You are on page 1of 4

Dinasti Qin dianggap sebagai dinasti pertama China.

Walaopun sebelum
Dinasti Qin terbentuk, terdapat juga negara Xia Shang dan Zhou, Qin Shi
Huang Di menggabungkan negara-negara tersebut melalui peperangan.
Qin Shi Huang Di bermatlamat untu menguasai semua negara di bawah
syurga. Dia mencapai matlamat tersebut melalui penaklukan melalui
peperangan dan konsep falsafah legalisme. Selepas berjaya menakluki
kesemua 6 negara, Qin Shi Huang Di mengunifikasikan negara baru yang
terbentuk dengan menstandardkan budaya, mata wang, ukuran berat,
penulisan, dan kelebaran jalan. Buku-buku yang mengandungi falsafahfalsafah lain juga dibakar dan orang yang menentang dia ditanam hiduphidup.
Zaman Dinasti Chin ialah zaman yang paling gemilang pada masa itu.
Dinasti Chin, di bawah pemerintahan Shih Huang Ti telah menjamin
kestabilan politik. Gelaran Raja ditukar kepada Maharaja yang bermaksud
Raja Di Atas. Baginda turut membentuk sistem pentadbiran atau
birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh baginda.
Pada masa itu, Maharaja mempunyai golongan birokrasi yang membantu
baginda dalam pentadbiran.
Salah satu pencapaian Dinasti Chin iala penghapusan sistem feudal dan
penukaran sistem pentadbiran kepada wilayah atau provinsi. Sebelum itu,
sistem kemasyarakatan dikuasai oleh kaum bangsawan. Selepas
penghapusan sistem feudal, 36 buah wilayah yang diketuai oleh gabenor
terbentuk.
Baginda memerintah Tamadun Cina berdasarkan falsafah legalisme yang
bersifat authoritarianism. Hanya falsafah Fa Jia atau legalisme
dibenarkan wujud pada masa itu. Han Fei Zi, seorang menteri pada
masa itu memberi cadangan untuk mengguna legalisme sebagai asas
pemerintahan dan kerajaan Dynasti Qin. Legalisme menekankan bahawa
penghukuman dan gajaran haruslah cepat dan berat. Selain daripada itu,
Fa Jia mencadangkan bahawa kuasa pemerintahan haruslah difokus
pada satu orang, iaitu Chin Shih Huang Ti sahaja. Menurut Guan Zi,
apabila pemerintah yang berdaulat memerintah dengan secara autoriti
sepenuhnya, pembesar atau menteri tidak berani melakukan kesalahan.
Rakyat dalam zaman ini bersedia untuk memberikan perkhidmatan
sepenuhnya disebabkan kekerasan yang diimplementasi melalui autoriti
Maharaja Shih Huang Ti. Pemerintahan ini telah menghalang pembesar
atau menteri daripada membelot serta menjamin kestabilan Dinasti Chin.
Ini juga salah satu sebab falsafah lain seperti Konfusinisme yang
dianggap mengelirukan orang untuk melanggar kerajaan dilarangkan.
Antara salah satu kejadain yang paling terkenal dalam sejarah Dinasti Chin
adalah kejadian pembakaran buku pada zaman tersebut. Chin Shih Huang
Ti melaksanakan perintah ini supaya idea-idea seperti Konfusianisme yang
disyaki punca pemberontakan berlaku akan disekat.

