You are on page 1of 12

PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA

UL02702
KARYA AGUNG MELAYU

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Disediakan oleh
Dr. Rosmah Derak
Hikayat ini menjelaskan bahawa keturunan raja-raja
Kedah berasal daripada keturunan pembesar kerajaan
Turki Uthamniah (Kerajaan Rum) yang merupakan
sebuah kerajaan yang kuat dan hebat suatu masa
dahulu
Penulisan hikayat ini dikatakan telah ditulis sekitar
Hikayat tahun 1800-1820 di mana ketika itu kerajaan Turki
sangat dipandang tinggi oleh masyarakat Melayu
Merong sebagai sebuah kerajaan Islam yang hebat

Mahawangs Hikayat ini menceritakan tentang asal-usul raja-raja


Kedah
a
Mempunyai unsur sejarah, mitos dan lagenda.
Sastera bercorak sejarah (genre sastera sejarah)
• Berasal daripada seorang Pembesar
Kerajaan Rum yang Bernama Merong
Mahawangsa
• Merong Mahawangsa ditugaskan mengiringi
Keturunan putera Raja Rum belayar ke China untuk
mengahwini puteri Raja China
raja-raja • Dipertengahan jalan, bertemu dengan seekor
Negeri burung garuda yang menyerang rombongan
mereka
Kedah • Burung garuda tersebut cuba menggagalkan
rancangan tersebut dan putera Raja Rum
berjaya dikalahkan
• Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan
mangsa yang masih hidup
• Putera raja Rum hilang dalam kejadian itu dan
Merong Mahawangsa kemudiannya berlayar di
sebelah Timur
• Merong Mahawangsa membuka negeri sambil
menunggu berita sama ada Putera Raja Rum
hidup ataupun mati
• Negeri tersebut kemudiannya dinamakan
sebagai Langkasuka sempena suasana
pengikutnya yang bersuka-sukaan semasa
mereka membina penempatan tersebut
• Diceritakan juga Nabi Allah Sulaiman
membantu putera Raja Rum dan
mengahwinkannya dengan puteri Raja China
• Raja Rum menghantar utusan menemui Merong Mahawangsa memaklumkan
perkahwinan puteranya.

• Merong Mahawangsa melantik anakandanya Raja Merong Mahapudisat


menggantikan beliau memerintah negeri yang kemudiannya dinamakan
Kedah Zamin Turan dan beliau pulang semula ke negeri asalnya bersama
utusan Raja Rum
• Berpandukan nasihat daripada ayahandanya (Merong Mahawangsa), Raja
Merong Mahapudisat merajakan (1) putera sulungnya menjadi Raja Siam, (2)
putera tengah sebagai Raja Perak, (3) puteri ketiga menjadi Raja Patani, (4)
putera bongsu menggantikan ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat
sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa (3 L, 1P)
• Raja Seri Mahawangsa (pengganti Raja Merong Mahapudisat) sebagai Raja Kedah
memulakan tradisi menghantar persembahan Bunga Mas dan Bunga Perak sebagai
hadiah kepada kekandanya, Raja Siam setiap kali Raja Siam mendapat putera.
• Selepas mangkat, Raja Seri Mahawangsa digantikan oleh puteranya bernama Raja
Seri Maha Inderawangsa.
• Putera Raja Seri Maha Inderawangsa ditabal menjadi raja dengan gelaran Raja Ong
Maha Perita Deria (Raja Bersiong) yang terkenal kerana kezalimannya. Raja
Bersiong ditentang kerana pemerintahannya yang zalim
• Digantikan oleh puteranya dengan gelaran Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini
digantikan oleh puteranya, Raja Pra Ong Mahawangsa (Raja Kedah pertama yang
memeluk agama Islam dan ditukar namanya dengan nama Sultan Muzaffar Syah)
selepas bertemu dengan Syeikh Abdullah yang berasal dari Yamani. Titik awal
pengislaman negeri Kedah. Asalnya adalah penganut Hindu.
Hubungan ini bukan hanya dilihat
dalam Hikayat Merong Mahawangsa
Hubungan tetapi juga boleh dilihat dalam
Kesultanan Hikayat Hang Tuah.
Melayu dan
Kerajaan Kerajaan Rum (Turki Uthamniayah)
Rum (Turki sebuah kerajaan yang kuat dan hebat
(Kerajaan Islam)- sumber untuk
Uthmaniyah) mendapatkan senjata (HHT). Dalam
HMM dikatakan asal-usul raja Kedah
berasal dari keturunan Raja Rum.
PEMIKIRAN DALAM HMM
• PEMIKIRAN POLITIK
• Penubuhan dan pembukaan negeri Kedah dan penubuhan Kerajaan
• Raja Merong Mahawangsa telah berpesan kepada anakandanya (wasiat)
Raja Merong Mahapudisat untuk menubuhkan beberapa buah kerajaan
bagi memperbesarkan empayar pemerintahan.
• (1) Raja Siam, (2) Raja Perak, (3) Raja Patani, (4) Raja Kedah
Hubungan kekeluargaan yang erat antara (Kerajaan Kedah-Kerajaan Siam)

• Bunga emas menjadi simbol hubungan kekeluargaan yang erat


• Melalui peristiwa, Sultan Kedah menghantar bunga emas kepada abangnya sebagai ucapan penghargaan
atas kelahiran anak saudaranya
• Kerajaan Siam turut membantu Kerajaan Kedah untuk mencari pengganti Raja Bersiung atau Raja Ong
Maha Perita Deria yang lari kerana ditentang oleh pembesar berempat (dihilangkan dalam buluh) --
pemerintahan Raja Bersiung yang kejam-makan darah /masakan dicampur darah- sanggup membunuh
rakyat jelata)
• Pembesar berempat dan Raja perempuan Kerajaan Kedah menghantar utusan ke Siam memohon
bantuan untuk mencari pewaris (anak Raja Bersiung). Dengan bantuan gajah sakti (Gemala Johari)
akhirnya anak Raja Bersiung dijumpai dan ditabalkan menjadi Raja dengan gelaran Raja Phra Ong
Mahadipusat (memerintah dengan adil dan saksama)
Pemikiran tentang Keagamaan

• Pengislaman Negeri Kedah 


• Bermula selepas kedatangan Syeikh Abdullah -menghalang Penghulu
Syaitan Iblis yang ingin menyesatkan Raja Phra Ong Mahawangsa
(memberi arak dan air kencingnya).
• Syeikh Abdullah berjaya menyedarkan Raja Phra Ong dan dibukakan hati
untuk menerima ajaran Islam dan merupakan titik tolak kepada
pengislaman rakyat- tukar nama kepada Raja Muzalfar Syah.
Add a Slide Title - 3
Add a Slide Title - 5

You might also like