You are on page 1of 15

TAMADUN AWAL KERAJAAN ASIA TENGGARA

KERAJAAN MARITIM

• Kerajaan yang menjalankan kegiatan yang berkaitan dengan perdagangan @


kelautan
• Kerajaan ini terletak di:
➢ persisiran pantai
➢ berdekatan dengan laut
➢ di muara sungai
➢ masyarakatnya menjalankan kegiatan
➢ perdagangan
➢ membuat kapal
➢ kegitan perikanan
➢ pelabuhan muncul sebagai pusat perdagangan di kuala sungai.

• Pelabuhan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan:


➢ bekalan air
➢ tempat tinggal
➢ tempat menyimpan barang dagangan
➢ kawasan berjual-beli
➢ dalam urusan perdagangan, kerajaan maritim berfungsi sebagai orang
tengah
➢ kerajaan ini menjadi pusat pengumpulan barangan dari kawasan
pedalaman dan pulau-pulau berhampiran

• Contoh barangan dagangan:


➢ hasil hutan
➢ rempah-ratus
➢ ubat-ubatan
➢ gaharu
➢ cendana
➢ damar

• Barangan tersebut mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa


• Kegiatan perdagangan dijalankan di pelabuhan utama yang berfungsi sebagai
pelabuhan entrepot

• Barangan tersebut juga dijual kepada pedagang asing dari:


➢ Eropah
➢ Arab
➢ India
➢ China
• kemahiran masyarakat:
➢ membuat kapal
➢ menguasai ilmu pelayaran
➢ mampu belayar hingga ke Afrika Timur

• Contoh kerajaan Maritim:


➢ kerajaan Champa
➢ kerajaan Chih Tu
➢ kerajaan Srivijaya
➢ kerajaan kedah Tua
➢ kerajaan Majapahit

KERAJAAN AGRARIA

• Kerajaan agraria merupakan kerajaan yang menjalankan kegiatan


ekonomi berasaskan pertanian.
• Kerajaan ini terletak di:
➢ kawasan tanah subur
➢ lembangan sungai
➢ kawasan pedalaman
• Masyarakatnya menjalankan kegiatan:
➢ berburu
➢ memungut hasil hutan
➢ menangkap ikan
• Menjalankan Kegiatan Pertanian
➢ ubi taro
➢ padi huma
➢ padi sawah
• Menternak binatang
• Kemahiran masyarakat:
➢ membina empangan dan saliran
o penting untuk kegiatan pertanian
• Contoh kerajaan Agraria:
➢ kerajaan Angkor
➢ kerajaan Funan
KERAJAAN LANGKASUKA

LATAR BELAKANG
Langkasuka merupakan antara kerajaan tertua di Tanah Melayu. Kerajaan ini juga digelar
sebagai Negeri Melayu Purba. Sejarah kewujudannya di sekitar utara Semenanjung Malaysia.
Langkasuka merupakan nama yang tidak asing dalam Hikayat Merong Mahawangsa.
Kerajaan tersebut dipercayai ditubuhkan pada abad pertama Masihi. Kekuasaan
pemerintahan kerajaan Langkasuka ini bertakhta selama beratus-ratus tahun lamanya. Raja
Merong Mahawangsa merupakan raja pertama dalam tampuk pemerintahan kerajaan
Langkasuka. Akan tetapi, kerajaan Langkasuka mengalami zaman kejatuhan pada akhir abad
ke-14.
Kebanyakan sejarawan menganggap Kedah sebagai negeri yang tertua di Tanah Melayu. Di
samping itu, dalam Hikayat Merong Mahawangsa turut menyebut negeri Kedah dan
menyatakan beberapa kawasan yang berhubung kait dengan Negeri Kedah. Antaranya ialah
Raja Merong Mahawangsa menamakan tempat pemerintahan kerajaan Langkasuka itu
dengan nama negeri Kedah Zamin Turan. Baginda raja turut menitah kepada anakandanya,
Raja Merong Mahapudisat;
“Hai anakku Raja Merong Mahapudisat, jikalau anakku beroleh anak pada zaman ini, hendaklah
anakku rajakan akan dia seorang sebelah utara barat laut, seorang sebelah selatan timur
menenggara daripada negeri Kedah ini, dan seorang sebelah matahari naik antara timur laut.
Maka di dalam negeri Kedah ini pun jangan sekali-kali anakku suruh tinggalkan, kerana zaman
ini banyak sangat bumi yang hampa yang tiada orang didiami, baharu sangatlah menjadi tanah
daratan, supaya termasyhur nama kita pada segala negeri. Jangan jadi sia-sia pekerjaan
ayahanda yang sudah tua ini, terlangsung mari membuat negeri di tanah bumi ini.”