Idea ini timbul selepas perdebatan antara seorang ulama berrnama Chun
Yu Yue dan seorang menteri dalam kerajaan tersebut yang bernama Lee
Sze. Dalam perdebatan itu, Yu Yue memberi satu cadangan untuk
membahagikan tanah-tanah kepada Zhu Hou, untuk diperintah dan
mereka memengang kuasa untuk memberi atau membahagikan tanahtanah tersebut kepada anak buah mereka (Zhi, 2009).Lee Sze, pada masa
itu berpendapat bahawa cadangan Yu Yue akan membawa komplikasi
kepada pemberontakan yang makin serius. Oleh itu, Lee Sze memberi
cadangan kepada Chin Shih Huang Ti untuk membakar semua buku-buku
yang mengandungi idea atau falsafah yang melanggar cara pemerintahan
Chin Shih Huang Ti pada masa itu. Semua buku yang melibatkan isu-isu
politik turut dibakar. Hanya buku-buku yang berkaitan dengan kemahirankemahiran seperti ubat-ubatan dan pertanian selamat daripada
pembakaran tersebut.
Selain daripada berjaya menyekat penyebaran idea-idea, pembakaran
buku membantu Chin Shih Huang Ti menyatukan tulisan (Zhi, 2009).Pada
masa itu, tulisan-tulisan belum dinyatui dan setiap negeri mengguna
tulisan yang hanya terhad kepada kawasan tersebut. Pembakaran buku di
seluruh negara menyebabkan kehapusan kebanyakan tulisan pada masa
itu. Ini memudahkan polisi menyatui tulisan Zhuan Shu sebagai bahasa
dan tulisan rasmi. Tulisan Da Zhuan pada masa itu berjaya diubah
kepada Xiao Zhuan, yang menjadi asas tulisan Cina pada zaman kini.
Dari segi pertanian atau agrikultur, zaman Dinasti Chin merupakan titik
permulaan dimana empayar China bakal menjadi sebuah negara yang
memperuntukkan sebahagian besar daripada tanahnya untuk dijadikan
salah satu sumber penjanaan ekonomi. Disebabkan kawasan tanah rata
merupakan jenis landskap yang paling banyak didapati di seluruh China,
komposisi penduduk empayar China yang terdiri daripada 90% jelata biasa
mengamalkan gaya hidup sara diri berlandaskan pertanian kecil-kecilan.
Pembubarkan prinsip feudalisme membolehkan rakyat jelata memilik
tanah tersendiri dimana mereka bercucuk tanam.
Akan tetapi, setakat situlah terhentinya perubahan positif. Turut dikenali
sebagai pemimpin yang zalim, Maharaja Chin Shih Huang menetapkan
perintah dimana rakyat jelata perlu menyumbangkan sebahagian daripada
hasil mereka kepada kerajaan atas alasan demi kebaikan keseluruhan
bangsa. Mereka yang mampu memenuhi kehendak pihak kerajaan dicurah
kemewahan manakala mereka yang tidak dapat memenuhi kuota atau
enggan menurut perintah akan segera diasingkan dan dijadikan hamba
abdi ataupun dijatuhkan hukuman pancung (Peralta, n.d.). Pengenaan
cukai yang melampau atas tanah yang dimiliki turut membebankan rakyat
jelata. Ini menyebabkan rakyat jelata berasa dengki terhadap pemimpin
mereka yang zalim.
Dari segi perdagangan pula, Dinasti Chin membawa perubahan yang
mendadak dimana ia akan mempengaruhi cara-cara perdagangan

