

British Mendapatkan Tandatangan


Sultan

H.C. Willan Merintis Jalan Menghadap Raja-raja Melayu


● Willan ditugaskan untuk menghadap dan meninjau sokongan
Raja-raja Melayu terhadap British
● Willan berusaha untuk memastikan setiap raja Melayu yang
ditemui akan menandatangani perjanjian

Misi Sir Harold MacMichael Mendapatkan Tandatangan Sultan


● Selepas Willan menjalankan tinjauan, MacMichael datang ke
Tanah Melayu untuk mendapat tandatangan Raja-raja Melayu
● Pada mulanya, raja-raja Melayu menentang untuk
menandatangani perjanjian
● MacMichael akhirnya berjaya mendapat tandatangan Raja-raja
Melayu dengan desakan dan paksaan

4.3 Reaksi Penduduk Tempatan


terhadap Malayan Union

Penentangan Raja-raja Melayu terhadap


Malayan Union

Sebab Penentangan
1. Malayan Union merupakan penjajahan
2. Raja-raja Melayu kehilangan kuasa politik

Cara Bantahan
1. Membawa Kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England
● Kerana MacMichael mendapatkan persetujuan dengan cara
tidak sah

2. Menghantar Surat Bantahan ke London


● Kandungannya termasuk diugut untuk menandatangani
● Tidak diberikan peluang untuk berbincang dengan penasihat
negeri

3. Menyokong Kongres Melayu


● Raja-raja Melayu menyokong Kongres Melayu yang
membantah Malayan Union
● Sultan Selangor menderma $15 ribu kepada tuan rumah
Kongres Melayu Pertama dan merasmikan kongres tersebut

4. Permaisuri Perak Memimpin Gerakan Menentang Malayan


Union
● Raja Perempuan Kelsom mengetuai perarakan bersama
wanita Perak di perhimpunan besar menentang Malayan
Union

5. Memulaukan Upacara Pelantikan Gabenor Malayan Union


● Raja-raja Melayu bersama rakyat memulaukan upacara
pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor
● Cara ini dicadangkan oleh Dato’ Onn Jaafar

Penentangan Rakyat terhadap Malayan


Union

1. Bantahan Akhbar Melayu


● Akhbar Melayu mengutuk Malayan Union yang merugikan
orang Melayu
● Menyeru orang Melayu membantah melalui perhimpunan
besar-besaran
● Melaporkan perkembangan menentang Malayan Union

2. Bantahan Cendekiawan
● Bantahan daripada tokoh pentadbir Melayu dan tokoh wanita

3. Bantahan Persatuan Melayu


● Persatuan Melayu menghimpunkan orang Melayu untuk
membantah tindakan MacMichael melalui rapat umum

4. Bantahan di Negeri Kelantan, Kedah dan Johor


● di Kelantan: 10,000 orang berhimpun di Kota Bahru semasa
MacMichael datang mendapatkan tandatangan sultan
● di Kedah: Orang Melayu berarak di Alor Setar
● di Johor: Dato’ Onn Jaafar memimpin 20,000 orang Melayu
berhimpun menentang Malayan Union

5. Mengadakan Kongres Melayu


● Za’ba menghubungi pemimpin-pemimpin negeri lain untuk
menganjurkan Kongres Melayu yang bertahap kebangsaan
● Kongres ini bersetuju menubuhkan United Malays National
Organisation (UMNO)

6. UMNO Menganjurkan Bantahan Secara Besar-besaran


● UMNO mengadakan bantahan besar-besaran di seluruh
negara
● Gammans dan Rees Williams memerhati penentangan orang
Melayu
● Mereka melapor kepada British bahawa sultan yang
menandatangani Perjanjian Malayan Union tidak menyedari
akibatnya
4.4 Penyerahan Sarawak kepada
Kerajaan British
Latar Belakang
● Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British
● Mendapat tentangan hebat daripada masyarakat tempatan

Faktor Penyerahan Sarawak kepada British

Masalah Pewarisan Takhta


● Vyner Brooke tidak mempunyai anak lelaki untuk
menggantikannya sebagai raja sedangkan beliau semakin tua
dan uzur
● Enggan melantik anak saudaranya, Anthony Brooke (anak
Bertam Brooke) untuk menggantikannya

Desakan Kerajaan British


● Pejabat Tanah Jajahan mendesak Vyner Brooke untuk
menyerahkan Sarawak

Masalah Kewangan
● Vyner Brooke menghadapi masalah kewangan untuk
memulihkan Sarawak sekepas perang
● Banyak kemudahan di Sarawak telah musnah seperti lombong
minyak dan ladang getah

Proses Penyerahan Sarawak kepada


British

1. Pejabat Tanah Jajahan mengutus surat kepada Vyner Brooke untuk


menandatangani perjanjian penyerahan
2. Vyner Brooke mendapat persetujuan daripada ketua tempatan tanpa
pengetahuan rakyat Sarawak
3. British mahu Vyner Brooke mendapatkan juga persetujuan Majlis Negeri
dan rakyat Sarawak
4. British juga membuat tinjauan di Sarawak, hasil tinjauan:
● Peribumi menentang penyerahan Sarawak
● Orang Cina menyokong
● Sesetengah penduduk tidak memahami maksud penyerahan
Sarawak