Kenyataan tersebut dapat menyokong segelintir pendapat sejarawan yang mengatakan


kerajaan Langkasuka adalah berpusat di Negeri Kedah.
SEJARAH RINGKAS MERONG MAHAWANGSA DAN KERAJAAN LANGKASUKA
Hikayat Merong Mahawangsa merupakan salah sebuah epilog penceritaan tentang lahirnya
pemerintahan kerajaan di Tanah Melayu. Kewujudan hikayat ini adalah hasil kesusasteraan
Melayu tradisional. Karya ini merupakan hikayat yang berkonsepkan sastera sejarah. Karya
agung ini didokumentasikan atas perkenan dan perintah raja agar asal-usul keturunan
baginda diketahui oleh masyarakat umum. Unsur mitos dan lagenda yang menghiasi
penceritaan dalam hikayat ini merupakan keterangan tentang keturunan raja-raja di negeri
Kedah.
Dalam catatan Hikayat Merong Mahawangsa ada menceritakan Raja Kedah iaitu Merong
Mahawangsa pada asalnya adalah seorang duta yang mewakili Maharaja Rom untuk
membawa puteranya berkahwin dengan Puteri Maharaja China. Dalam pelayaran itu,
angkatan mereka telah diserang oleh burung Garuda, menyebabkan bahtera mereka musnah
dan Merong Mahawangsa terdampar di suatu kawasan di negeri Kedah. Bermula daripada
situlah Raja Merong Mahawangsa membuat istananya di timur Gunung Jerai berhampiran
dengan laut lalu menamakannya ‘Kota Langkasuka’.

Langkasuka sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla
University di Patani, Seni Madakakul bahwa Langkasuka itu terletak di Patani. Pendapat
beliau ini didukung oleh ahli sejarawan lainnya seperti Prof. Zainal Abidin Wahid, Mubin
Shepard, Prof. Hall dan Prof. Paul Wheatly. Lebih jauh bahkan Sir John Braddle menegaskan
bahwa kawasan timur Langkasuka meliputi daerah pantai timur Semenanjung, mulai dari
Senggora, Patani, Kelantan sampai ke Trengganu, termasuk juga kawasan sebelah utara
negeri Kedah (M. Dahlan Mansoer, 1979).
Dalam buku sejarah negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa, ada menyebutkan bahwa
negeri Langkasuka terbagi dua: Sebagian terletak di negeri Kedah yaitu terletak di kawasan
tebing sungai Merbok. Sebagian lainnya terletak di sebelah timur Kedah, yaitu di pantai Laut
China Selatan. Dalam hal ini Prof. Paul Wheatly tanpa ragu mengatakan bahwa Langkasuka
terletak di Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan temuan kepingan batu-batu
purba peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota pada
masa itu). Konon, menurut buku Negarakertagama, Jerang atau Djere merupakan ibukota
Langkasuka.
SISTEM PEMERINTAHAN DI VIETNAM SEBELUM KEDATANGAN BARAT

Sistem pentadbiran di Vietnam sebelum campur tangan Perancis pada abad ke-19
mempunyai sistem pentadbiran yang teratur.

• Sistem pentadbirannya terdiri daripada sistem beraja dan sistem pembesar.