dilaksanakan buat dinasti-dinasti yang bakal datang. Dibawah


pemerintahan Chin Shih Huang Ti, mata-wang, sistem pengukuran berat
mahupun jarak; ditetapkan sama di antara kesemua tanah naungan
empayar Chin. Ia membantu memperlicinkan soal perdagangan dalaman
antara naungan-naungan terbabit. Sistem jalanan turut dititikberatkan dan
diperbaik. Selain daripada menyenangkan pergerakan tentera-tentera
Chin dari satu lokasi ke lokasi yang lain, sistem jalanan yang bertambah
baik melicinkan perlaksanaan perdagangan. Sistem jalanan yang dibina
boleh dikatakan menjadi asas kepada kelahiran jalan-jalan sutera (Silk
Roads) yang terkenal di kalangan perdagang-perdagang sedunia.
Faktor paling penting yang menjadikan Dinasti Chin sebagai zaman
keemasan Tamadun China adalah kejayaan Maharaja Chin Shih Huang
dalam menyatukan keragaman suku bangsa. Beliau telah menakluki enam
negeri dalam Negara China iaitu Han, Zhao, Wei, Yan, Chu dan Qi. Dengan
itu, beliau berjaya menamatkan zaman peperangan antara negeri-negeri
dan membina satu negara yang bersatu dan berpusat. Walaupun
pemerintah Dinasti Chin berjaya menakluk negeri-negeri sekitar, tetapi
zaman pemrintahan mereka adalah tempoh yang paling singkat, iaitu dari
221 S.M. ke 206 S.M. (Sejarah Dinasti Qin, n.d.).
Pada tahun 269 S.M., seorang general dari negeri Zhao berjaya
menewaskan dua angkatan tentera Chin. Selepas itu, Fan Sui
dinaikkan pangkat sebagai perdana menteri Dinasti Chin dan
menubuhkan policy-policy baru bertujuan untuk mengembangkan
Dinasti Chin. Gerakan ini kemudiannya menjadi asas kepada Dinasti
Chin untuk menakluk negeri-negeri lain (Wu, 2015). Berikutnya,
Dinasti Chin memulakan strategi penaklukan untuk menyatukan
China dengan menewaskan negeri Han pada 230 S.M., negeri Zhao
pada 228 S.M., negeri Yan pada 226 S.M., negeri Wei pada 225 S.M.,
negeri Chu pada 223 S.M., dan negeri Qi pada 221 S.M.. Dinasti
Chin mempunyai kelebihan dari segi geometri kerana kawasan
Dinasti Chin yang strategik terlindung dan dikelilingi oleh gununggunung yang mempunyai jalan masuk yang senang dipertahankan.
Shih Huang Ti menetapkan Kota Xiang Yang sebagai ibu kota Dinasti
Chin.
Dari segi kekuatan ketenteraan Dinasti Chin, tentera tentera Dinasti Chin
menjalani reformasi yang ketat dan luas. Chin Shih Huang, juga
meningkatkan kekuatan ketenteraan negara dari segi latihan dan senjatasenjata tentera. Pedang yang mempunyai bilah yang lebit panjang telah
dicipta untuk kesenangan menikam musuh-musuh Dinasti Chin. Selain itu,
busaran silang juga dicipta untuk kegunaan tentera Dinasti Chin. Busaran
silang boleh menyerang sasaran dengan lebit tepat dan lebih kuat
daripada busur panjang biasa. Namunya, ia lebih berat dan susah untuk
dikendalikan. Selain itu, demi meningkatkan kekuatan tentera Dinasti
Chin, serbuk letupan telah dicipta dan kemudiannya digunakan sebagai
senjata api untuk melawan musuh-musuh Dinasti Chin.

Selepas berjaya menyatukan China sebagai satu negara, Chin Shih Huang
Ti mengarahkan pembinaan Tembok Besar China. Tembok Besar Cina
bukan sahaja melambangkan penyatuan China menjadi satu negara yang
besar dan bersatu, tetapi juga untuk melindungi negara beliau daripada
ancaman-ancaman tentera Mongolia. Tembok Besar China adalah
sepanjang 6, 700 kilometer dan ia diperkatakan bahawa kurang-kurangnya
2 3 juta orang terkorban dalam proses pembinaan tembok ini. Menara
juga dibina di puncak gunung untuk memperhatikan gerakan musuh dan
menghantar isyarat-isyarat antara satu sama lain sekiranya mereka
diserang musuh (Mark, 2016).
Selain daripada Tembok Besar China, Tentera Teracotta juga merupakan
legasi yang ditinggalkan oleh Dinasti Chin. Tentera Teracotta merupakan
10 000 patung tentera yang dibuat dalam makam Shih Huang Ti semasa
dia dikebumikan pada 210SM. Tentera Teracotta dibina kerana ia
dipercayai akan dapat melindungi dan membantu Shi Huang Di di dunia
akhirat. Setiap anggota dalam Tentera Teracotta adalah unique dan
mempunyai seragam yang bersesuaian dengan pangkat mereka dalam
Tentera China.
Selain itu,Shih Huang Ti juga telah menyusun semula kerajaan dan
menyeragamkan unit timbang dan unit ukur. (Zorn, 2014) Jalan dan
rangkaian terusan juga telah dibina untuk menghubungkan pelbagai
tempat di sekitar negara Cina. (Wu, 2015) Kompas juga dicipta pada masa
Dinasti Qin. Sudu yang diperbuat daripada batu magnet akan diletakkan di
atas plat gangsa dan tangan sudu akan sentiasa mengarah ke selatan.
Pada masa kemudian, sudu besi diganti oleh jarum besi yang digosok
dengan magnet dan diletakkan di atas permukaan air.

You might also like