You are on page 1of 12

PENDAHULUAN Asia Tenggara terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kepulauan Asia Tenggara dan kawasan Daratan Asia

Tenggara. Tanah Besar merupakan salah satu kawasan Daratan Asia Tenggara. Tanah Besar ini merupakan kawasan di bahagian utara Asia Tenggara yang mana ia terdiri daripada negara Siam, Burma, Vietnam, Loas dan Kemboja. Disebabkan kawasan Tanah Besar Asia Tenggara bercantum dengan negara China dan India, maka pengaruh budaya China dan India dapat dilihat dalam amalan masyarakat tempatan sebelum kedatangan kuasa Eropah. Namun setelah kuasa Eropah mula berpengaruh di bahagian Asia, pengaruh China dan India semakin berkurangan di kalangan penduduk Tanah Besar.

CARA KEMASUKAN PENGARUH CHINA DAN INDIA KE TANAH BESAR ASIA TENGGARA. Pengaruh China dan India mula menular dikalangan masyarakat Tanah Besar pada seawal 100 tahun sebelum masihi melalui beberapa cara.1 Antara cara-caranya ialah seperti melalui aktiviti perdagangan, struktur peribumi, penaklukan, dasar ekonomi, dan peranan local genius. Tanah Besar secara tidak langsung telah terlibat dalam aktiviti perdagangan di antara pedagang India dengan pedagang Cina. Pengaruh China dan India boleh dilihat melalui penyebaran agama Buddha Theravadda yang dibawa oleh para rahib semasa mengikuti rombongan perdagangan. Selain itu juga, Tanah Besar juga ada menjalankan hubungan perdagangan dengan India bagi mendapatkan logam dan emas di Asia Tenggara.
1

Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, hlm. 18.

Struktur peribumi antara kawasan Tanah Besar dengan negara China dan India yang berdekatan menjadi faktor berlaku asimilasi budaya masyarakat tempatan. 2 Selain itu, perkahwinan yang berlaku antara masyarakat Tanah Besar dengan masyarakat dari India dan China juga boleh menyebabkan asimilasi budaya. Hal ini dapat dibuktikan melalui amalan budaya masyarakat Burma hampir sama seperti amalan masyarakat India yang merupakan negara jirannya. Pengaruh China dan India di Tanah Besar merupakan kesan kepada penaklukan sesebuah negara kepada negara yang lain. Contohnya golongan Ksytria iaitu tentera India telah menakluki negara-negara di Asia Tenggara dan selepas menakluki, golongan Kasytria akan mentadbir negara yang ditakluki dengan corak pemerintahan negaranya iaitu negara India. Kemasukan buruh asing dari negara China dan India ke Tanah Besar disebabkan dasar ekonomi yang diamalkan di Tanah Besar yang memerlukan tenaga luar bagi melicinkan hal pentadbiran ekonomi. Apabila buruh tersebut mengamalkan budayanya di kalangan masyarakat Tanah Besar dan ia menjadi ikutan masyarakat tempatan. Contohnya, semasa pemerintahan Raja Taksin di Siam, beliau telah mengimport tukang-tukang mahir yang datang dari China untuk menjalankan aktiviti ekonomi.3 Akhir sekali pengaruh China dan India dapat menembusi corak masyarakat Tanah Besar melalui peranan local genius rakyat tempatan.4 Pemerintah tempatan bijak melihat peluang yang ada untuk digunakan. Contohnya, pemerintah Vietnam telah menjalinkan hubungan yang baik dengan pemerintah China. Hal ini kerana China merupakan negara yang terkuat pada ketika itu dan sekiranya Vietnam menjadi negara vassal China pasti keselamatan
2 3

Abdul Rahman Haji Ismail, Ibid, hlm.30. Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991, hlm.16 4 Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, hlm. 30-31.

negaranya terjamin. Hubungan vassal dan tuan vassal antara Vietnam dan China

telah

membawa masuk pengaruh China ke dalam hal ehwal pentadbiran negara apabila negara Vietnam telah dikawal oleh China.