• Institusi beraja di Vietnam, diasaskan oleh Maharaja Gia Long. Baginda telah
mengasaskan Dinasti Nguyen pada tahun 1801 setelah berjaya menggulingkan
keluarga Tayson dan menyatukan semua wilayah.
• Institusi beraja di Vietnam mengambil contoh dan dipengaruhi oleh China dengan
konsep mandat dari syurga dan Confucianisme.
• Sistem pembesar pula merupakan tulang belakang dalam sistem pentadbiran beraja
di Vietnam. Pembesar Vietnam digelar quan atau Mandarin. Pembesar terbahagi
kepada pembesar pusat, daerah dan kampung
Sistem beraja/maharaja

• Maharaja berada pada puncak kekuasaan. Sistem maharaja di Vietnam menerima


pengaruh China dengan mengamalkan konsep “mandat dari syurga”. Melalui konsep
ini, maharaja harus dihormati kecuali sekiranya maharaja kehilangan mandat dari
syurga. Maharaja yang kehilangan mandat harus digulingkan dan maharaja baharu
harus dilantik.
• Maharaja harus memastikan kesejahteraan negara dan rakyatnya dengan memberi
contoh yang baik. Hal ini bertepatan dengan falsafah Confucius, “Seseorang
pemerintah samalah seperti angin dan sifat rakyatnya pula seperti rumput, rumput
akan tunduk mengikut arah angin bertiup”.
• Maharaja mempunyai peranan dalam politik, ekonomi dan sosial.
(i) Peranan dalam pentadbiran
• Maharaja merupakan ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam
pemerintahan dan urusan keagamaan.
• Maharaja berperanan sebagai ketua negara, ketua pentadbir, sumber
autoriti dan mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran.
• Maharaja dipercayai mendapat mandat dari syurga atau tuhan untuk
memerintah negara.
• Maharaja akan melantik pegawai dalam kalangan anggota kerabat diraja
dan memberi mandat kepada mereka untuk menjalankan tugas-tugas
rasmi dalam bidang keagamaan, melayani aduan rakyat, meraikan duta-
duta asing dan lain-lain hal berkaitan pentadbiran.
• Maharaja dianggap berdaulat kerana mempunyai alat kebesaran serta
mempunyai keistimewaan tertentu. Contohnya, hukuman bunuh hanya
boleh dilakukan oleh maharaja.
• Maharaja mentadbir urus pemerintahan dengan membahagikan
pentadbiran kepada tiga buah kawasan, iaitu Tongking (mempunyai 13
buah wilayah), Annam dan Cochin-China (mempunyai tiga buah wilayah).
(ii) Peranan dalam kehakiman

