You are on page 1of 7

LEGALISME

1.

Sejarah Hidup Han Fei Zi

Han Fei Zi telah dilahirkan pada tahun 280 S.M. Han Fei Zi merupakan keturunan keluarga
diraja bagi negeri Han. Negeri Han terletak di tengah China dan terletak di timur ibu kota Dinasti
Zhou iaitu Luoyang. Keluarga Han Fei Zi adalah bekas pembesar kepada Negeri Qin dan
melakukan rampasan kuasa bersama dengan dua buah keluarga pembesar yang lain. Mereka
kemudiannya telah membahagikan wilayah Negeri Qin sehingga terbentuk tiga buah negeri
baru iaitu Han, Wei dan Chao. Tiga buah negeri ini mendapat

pengiktirafan

daripada

pemerintah Zhou. Pada 403 S.M. pemerintah Negeri Han pada asalnya menggunakan
gelaran Duke, kini telah menggunakan gelaran Raja. Negeri Han yang kecil sering diancam
oleh negeri yang kuat seperti Qin. Sekitar tahun 250 S.M. Han Fei Zi telah berguru dengan
seorang ahli falsafah Konfusianisme iaitu Xun Zi yang dalam masa yang sama merupakan
seorang majistret Lan Ling di daerah Shandong. Li Si antara pelajar kepada Xun Zi yang bakal
menjadi seorang perdana menteri kepada Maharaja Qin merupakan seorang yang jahat dan
mencemburui Han Fei Zi.
Negeri kelahiran Han Fei Zi iaitu Negeri Han bakal diserang oleh Negeri Qin. Raja Han iaitu
Huan Hui enggan menerima nasihat Han Fei Zi disebabkan ketidakupayaan beliau dalam
menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai pandangan beliau mengenai ancaman Qin. Han
Fei Zi ada menulis beberapa esei mengenai perkara ini antaranya The Five Vermin dan
The Difficulties of Persuasion,. Pemerintah Qin pada ketika itu yang bakal menjadi seorang
maharaja pertama China dan menubuhkan Dinasti Qin sangat tertarik dengan penulisan
tersebut. Penulisan tersebut telah sampai ke pengetahuan Perdana Menteri Li Si yang akhirnya
mendedahkan identiti pengarang penulisan tersebut kepada Raja Qin. Kekaguman Raja Qin
terhadap penulisan tersebut tidak menghalang langsung hasrat Negeri Qin untuk melakukan
serangan ke atas negeri kelahiran Han Fei Zi iaitu Negeri Han pada tahun 234 S.M. Pemerintah
Han iaitu Raja An yang merupakan pengganti kepada Raja Huan Hui pada awalnya enggan
menerima nasihat Han Fei Zi akhirnya telah membuat keputusan untuk menghantar beliau ke
Negeri Qin agar negeri baginda dapat diselamatkan daripada dimusnahkan serangan besar
bala tentera Qin.

Oleh itu Han Fei telah mengembara ke Negeri Qin dan telah mendapat layanan yang mesra
daripada pihak Raja Qin.
Walaubagaimanapun Li Si telah memberi amaran kepada Raja Qin bahawa Han Fei Zi
merupakan ahli keluarga diraja Han maka kesetiaan beliau hanya kepada Han dan sudah pasti
akan menentang Qin. Li Si berjaya mempengaruhi Raja Qin untuk membawa ahli falsafah
tersebut di bawah undang-undang rasmi untuk melakukan penyiasatan terhadap beliau. Oleh
itu Han Fei Zi dipenjarakan buat seketika sehingga penyiasatan selesai dilaksanakan.
Walaubagaimanapun Li Si telah menghantar racun di mana Han Fei telah dikurung iaitu di
Istana Musim Panas di Sweet Springs. Han Fei yang tidak dapat untuk menghubungi
pemerintahnya agar membantu beliau mempertahankan diri terhadap tuduhan yang telah
dilakukan ke atas dirinya. Akhirnya Han Fei mengambil keputusan untuk meminum racun
tersebut. Pada tahun 233 S.M pada umur 50 tahun beliau telah meninggal dunia akibat
meminum racun.
2.