5. Majlis Negeri meluluskan penyerahan Sarawak selepas membuat undian


6. Sarawak menjadi tanah jajahan British

4.5 Reaksi Penduduk Tempatan


terhadap Penyerahan Sarawak
Terdapat dua golongan dalam kalangan rakyat:
● Golongan menentang penyerahan Sarawak
● Golongan menyokong penyerahan Sarawak

Faktor Penentangan Penyerahan Sarawak

Tindakan Vyner Brooke Bertentangan dengan Perlembagaan


1941
● Perlembagaan 1941 menyatakan bahawa rakyat Sarawak akan
dibimbing untuk memerintah negeri sendiri

Vyner Brooke Mengetepikan Surat Wasiat Charles Brooke


● Golongan menentang ingin mengekalkan pemerintahan
Dinasti Brooke untuk memudahkan kemerdekaan
● Vyner Brooke tidak berbincang dengan Anthony Brooke (Raja
Muda Sarawak)

Gerard T. MacBryan Menggunakan Muslihat


● MacBryan menggunakan desakan dan sogokan untuk
mendapatkan persetujuan ketua tempatan
Bentuk Penentangan Penduduk
Tempatan

Mengadakan Persidangan
● Johari Anang menganjurkan persidangan yang dihadiri oleh
perwakilan Sarawak
● Bertujuan untuk mengadakan demonstrasi menentang
penyerahan Sarawak

Mengadakan Demonstrasi
● Demonstrasi dilakukan ketika kedatangan Gabenor pertama
Sarawak dari British
● Mengangkat poster “Sarawak adalah hak kami” dan lain-lain

Meletakkan Jawatan Beramai-ramai


● British melarang pengawai awam menyertai gerakan
menentang penyerahan
● Seramai 409 orang kakitangan kerajaan meletakkan jawatan
● 56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak
menamatkan pengajian mereka

Bantahan Golongan Wanita


● Cikgu Lily Eberwein mengadakan kempen kesedaran di
rumah panjang
● Beliau merupakan ketua kaum ibu

Menggunakan Akhbar
● Utusan Sarawak digunakan untuk menyebarkan
antipenyerahan
● Pengarang menggunakan tajuk yang tajam seperti “Kerajaan
British Menipu Rakyat”

Menulis Surat Bantahan


● Pergerakan Pemuda Melayu menghantar surat bantahan
kepada kerajaan British
● Anthony menentang penyerahan dengan membuat rayuan ke
mahkamah tetapi ditolak
Menubuhkan Kumpulan Rukun 13
● Rukun 13 ditubuhan secara sulit oleh Pergerakan Pemuda
Melayu
● Rukun 13 ingin menghapuskan pegawai tinggi British di
Sarawak

Peristiwa Sungkit Berdarah

● Rosli Dhoby menikam Duncan Stewart (Gabenor kedua)


● Duncan Stewart meninggal seminggu kemudian
● Peristiwa tersebut dikenali sebagai “Sungkit Berdarah”
● Rosli Dhoby dan pemimpin Rukun 13 dihukum gantung

Reaksi Penduduk yang Menyokong


Penyerahan Sarawak

● Terdapat juga penduduk yang menyokong penyerahan Sarawak


kepada British
● Faktor penduduk menyokong penyerahan ialah:

Memajukan Negeri
● Sarawak mengalami banyak kemusnahan selepas perang
● British boleh memajukan perdagangan, pendidikan, kesihatan
dan taraf hidup penduduk

Memajukan Penduduk Tempatan


● Golongan menyokong menubuhkan Young Malay Association
(YMA)
● YMA membantu orang Melayu yang mundur dalam ekonomi,
pelajaran dan agama

Memberikan Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam


● Golongan intelektual diberikan jawatan profesional dalam
perkhidmatan awam
● Ini dapat membantu Sarawak berkerajaan sendiri
4.6 Penyerahan Sabah kepada
Kerajaan British
Latar Belakang
● Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menyerahkan Sabah
kepada kerajaan British

Faktor Penyerahan Sabah kepada British

Memenuhi Kepentingan British


● British bakal memberikan kemerdekaan kepada Sri Lanka,
India dan Burma
● Sabah dapat menggantikan jajahan tersebut untuk
membekalkan bahan mentah dan kawasan pasaran

Meneruskan Dasar British dalam Hubungan Luar


● Sabah merupakan negeri naungan British sebelum
penyerahan
● British terus menguasai perhubungan luar dan pertahanan
Sabah

Masalah Kewangan SBUB


● Jepun memusnahkan infrastruktur sebelum meninggalkan
Sabah
● SBUB tidak mampu menanggung kos pemulihan

4.7 Reaksi Penduduk Tempatan


terhadap Penyerahan Sabah
Penyerahan Sabah tidak mendapat penentangan disebabkan:
Dasar British

British Menindas Kegiatan Berpersatuan


● Pada awalnya, terdapat persatuan yang bergiat
membangkitkan kesedaran politik
● British melemahkan kegiatan ini dengan menawarkan
jawatan kepada ahli persatuan tersebut
● British juga memindahkan pemimpin persatuan ke bandar
lain
● Jadi, kegiatan berpersatuan semakin lemah