KESAN KEMASUKAN PENGARUH CHINA DAN INDIA DI TANAH BESAR ASIA TENGGARA. Sebelum abad ke-18, negara-negara di Tanah Besar telah dipengaruhi oleh kebudayaan China dan India. Pengaruh Cina dan India dapat dilihat melalui aspek politik dan pentadbiran, ekonomi, serta sosial. Setiap negara Tanah Besar mempunyai impak kemasukan pengaruh China dan India yang berbeza-beza. Politik dan pentadbiran negara-negara di Tanah Besar telah menerima pengaruh China dan India yang mana pengaruh ini dapat dilihat melalui kekuasaan raja. Berdasarkan pengaruh agama Buddha Theravadda yang dibawa oleh mubaligh India ke Tanah Besar telah mengukuhkan kedudukan seseorang raja. Raja dikatakan mempunyai kuasa mutlak dalam semua hal ehwal negara. Raja juga dikatakan mendapat mandat dari Tuhan. Seseorang raja yang mentadbir sesebuah negara perlu mempunyai akhlak dan sikap yang baik untuk menjamin kesahjeteraan serta kemakmuran rakyat. Sekiranya raja bersifat zalim, rakyat berhak memulaukannya kerana dipercayai raja tersebut sudah tidak mempunyai kuasa suci lagi dan hilang mandat dari Tuhan. Kekuasaan raja dapat dilihat melalui jumlah gajah putih yang mana menurut kepercayaan agama Buddhisme, gajah putih merupakan simbol kesucian dan kegagahan seseorang pemerintah. Raja akan melepaskan seseorang rakyat daripada dikenakan bayaran cukai seumur hidup sekiranya rakyat tersebut berjaya menjumpai gajah putih. Buktinya melalui penulisan Pe Mau Tin iaitu sasterawan di Burma beliau telah menceritakan kisah mengenai keghairahan raja-raja Theravadda di Burma untuk mencari
3

gajah putih.5 Melalui pengaruh Hindu dan Buddha juga raja sering kali dikaitkan hubungannya dengan Tuhan dan dewa-dewi. Contohnya seperti di Vietnam maharajanya digelar sebagai anak tuhan atau Tien-Tu.6 Kedudukan raja dikukuhkan lagi dengan pengenalan kepada konsep divine kingship yang mana ia mempunyai pengaruh agama Hindu dan Buddha. Contohnya di Siam, semasa zaman pemerintahan Ayudhya konsep divine kingship yang diamalkan telah memberi kuasa mutlak kepada maharajanya sehingga mampu menentukan hidup mati seseorang rakyatnya.7 Antara beberapa peranan raja setelah kemasukan pengaruh China dan India ke Tanah Besar ialah raja menjadi penaung serta pengembang agama Buddha Theravadda, menjadi ketua negara, tuan tanah, hakim, membuat keputusan dalam hal politk dan sosial. Raja dibantu oleh pembesar untuk meringankan bebanan tugasnya mentadbir negara. Biasanya pembesar dilantik oleh raja berdasarkan pendidikan, keturunan dan kebolehannya dalam menguruskan sesuatu masalah. Contohnya di Vietnam raja telah dibantu oleh golongan Quan atau Mandarin yang mendapat pendidikan Konficiusme dan lulus dalam peperiksaan yang berasaskan konsep penghafalan. Quan membantu Maharaja Vietnam dalam hal berkaitan keluasan rumah, bentuk dan warna pakaian mengikut adat dalam upacara keagamaan terutamanya upacara pengkebumian. Biasanya Quan terdiri daripada golongan berada yang tinggal di kawasan bandar.8 Bagi melancarkan urusan pentadbiran negara di Tanah Besar, beberapa jabatan telah diwujudkan. Contohnya di Vietnam, pengaruh China dapat dilihat melalui pertubuhan jabatan yang hampir sama dengan jabatan di negara China seperti Jabatan Istiadat, Jabatan Perkhimatan Awam, Jabatan Kerjaraya, Jabatan Kewangan, Jabatan Kehakiman dan Jabatan Peperangan. Empat orang ketua jabatan termasuk pegawai

Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991, hlm. 23-24. 6 Abu Talib Ahmad, Ibid, hlm. 38. 7 Abu Talib Ahmad, Ibid, hlm. 8. 8 Abu Talib Ahmad, Ibid, hlm. 43-44.

istana akan membantu maharaja dalam menggubal dasar-dasar yang berkaitan pentadbiran negara. Dasar-dasar ini digubal semasa mesyuarat Majlis Sulit atau nama lainnya Co-MatVien diadakan.9 Dalam bidang ekonomi pula, masyarakat Tanah Besar menjalankan kegiatan ekonomi sara diri dan perdagangan. Antara aktiviti sistem ekonomi sara diri ialah seperti bertani, memungut hasil hutan dan sebagainya. Petani merupakan sumber utama yang memberi makanan kepada rakyat dan peranannya sangat penting dalam kerja-kerja memajukan negaranya. Buktinya di Vietnam sama seperti di China masyarakatnya menjalankan aktiviti sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi tertutup. Kaum petani berperanan dalam membekalkan sumber makanan kepada rakyatnya memandang maharaja Vietnam menjalankan sistem ekonomi tertutup yang mana tiada kegiatan import eksport barangan luar. Manakala Siam pula, telah menjalankan aktiviti ekonomi perdagangan. Hubungan perniagaan telah dijalankan oleh Ayudhya dibawah pemerintah Raja Taksin dengan wangsa Manchu pada tahun 1776 sehingga 1877 untuk mendapatkan bahan-bahan binaan, alat senjata serta pekerja-pekerja mahir dan ia ditukarkan dengan beras atau kayu yang merupakan hasil barangan tempatan. Siam juga telah mengenakan cukai kepada barangan luar atau pekerjapekerja asing yang memasuki Tanah Besar untuk menambahkan pendapatan ekonomi negaranya. Hasil pendapatan ekonomi akan digunakan untuk membayar ufti kepada negara China sebagai balasan kepada maharaja China yang telah melindungi keselamatan negara vassalnya daripada ancaman kuasa luar.10 Dalam bahagian sosial, pengaruh China dan India boleh dilihat dari aspek pendidikan, seni bina, hierarki masyarakat dan keagaamaan. Pendidikan China biasanya berasaskan ajaran Konfuciusme yang menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan rujukannya biasa

10

Abu Talib Ahmad, Ibid, 38-39. Abu Talib Ahmad, Ibid, 16-17

menggunakan karya-karya klasik hasil penulisan tokoh Cina iaitu Fuh Tsi seperti Hieu Kinh (Buku Klasik Adat) dan Tam Tu Kinh (Buku Klasik Tiga Perkataan). Pendidikan Cina di Tanah Besar biasanya berkonsepkan hafalan mengenai kebudayaan dan sejarah China. Pendidikan China banyak mempengaruhi kehidupan sosial masyarakat tempatan Tanah Besar. Buktinya, melalui pendidikan seseorang dapat dapat menukar status hierarkinya dalam organisasi sosial masyarakat daripada rakyat biasa kepada pegawai kerajaan. Rakyat biasa yang ingin melibatkan diri dalam perkhidmatan awam perlu menduduki beberapa peperiksaan yang membuktikan mereka layak memegang sesuatu jawatan tersebut. Contohnya di Vietnam, para cendiakawan akan diuji dengan empat tahap peperiksaan iaitu peperiksaan peringkat rendah, peringkat provinsi, peringkat wilayah dan peringkat akhir11. Di Burma pula, Institusi Sangha iaitu sebuah institusi pendidikan telah diwujudkan yang berperanan sebagai tempat penyebaran agama Theravadda yang dibawa dari India. Institusi Sangha telah dikawal oleh rahib-rahib dan kekuasaannya hampir menandingi kekuasaan raja. Hampir keseluruhan Tanah Besar telah dipengaruhi agama Buddha Theravadda. Selain itu, agama Buddha Theravadda berperanan dalam mencorakkan kehidupan masyarakat kerana agama ini berkaitan dengan kesedaran rohani seseorang. Agama Theravadda mempunyai ciri-ciri tertentu dan amalannya berbeza mengikut negara. Contohnya di Burma, setiap lelaki diwajibkan tinggal di biara dalam tempoh tertentu untuk mendalami ilmu agama dan perbaiki kehidupan normal. Individu yang telah mendalami ilmu agama ke peringkat tertinggi akan dilantik menjadi Hpongyi dan mendapat beberapa ganjaran seperti hadiah serta dianugerahkan spiritual daripada raja.12 Manakala di Siam pula konsep Buddha telah menentukan kedudukan hierarki masyarakatnya berdasarkan amalan bun (pahala) dan bab (dosa). Masyarakat Siam juga percaya kehidupan ini mempunyai hukum karma yang mana kedudukan seseorang telah ditetapkan berdasarkan perlakuan semasa hidupnya serta
11 12

