You are on page 1of 7

PENGENALAN

Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan


sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep
identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Pada mulanya gerakan nasionalisme
orang cina merupakan gerakan anti- Manchu di mana ia merupakan usaha-usaha orang
cina untuk menyingkirkan pemerintahan Manchu yang memerintah mereka sejak tahun
1644. Sentimen anti Manchu ini timbul adalah kerana orang cina menganggap Manchu
sebagai orang asing yang tidak mempunyai peradaban. Selain itu penentangan
terhadap kerajaan Manchu juga disebabkan ketidakstabilan politik serta berlakunya
pelbagai penyelewengan dalam pentadbirannya.

Oleh itu, orang cina menunjukkan perasan anti Manchu telah menubuhkan
beberapa pertubuhan politik yang mana ia menjalankan aktiviti gerakan anti-Manchu.
Antaranya adalah Pertubuhan Dunia dan Akhirat (Tien Ti Hui) yang ditubuhkan oleh
sami-sami Buddha yang bersifat militan, Pertubuhan Triad dan Pertubuhan Teratai
Putih yang terdiri daripada kongsi-kongsi gelap. Kongsi-kongsi gelap ini telah
membentuk pakatan untuk menggulingkan kerajaan Manchu di mana Pertubuhan Triad
telah melancarkan satu rusuhan pada tahun 1831 di wilayah Hunan. Menurur dr Sun
Yat Sin, pakatan-pakatan di kalangan kongsi gelap ini merupakan pelopor yang merintis
jalan ke arah kebangkitan semangat nasionalisme China. 1

Gerakan nasionalisme di China bolehlah dikatan bermula sejak tahun 1840-an


lagi. Gerakan nasionalisme ini dibahagikan kepada 3 aliran iaitu gerakan nasionalisme
bersentimen anti-Manchu, gerakan nasionalisme yang ingin memasukkan dan
menguatkan China melalui gerakan pemulihan dan gerakan nasionalisme yang
bersentimen orang asing. Dengan bertambahnya golongan pelajar cina di seberang laut
terutamanya Amerika dan Eropah menjadikan idea-idea radikal, demokrasi dan
liberalism menjadi kajian harian di kalangan mereka. ketika inilah muncul Dr Sun Yat
Sin sebagai pelopor bagi menyatukan tenaga radikal yang berada di seberang laut

1
K.Ratnam. Sejarah Kertas 940/2 (Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan & Asia Timur) Pustaka sarjana Sdn Bhd.
2001. m/s 403
1
ataupun di negara Cihna sendiri untuk merubah satus quo yang telah berjalan berabad-
abad.2

PERANAN DAN SUMBANGAN DR SUN YAT SIN ( 12 November 1866- 12 Mac


1925)

Dr Sun Yat Sen seorang pemimpin politik dan revolusi China yang bergelar
"bapa China moden" lahir di Hsing-Chan, Kwangtung di China Selatan pada 12
November 1866. Beliau menerima pendidikan awal dalam bidang confuciusnisme
sehingga berusia 13 tahun, beliau menyertai abangnya di Honolulu dan memasuki
Sekolah Mubaligh Anglican dan seterusnya ke Kolej Oahu sehingga tamat pada tahun
1883. Di sana beliau terpengaruh dengan ajaran agama kristian dan juga sistem politik.
Pada tun 1886, beliau telah pulang ke Canton dan melanjutkan pengajian dalam bidang
kedoktoran di kolej Perubatan di Hong Kong. Di sinilah bermulanya Dr Sun Yat sin
menceburkan diri dalam bidang politik dan juga kegiatan revolusi.

Di Hawaii dan Hong Kong beliau melihat pelbagai pembangunan, pembaharuan


dan kebebasan di kalangan rakyat. Keadaan ini amat jauh bezanya dengan keadan
penduduk di China di bawah pemerintahan kerajaan Manchu. Maka keadaan ini
mempengaruhi Sun untuk menggulingkan kerajaan Manchu dengan apa cara
sekalipun bagi tujuan membebaskan China.