Mengehadkan Peluang dalam Pentadbiran


● Menyebabkan penduduk tempatan kurang berpengalaman
dalam pentadbiran

Kepentingan Sosioekonomi Penduduk


Tempatan

● Dapat membangunkan Sabah selepas perang

5.1 Latar Belakang Penubuhan


Persekutuan Tanah Melayu 1948
● Ditubuhkan untuk menggantikan Malayan Union

Penubuhan Jawatankuasa Kerja

● Untuk membincang asas Perjanjian Persekutuan Tanah


Melayu
● Ahli: Wakil Raja Melayu, wakil UMNO, pegawai kanan British

Cadangan Jawatankuasa Kerja


● Meletakkan semua negeri Melayu di bawah satu pentadbiran
● Memulihkan kedudukan Raja-raja Melayu
● Menjaga keistimewaan orang Melayu dan kepentingan kaum
lain
● Menubuhkan Dewan Perundangan Negeri di setiap negeri
● Mengetatkan syarat kewarganegaraan

Gerakan Nasionalis Melayu Radikal

● British berunding dengan UMNO secara tertutup


● Menyebabkan ketidakpuasan golongan nasionalis Melayu
radikal
● Golongan ini membentuk PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat)

Gabungan PUTERA-AMCJA

● Golongan bukan Melayu pula menubuhkan AMCJA (All Malaya


Council of Joint Action)
● Pengerusinya Tan Cheng Lock
● Mereka membantah kerana:
○ Menganggap British tunduk kepada permintaan
UMNO
○ Tiada wakil Melayu dalam Jawatankuasa Kerja
● AMCJA kemudian bergabung dengan PUTERA
● PUTERA-AMCJA menganggap Perlembagaan Persekutuan
tidak demokratik dan mengukuhkan perkauman

Sumbangan Nasionalis Melayu Radikal

● Memperjuangkan:
○ Hak semua kaum
○ Kebebasan bersuara, berhimpun dan menerbitkan
akhbar
○ Pembelaan terhadap ketidakadilan
● Menerbitkan akhbar Suara Rakyat untuk membuka minda
rakyat
Cadangan PUTERA-AMCJA

● Cadangan PUTERA meliputi:


○ Kedudukan Bahasa Melayu
○ Hal ehwal luar negeri
○ Syarat kewarganegaraan
○ Bendera dan lagu kebangsaan
● Cadangan ACMJA meliputi:
○ Penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura
○ Kerajaan pusat yang kuat
○ Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
○ Kemajuan orang Melayu
○ Adat istiadat dan agama Islam
○ Syarat kewarganegaraan
● PUTERA-AMCJA juga bersama memperkenalkan draf
Perlembagaan Rakyat yang mengandungi cadangan di atas

5.2 Faktor Penubuhan Persekutuan


Tanah Melayu 1948

Penentangan Orang Melayu terhadap


Malayan Union

● Disebabkan Malayan Union membawa kesan negatif kepada


Raja-raja Melayu dan orang Melayu
● Gammans (Ahli Parlimen British) melaporkan kepada Dewan
Parlimen British bahawa huru-hara akan berlaku jika Malayan
Union dilaksanakan

Cadangan Raja-raja Melayu

● Cadangan Raja-raja Melayu kepada Sir Edward Gent (Gabenor


Malayan Union):
○ Persekutuan harus bertaraf naungan, bukan tanah
jajahan
○ Malayan Union digantikan
○ Gabenor digantikan dengan Pesuruhjaya Tinggi
○ Raja berkuasa dalam perundangan
○ Perkataan “Negeri-negeri Melayu” perlu muncul

Sokongan Pentadbir British

● Disokong kerana dapat mewujudkan keamanan, kestabilan


dan kemajuan ekonomi
● Sir Ralph Hone mencadangkan supaya melibatkan Raja-raja
Melayu dalam pentadbiran
● British juga sedang melaksanakan dasar dekolonisasi yang
disarankan oleh PBB

5.3 Ciri-ciri Persekutuan


Tanah Melayu 1948
Pentadbiran

● Persekutuan merupakan gabungan sembilan negeri Melayu


dan dua Negeri-negeri Selat
● Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
● Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan
Persekutuan ditubuhkan
○ Untuk membantu Pesuruhjaya Tinggi British

Kuasa Raja-raja Melayu

● Majlis Raja-Raja dibentuk untuk membolehkan Raja-raja


Melayu memberi pandangan
● Sultan berperanan mengesahkan rang undang-undang oleh
Dewan Perundangan Negeri
Perundangan

● Majlis Perundangan Persekutuan:


○ Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi
○ Bidang kuasa: Hal ehwal luar, ketenteraman awam,
kehakiman, perdagangan, komunikasi dan
percukaian
● Rang undang-undang perlu mendapat perkenan Raja-raja
Melayu

Kewarganegaraan

● Syarat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang:


