You are on page 1of 29

TAMADUN CINA

Hasil Pembelajaran:

1.Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai


Tamadun Cina.
2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina.
3. Mengenal pasti sumbangan-sumbangan
penting tamadun Cina kepada tamadun dunia
TAMADUN CINA
1. Tamadun tertua sehingga kini. Walaupun telah
dicabar oleh beberapa tamadun lain, namun
ianya tidak berjaya mempengaruhi tamadun
tersebut.
2. Bangsa Cina adalah gabungan 5 kaum besar
yang dipanggil Zhonghua Minzu (bangsa
Tionghua).
3. Ia terdiri dari beberapa kumpulan etnik besar :
Han, Hui, Manchu, Monggol dan Tibet.
4. Huang He (sungai Kuning) menjadi pusat
Tamadun China di utara & Chang Jiang di
selatan.
NEGARA CHINA
PERLUASAN KUASA
• Ia berlaku semasa Dinasti Chin, Shih Huang Ti
adalah pemerintah autokratik (tegas &
muktamad).
• Beliau menyatukan kerajaan kecil &
menghapuskan kuasa para bangsawan.
• Melantik gabenor & pegawai tentera untuk
mentadbir negara.
• Membina Tembok Besar China @ Great Wall
untuk mempertahankan wilayah-wilayah di China.
• Dinasti Chin telah jatuh & digantikan dengan
Dinasti Han.
MASYARAKAT & BUDAYA
Masyarakat Cina terbahagi kepada 4 : pelajar,
petani, pekerja & pedagang.
Golongan petani merupakan kelas yang
berperanan penting kerana hasil mereka akan
dinikmati oleh seluruh masyarakat Cina.
Tamadun China mengutamakan prinsip 5
hubungan : hubungan ibubapa – anak, suami –
isteri, adik beradik, hubungan kawan,
hubungan raja – rakyat.
5 nilai utama dalam Tamadun China :
Kemanusiaan, kesaksamaan, kesopanan,
kebijaksanaan & kepercayaan (amanah).
NILAI-NILAI TAMADUN CHINA
- Berasaskan ajaran Buddisme dan
Confusianisme
- Menitikberatkan pengawalan nafsu melalui
Empat Kebenaran, iaitu :
1- Hidup manusia penuh penderitaan
2- Manusia menderita kerana nafsunya
3- Manusia mesti menghapuskan nafsu
supaya terlepas drpd penderitaan
4- Penderitaan dapat dilepas melalui
‘Jalan Lapan Laluan’
JALAN LAPAN LALUAN
1- Pengetahuan yang baik
2- Pemikiran yang baik
3- Perkataan yang baik
4- Pertapaan yang baik
5- Keinginan yang baik
6- Kelakuan yang baik
7- Kehidupan yang baik
8- Usaha yang baik
Patung Confusius di Hainan
STATUS WANITA DLM TAM CHINA
Tamadun China mengutamakan kaum lelaki
& sebagai sumber ekonomi apabila dewasa.
Justeru itu, masyarakat Cina mempunyai
keinginan yang tinggi untuk mempunyai
anak lelaki.
Pada zaman tradisional Tamadun China,
kedudukan anak perempuan agak rendah
berbanding anak lelaki.
Kedudukan wanita agak tinggi melalui
peranan seorang ibu.
BAHASA & TULISAN

Bahasa pertuturan Cina berdasarkan


kepelbagaian bangsa yang wujud dalam
Tamadun China.
Pada masa kini, ejaan bahasa Cina
menggunakan sebutan yang dirumikan.
Tulisan Cina berdasarkan 3 unsur utama :
makna, bunyi dan bentuk.
Walaupun mereka mempunyai pelbagai
dialek, namun mereka hanya mempunyai
satu sistem tulisan sahaja.
TULISAN MANDARIN
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN
CHINA