Dr Sun Yat Sin telah memainkan peranan penting dalam mempelopori gerakan
menentang kerajaan Manchu. Pada pendapat beliau pemerintahan beraja (monarki)
sudah ketinggalan zaman dan menjadi punca kesengsaraan di China. Dengan itu
kerajaan beraja perlu digantikan dengan pemerintahan republik dan percaya bahawa
kerajaan republik boleh membawa kepada revolusi sosial yang akan dapat
menyelesaikan beberapa masalahsebelum itu. Pada tahun 1894, Dr Sun telah
menubuhkan satu pertubuhan yang pertama di Honolulu yang di beri nama Kesatuan
Menghidupkan Semula China ( Hsing Chung-hui) atau Revive China Society. Beliau
amat mengharapkan sokongan orang cina seberang laut menyokongnya untuk tujuan
pemeberontakan. Pertubuhan ini mempunyai motto perjuangan iaitu’ Singkirkan orang
Manchu, pulihkan pemerintahan China dan tubuhkan sebuah republik.’

2
Yusoff Iskandar & Khalil Yusoff, Diskusi Sejarah (Edisi Baru), Teks Publishing Sdn. Bhd.1984.m/s 454
2
Seterusnya pada tahun 1895, golongan revolusioner merancang untuk menawan
cantn untuk dijadikan ibu pejabat pertubuhan Hsing Chung-hui tetapi menemui
kegagalan. Dr Sun terpaksa melarikan diri ke Jepun untuk mendapat perlindungan dan
menubuhkan Hsung Chung-hui di sana. Ketika di Yokohama, beliau menyusun semula
langkah dan seterusnya ke Eropah dari tahun 1896 hingga 1898 bagi mengkaji
keadaan sosial di sana sebagai persediaan untuk mencapai cita-citanya untuk
menggulingkan kerajaan Manchu dan menubuhkan Republik China. Walaupun cita-
citanya tidak pernah surut dan tujuan ke arah itu agak lambat disebabkan kurang
mndapat sokongan dari orang cina seberang laut dan juga kongsi-kongsi gelap yang
tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber untuk menyusun strategi.

Tetapi selepas termeterai Boxer Protokol dalam mana imej bangsa cina kelihatan
semakin tertindas, peluang bagi Sun agak cerah semula apabila orang-orang cina
merasakan bahawa revolusi satu-satunya jalan bagi mengembalikan maruah bangsa
cina yang telah terlebur di tangan Manchu. 3 Atas kesedaran ini, Sun berhasrat
menubuhkan sebuah parti tunggal bagi menyatukan tenaga dan pendapat orang-orang
cina seberang laut yang bertaburan di serata dunia, maka tertubuhlah parti Tung Meng
Hui atau Pertubuhan Liga Bersatu pada tahun 1905.Parti in merupakan gabungan dua
pertubuhan revolusioner iaitu Hua Hsing –hu dan Kung Fu-hui dengan tujuan untuk
menggulingkan Kerajaan Manchu dan menubuhkan republik.

Dr Sun menyebarkan perasaan anti Manchu dengan menyebarkan di kalangan


orang cina menerusi khutbah mengenai khutbah pemberontakan kebangsaan melalui
rencana-rencana akhbar yang diterbitkan sendiri iaitu Min Pao (Akhbar Rakyat ) di
Tokyo. Gerakan di bawah pimpinannya mendapat sokongan padu daripada pelajar-
pelajar radikal, rakyat cina yang menderita akibat kezaliman Manchu, kongsi-kongsi
gelap dan juga tentera yang mendapat latihan dari barat. Beliau telah memberi ideologi
yang jelas kepada revolusi dengan mengemukakanTiga Prinsip Rakyat ( San Min Chu
I) sebagai asas falsafah revolusi iaitu Nasionalisme, Demokrasi dan Kebajikan Sosial.
Ideologi ini telah menyumbang kepada pergerakan revolusioner di China dan ramai
orang cina yang berjaya dipengaruhi.