○ Jus soli hanya untuk rakyat Raja dan rakyat British
○ Jika lahir di luar negeri ayahnya, pemohon mesti ialah
rakyat Raja dan rakyat British
○ Penduduk asal negeri Melayu yang lahir sebelum,
semasa atau selepas tarikh Perjanjian Persekutuan
○ Rakyat Raja dan mereka yang telah serasi adat resam
dan bertutur bahasa setempat, boleh memohon
melalui mana-mana undang-undang yang
dikuatkuasakan
● Syarat kewarganegaraan secara pendaftaran:
○ Dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu dan
bermastautin selama 15 tahun
○ Mempunyai tingkah laku yang baik, tiada rekod
jenayah, menguasai bahasa Melayu dan Inggeris, dan
bersetuju taat setia kepada Persekutuan
5.4 Kesan Penubuhan
Persekutuan Tanah Melayu
1948
Mengembalikan Kedudukan Raja-raja Melayu

● Majlis Raja-Raja diwujudkan


● Raja perlu dirujuk bagi perkara dalam bidang kuasa kerajaan
Persekutuan

Menjaga Kedudukan Istimewa Orang Melayu

● Perjanjian Persekutuan mengiktiraf kedudukan istimewa


orang Melayu
● Selain menjaga kepentingan sah kaum lain

Membuka Ruang Kewarganegaraan

● Kepada orang bukan Melayu

Mewujudkan Kerjasama Kaum

● Melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum


(CLC)
● Berjaya memupuk persefahaman pemimpin pelbagai kaum
● Cadangan CLC dimasukkan dalam usul perundangan
6.1 Kemasukan Pengaruh
Komunis di Negara Kita
Kemasukan Pengaruh Komunis dari
China

● Ideologi komunis mula dibawa masuk oleh Parti Kuomintang


(KMT) dari China
● Cawangan KMT ditubuhkan di negeri Melayu untuk
menyebarkan pengaruh komunis
● The Communist International (Comintern) dari Moscow juga
mengarahkan penubuhan Parti Komunis Nanyang (PKN) di
sini
● Comintern mengarahkan penubuhan parti baharu iaitu Parti
Komunis Malaya (PKM) kerana PKN tidak berjaya

Kemasukan Pengaruh Komunis dari


Indonesia

● Partai Komunis Indonesia (PKI) membuka cawangan di Tanah


Melayu setelah gagal menguasai Pulau Jawa
● Tidak mendapat sambutan orang Melayu kerana mereka
menggunakan kekerasan
Penubuhan Parti Komunis Malaya

● PKM semasa zaman pendudukan Jepun:


○ Bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun
○ Membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army
(MPAJA) dan Bintang Tiga
○ Menerima bantuan senjata dan perubatan daripada
British
● PKM mengambil peluang selepas Jepun menyerah kalah
disebabkan kelewatan British kembali ke Tanah Melayu
● Mereka melakukan kekejaman terhadap orang Melayu, Cina
dan India yang didakwa pernah bersuhabat dengan Jepun
● Apabila British Military Administration (BMA) mengambil alih
pentadbiran, MPAJA dibuburkan tetapi PKM masih dibenarkan
bergerak
● Pergerakan komunis mengancam ekonomi dan keselamatan
negara
● Justeru British meluluskan Trade Union Ordinance No. 9 of
1948 untuk menyekat komunis dan akhirnya mengharamkan
PKM

6.2 Ancaman Komunis di


Negara Kita
Perisytiharan Darurat

● PKM melancarkan perjuangan bersenjata untuk menubuhkan


Republik Komunis di Tanah Melayu
● Komunis membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di
Perak
● Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu

Tindakan Komunis

Melumpuhkan Ekonomi
● Komunis menyerang lombong bijih timah dan ladang getah
untuk melemahkan ekonomi British

Merosakkan Infrastruktur
● Komunis merosakkan kemudahan asas seperti:
○ Landasan kereta api
○ Kemudahan telefon dan telegraf
● Mereka juga menyerang pekerja awam yang membaiki jalan
raya dan sistem perairan

Mengancam Keselamatan Rakyat


● Komunis menganiaya dan membunuh penduduk yang tidak
mahu bekerjasama
● Komunis mencampakkan bom tangan di Kampar, Perak
○ Menyebabkan 46 kecederaan parah dan 4 kematian

Mengancam Pasukan Keselamatan


● Komunis menyerang balai polis
● Untuk mencetuskan huru-hara dan menunjukkan kerajaan
tidak berupaya melindungi rakyat

6.3 Usaha Menangani


Ancaman Komunis
Penguatkuasaan Undang-Undang
Darurat

● Menahan sesiapa yang disyaki terlibat dalam komunis tanpa


perbicaraan
● Hukuman berat terhadap yang membantu komunis
● Hukuman mati terhadap yang membawa senjata api
● Memeriksa rumah kediaman dan memagar kampung
● Mengharamkan PKM dan parti politik radikal
● Menangkap pemimpin gerakan radikal
Pemerkasaan Pasukan Keselamatan

Polis
● Cawangan Khas
○ Ditubuhi oleh Guy C. Madoc sebagai badan perisikan
○ Anggota menyamar sebagai komunis untuk
mendapatkan maklumat

● Special Constables (SC)
○ Barisan hadapan menghadapi komunis
○ Mengawal ladang dan kawasan lombong
● Polis Hutan
○ Memburu komunis dan meronda di hutan

● Polis Wanita
○ Barbara D.R. Wentworth (polis wanita pertama)
dilantik untuk melatih dan menyusun pasukan polis
wanita