• Dalam bidang kehakiman, peranan maharaja adalah sebagai ketua hakim


dan penggubal undang-undang. Oleh itu, maharaja mengatasi undang-
undang dan kerana itu, baginda tidak boleh didakwa atas kesalahannya.
• Maharaja mempunyai kuasa tertinggi dan sumber segala undang-undang.
Maharaja berkuasa mutlak dalam segala hal. Contohnya, hanya maharaja
sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh.
(iii) Peranan dalam ketenteraan
• Dari segi ketenteraan pula, maharaja berperanan sebagai ketua tentera
atau ketua panglima tentera.
• Maharaja akan mengetuai ekspedisi ketenteraan, contohnya seperti yang
dilakukan oleh Nguyen Anh yang telah berjaya menyatukan Vietnam pada
tahun 1801 dan kemudian menggelarkan dirinya sebagai Maharaja Gia
Long.
(iv) Peranan dalam ekonomi
• Maharaja berkuasa penuh dalam bidang ekonomi.
• Baginda menguasai sumber ekonomi seperti tanah, buruh, hasil pertanian,
kegiatan perdagangan, perkhidmatan dan aktiviti mengutip cukai.
• Berkuasa untuk melantik pegawai atau pembesar sebagai wakil untuk
menjalankan perkara berkaitan dengan cukai, duti import serta eksport
barangan tempatan.
• Berkuasa terhadap ibu kota yang juga merupakan pusat pemerintahan dan
perdagangan utama.
• Maharaja mewujudkan hubungan yang baik dengan penduduk di kawasan
pedalaman kerana wujud kebergantungan antara kedua-dua pihak dari
segi kuasa, pembekalan bahan mentah dan sumber barangan tempatan
untuk dipasarkan di ibu kota. (v) Peranan sosial
• Kuasa maharaja dikaitkan sebagai tuhan. Maharaja Vietnam dianggap
sebagai pelindung, penaung dan bertanggungjawab terhadap
perkembangan keagamaan dan kesusasteraan.
• Maharaja juga mengekalkan adat resam tempatan dan melindungi rakyat
daripada perbuatan penganiayaan.
• Maharaja tinggal di tempat suci yang dipilih khas. Istana dianggap sebagai
pusat kerajaan, tempat tuhan.
• Demi menjamin kebahagiaan hidup rakyat, maharaja perlu mempunyai
moral yang tinggi. Sebagai balasan, rakyat memberi kesetiaan yang tidak
berbelah bahagi kepada raja. Hak dan kuasa raja tidak boleh dipersoalkan.
• Dalam bidang keagamaan, maharaja merupakan ketua agama, ketua
paderi atau ketua rumah berhala.
Sistem pembesar
(i) Pembesar pusat
• Sistem pembesar pada zaman Dinasti Nguyen memperlihatkan sistem
pentadbiran yang sistematik dan efisien. Maharaja Gia Long dibantu oleh enam
kementerian atau quan yang diketuai oleh golongan Mandarin. Kementerian
tersebut ialah Kementerian Hal Ehwal Awam, Kementerian Kerja Raya,
Kementerian Upacara, Kementerian Kehakiman, Kementerian Kewangan dan
Kementerian Peperangan. Kesemua quan mempunyai kedudukan istimewa
dalam sistem pentadbiran kerajaan.
• Noi Cac atau Majlis Tertinggi yang dipengerusikan oleh maharaja dan enam
orang ketua quan bertanggungjawab memberi pandangan kepada maharaja
dalam semua hal yang berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran. Majlis
ini juga menjadi medan dalam menyelesaikan masalah dan perkara yang tidak
dapat diselesaikan pada peringkat kementerian.
• Di samping itu, terdapat pembesar yang berperanan sebagai Badan Penapis
atau Do Sat Vien. Badan ini menyediakan pegawai-pegawai di ibu negeri atau
wilayah bagi memerhatikan kelakuan pegawai-pegawai tauliah tetap serta
mengenal pasti pegawai yang mencabar maharaja dengan mengeluarkan
memorandum kepada istana kerana tidak berkelakuan baik. Fungsi badan ini
amat jelas semasa pemerintahan Maharaja Gia Long. Baginda berjaya
mengurangkan kuasa dan keistimewaan golongan Mandarin serta meletakkan
golongan ini di bawah kekuasaannya dan diberikan gaji.
• Pembesar atau Mandarin dipilih melalui Peperiksaan Awam Confucius. Hanya
yang mempunyai ijazah kedoktoran sahaja diberikan jawatan dalam
perkhidmatan awam.

(ii) Pembesar daerah


• Pembesar daerah akan mentadbir daerah dan mempunyai kuasa tertentu.
Pelantikan mereka bergantung kepada pemilihan maharaja yang memerintah.
Oleh itu, mereka mempunyai kadar kebergantungan yang tinggi kepada
sokongan maharaja. Sekiranya sokongan maharaja berkurangan, secara
langsung kedudukan pembesar akan terjejas.
• Tugas utama ialah menjaga keselamatan wilayah serta mengutip cukai.
Contohnya, pembesar akan diberi hak oleh maharaja untuk mengawal
sesebuah kawasan berdasarkan sebatang sungai utama atau satu dari
cabangnya. Di kawasan ini, pembesar diberi hak mengutip cukai dan tol
perdagangan, pemberian konsesi dan monopoli serta hak memungut hasil dan
tenaga daripada penduduk daerahnya.
• Pembesar daerah juga bertanggungjawab menjalankan upacara keagamaan
dan adat istiadat, menyelesaikan hal berkaitan kehakiman dan melatih tentera
untuk mempertahankan negara.
• Kelompok pembesar ini juga mempunyai tanggungjawab yang besar kepada
pengikut mereka. Bilangan pengikut seseorang pembesar bukan sekadar
melambangkan kedudukan serta status malah turut melambangkan kekayaan
serta kejayaan mengeksploitasi ekonomi.