Tokoh-Tokoh Awal Aliran Legalisme Di China

Terdapat tiga tokoh awal aliran Legalisme yang telah membangunkan aliran falsafah ini
sebelum

Han

Fei

Zi

mempopularkannya

serta

sebelum

Maharaja

Shi

Huang

Di

mengamalkannya dalam negara baginda iaitu sewaktu Dinasti Qin. Tokoh-tokoh awal tersebut
adalah Shen Dao dari Zhao, Shen Bu Hai dari Han dan Shang Yang dari Wei.
Shen Dao juga dikenali sebagai Shen Zi berasal daripada negeri Zhao. Beliau terkenal dengan
doktrin Shi atau autoriti, di mana ia merupakan faktor penting di dalam politik dan sesebuah
kerajaan. Han Fei Zi sendiri mengambil kata-kata Shen Dao untuk memperjelaskan dengan
lebih lanjut mengenai Shi. Menurut Shen Dao:
Saya tahu bahawa Shi atau autoriti dan kedudukan adalah penting dan manakala baik dan
bijak tidak boleh diharapkan.
Shi membolehkan seseorang Raja atau pemerintah untuk memerintah Menurut Guan Zi:
Apabila pemerintah yang berdaulat memerintah dengan secara autoriti sepenuhnya, pembesar
atau menteri tidak akan melakukan kesalahan. Kemudian mereka tidak akan membelot negara

bukan kerana mereka sukakannya tetapi takut akan autoriti. Rakyat bersedia untuk memberikan
perkhidmatan bukan kerana mereka sukakannya tetapi kerana mereka takut kepada autoriti,
Oleh itu pemerintah yang bijak yang berada di kedudukan yang tinggi boleh memerintah rakyat
dan pemerintah yang bijak boleh memegang sepenuhnya kuasa autoriti yang mampu untuk
menghalang pembesar atau menteri daripada melakukan kesalahan.
Shen Bu Hai merupakan menteri atau pembesar bagi negeri Han. Beliau terkenal dengan
konsep Shu. Konsep

Shu

merupakan

satu

elemen

yang

penting

dalam

sesebuah

kerajaan. Shu bermakna pemerintah mengawal rakyatnya dan memberikan mereka kelebihan.
Han Fei Zi menerima idea beliau iaitu Shu bermakna menjaga atau mengawal rakyat supaya
berada dalam keadaan yang terkawal.
Shang Yang atau Kong Sun Yang lebih dikenali sebagai Wei Yang lahir pada tahun 400 S.M
dan meninggal dunia pada 338 S.M. Beliau pernah berkhidmat di bawah Raja Wei. Beliau telah
melakukan reformasi daripada disiplin tentera ke hak pemilikan tanah dan juga telah
menstrukturkan semula undang-undang dan pentadbiran. Menurut Shang Yang pengeluaran
makanan dan persediaan ketenteraan adalah aktiviti yang memerlukan negara membantu
petani dan tentera. Ini kerana mereka merupakan kelas penduduk atau rakyat yang sepatutnya
diberikan galakan oleh pemerintah. Pencapaian beliau yang paling agung adalah berkenaan
Fa

atau

undang-undang

di mana

ketegasan

dalam memerintah telah menjadi konsep

penting aliran Legalisme. Beliau percaya bahawa masyarakat lebih baik ditadbir berdasarkan
sistem pentadbiran ganjaran dan hukuman. Shang Yang mengeluarkan kod undang-undang
untuk melaksanakan hukuman yang berat terhadap sesiapa yang melanggar undang- undang
negara. Beliau juga merupakan bapa kepada aliran Legalisme. Skema beliau adalah
berdasarkan tiga prinsip yang mudah iaitu pertama keyakinan dalam keadilan undang-undang,
kedua penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan ketiga undang-undang ditulis dan
diwartakan. Idea Shang Yang amat bersesuaian dengan keadaan kucar-kacir dalam sistem
feudalism sewaktu era Negeri-negeri Berperang di China.
Reputasi Han Fei Zi berdasarkan kepada pengajaran atau ilmu daripada Shen Dao, Shen Bu
Hai dan Shang Yang. Han Fei Zi telah menerima idea Shi, Shu dan Fa dan telah
membangunkan idea-idea tersebut dan akhirnya telah menjadi satu aliran falsafah yang bijak
dan mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Bersesuaian dengan frasa di bawah ini:

Sebuah negeri tidak selamanya kuat dan negeri juga tidak selamanya kekal lemah. Apabila
undang-undang dilaksanakan dengan tegas, negara akan kuat. Apabila undang-undang tidak
dilaksanakan dengan baik maka negara akan menjadi lemah.

