You are on page 1of 1

Negara China mengamalkan sistem pemerintahan beraja bercorak dinasti dari tahun 2205 SM hingga

1911 M. Dinasti pertama ialah Dinasti Hsia manakala yang terakhir ialah Dinasti Manchu. Antara dinasti yang
terkenal ialah DInasti Chin, Dinasti Ming dan Dinasti Ching. Gelaran "maharaja" mula digunakan oleh Shih
Huang Ti yang merupakan pengasas empayar di negara China. Dinasti Ching bermula sebagai Dinasti Chin pada
tahun 1616 M dan Nurhaci sebagai Maharaja. Dinasti Ching juga berasal dari Manchuria juga dikenali sebagai
Dinasti Manchu. Pada tahun 1618 M, anak Nurhaci, Abahai menyerang korea dan menamakan semula
dinastinya kepada Ching. Dinasti Ching berakhir pada tahun 1912M.

Dalam bidang eksekutif semasa era Dinasti Ching, maharaja mempunyai kuasa untuk memutuskan
dasar kerajaan. Dasar-dasar seperti dasar keterbukaan dan dasar tutup pintu ditentukan oleh maharaja.
Maharaja juga berkuasa melantik dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai kerajaan. Maharaja Dinasti Ching
telah menghapuskan jawatan Perdana Menteri dan badan canselori pusat atau Chung-shu-sheng. Maharaja
mendapatkan nasihat daripada Sekretariat Agung yang bertugas menerima memorial setiap hari dan
mendrafkan dikri-dikri diraja. Dalam memastikan pembesar menjalankan arahan sepenuhnya, maharaja
menubuhkan Lembaga Penapis atau Censorate untuk menjadi mata dan telinga maharaja.

Maharaja Dinasti Ching juga berperanan sebagai ketua tentera. Pada peringkat awal pemerintahan
Dinasti Ching, tugas maharaja dalam bidang ketenteraan terbukti apabila menghadapi penentangan terhadap
bekas keluarga Dinasti Ming di Nanking dan penentangan Wu San-kuei pada tahun 1681. Maharaja Chien-lung
(1736-1795M) terkenal sebagai maharaja ketenteraan semasa era Dinasti Ching. Baginda menjalankan kempen
ketenteraan bagi meluaskan empayar Ching hingga melintasi kawasan China sebenar. Kawasan seperti Annam,
Turkestan dan Burma menjadi negara naungan China.

Dalam bidang kehakiman dan perundangan, Maharaja Dinasti Ching merupakan sumber undang-undang
negara. Pada tahun 1729, Maharaja Yung Cheng menubuhkan Majlis Agung yang mengambil peranan
Sekretariat Agung. Maharaja mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan undang-undang yang disediakan oleh
Majlis Agung. Dalam sistem kehakiman dan perundangan China, hukuman adalah secara kolektif dan sesorang
itu akan dianggap bersalah sehingga dia berjaya membuktikan dia tidak bersalah. Maharaja Chien Lung
mengendalikan kes-kes rayuan dan juga memberikan pengampunan kepada sesorang yang didapati melakukan
kesalahan.

Maharaja Dinasti Ching juga memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi. Pada era Dinasti Ching,
China mengalami Revolusi Pertanian Komersial yang membawa kemakmuran dalam ekonomi. Aktiviti ekonomi
semakin rancak kesan penggunaan mata wang perak terutamanya pada era pemerintahan Maharaja Kangsi.
Baginda mewajibkan penggunaan mata wang perak dalam pembayaran cukai. Peningkatan ekonomi telah
menggalakkan rasuah di kalangan pegawai pemungut cukai. Bagi mengelakkan pegawai kerajaan
mengamalkan rasuah, Maharaja Yung Cheng telah menaikkan gaji mereka. Maharaja Kangsi turut menjalankan
aktiviti perdagangan dengan pedagang Barat dan membuka beberapa stesen cukai terutamanya di Canton
pada tahun 1685M. Pada tahun 1725M semasa era pemerintahan Maharaja Yung Cheng, sistem Cohong
diperkenalkan sebagai orang tengah dengan pedagang Barat.

Maharaja Dinasti Ching memastikan bidang pendidikan berkembang pesat dengan menjadi penaung
dalam bidang pembelajaran, memberi bantuan kewangan bagi menyelenggarakan dan menerbitkan kitab-
kitab serta ensiklopedia. Selain itu, Maharaja Dinasti Ching mengendalikan peperiksaan awam di peringkat
daerah dan bandar serta terlibat secara langsung dalam pengendalian peperiksaan awam di istana maharaja.
Dalam bidang keagamaan pula, Maharaja Dinasti Ching menjadi ketua agama dan mengetuai upacara
pemujaan.

Kesimpulannya, pemerintahan beraja di China berakhir dengan tamatnya pemerintahan Dinasti Ching
pada tahun 1912M. Kematian Maharaja Kuang-Hse diikuti oleh Maharani Dowager pada tahun 1908
membawa kesan ke atas masyarakat China. Ini mencetuskan idea pemodenan yang membawa kepada Revolusi
China pada tahun 1911M. Revolusi ini telah menamatkan pemerintahan beraja Dinasti Ching juga
menghapuskan sistem pemerintahan beraja di China.

You might also like