(iii) Pembesar kampung


• Golongan pembesar yang paling rendah dari segi kuasa ialah pembesar
peringkat kampung atau komun.
• Mereka mendapat kepercayaan daripada kerajaan pusat untuk menjaga
keamanan, ketenteraan dan penguatkuasaan undang-undang di kampung
masing-masing.
• Selain itu, tugas mereka juga ialah menyelia projek awam bagi memperbaik
keadaan desa, membahagikan tanah dan air untuk pertanian, menentukan
individu yang akan terlibat dalam memenuhi kerahan kerajaan dan
mendamaikan perselisihan yang berlaku secara rundingan serta tolak ansur.
Susun lapis masyarakat Vietnam

1. Maharaja

Maharaja berada pada kedudukan yang paling atas dalam susun lapis masyarakat Vietnam
dan berkuasa mutlak. Maharaja mewarisi takhta secara warisan mengikut keluarga atau
dinasti seperti Nguyen dan Tuc. Maharaja diwajibkan mendapat pendidikan confucius yang
baik. Maharaja dianggap suci dan sering dikaitkan dengan ajaran Buddha serta perlu ditaati.
Baginda dianggap ‘Anak Syurga’ yang mendapat mandat untuk memerintah daripada Tuhan.

Kebijaksanaan maharaja akan menentukan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, sekiranya


seseorang maharaja mengabaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat, maka tindakan itu
akan memberi kesan kepada negara.

2. Golongan Cendekiawan (Mandarin/Quan)

Golongan Mandarin mempunyai kedudukan paling tinggi dan berpengaruh dalam masyarakat
Vietnam kerana merupakan pemerintah sebenar yang bertanggungjawab menjalankan tugas-
tugas maharaja. Golongan Quan atau Mandarin mendapat pendidikan tinggi berdasarkan
keupayaan mereka menguasai ajaran Confucius.

Golongan Mandarin merupakan perantara maharaja dengan rakyat seperti menyampaikan


maklumat atau perintah maharaja kepada golongan bawahan. Mereka juga
bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga kebajikan rakyat dan keamanan negara serta
mengetuai upacara keagamaan Buddha di Pagoda. Quan ditugaskan mengetuai kementerian
seperti kementerian kewangan dan kementerian kehakiman.

3. Rakyat

Dalam struktur susun lapis masyarakat Vietnam, golongan bawahan terdiri daripada rakyat
biasa dan petani. Meskipun golongan ini mewakili kumpulan terbesar ddalam susun lapis
masyarakat Vietnam namun mereka tidak mempunyai kuasa dalam pemerintahan.
Rakyat biasa yang pandai dan berpengetahuan dalam ajaran Confucius dengan mendalam
berpeluang menjadi pegawai tinggi awam atau kerajaan. Ini membuktikan mobiliti sosial wujud
dalam sistem sosial di Vietnam. Rakyat biasa juga melakukan aktiviti seperti menenun kain
atau menghasilkan tembikar.

Golongan petani menduduki hierarki sosial yang paling bawah tetapi dipandang tinggi dalam
masyarakat kerana peranannya membekalkan makanan kepada penduduk. Petani
menjalankan kegiatan ekonomi sara diri, iaitu mananam padi sawah.