3
Yusoff Iskandar & Khalil Yusoff, Diskusi Sejarah (Edisi Baru), Teks Publishing Sdn. Bhd.1984.m/s 457

3
Antara tahun 1895 dan 1911, Dr Sun dan pengikut-pengikutnya telah
merancang, menagtur dan mengetuai pemberontakan-pemberontakan tetapi gagal
walaupun terdapat kemerosotan dalam pentadbiran kerajaan Manchu. Namun Revolusi
1911 yang berlaku pada 10 Oktober member impak yang cukup besar kepada
Kerajaan Manchu. Ketika revolusi berlaku, Dr Sun berada di Amerika Syarikat, beliau
tidak pulang segera ke China sebaliknya melakukan usaha-usaha mendesak kerajaan
Britain, Jepun dan Perancis agar tidak menyokong kerajaan Manchu. Sekembalinya ke
China, dengan sebulat suara Dr Sun Yat Sin telah dilantik sebagai Presiden sementara
Republik China pada 25 Disember 1911 di Shang Hai dan Li Yuang Hung sebagai Naib
Presiden serta Huang-hsing sebagai Menteri Perang.

PERANAN DAN SUMBANGAN JENERAL YUAN SHIH KAI

Yuan shih Kai merupakan tokoh negeri China yang agak kebal dalam ertikata
dapat mempertahankan kedudukan dalam apa bentuk suasana poitik yang wujud di
China.4 Kerajaan Manchu telah memanggil balik Yuan (yang pernah dipecat pada tahun
1909) bagi menentang revolusioner dan dilantik menjadi Perdana Menteri pada 8
November 1911. Dengan perlantikan ini beliau mempunyai pengaruh yang kuat di
kalangan pasukan tentera di wilayah-wilayah utara dan dapat melakukan perundingan
dengan golongan revolusioner. Dengan pengaruhnya yang kuat ini menyebabkan
timbulnya masalah kepada golongan revolusioner..

Untuk memujuk Maharaja Manchu supaya turun daripada tahkta kerajaan, Dr


Sun telah bertolaka ansur dengan Yuan dan menwarkan jawatan Presiden Republik.
Sementelahan itu juga Yuan juga telah berjaya mempengaruhi kerajaan Manchu agar
turun tahkta malah beliau juga amat berpengaruh di kalangan hulubaang-hulubalang
wilayah. Lantaran itu, pada 12 Februari 1912 kerajaan Manchu mengisytiharkan
penyerahan tahkta dan berakhirlah pemerintahan beraja selama 268 tahun. Pada 15
Februari 1912, Jeneral Yuan Shih Kai telah dilantik menjadi presiden kerajaan
sementara oleh Pehimpunan Nasional Sementara yang berpusat di Nanking dan Li
Yuan Hung dilantik sebagai Naib Presiden.

4
Yusoff Iskandar & Khalil Yusoff, Diskusi Sejarah (Edisi Baru), Teks Publishing Sdn. Bhd.1984.m/s 458
4
Sebaik sahaja Perlembagaan Sementara diisytiharkan pada 10 Mac 1912,
berlaku konflik di anatara Yuan dengan pemimpin gerakan revolusioner yang telah
menubuhkan Pari Kuomintang (KMT) di bawah pimpinan Sung Chiao-jen pada Ogos
1912. Konflik timbul kerana Yuan memungkiri janjinya dengan Dr Sun dan
memindahkan ibu negeri republik dari Nanking ke Peking iaitu kawasan pengaruh
kekuatanya. Pemerintahan Yuan juga beransur-ansur bergerak ke arah pewujudan
sebuah kerajaan bercorak monarki dan diktator. Pada pilihanraya untuk perhimpunan
kebangsaan (parlimen) diadakan pada tahun 1913, kebanyakan kerusi dimenangi oleh
KMT yang dibarisi oleh Dr Sun Yat Sin, Huang Hsing dan Sung Chiao-jen. Keadaan ini
juga menyebabkan Yuan tergugat dan mengambil tindakan ke atas KMT dengan
membubarkan KMT dan kesemua anggotanya seramai 430 orang disingkirkan dari
Parti itu dalam Perjhimpunan Kebangsaan. Dan pada 24 November 1913, KMT
diharamkan atas alas ia merupakan parti penghasut.