Han Fei Zi mengekalkan hujahan tersebut bahawa pemerintahan yang baik selalunya
bergantung kepada pentadbiran undang-undang, tegas dan adil. Kod atau struktur undangundang harus panjang lebar dan terperinci. Hukuman menurut undang-undang harus berat.
Menurut Shang Yang:
Hukuman yang berat bagi kesalahan yang kecil. Kesalahan yang besar jarang dilakukan
manakala kesalahan yang kecil sering berlaku. Cara atau dasar yang paling baik untuk kerajaan
adalah untuk mengetuai rakyat untuk mengelakkan apa yang mudah dan jangan melakukan
apa yang sukar. Apabila tiada kesalahan yang kecil maka tiada kesalahan yang besar akan
dilakukan. Oleh itu hukuman yang berat akan menyebabkan tiada sesiapa akan berani
melanggar undang- undang. Cara ini menghapuskan jenayah dengan hukuman.
3.

Teori Fahaman Legalisme

(1) Sifat semulajadi Manusia Dan Psikologi


Legalisme bermula dengan mengatakan bahawa sifat semulajadi manusia adalah jahat. Secara
spesifik jahat bermakna manusia secara semulajadi adalah bersifat pentingkan diri atau selfish
dan juga anti sosial. Manusia hanya melakukan perkara yang terbaik untuk diri mereka sahaja.
Individu akan berkelakuan baik dalam sebuah masyarakat yang besar yang dapat memberikan
faedah kepada diri sendiri. Seorang pemerintah mengawal kekayaan negara dan kuasa.
Pemerintah akan menggunakan kuasa dan kekayaan untuk memanipulasi populasi negaranya
melalui positive and negative reinforcement. Menurut Han Fei Zi berikan ganjaran atau
Reward kepada sikap atau behavior yang membawa faedah atau keuntungan kepada negara
atau pemerintah dan hukum atau punish kepada sesiapa yang mengingkari. Han Fei
mengatakan bahawa punishment and reward atau hukum dan ganjaran adalah two handles
atau dua pemegang. Pemerintah menggunakan kedua-dua pemegang tersebut untuk
mengawal kelakuan pembesar dan rakyatnya.

Han Fei Zi menjelaskan bahawa:


Pemerintah mengawal pembesar-pembesar dengan menggunakan dua pemegang sahaja.
Dua pemegang tersebut adalah hukuman dan sokongan (ganjaran). Apa yang saya (Han Fei
Zi) maksudkan mengenai hukuman dan sokongan (ganjaran)? Untuk melakukan kekejaman
dan menjatuhkan hukuman mati ke atas rakyat dianggap sebagai hukuman manakala untuk
memberi penghormatan dan ganjaran dianggap sebagai sokongan. Kepada sesiapa yang
menjadi pembesar harus takut akan hukuman dan mengharapkan keuntungan atau profit
melalui ganjaran. Oleh itu pemerintah yang menggunakan kaedah hukuman dan sokongan atau
memberi ganjaran, pembesar akan takut akan tindakan yang bakal diambil oleh pemerintah
atau raja dan mengharap akan menerima ganjaran daripada pemerintah.
Seperti yang kita tahu bahawa sewaktu zaman muda Han Fei dan Li Si telah berguru atau
belajar daripada Xun Zi yang merupakan seorang tokoh Konfusius yang tidak bersetuju dengan
Konfusius dan mengatakan bahawa manusia sejak dilahirkan adalah secara semulajadi jahat.
Han Fei dan Li Si bersetuju dengan pandangan Xun Zi tersebut. Namun masih terdapatnya
perbezaan di antara pandangan mereka terhadap sifat semulajadi manusia. Xun Zi mengatakan
bahawa manusia pada asalnya bersifat jahat dan ia perlu melalui proses penambahbaikan
melalui latihan yang keras. Han Fei Zi dan pengikut Legalisme yang lain tidak merasakan
bahawa sifat semulajadi jahat boleh dilatih atau ditambahbaik. Manusia mementingkan diri
sendiri dan merupakan anti-sosial dari masa ke semasa sejak dilahirkan sehingga mati, dan
sebarang untuk berubah atau merubah sifat ini adalah sia-sia dan tidak berpandu. Sebaliknya,
pemerintah sepatutnya menerima bahawa manusia secara semulajadinya adalah kekal sebagai
jahat. Sememangnya berdasarkan teori Legalis, manusia boleh melakukan apa sahaja atau
sanggup melakukan apa sahaja.
Sebagai contoh, menurut Han Fei Zi:
Because the king of Yue admired valor, many of his subjects defied death; because King Ling
of Qu liked slim waists, his state was full of half-starved people on diets. Because Duke Huan of
Qi was jealous and loved his ladies in waiting, Shudiao castrated himself in order to be put in
charge of the harem; because the duke was fond of unusual food,
head and offered it to the duke.