Tonton video di bawah:


Vietnam. Interesting Facts About Vietnam
https://www.youtube.com/watch?v=wPrH3WUZEVg&t=185s
SISTEM PEMERINTAHAN DI THAILAND SEBELUM KEDATANGAN BARAT

Sistem Pemerintahan
Raja Thailand merupakan pemimpin kerajaan dan dianggap devaraja, iaitu wakil dewa dan
jelmaan tuhan di bumi untuk memimpin manusia. Kepercayaan ini wujud kesan daripada
pengaruh agama Hindu dan Buddha di Thailand.
Raja-raja Thailand berasal dari Dinasti Chakri y.ang menggunakan gelaran Rama. Raja-raja
Chakri memegang konsep raja berasaskan ajaran agama Buddha Theravada. Mengikut
ajaran ini, hak seseorang berasaskan akhlak dan kebolehan peribadinya. Seorang calon yang
ingin menaiki takhta kerajaan Thailand tidak semestinya berasal dari dinasti yang pernah
memerintah.
Seorang calon yang memaparkan kuasa akhlak dan kebolehan peribadi yang luar biasa
boleh menaiki takhta. |ika terdapat pemimpin lain yang memiliki kuasa akhlak yang lebih tinggi,
maka pemimpin tersebut berhak menaiki takhta secara sah menggantikan raja yang sedang
memerintah. Di Thailand, raja berkuasa menjatuhkan hukuman bunuh. Raja-raja Thailand
menggunakan gelaran Chao Phaendin (Yan Tuan Tanah) dan Chao Chiwit (Yam Tuan
Nyawa).
Raja dianggap suci dan memerintah berdasarkan konsep dharma-raja dan perlu menghayati
serta melakukan perlakuan yang baik supaya dicontohi rakyat. Konsep dharma-raja menjadi
asas ikatan antara raja dengan ralryat. Raja yang memegang kepada konsep tersebut dapat
memerintah dengan berkesan serta berjaya mengekalkan keamanan di istana. Terdapat
kepercayaan rakyat bahawa raja merupakan jelmaan dewa (dewaraja). Konsep ini
meningkatkan martabat dan kedudukan raja ke status yang tinggi dan istimewa. Rakyat
tidakboleh melihat wajah raja. Adat menyembah. secara bersujud atau meniarap mesti
dilakukan semasa mengadap raja. Rakyat mesti merangkak masuk dan meniarap. Apabila
rombongan raja sampai di sesuatu kawasan, rakyat mesti melarikan diri atau berada dalam
keadaan meniarap.
Simbol kebesaran raja Thailand dapat dilihat dari segi pemilikan binatang suci, iaitu gajah
putih. Gajah putih dianggap sebagai tunggangan raja. Gajah putih merupakan simbol
kedaulatan sejagat dan pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa ghaib yang dipercayai ada pada
gajah putih. Rakyat dilarang mengganggu atau menggunakan gajah putih. Sesiapa yang
ingkar akan ditangkap dan dihukum. Sesiapa yang dapat menangkap dan menyerah gajah
putih akan menerima hadiah daripada raja.

Peranan Raja di Thailand


1. Dari Segi Politik
• Raja Thailand merupakan seorang ketua pentadbir yang berkuasa mutlak dan
menduduki hierarki tertinggi dalam pemerintahan serta berkuasa melantik pembesar.
• Mengikut konsep order kosmos, raja dan istana sebagai pusat kegiatan. Kuasanya
tidak terbatas meliputi keduniaan dan keagamaan sahaja.
1. Dari Segi Sosial
• Raja Thailand bertindak sebagai pelindung dan lambing perpaduan yang menjadi
pelindung kepada rakyat daripada sebarang penganiayaan.
• Raja dikenali sebagai Tuhan Kehidupan sesuai dengan konsep dhramaraja dengan
pelbagai gelaran seperti Chaoi Chiwit (Raja Nyawa) dan Chao Phaendin(Tuan Tanah)
sehingga raja dianggap berkuasa memutus hidup dan mati rakyat.
1. Dari Segi Ekonomi
• Raja berkuasa dalam bidang ekonomi dan menguasai sumber ekonomi seperti
pungutan cukai, hasil pertanian, dan kegiatan perdagangan. Contohnya, raja berkuasa
ke atas balak dan beras.
• Raja melantik pembesar sebagai pegawai untuk menguruskan semua kegiatan
ekonomi bagi pihaknya.