KONSEP TIAN :
 Menunjukkan langit dan dewa utama dalam
kepercayaan masyarakat Cina.
 Tian juga dirujuk sebagai prinsip moral yang menjadi
rujukan dalam hidup beretika tinggi.
KONSEP DAO :
 Ianya berhubung 4 perkara utama : jalan @ lorong yang
bermaksud cara kelakukan atau tabiat baik @ buruk
yang mesti dipatuhi.
 Dao adalah konsep semulajadi dalam perbuatan
manusia.
 Dao adalah prinsip agung yang tidak berubah dan
bersifat azali : Darinya semua asal makhluk dan
kembalinya akhir kehidupan mereka.
KONSEP TAIJI & YIN YANG

KONSEP TAIJI :
 Iamerujuk kepada satu hakikat yang
mutlak & tiada batasan dalam konsep Taiji
ini.

KONSEP YIN YANG :


 Apa yang berlaku di alam ini adalah
pertembungan 2 kuasa yang berlawanan
iaitu Yin (keadaan tanpa cahaya) dan
Yang (cahaya matahari yang terang).
KONSEP WUXING & ZHONGYONG

KONSEP WUXING :
 5 unsur Wuxing untuk menggerakkan alam ini –
tanah, kayu, logam, api & air. Ianya membentuk
pusingan yang berkait rapat antara 5 unsur itu –
bumi melahirkan logam, logam melahirkan air, air
menghidupkan kayu, kayu menyalakan api, api
menghasilkan bumi.

PRINSIP ZHONGYONG :
 Bermakna “Kesedrhanaan” dan sifat mulia yang
tidak melampaui batas.
 Ianya dikaitkan dengan emosi & nafsu.
FAHAMAN AGAMA & FALSAFAH

Kepercayaan Tradisional :
 Pemujaan langit & bumi, kuasa-kuasa ghaib yang ada
pada matahari, bulan, bintang, kepercayaan kepada
roh-roh.
 Kuasa-kuasa ghaib ini wajib dilakukan pemujaan.
Jika tidak, malapetaka akan berlaku seperti banjir,
kemarau & kemusnahan tanaman.
Konfusianisme :
 Di asaskan oleh Kung Fu-Zi yang dikenali sebagai
“Konfusius”
 Ianya menekan tentang akhlak mulia, mengingati
nenek moyang, bersederhana & taat setia.
Buddhisme Cina & Daoisme
Buddhisme Cina :
 Agama buddhisme Cina mempercayai tentang teori
“Karma” @ Sebab akibat dalam perlakuan manusia.
 Ianya berlaku disebabkan kejahilan manusia itu sendiri.

Daoisme :
 Diasaskan oleh Laozi dan Zhuangzi.
 Ia terbahagi kepada 2 : aliran pemikiran falsafah Dao
dan aliran keagamaan Dao.
 Antara idea Laozi ialah konsep Taiji (kebesaran yang
satu).
Maoisme, Legalisme & Islam
Maoisme :
 Diasaskan oleh Mo Zi yang berpegang kepada buku
yang mengandungi 53 bab.
 Ajarannya menekankan tentang cinta sejagat,
berjimat cermat, menentang muzik, hiburan,
keganasan, peperangan, tidak mempercayai nasib @
takdir.
 Kebanyakan ajarannya bertentangan dengan ajaran
Konfusiusnisme.
Legalisme (aliran Fa) :
 Aliran ini mencadangkan cara pemerintahan yang
baru dengan menguatkuasakan undang-undang.
 Sesiapa yang melanggar undang-undang akan
dihukum.
ISLAM

 Islam sampai ke China seawal kurun ke 7


M melalui jalan darat & laut.
 Ahli pelayaran Cina – Zhenghe telah
mengelilingi dunia & beliau telah datang
ke Alam Melayu.
 Pemikiran akhlak Cina Muslim
menekankan 3 perkara : konsep kebaikan
dunia akhirat, ketaatan kepada Tuhan &
Raja dan berbakti kepada kedua ibubapa.
SUMBANGAN TAMADUN CHINA