Abu Talib Ahmad, Ibid, 40-41. Abu Talib Ahmad, Ibid, 31-32.

seseorang individu mempunyai keupayaan sendiri dalam mengerjakan bun dan mengelakkan bab.13 Akhir sekali, pengaruh China dan India dapat dilihat melalui struktur senibina yang dihasilkan di bandar-bandar negara Tanah Besar. Struktur senibina yang berkonsepkan bandar di China menjelaskan kepada kemasukan sistem stratifikasi sosial dan politik dari China. Biasanya senibina bandar di Tanah Besar yang berkonsepkan bandar negara China mempunyai benteng, pintu gerbang, parit, tasik, jambatan dan balai menghadap yang diletakkan tabir di antara raja dengan rakyat. Di Vietnam Bandar diraja Hue yang dibina semasa pemerintahan Raja Nguyen dilihat mempunyai persamaan dengan Bandar Peking di Beijing, China. Menurut Woodside ahli sarjana barat, bandar Hue mencerminkan cita-cita wangsa Nguyen yang ingin membawa masuk imej ibu kota China di Asia Tenggara. 14 Selain itu melalui seni bina ini juga dapat dilihat unsur keagamaan berperanan dalam pembinaan sesebuah bangunan. Contohnya istana raja di Burma dijadikan kawasan suci yang mana rakyat dilarang memakai kasut memasuki istana dan harus tunduk apabila berhampiran dengan istana. Struktur istana raja di Burma mempunyai pengaruh Hindu Buddha yang mana permaisuri dan menteri dibahagikan kedudukannya di bahagian timur, selatan, dan barat menghadap mahligai singgahsana yang merupakan kedudukan raja. Singgahsana raja mempunyai tujuh lapisan menara yang mirip seperti Gunung Meru. Istana raja Burma terletak di tengah-tengah kota yang dikelilingi benteng empat segi dan parit.15 Namun begitu pengaruh China dan India tidak kekal lama di Tanah Besar kerana selepas kedatangan kuasa Eropah pada abad ke 19, pengaruh ini mula berubah kearah kebaratan.
13 14

Abu Talib Ahmad, Ibid, hlm. 14. Abu Talib Ahmad, Ibid, hlm. 44-46 15 Geldern, Robert Heine, 1942, Conceptions of State and Kingship in Southeast Asia, New York: American Museum of Natural History, hlm. 19-21.