Yiya steamed his son's

(2) Undang-Undang Dan Kerajaan


Sewaktu era Negeri-Negeri Berperang di China, keadaan sosial negara sangat teruk dan
berada dalam keadaan kucar-kacir. Pembesar feudal telah mengamalkan kuasa politik seolaholah mereka adalah pemerintah atau raja sesebuah kerajaan. Oleh kerana itu pembesar feudal
mempunyai hak atau kuasa untuk menghukum penjenayah serta mempunyai hak untuk
memberikan ganjaran dan hukuman (reward and punishment doctrine). Idea Han Fei dalam
menyelamatkan negerinya iaitu Han adalah melalui pemusatan kuasa politik kepada pemerintah
atau raja. Oleh itu Han Fei telah membangkitkan tiga dasar penting iaitu autoriti, seni dan
undang-undang.

Ini bermakna seorang Maharaja atau pemerintah

mempunyai

autoriti.

Pemerintah sepatutnya memusatkan kuasa politik dengan menggunakan kuasa autoriti,


seni dalaman dan menggunakan undang-undang. Han Fei menambah dua perkara lagi di mana
beliau menasihati pemerintah untuk mengamalkannya. Dua perkara tersebut adalah ganjaran
dan hukuman(Reward and Punishment).
Undang-undang atau Law (fa ) merupakan sebuah mekanisme di mana pemerintah
harus menggunakan dua pemegang sebagai kelebihan buat pemerintah sesebuah negara.
Rakyat wujud untuk berkhidmat dan mengukuhkan negara. Pemerintah pula harus mewujudkan
satu sistem undang-undang yang komprehensif di mana memberikan ganjaran kepada semua
rakyat yang menjaga kelakuan dan memberi manfaat kepada negara dan menghukum kepada
kelakuan atau tingkah laku rakyat yang melemahkan negara. Pemerintah sepatutnya membina
sebuah undang-undang di mana rakyat terutamanya pembesar atau menteri mempunyai
insentif untuk melakukan tinjauan terhadap rakan sekerjanya. Tambah pula, kerajaan
seharusnya melaksanakan undang-undang dengan 100 peratus tanpa sebarang pengecualian.
Undang-undang dan kuasa untuk melaksanakan bukan satu authoritative humanity atau moral
authority namun ia sebenarnya adalah untuk mengharmonikan masyarakat dan mewujudkan
sebuah negara yang kuat. Pemerintah tidak mampu untuk mengawal pelbagai hal ehwal serta
masalah negara oleh itu sistem undang-undang bertujuan untuk meluaskan kuasa dan autoriti
pemerintah supaya dapat mengawal rakyat dengan lebih berkesan dengan mengenakan
undang-undang.
Han Fei Zi menjelaskan:

Stretch the plumb line, and crooked wood can be planed straight; apply the level, and
bumps and hollows can be shaved away; balance the scales, and heavy and light can be
adjusted; get out the measuring jars, and discrepancies of quantity can be corrected. In the
same way one should use laws to govern the state, disposing of all matters on their basis
alone.
Menurut Han Fei Zi, Shi membolehkan sesebuah kerajaan melaksanakan udang-undang yang
tegas. Tanpa Shi, Raja atau pemerintah akan menjadi tidak terdaya atau lemah dan
dianggap sebagai binatang atau haiwan tanpa taring dan kuku tajamnya.

You might also like