You are on page 1of 5

5.

Prospek Penyelesaian Konflik Israel- Palestine

Dalam menyelesaikan konflik yang berlaku antara Israel dan Palestine pelbagai langkah
cadangan telah dilakukan oleh pelbagai pihak namun masih buntu menemui jalan penyelesaian.
Pelbagai rundingan telah dilakukan sejak awal kemunculan konflik tetapi rundingan tersebut
hanyalah sia-sia kerana ada pihak yang tidak mematuhi rundingan-rundingan yang dilakukan dan
menyebabkan konflik tersebut semakin bertambah buruk. Kunci penyelesaian konflik IsraelPalestina sesungguhnya terletak pada kedua-dua belah pihak yang bertikaian. Pelbagai prospek
penyelesaian konflik telah dikenalpasti oleh pelbagai pihak dalam mengatasi konflik yang telah
berlarutan sekian lama ini. Antara prospek-prospek penyelesaian tersebut ialah:
5.1

Penyelesaian dua negara


Penyelesaian dua negara bermaksud negara Israel dan Palestine yang merupakan

dua negara yang berbeza disatukan menjadi sebuah negara yang merdeka. Dalam
merealisasikan penyelesaian ini banyak percubaan telah dibuat untuk membantu
mencipta sebuah "penyelesaian dua negara" yang melibatkan penciptaan sebuah negara
Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin
bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk
menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama. Kebanyakan orang
Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara
masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel.
(Uri Avnery,2007)
Rakyat Palestin telah "menunjukkan minat yang serius" dalam penyelesaian dua
negara sejak pertengahan tahun 1970-an, dan kepimpinan arus perdana yang telah
memeluk konsep ini sejak 1982 Sidang Kemuncak Arab di Fez. (Mark A. Tessler,1994).
Terdapat banyak usaha-usaha diplomatik untuk merealisasikan penyelesaian dua negara
yang dilakukan, bermula dari 1991 Persidangan Madrid. Terjadilah 1993 perjanjian Oslo
dan gagal 2000 Camp David sidang kemuncak itu diikuti dengan rundingan Taba pada
awal tahun 2001. Pada tahun 2002, Liga Arab dicadangkan Inisiatif Keamanan Arab.
Inisiatif terbaru, yang juga gagal, adalah 2013-2014 rundingan damai.Bagi isu Palestin,

negara barat banyak mengetengahkan penyelesaian dua negara sebagai jalan keluar untuk
mengatasi konflik ini.
Rangka penyelesaian dinyatakan dalam resolusi PBB mengenai "penyelesaian
damai di soal Palestin" ini, akan kembali ke tahun 1974. Resolusi itu menyeru untuk "dua
negara, Israel dan Palestin ... sebelah menyebelah dalam selamat dan diiktiraf sempadan
"bersama-sama dengan" resolusi hanya soalan pelarian itu selaras dengan resolusi PBB
194 ". Apabila penyelesaian dua negara dibangkitkan berdasarkan Resolusi 242, maka ia
menjadi suatu yang kabur dan tidak dapat dilaksanakan kerana Israel mempunyai kuasa
untuk menentukan manakah yang akan diwartakan sebagai negara Palestin dan di
manakah sempadan negara Israel sekiranya negara Palestin yang berdaulat wujud
bersempadanan dengan Israel. Atas perkiraan inilah maka penyelesaian dua negara tidak
mungkin memberi jalan keluar kepada penyelesaian konflik Palestin-Israel. Israel akan
menggunakan semua alasan-alasan teknikal untuk mempertahankan pendirian tidak akan
berundur semula ke sempadan 1967 (The Green Line berdasarkan perjanjian Rhodes).
5.2

Campur tangan pihak ketiga


Istilah "pihak ketiga" dan "orang tengah" kedua-duanya digunakan untuk merujuk

kepada seseorang atau sekumpulan orang-orang yang terlibat dalam konflik untuk
membantu pihak-pihak yang bertikaian menguruskan atau menyelesaikannya. Dalam
konteks pengurusan konflik antarabangsa di antara palestin dan israel, campur tangan
antarabangsa oleh pertubuhan dan institusi antarabangsa dalam sebarang konflik serius
adalah sangat dituntut. Dalam konflik Palestin dan Israel jelas menunjukkan bahawa A.S
mengambil pendekatan realisme secara teori mahupun praktikal dengan mendominasi
cara tindakan campur tangan dan dasar yang di buat. Tindakan berat sebelah ke atas
Israel begitu ketara dan menidakkan hak yang sepatutnya ke atas Palestin. Dapat dilihat
tindakan ini telah banyak menggagalkan proses rundingan damai yang diadakan. Amerika
Syarikat dan Eropah Barat yang merupakan sekutu Israel terus memberi sokongan kepada
rejim Tel Aviv itu untuk membunuh rakyat Palestin dan bagi Israel sokongan Amerika
dan Eropah amat penting.