PERANAN

PENGARUH

CHINA

DAN

INDIA

KETIKA

TANAH

BESAR

BERHADAPAN DENGAN KUASA EROPAH. Selepas negara-negara di Tanah Besar mencapai tahap kegemilangan semasa menerima pengaruh China dan India, keamanan negara-negara Tanah Besar telah digugat dengan kedatangan kuasa Eropah pada abad ke 19. Semasa berhadapan dengan kuasa Eropah, peranan pengaruh China dan India tidak memberi kesan yang mendalam sehingga pengaruh Eropah berjaya memasuki negara-negara di Tanah Besar. Di Vietnam, maharajanya mempunyai sikap tertutup dengan orang luar dan baginya tidak akan ada pengaruh luar yang diterima masuk selain pengaruh China. Buktinya semasa Perancis datang ke Vietnam dan menyebarkan agama Kristian kepada masyarakat tempatan, Maharaja Minh Mang dan Maharaja Tu Duc telah mengecam dan menganiaya penganut agama Kristian dengan pelbagai cara kerana dikhuatiri agama Kristian ini akan menggugat kedudukan fahaman Kofucianisme yang diwarisi sejak turun-temurun.16 Maharaja Vietnam juga berpegang teguh kepada ajaran Konfucianisme telah menolak sebarang perubahan yang dibawa kuasa Eropah dan mengekalkan penggunaan sistem politik model China. Contohnya Maharaja Gia Long daripada wangsa Nguyen Anh telah mementingkan sistem quo.17 Namun sistem quo ini akhirnya memberi musibah kepada negara Vietnam kerana semasa pemerintah maharaja Tu Duc Perancis berjaya menjajah Vietnam melalui Perjanjian Potrektoret yang memberi kuasa mutlak pentadbiran negara kepada pegawai Perancis. Raja hanya berkuasa dalam hal ehwal adat istiadat.18 Selain itu, sistem pendidikan berasaskan hafalan kitab klasik China yang diamalkan masyarakat Vietnam tidak dapat membantu pegawai-pegawai kerajaan

16

Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991, hlm.49 -50. 17 System quo ialah struktur yang berfungsi mengekalkan apa yang sedia ada. (Lihat http://www.scribd.com/doc/81005199/Pengertian-Status-Quo ) 18 Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991, hlm. 49-50.

mencari jalan untuk menghalang kemaraan perluasan kuasa Perancis. Menurut Woodside, proses pencinaan yang dilakukan secara menyeluruh menyebabkan pemimpin-pemimpin Vietnam ketandusan daya usaha dan inisiatif untuk menghadapi cabaran baru dari Perancis.19 Manakala di Burma pula masyarakatnya yang berpegang teguh kepada ajaran Buddha Theravadda telah menolak sebarang pengaruh luar yang mampu menggugat pengaruh ini. Raja Burma sangat berpegang teguh kepada adat resam Hindu Buddha yang mana dalam adat resam ini mempunyai konsep pandangan dunia.20 Melalui pandangan dunia inilah masyarakat Burma tidak dapat menerima pengaruh asing khususnya pengaruh Kristian yang mempunyai pandangan agama yang berlainan dengan agama Buddha. Oleh itu,

Maharaja Burma bijak mengguna pengaruh agama Buddha untuk mempengaruhi rakyat tempatan menentang kedatangan Inggeris melalui konsep Setkya-min dan Matreya.21 Namun begitu, maharaja Thibaw tidak dapat memerintah dengan lama di Burma apabila baginda ditukar ke India selepas kejayaannya menggembling gerakkan anti-British pada tahun 1886 sehingga 1890an dengan menggunakan faktor agama untuk menaikkan semangat antiimperialisme dikalangan rakyat.22 Kesannya British kembali semula dan menguasai Burma setelah Burma kehilangan pemimpin yang cekap dan bijak. Siam berbeza dengan negara-negara Tanah Besar yang lain kerana negara Siam tidak dijajah secara langsung. Apabila melihat negara-negara jirannya telah ditakluki kuasa Eropah, maharaja Siam telah membuat perjanjian dengan kuasa Eropah bagi mengelakkan Siam dijajah dan mengekalkan kedudukan wangsa Chakri iaitu wangsa yang menerima pengaruh
19 20

Abu Talib Ahmad, Ibid, hlm. 47. Pandangan dunia ini bermaksud dunia telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian teratas yang didiami dewa-dewi, bahagian tengah pula didiami oleh manusia, dan bahagian bawah didiami oleh makhluk yang paling rendah darjatnya berbanding manusia dan haiwan. (Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, hlm.) 21 Qasim Ahmad, Kekerasan dalam Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 179. 22 Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991, hlm.26-27.