Peranan pembesar

• Pembesar bermakna pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja untuk


menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugasnya dalam bidang kuasa yang
diberikan. Pembesar melaksanakan tugas pemerintahan dan merupakan orang kedua
penting dan berada pada paras kedua selepas kedudukan raja. Pembesar di Thailand
adalah merupakan anggota keluarga diraja golongan Chao.
• Sistem pentadbiran pusat di Thailand dianggotai oleh para pembesar yang
merupakan anggota diraja yang digelar Chao. Chao bertindaak sebagai menteri-
menteri kanan kepada raja. Chao berperanan penting dalam membantu raja dalam
urusan pentadbiran negara. Mereka mengetuai jabatan-jabatan (Krom) tertentu iaitu
Krom Mahattai (Jabatan Hal Ehwal Pentadbiran Awam), Krom Kalahan (Jabatan
Pertahanan), dan Krom Khlanf (Jabatan Kewangan dan Hubungan Luar).
• Krom Mahattai dan Kalahon mempunyai tugas utama iaitu mengawal tenaga rakyat
dan keselamatan wilayah-wilayah di bawah kuasa masing-masing. Hal ini kerana
kecekapan dan keberkesanan kerajaan Thailand bergantung kepada kebolehan
pembesar mengawal serta mempergunakan tenaga buruhnya supaya keselamatan
dan kestabilan sosioekonomi negara terjamin. Manakala, tangguungjawab utama
Krom Khlang ialah menguruskan hal-ehwal kewangan dan perniagaan diraja.
• Di bawah Ketua Krom Mahattai (Jabatan Hal Ehwal Pentadbiran Awam) dan Ketua
Krom Kalahan (Jabatan Pertahanan), terdapat pembesar yang berjawatan lebih
rendah. Mereka dibahagi kepada empat Krom dan keempat-empat jabatan ini
bertanggungjawab melicinkan pentadbiran kerajaan di peringkat pusat, iaitu Krom
Maung (Jabatan Ibu Kota), Krom Na (Jabatan Tanah), Krom Wang (Jabatan Istana),
dan Krom Khlang (Jabatan Kewangan, Perniagaan dan Hubungan Luar).
• Para pembesar di peringkat wilayah dilantik terus oleh raja dan biasanya terdiri
daripada golongan Khunnang (bangsawan). Tugas utama pembesar peringkat wilayah
atau daerah ini adalah melaksanakan pentadbiran tersendiri, mengutip cukai, dan
mengetuai adat istiadat serta ketua agama Buddha di wiayah masing-masing. Mereka
juga menguasai sumber tenaga manusia bagi menjamin kedudukan, kuasa politik,
ekonomi dan sosial.
• Terdapat empat wilayah yang pada dasarnya diperintah oleh raja tetapi pelaksanaan
pemerintahan dilakukan oleh pembesar tertentu. Wilayah pertama meliputi kawasan
strategi keselematan termasuk bandar-bandar besar dan bandar penting. Wilayah
kedua dan ketiga meliputi kawasan yang agak besar, tetapi termasuk di bawah
penyeliaan ibu kota. Tanggungjawab bagi kedua-dua wilayah ini diletakkan di bawah
Krom Hal Ehwal Pentadbiran Awam, Pertahanan, serta Kewangan dan Hubungan
Luar.
• Wilayah keempat ialah bandar-bandar kecil sekitar ibu kota yang diletakkan di bawah
kerajaan pusat secara langsung. Wilayah keempat tidak mempunyai pentadbir yang
berkedudukan gabenor tetapi ditadbir oleh pegawai yang bergelar pemangku
pentadbir. Wilayah keempat juga dianggap sebagai kawasan penampan untuk
mempertahankan ibu kota semasa berlakunya perang atau pemberontakan
menyerang pusat kerajaan.