Menurut Dr Ziad Asali Presiden kepada American Task Force on Palestine


(ATFP), bahawa tiga faktor yang harus dilakukan sebelum proses perdamaian dapat
bergerak ke hadapan. Keamanan harus diperbaiki untuk kedua-dua bangsa Israel dan
Palestin, perbaikan ekonomi bagi bangsa Palestin adalah mustahil tanpa pendudukan dan
memastikan

ada sebuah kerajaan Palestin dengan undang-undang yang dihormati

berteraskan Rule of Law. "Negara Palestin tidak dapat diperbaiki seperti dahulu,"
katanya. "Jika Israel adalah sebuah negara normal, maka Palestin juga perlu satu Negara
yang sama ." Asali mengatakan dia memandang Amerika tidak bertindak sebagai medium
yang jujur dan bahawa Washington harus belajar untuk menjadi pemudah cara yang
lebih adil dalam konflik ini. A.S lebih mencari jalan penyelesaian bagi kepentingan
Negara mereka dalam dunia yang semakin kecil yang sepatutnya A.S harus melihat
konflik perhubungan di dalam konteks global. "Untuk dunia keseluruhannya isu ini
perlu diselesaikan (Najjab Jamal,2009). Amerika seharusnya bertindak campurtangan
dengan adil dalam menyelesaikan konflik yang berlaku dan bukannya bertindak berat
sebelah. Dengan campurtanngan secara adil dari kuasa veto dunia inni konflik ini
mungkin dapat diselesaikan.
5.3

Israel Mesti di Desak Patuhi Resolusi PBB


Majlis Keselamatan PBB perlu memikul tanggungjawab sewajarnya untuk

menyelesaikan konflik Israel-Palestin kerana isu ini berkaitan dengan keamanan dan
keselamatan antarabangsa. Masyarakat antarabangsa juga perlu bekerjasama untuk
mendorong kewujudan kedamaian Israel-Palestin. PBB menjadi mediator yang berusaha
untuk memediasi kepentingan antara Palestina dan Israel. Selain itu, terdapat banyak
resolusi yang dikeluarkan oleh PBB yang mempengaruhi konflik antara Israel-Palestina.
Mediasi yang dilakukan oleh PBB adalah usaha diplomatik yang ditujukan untuk
penyelesaian konflik Israel-Palestina. Berdasarkan Resolusi Dewan Keamanan (DK)
PBB 242 dan 338, PBB telah terlibat dalam setiap upaya negosiasi Israel-Palestina,
secara tidak langsung.
Israel menunjukkan keangkuhan terhadap banyak resolusi yang dikeluarkan oleh
PBB United Nations) dan Majlis Keselamatan (Security Council) dimana negara Israel
tidak mahu tunduk dan tidak mahu mengikut apa yang diputuskan diperingkat

antarabangsa. Walaupun ada beberapa resolusi PBB itu merujuk kepada penubuhan dua
negara Israel Palestin, tetapi pematuhan Israel ke atas resolusi PBB itu mesti dijadikan
syarat supaya mereka benar-benar boleh menjalankan apa yang diputuskan diperingkat
antarabangsa. Sebagai contoh, Israel tidak mematuhi kehendak Resolusi PBB 487 (1981)
yang berbunyi: Calls upon Israel to place its nuclear facilities under the safeguard of the
UNs International Atomic Energy Agency. Begitu juga dengan Resolusi PBB 1402
(2002) yang menyatakan: Calls for Israel to withdraw from Palestinian cities. Mereka
terus menunjukkan keangkuhan tidak mahu tunduk kepada apa yang telah diputuskan
diperingkat antarabangsa. Selagi mereka tidak mahu patuh, selagi itulah umat Islam akan
terus berjuang menentang kezaliman mereka dan seterusnya berjuang mengembalikan
keamanan seperti yang telah dikecapi sebelum in idi bawah pemerintahan Islam.
Secara dasarnya apabila Israel dapat mematuhi kesemua resolusi yang
dikeluarkan oleh PBB ini keamana akan dapat dicapai di di negara tersebut. Untuk
memastikan negara Israel mematuhi Resolusi PBB ini peranan pelbagai pihak adalah
sangat penting seperti negara kita sendiri memboikot produk atau barangan daripada
negara Israel agar dapat mendesak Israel mematuhi resolusi PBB. Antara produk negara
Israel/USA ialah Coca-Cola, McDonalds, Burger King, Minuman Jenama Light Coke,
Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid dan sebagainya. Apabila
banyak negara melakukan boikot terhadap produk dari Israel/USA ia akan memberi
tekanan yang tinggi kepada Israel untuk mematuhi resolusi yang dikeluarkan PBB.

Rujukan
Najjab Jamal. (2009). Two-State Solution The Answer .Washington Report on Middle East
Affairs.
Uri Avnery. (2007).One State:Solution Or Utopia,Palestine-Israel Journal of Politics,
Economics & Culture.
Mark A. Tessler. (1994). A History of the Israeli-Palestinian conflict. Publication: Indiana
University Press.

You might also like