Buddha (Chakravatti) dari China. Antara perjanjian yang ditangani maharaja Siam dengan pihak Inggeris ialah Perjanjian Burney pada tahun 1826 dan Perjanjian Bowring pada tahun 1855. Melalui kedua-dua perjanjian ini ia merugikan Siam kerana Siam terpaksa melepaskan tanah jajahannya kepada Inggeris demi mengekalkan sistem pemerintahan wangsa Chakri.23 Melalui contoh bagi ketiga-tiga negara iaitu Vietnam, Burma dan Siam jelas dapat dilihat pengaruh China dan India hanya berpengaruh dalam hal pentadbiran, dan keagaamaan sahaja semasa Tanah besar berhadapan dengan kuasa Eropah. Kebanyakkan pengaruhpengaruh ini hanya berfungsi untuk mengekalkan kuasa raja yang mempunyai darah bangsa China dan India sahaja.

KESIMPULAN Selepas kuasa Eropah berjaya menakluki hampir keseluruhan negara Tanah Besar, bangsa Eropah telah mengubah beberapa perkara yang berkaitan dengan pengaruh China dan India. Contohnya dalam hal politik dan pentadbiran raja sudah tidak berkuasa mutlak dan wakil-wakil Eropah iaitu Gabenor Jeneral telah mengambil alih tugas maharaja menguruskan hal pentadbiran. Kuasa raja hanya berfungsi dalam hal keagamaan dan adat istiadat. Dalam aspek ekonomi pula, raja sudah tidak boleh menggunakan wang negara untuk perbelanjaan peribadinya. Ekonomi negara-negara Tanah Besar telah dikawal oleh pihak Eropah yang mana ia hanya memberi keuntungan kepada bangsanya sahaja. Selepas kedatangan kuasa Eropah, agama Katolik mula tersebar ke Tanah Besar dan kebanyakan peperiksaan yang dulunya berasaskan kitab klasik Cina telah ditukar kepada kebaratan yang menekankan aspek agama Kristian.

23

Abu Talib Ahmad, ibid, hlm. 21-22.

10

Namun Eropah tidak mengubah keseluruhan aspek yang menerima pengaruh Cina dan India di Tanah Besar, ada beberapa aspek dikekalkan seperti aspek budaya, agama dan adat resam. Hal ini bagi mengelakkan pemberontakan masyarakat tempatan kepada kuasa Eropah kerana masyarakat di Tanah Besar amat berpegang teguh kepada adat dan budaya. Bagi mengulas keberkesanan pengaruh China dan India semasa Tanah Besar berhadapan dengan kuasa Eropah, kita boleh menilai pendapat Hoang Van Chi iaitu seorang ahli sarjana Vietnam. Beliau mengatakan kebudayaan Han (China) walaupun berguna kepada rakyat Vietnam pada peringkat awalnya, tetapi akhirnya menjadi satu formula yang menghalang segala bentuk kreativiti dan pemikiran bebas dalam kata lain ia menjumutkan pemikiran masyarakat Vietnam.24 Hal ini kerana pendidikan China yang tertumpu kepada ajaran Kungfutze dan rujukan karya Zhu Tsi hanya menekankan keharmonian sesama manusia dan alam seperti melakukan amalan yang baik. Namun begitu, pembelajaran Cina tidak diterapkan 100% ke dalam pembelajaran masyarakat Vietnam kerana maharajanya hanya memlih beberapa bahagian yang mempunyai kepentingannya sahaja. Faktor geografi memainkan peranan dalam punca mengapa masyarakat Vietnam tidak dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan kehidupan realiti. Hal ini kerana, buku-buku yang dipelajari banyak menceritakan tentang negara China sedangkan kawasan negara China dan Vietnam merupakan kawasan yang berbeza.

24

Abu Talib Ahmad, ibid, hlm. 47.

11

BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Haji Ismail. 2007. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Geldern, Robert Heine. 1942. Conceptions of State and Kingship in Southeast Asia. New York: American Museum of Natural History. Ismail Abdullah dan Shaari Che Hamid. 1975. Sejarah Tanah Melayu dan Asia Tenggara. Kelantan: Pustaka Mahligai Press. Qasim Ahmad. 1993. Kekerasan dalam Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (t.p). (t.t). Pengertian Status Quo. Tarikh mengakses : 45 April 2013.

http://www.scribd.com/doc/81005199/Pengertian-Status-Quo

12

You might also like