● Senoi Praaq (Urang Perang)
○ Dikenali sebagai Urang Perang dalam bahasa Semai
○ Dianggotai oleh Orang Asli suku Senoi, Semai dan
Temuan
○ Tugasnya mengesan tempat persembunyian
komunis di dalam hutan

● Auxiliary Police (AP)
○ Tugasnya menbantu polis menentang komunis
○ Mereka mempertahankan bandar dan kampung

Tentera
● Pasukan Askar Melayu
○ Melawan gerila komunis di dalam hutan
○ Berjaya memusnahkan kubu komunis
● Pasukan Askar Komanwel
○ Kerajaan membawa masuk askar dari negara-negara
Komanwel
○ Seperti dari Britain, Australis, New Zealand dan India
● Sarawak Rangers
○ Terdiri daripada orang Iban
○ Mahir dalam selok-belok hutan
○ Cogan kata “Agi Idup Agi Ngelaban” (bermaksud
“Selagi hidup selagi melawan”)
Sukarelawan
● Home Guard
○ Tugasnya melindungi kampung dan pekerja
lombong bijih timah
○ Mereka juga membantu menyekat pergerakan
makanan dan ubatan komunis

Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan

● Sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad


pengenalan diperkenalkan
● Semua yang berumur 12 tahun ke atas dikehendaki
mendaftarkan diri
● Kad pengenalan diwajibkan dibawa bersama di mana-mana
● Memudahkan proses membezakan orang awam dengan
komunis

Rancangan Briggs

● Diketuai oleh Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs


● Untuk memutuskan hungan PKM dengan Min Yuen
● Min Yuen ialah satu pertubuhan yang membekalkan makanan
dan senjata kepada PKM

Tawaran Pengampunan

● Sir Henry Gurney mengisytiharkan pengampunan kepada


komunis supaya menyerah diri
● Cara pengisytiharan disiarkan:
○ Melalui penyiaran Radio Malaya
○ Risalah dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil
○ Iklan dan wayang gambar

Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat

● Dimulakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan


● Penduduk berbilang kaum diseru menyertai secara sukarela
● Kempen ini mengeratkan hubungan antara kaum
Perintah Berkurung

● Penduduk dilarang keluar dari rumah dalam tempoh tertentu


● Memudahkan operasi memburu komunis

Perang Saraf

Templer melaksanakan perang saraf untuk memenangi hati rakyat dalam


usaha menghapuskan komunis. Cara-caranya termasuklah:
● Mengadakan lawatan
○ Templer melawat ke kampung, pondok polis dan
lombong untuk mendengari masalah rakyat
● Melonggarkan syarat kewarganegaraan
○ Menarik bukan Melayu untuk menjadi rakyat Tanah
Melayu
○ Untuk mewujudkan bangsa yang bersatu
● Mengadakan pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
○ Menggalakan penglibatan bukan Melayu dalam
politik untuk mendapat sokongan mereka
● Menawarkan hadiah wang tunai
○ Kepada penduduk yang menangkap atau
memberikan maklumat gerila komunis
● Memenangi kepercayaan Orang Asli
○ Mendirikan 14 kubu untuk Orang Asli
○ Kubu tersebut mempunyai kemudahan perubatan,
pendidikan dan perlindungan
● Memajukan perkhidmatan penerangan
○ Jabatan Penerangan dan Perkhidmatan Radio Malaya
menyerbarkan risalah antikomunis
● Memperkenalkan kawasan hitam dan kawasan putih
○ Kawasan hitam: Kawasan kegiatan komunis masih
aktif
○ Kawasan putih: Kawasan bebas ancaman komunis

Rundingan Baling

● Tunku Abdul Rahman bertemu dengan Chin Peng (pemimpin


PKM) di Baling, Kedah
● Tunku meminta PKM meletakkan senjata dan menyerah diri
● Chin Peng menetapkan syarat PKM diakui sebagai sebuah
parti politik yang sah
● Tunku enggan dan rundingan tersebut gagal
6.4 Kesan Zaman Darurat terhadap
Negara Kita

Aspek Politik

● Meningkatan jumlah warganegara


○ Disebabkan syarat kewarganegaraan dilonggarkan
● Malayan Chinese Association (MCA) ditubuhkan
○ Penubuhan MCA menyakinkan British bukan semua
orang Cina menyokong komunis
● Mempercepat kemerdekaan
○ Kemerdekaan sebagai jalan keluar selepas darurat
○ Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya
Umum menyakinkan British

Aspek Sosioekonomi

● Meningkatkan kos perbelanjaan British


○ Perbelanjaan yang memerlukan kos yang tinggi
semasa darurat:
​ – Perbelanjaan membanteras komunis
​ – Menyelesaikan masalah penempatan
semula penduduk di pinggir hutan
​ – Pembangunan Kampung Baru
● Menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan kepada rakyat
○ Pengeluaran makanan berkurang
○ Pelombong menjadi sasaran komunis
○ Terpaksa mematuhi peraturan yang dikenakan oleh
kerajaan
● Merenggangkan hubungan kaum
○ Setiap kaum ditempatkan di penempatan yang
berbeza
○ Kawalan ketat menyebabkan penduduk berbilang
kaum sukar untuk berinteraksi
● Pengorbanan
○ Termasuk pasukan keselamatan, komunis dan orang
awam