Tonton video di bawah:

Thailand Culture & Heritage

https://www.youtube.com/watch?v=WVfjXKldI-0
SISTEM PEMERINTAHAN DI VIETNAM SEBELUM KEDATANGAN BARAT

KONSEP SISTEM SOSIAL DI INDONESIA

Negara Indonesia mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional berasaskan sistem
feudal. Sistem sosial terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
Susun lapis masyarakat di Indonesia.
1.Sultan/Raja
2.Kerabat Diraja.
3.Pembesar/Uleebalang/ Golongan Bangsawan/ Ulamak
4.Rakyat

• Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan


yang berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di Jawa.Masyarakat
di kerajaan-kerajaan tersebut mempunyai susun lapis tersendiri tetapi secara
keseluruhannya terdapat hierarki atau susun lapis berbentuk piramid.

• Di Jawa Tengah, terdapat dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan
diperintah. Lapisan teratas terdiri daripada kerabat diraja dan golongan bangsawan.
Golongan diperintah menduduki lapisan bawah yang terdiri daripada rakyat biasa, iaitu
petani, pekerja, pedagang, dan hamba.

• Raja dan kerabatnya mentadbir kawasan yang selalunya terdiri daripada kumpulan
etnik mereka sendiri. Kerabat diraja membantu raja dalam pentadbiran di peringkat
pusat dan mendiami kawasan ibu kota. Selain menjalankan tugas pentadbiran,
mereka juga melaksanakan upacara keagamaan dan ritual di wilayah atau kerajaan
mereka. Golongan pemerintah ini menguasai tanah dan perdagangan maritim. Raja
dipandang sebagai pusat kosmos.

• Terdapat juga raja dan kerabat diraja yang memerintah negeri yang terdiri daripada
beberapa kumpulan etnik, contohnya Jawa, Sumatera dan Kalimantan. Di kawasan
Jawa, Sunda, Sulawesi Selatan, Maluku, dan Kalimantan, susun lapis masyarakat
peribumi agak jelas.Golongan pemerintah dapat mengumpul harta dan menghantar
anak-anak mereka ke sekolah.

• Di Jawa, raja, kerabat diraja, dan golongan bangsawan agak terasing daripada
masyarakat disebabkan pengaruh agama dan tradisi. Golongan keturunan diraja
dibahagikan mengikut darjat keturunan yang masingmasing mempunyai status dan
prestij sendiri dalam masyarakat.Dalam masyarakat, status Priyayi dianggap lebih
tinggi dan dihormati daripada status golongan lain. Priyayi merupakan golongan
berkedudukan di Jawa seperti pegawai tinggi dalam kerajaan.

• Rakyat yang kebanyakannya petani membayar cukai dan amat setia kepada golongan
pemerintah. Petani merupakan majoriti daripada masyarakat dan menjadi tunjang
kegiatan ekonomi bagi seluruh kawasan. Indonesia merupakan sebuah negara
agraria, maka kegiatan pertanian adalah lebih penting berbanding bidang lain.

• Hamba menduduki lapisan paling bawah. Kehidupan mereka bergantung kepada tuan
mereka. Golongan ini biasanya dibebani dengan hutang-piutang.Di Jawa, lapisan
masyarakatnya dipisahkan mengikut tahap bahasa yang berbeza, gelaran, dan
peraturan perkahwinan.Pada akhir abad ke-19, susun lapis masyarakat di fawa agak
kompleks apabila muncul satu golongan pegawai kerajaan dan profesional kesan
daripada perkembangan pendidikan. Terdapat keperluan untuk melatih rakyatnya bagi
memenuhi bidang perkhidmatan dalam kerajaan dan bidang perdagangan.

Tonton video di bawah:

Wonderful Indonesia : Culture and Heritage

https://www.youtube.com/watch?v=XrdVOE-WR9o

You might also like