Yuan telah membentuk kerajaan diktator dengan membentuk Majlis Politik yang
terdiri daipada 69 orang ahli. Beliau telah membentuk perlembagaan baru di mana
tempoh perkhidmatannya menjadi presiden ke 10 tahun. Beliau juga juga cuba
mengembalikan sistem beraja di China dan cuba mendapatkan sokongan daripada
negara-asing seperti Britain, Rusia dan Jepun. Kemudiannya Yuan membentuk
kerajaan monarki dengan melantik dirinya sebagai maharaja pada 1 Januari 1916.
Situasi ini mendapat penetangan dari kerajaan asing dan juga golongan revolusioner
yang terdiri daripada ahli KMT. Penetangan ini menyebabkan Yuan Shih Kai
mengisytiharkan semula kerajaan republik pada Mac 1916. Kedudukan Yuan tergugat
dan akhirnya beliau meninggal pada 6 Jun 1916.

PENUTUP

Dr Sun Yat Sin dan Jeneral yuan Shih Kai merupakan di antara beberapa butir
permata atau tokoh besar yang telah membuat sumbangan yang berharga untuk
mengubah wajah Asia terutamnya negara China yang pernah suatu masa dahulu
dijajah. Meskipun dianggap sebagai salah seorang pemimpin terhebat di China moden,
kehidupan politik Sun banyak diselubungi pergelutan yang berterusan dan buangan

5
berkali-kali. Selepas kejayaan revolusi, beliau tiba-tiba hilang kuasa di Republik China
yang baru ditubuhkan masa itu, lalu memimpin sebilangan kerajaan revolusi berturut-
turut sebagai cabaran kepada hulubalang-hulubalang yang mengawal kebanyakan
wilayah negara. Sun meninggal dunia sebelum sempat melihat partinya mencapai
pengukuhan kuasa di seluruh negara. Parti beliau yang membentuk perikatan yang
renggang dengan parti Komunis, berpecah menjadi dua puak yang berbalah selepas
peninggalan beliau. Pusaka utama peninggalan Sun terletak pada perkembangan
falsafah politik beliau yang dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat (nasionalisme,
demokrasi, dan kebajikan rakyat) yang masih mempengaruhi kerajaan China masa kini.

Manakala Jeneral Yuan Shih Kai pula cita-cita empayar Yuan ditentang dengan
garang oleh orang-orang bawahannya dan selepas menghadapi prospek
pemberontakan, Yuan turun takhta dan meninggal dunia tidak lama kemudian pada
tahun 1916. Kematiannya mengakibatkan kekosongan pucuk pimpinan dalam kerajaan
republik dan membawa satu zaman "hulubalang" ketika China diperintah oleh kerajaan
campuran yang terdiri daripada ketua-ketua tentera provinsi yang berubah-ubah.

Kemunculan para nasionalis cina juga turut dipengaruhi oleh tindakan kerajaan
Manchu menghantar ramai para pelajar untuk melanjutkan pelajaran di luar negeri. Dan
mereka-mereka inilah terpengaruh dengan ideologi-ideologi baru seperti demokrasi,
sosialisme, liberalisme, kebebasan dan hak-hak asasi manusia.

BIBLIOGRAFI

1. Yusoff Iskandar & Khalil Yusoff, Diskusi Sejarah (Edisi Baru), Teks Publishing
Sdn. Bhd.1984

2. Mahdi Shuid & Sazlina Othman, Teks Pra-U STPM Sejarah Asia, Pearson
Malaysia Sdn Bhd. 2007

3. Pamela Atwell, British Mandarins & Chinese Reformers. Oxford University Press.
1985
6
4. Jayaletchumy. S. Nota Lengkap STPM- Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan
dan Asia Timur (1800-1963). Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.1999.

5. http://en.wikipedia.org/wiki/Sun_Yat-sen

6. http://en.wikipedia.org/wiki/Yuan_Shih-kai

7. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Republik_China

You might also like