Penamatan Darurat

● Darurat ditamatkan pada 31 Julai 1960 selepas berlangsung


selama 12 tahun
7.1 Latar Belakang Idea Negara
Merdeka

Kesatuan Melayu Muda (KMM)

● Dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob


● Matlamat:
○ Memperjuangkan kemerdekaan melalui Melayu Raya

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

● Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi


● Matlamat:
○ Menanam semangat kebangsaan
○ Bekerjasama dengan kaum lain demi perpaduan
● Juga menggunakan konsep Melayu Raya

Angkatan Pemuda Insaf (API)

● Dipimpin oleh Ahmad Boestamam


● Matlamat:
○ Pemerintahan demokrasi dan dasar ekonomi yang
berteraskan rakyat
● Berjuang secara lembut tetapi menggunakan kekerasan jika
terpaksa
● Diharamkan oleh British atas imej radikal

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak

● Dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah


● Matlamat:
○ Sarawak menjadi negeri merdeka di bawah
pemerintahan Raja Brooke

Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)

● Matlamat:
○ Sanggup berkorban demi memerdekakan Sarawak
● Menubuhkan pasukan Rukun 13 untuk membunuh pengawai
British dan Datu Melayu yang sokong penyerahan Sarawak

United Malays National Organisation


(UMNO)

● Dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar


● Matlamat:
○ Menyatukan orang Melayu
○ Mempertahankan hak bangsa Melayu
○ Mempertahankan kedudukan Raja-raja Melayu
○ Memerdekakan Tanah Melayu melalui perundingan
● Menentang Malayan Union

Parti Kebangsaan Melayu Labuan


(PKML)

● Dipimpin oleh Tengku Noordin dan Zakaria Gunn


● Matlamat:
○ Memerdekakan Sabah daripada British
● Menggunakan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah

Malayan Indian Congress (MIC)

● Diasaskan oleh John Thivy


● Matlamat:
○ Bekerjasama dengan kaum lain untuk
memerdekakan Tanah Melayu
○ Kewarganegaraan kepada mereka yang taat setia
kepada Tanah Melayu sebagai tanah air

Hizbul Muslimin

● Dilahirkan daripada perhimpunan Majlis Agama Islam


Tertinggi (terdiri daripada ulama)
● Matlamat:
○ Memerdekakan Tanah Melayu sebagai negara Islam
● Telah diharamkan oleh British

Malayan Chinese Association (MCA)

● Dipimpin oleh Tan Cheng Lock


● Matlamat:
○ Menjadikan Tanah Melayu yang berbilang kaum
sebuah negara yang berdemokrasi penuh
○ Menyatukan masyarakat Cina dan bekerjasama
dengan kaum lain untuk memerdekakan Tanah
Melayu

Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)

● Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi


● Matlamat:
○ Tanah Melayu merdeka dengan menjalankan hukum
Islam
○ Membina satu negara dan bangsa yang teguh
○ Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang
tunggal
Independence of Malayan Party (IMP)

● Diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar


● Beliau berpendapat tuntutan kemerdekaan tidak boleh dibuat
tanpa kerjasama kaum lain
● Beliau mahu orang Melayu menjadi pemimpin tetapi kaum
lain juga diberi hak politik dan ekonomi

7.2 Jawatankuasa Hubungan


Antara Kaum

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan


Antara Kaum

● Juga dikenali sebagai Communities Liaison Committee (CLC)


● Ditubuh kerana British hanya memberikan kemerdekaan jika
kerjasama antara kaum wujud
● Objektif pembentukan CLC:
○ Mengkaji hubungan antara kaum
○ Pembahagian sumber politik, ekonomi, dan sosial
yang adil
○ Harmoni dalam kalangan penduduk

Peranan Jawatankuasa Hubungan Antara


Kaum

Isu-isu yang dibincangkan


● Isu persediaan berkerajaan sendiri
● Isu kedudukan istimewa orang Melayu
● Isu orang Melayu tidak mendapat peluang yang sama dalam
ekonomi
● Isu pemberian syarat kepada bukan Melayu
● Isu sistem persekolahan yang berbeza mengikut kaum

Kesan Peranan CLC terhadap Perpaduan Kaum


● Pilihan raya diadakan
● Kedudukan istimewa orang Melayu diperakui dan
kepentingan sah kaum lain juga dijaga
● Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) ditubuhkan
untuk memajukan luar bandar
● Syarat kewarganegaraan dilonggarkan kepada bukan Melayu
● Jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan
yang diterima semua

7.3 Sistem Ahli

Pembentukan Sistem Ahli

Tujuan: Melatih penduduk tempatan mentadbir sendiri

Ahli-ahli Portfolio:
Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri – Dato’ Onn Jaafar

Ahli Pelajaran – E.E.C Thuraisingham

Ahli Kesihatan – Lee Tiang Keng

Ahli Pertanian dan Perhutanan – Tunku Yaacob ibni Sultan Abd. Hamid

Ahli Tanah, Lombong dan Perhubungan – Dato’ Mahmud Mat

​ Portfolio yang kekal dibawah British:


​ – Hal Ehwal Ekonomi
​ – Perindustrian dan Perhubungan Sosial
​ – Perumahan dan Kerja Raya

Ciri-ciri Sistem Ahli


● Ahlinya bertaraf ‘Menteri’ dan menjaga satu portfolio
● Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya British
● Ahli mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan
portfolionya
● Merupakan sistem kabinet bayangan

Kepentingan Sistem Ahli ke Arah


Kemerdekaan

● Pendedahan kepada penduduk tempatan dalam pentadbiran


● Memupuk perpaduan kaum kerana ahlinya daripada
pemimpin berbilang kaum
● Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu mendapat
sokongan semua penduduk

7.4 Sistem Pendidikan Kebangsaan


Beberapa laporan atau undang-undang tentang sistem pendidikan
kebangsaan telah diterbitkan

Laporan Barnes 1951


● Menekankan sekolah rendah sebagai tempat membina rupa
bangsa
● Kandungan:
○ Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau
bahasa Inggeris
○ Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris
Laporan Fenn-Wu 1951
● Berikutan bantahan masyarakat Cina terhadap Laporan
Barnes
● Kandungan:
○ Sekolah Cina diteruskan dengan berorientasikan
Tanah Melayu

Ordinan Pelajaran 1952


● Undang-undang yang diluluskan bagi sistem pendidikan yang
menggunakan bahasa rasmi Persekutuan
● Kandungan:
○ Terdapat dua jenis sekolah rendah, iaitu yang
menggunakan bahasa Melayu dan yang
menggunakan bahasa Inggeris
○ Bahasa ibunda diajar sekiranya terdapat 15 orang
murid
○ Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris

Laporan Woodhead di Sarawak


● Cadangan tentang pendidikan di Sarawak
● Diterima di Sabah dengan beberapa pindaan
● Kandungan:
○ Sekolah menengah yang menggunakan bahasa
Inggeris
○ Menyeragamkan sukatan pelajaran
○ Buku teks yang berunsur tempatan
○ Pendidikan sivik diajar secara formal

Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956


● Mencadangkan sistem pelajaran kebangsaan yang baharu
● Kandungan:
○ Sekolah Umum (rendah) menggunakan bahasa
Melayu
○ Sekolah Jenis Umum menggunakan bahasa Inggeris,
Cina atau Tamil
○ Bahasa Melayu dan Inggeris menjadi mata pelajaran
wajib
○ Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan
bahasa Melayu
○ Bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran
7.5 Penubuhan Parti Politik

Kerjasama Politik ke Arah Kemerdekaan

Pakatan PUTERA-AMCJA
● Memupuk kerjasama politik antara kaum
● Melahirkan Manifesto Perlembagaan Rakyat:
○ Pemerintahan sendiri
○ Pembentukan Dewan Perundangan
○ Menerima kewarganegaraan yang hanya satu

Persidangan Kebangsaan
● Disertai oleh IMP, MIC dan Persatuan Ceylonese Malaya
● Untuk membentuk gabungan parti politik kebangsaan yang
bersatu
● Menuntut pilihan raya Persekutuan diadakan

Konvensyen Kebangsaan
● Dihadiri oleh UMNO, MCA dan PAS
● Mendesak British mengadakan pilihan raya Persekutuan

Pembentukan Parti Perikatan


● Dibentuk oleh UMNO, MCA dan MIC yang melambangkan tiga
kaum terbesar
BAB 8 PILIHAN RAYA
Syarat untuk Menjadi Pengundi dan Calon

Pengundi
● Warganegara Persekutuan Tanah Melayu
● 21 tahun ke atas
● Layak memohon menjadi pengundi jika telah tinggal di
persekutuan enam bulan terdahulu

Calon
● Warganegara Persekutuan Tanah Melayu
● 21 tahun ke atas
● Telah tinggal di persekutuan selama 12 bulan sebelum hari
penamaan calon
● Berpengetahuan bahasa Inggeris dan Melayu

Penubuhan Majlis Perundangan


Persekutuan

● Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) terbentuk hasil


daripada pilihan raya
● MPP berperanan menggubal undang-undang pada peringkat
persekutuan
● Kerajaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman mula
mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu
● Proses peralihan kuasa berlaku secara berperingkat,
Pesuruhjaya Tinggi British masih berkuasa menentukan hala
tuju

Kabinet Pertama

● Setiap Menteri bertanggung jawab terhadap portfolio


masing-masing
● Meneruskan sistem pentadbiran yang berdasarkan Model
Westminster
● Berusaha meminta Kuasa Veto (kuasa batal) Pesuruhjaya
Tinggi dimansuhkan
● Membincangkan isu-isu negara seperti:
○ Keselamatan dalam negeri
○ Pertahanan
○ Kewangan

Perkembangan Pilihan Raya

● Pilihan raya diadakan selaras dengan perjanjian Persekutuan


Tanah Melayu 1948
● Jawatankuasa Pilihan Raya ditubuhkan
● Ordinan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan diluluskan:
○ Memberi majlis tempatan kuasa untuk mengadakan
pilihan raya
● Pilihan raya majlis perbandaran diadakan sebelum pilihan raya
negeri