Kesusasteraan : Puisi, prosa, Drama,


Fiksyen.
Kesenian : Muzik klasik, Kaligrafi, Seni
lukis, Seni bina.
Sains & Teknologi : Teknologi pertanian,
Matematik, Astronomi & kalender,
Perubatan & kesihatan, Fizik, Kimia,
Biologi, Teknologi peperangan, Kompas.
 Alat percetakan dan kertas.
KALIGRAFI CINA
Kompas Mesin Cetak
Tembok Besar China (Great Wall)
SEJARAH TEMBOK BESAR CHINA

China merupakan sebuah negara yang


mempunyai sejarah lama, kebudayaan
cemerlang dan kaya dengan sumber
pelancongan.
Tembok Besar China @ Great Wall China
digelar sebagai salah satu diantara "7
keajaiban dunia".
Tembok Besar China merupakan projek
pertahanan ketenteraan yang paling panjang
dan projeknya paling besar di dunia. Tembok
Besar China sepanjang lebih 7 ribu
kilometer. 
TEMBOK BESAR CHINA….
Tembok Besar China mula dibina pada abad ke-9
sebelum Masihi. Demi menghalang
pencerobohan suku kaum di bahagian utara,
pemerintah di tengah China pada waktu itu telah
membina tembok yang menyambungkan kubu-
kubu pertahanan di kawasan sempadan.

Demi menghalang serangan negeri lain, mereka


masing-masing telah membina Tembok Besar di
kawasan pergunungan. Pada tahun 221 sebelum
Masihi, Maharaja Qin Shi Huang Dinasti Qin
telah menyatukan China.
TEMBOK BESAR CHINA….

Baginda menyambungkan Tembok Besar


yang dibina oleh pelbagai negeri sepanjang
lebih 5 ribu kilometer bagi menghalang
serangan askar suku kaum normad di
sebelah utara.
TEMBOK BESAR CHINA….

Selepas Dinasti Qin, Dinasti Han telah


memanjangkan Tembok Besar itu sehingga
lebih 10 ribu kilometer. Dalam masa selama
lebih 2 ribu tahun yang lalu, penguasa
pelbagai Dinasti China masing-masing telah
membina Tembok Besar China.

Panjang keseluruhannya ialah 50 ribu


kilometer, lebih panjang daripada satu
lingkaran bumi. Projek Tembok Besar China
ini sungguh menakjubkan.
TEMBOK BESAR CHINA….
 Sebagai projek pertahanan ketenteraan, Tembok
Besar dibina menurut tinggi rendah lereng gunung
dan melintasi padang pasir, padang rumput dan
tanah paya. Tukang bina zaman purba China telah
membina struktur yang berbeza-beza berdasarkan
keadaan muka bumi yang berbeza dan telah
memperlihatkan kepakaran dan kecerdikan
mereka.

 Tembok Besar umumnya dibina di puncak gunung,


di sebelahnya adalah lereng gunung yang curam.
Tentera musuh sukar untuk melancarkan serangan
terhadap tentera yang bertahan di Tembok Besar.
TEMBOK BESAR CHINA….

Tembok Besar dibina dengan batu bata


panjang, tengahnya diisi dengan tanah atau
ketulan batu. Ketinggian Tembok Besar
umumnya belasan meter dan lebar di atas
Tembok Besar itu kira-kira 5 meter.
Kubu pertahanan telah banyak dibina di
sepanjang Tembok Besar ini & mempunyai
banyak fungsi antaranya sebagai tempat
askar berlindung semasa berperang, tempat
berehat di waktu aman, tempat menyimpan
senjata dan bekalan bahan makanan
Pada tahun 1987, Tembok Besar China telah
disenaraikan sebagai Warisan Dunia.
SEKIAN TERIMA KASIH
&
SESI SOAL JAWAB

You might also like