Proses Pilihan Raya Majlis Perundangan


Persekutuan 1955

1. Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan menentukan


kawasan pilihan raya
2. Rang undang-undang diluluskan untuk membolehkan pilihan
raya
3. Pendaftaran pengundi
4. Kempen pilihan raya
5. Mengundi
6. Pengiraan undi
7. Pengumuman keputusan
BAB 9 PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
1957
Rundingan dengan Kerajaan British di
London
● Wakil Parti Perikatan dan wakil Raja-raja Melayu membuat
rombongan ke London untuk berunding dengan British
● Perkara yang dipersetujui:
○ Menggantikan jawatan Setiausaha Kewangan
dengan Menteri Kewangan
○ Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri Pertahanan
dilantik dalam kalangan rakyat Persekutuan Tanah
Melayu
○ British dan Komanwel akan memberikan bantuan
seperti pertahanan
○ Pegawai British yang diberhentikan perlu diberikan
ganti rugi

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan


Tanah Melayu

● Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu


(Suruhanjaya Reid) dibentuk berikutan persetujuan di London
● Pengerusinya Lord Reid dari British
● Tugas: Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Gerak Kerja:
● Meminta cadangan penduduk
● Menerima memorandum daripada pelbagai pihak
● Meneliti kedudukan negeri dalam perlembagaan
● Menghadap Raja-raja Melayu dan Penasihat British
● Mengadakan persidangan dan membuat laporan
pembentukan perlembagaan

Memorandum yang Diterima oleh


Suruhanjaya

Memorandum daripada Pihak Raja-raja Melayu


● Mencadangkan jawatan Yang di-Pertuan Agong
○ Bertindak sebagai Ketua Negara
○ Dipilih oleh Raja-raja Melayu
○ Tempoh jawatan ialah lima tahun
● Kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan kaum
lain dilindungi oleh Raja-raja Melayu

Memorandum daripada Parti Politik dan Awam


● UMNO menolak jus soli
● Masyarakat India menuntut kewarganegaraan mereka diteliti
● MCA menuntut sekolah vernakular diteruskan

Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

● Kewarganegaraan berdasarkan jus soli


● Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan
● Raja Berperlembagaan dengan seorang Yang di-Pertuan
Agong
● Parlimen dengan Dewan Negara dan Dewan Rakyat

Reaksi terhadap Draf Perlembagaan

● UMNO dan PAS:


○ Bimbang bahawa kewarganegeraan yang longgar
akan menjejas kedudukan istimewa orang Melayu
○ Meminta meningkatkan kedudukan agama Islam
dalam Persekutuan
○ Mahu bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi
● Sebahagian pertubuhan Cina ingin menjadikan bahasa
Mandarin sebagai bahasa kebangsaan
● MIC meminta syarat kewarganegaraan dan penggunaan
bahasa Tamil diteliti
● Draf Perlembagaan akhirnya diluluskan selepas pindaan
dibuat
Kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1957

● Pengamalan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi


Berparlimen
● Individu yang dilahirkan di dalam Persekutuan (pada hari
merdeka atau selepas) akan diberikan kewarganegaraan
● Kedudukan istimewa orang Melayu dijaga
● Agama Islam sebagai agama Persekutuan
● Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
BAB 10 PEMASYHURAN
KEMERDEKAAN
Pandangan Tokoh Terhadap Kemerdekaan

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani


● Rakyat perlu membebaskan diri daripada pihak luar dengan
semangat jinsiyyah dan wataniyyah

Mahatma Gandhi
● Setiap negara berhak untuk menguruskan negara sendiri
demi keharmonian hidup

Nelson Mandela
● Kebebasan daripada sebuah sistem yang menindas

Soekarno
● Kebebasan selama-lamanya daripada politik penindasan

Tunku Abdul Rahman


● Kemerdekaan ialah satu tempat perhentian dalam perjalanan
menjadi negara berdaulat

Tun Dr. Mahathir Mohamad


● Semangat menyayangi negara dengan sepenuh hati selain
kebebasan daripada penjajahan

Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita


Politik
● Mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi
Berparlimen

Peringkat Antarabangsa
● Menganggotai Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB)

Ekonomi
● Rancangan Malaya Pertama
○ Menumpukan pada luar bandar
○ Mempelbagaikan hasil pertanian
○ Menambahkan peluang pekerjaan
● Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
○ Menempatkan semula keluarga luar bandar
○ Mereka menanam getah atau kelapa sawit di tempat
baharu

Sosial
● Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan
● Jabatan Penerangan
○ Ditubuhkan untuk menyampaikan maklumat kepada
rakyat
● Hospital ditubuhkan
● Penyediaan bekalan elektrik dan air bersih diutamakan

Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah


Melayu

Wilayah Pengaruh
● Terdiri daripada negeri-negeri yang mempunyai Sultan atau
Yang Dipertua Negeri

Kerajaan
● Mentadbir negara
● Terbahagi kepada Badan Perundangan, Eksekutif dan
Kehakiman
● Dipilih melalui pilihan raya

Kedaulatan Undang-undang
● Memastikan kesejahteraan negara
● Semua penduduk tertakluk di bawah undang-undang

Lambang Kebangsaan
● Simbol perpaduan
● Contoh: Jata Negara dan Jalur Gemilang

Rakyat
● Mempunyai hak asasi di sisi undang-undang

You might also like