You are on page 1of 20

Tajuk Tutorial:

4. Merujuk peta Asia Tenggara dan


mengenal pasti
konflik persempadanan.
Membincangkan mekanisme
penyelesaian antara
masalah konflik persempadanan
antara negara.
Pendahuluan
Secara umum, garis sempadan boleh
diklasifikasikan kepada sempadan
antarabangsa dan sempadan informal.
Sempadan Antarabangsa
Sempadan antarabangsa adalah garisan
sempadan yang membahagikan sesebuah
negara dengan sebuah negara yang lain.

Ia biasanya dilakukan secara persetujuan


bersama atau melalui perjanjian.

Konflik sempadan antarabangsa biasanya


berlaku apabila dua atau lebih negara
bersaing secara terbuka mengenai kawasan
atau wilayah dengan mengatakan kawasan
tersebut di bawah wilayah atau negaranya.
Konflik Persempadanan
Konflik sempadan wujud apabila sesebuah negara
menuntut kawasan yang berhampiran dengan
negaranya disebabkan oleh sesuatu kualiti yang
dimiliki oleh kawasan tersebut.

Pertikaian tidak akan timbul sehinggalah ia


melibatkan perbalahan diplomatik atau melibatkan
penggunaan kuasa ketenteraan.

Menurut undang-undang antarabangsa sesuatu


pertikaian sempadan adalah disebabkan oleh
ketidakpersetujuan ke atas fakta atau konflik ke atas
tuntutan perundangan atau atas kepentingan antara
dua atau lebih pihak yang terlibat.
Secara umumnya terdapat empat jenis
pertikaian sempadan yang utama iaitu
pertikaian posisi, pertikaian kawasan,
pertikaian ke atas sumber dan pertikaian
budaya.

Pertikaian kawasan pula terjadi apabila


sesuatu kawasan negara menuntut sesuatu
kawasan di dalam sesebuah negara lain yang
didakwa adalah miliknya.
Pertikaian jenis ini berlaku disebabkan
alasan faktor sejarah atau alasan
budaya.

Suatu kawasan mungkin telah diduduki


oleh sekumpulan manusia atau menjadi
kawasan sesuatu negara mengikut
sejarah dahulu kala.

Faktor sejarah ini terbongkar kemudian


daripada pembahagian asal dan ini
menyebabkan negara menuntut semula
tambahan kawasan sebagai wilayahnya.
Konflik Sempadan di Asia
Tenggara

Contoh :
Konflik Malaysia-Singapura ke atas
Tuntutan pemilikan Pulau Batu Putih
Konflik Malaysia-Indonesia ke atas
Pemilikan Pulau Sipadan dan Pulau
Ligitan
Konflik Malaysia-
Singapura
Isu-isu persempadanan merupakan salah
satu penyebab kepada krisis antara kedua
buah negara.

Singapura mempertikaikan haknya ke atas


Pulau Batu Putih di mana kawasan atau
pulau ini sebenarnya berada dalam kawasan
tuntutan yang bertindih dengan Malaysia.

Kerajaan Singapura sangat memerlukan


pulau tersebut sebagai satu kawasan
pembangunan negaranya.
Sebagai mempertahankan tuntutan ini
pelbagai helah telah dibuat oleh Singapura
seperti memburukkan kerajaan Malaysia
dan mewujudkan suasana yang tegang
sebagai provokasi kepada Malaysia.

Walaupun begitu, Malaysia dan Singapura


masih berada dalam satu pertubuhan
kerjasama serantau yang sama iaitu
ASEAN.

Pertubuhan ini mempunyai cara yang


tersendiri dalam menyelesaikan mengikut
prinsip-prinsip yang termaktub di dalam
perlembagaannya
Dalam pertikaian antara Singapura dan
Malaysia, pihak yang terlibat bersetuju untuk
mencari penyelesaian secara perundangan.

Ini adalah selaras dengan Deklarasi ASEAN


yang ditandatangani pada bulan Julai 1992.

Setelah kes pertikaian ini berlangsung selama


28 tahun, pada 23 Mei 2008 pihak Mahkamah
Keadilan Antarabangsa telah memutuskan
bahawa Pulau Batu Putih adalah hak milik
Singapura.
Cara Penyelesaian

Peranan Institusi dan Prosedur Undang-


Undang
Diplomasi
Perundangan
Pertikaian Bersenjata
Peranan Institusi dan Prosedur Undang-
Undang

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ditubuhkan


bertujuan untuk memenuhi matlamat ini.

Matlamat utama yang membawa kepada


penubuhan PBB ialah untuk memperjuangkan
kepada keselamatan dan keamanan di
peringkat antarabangsa.

Secara tidak langsung ketegangan yang


dicetuskan akibat daripada pertelagahan
persempadanan baru yang berlaku selepas
Perang Dunia Kedua akan dapat diselesaikan
menurut jalan yang betul.
Dalam masa yang sama penubuhan Mahkamah Keadilan
Antarabangsa adalah alternatif kedua yang difikirkan
dapat membawa jalan keluar dan penyelesaian kepada
konflik.

Keberkesanan kedua-dua badan ini yang menjadi badan


rujuk utama dalam menyelesaikan pertikaian
persempadanan walaupun tidak begitu praktikal secara
pasti tetapi mampu meredakan ketegangan dan mampu
membawa pihak yang bertelagah ke meja perundingan.

Kedua-dua institusi ini mengaplikasikan sepenuhnya


Undang-Undang Antarabangsa (Statue of International
Court of Justice) dan Peraturan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (Charter of United Nation) sebagai garis
panduan dalam menyelesaikan pertelingkahan yang
wujud akibat pertikaian sempadan.
Diplomasi
Diplomasi ialah jalan penyelesaian yang
menggunakan asas perundingan dan
perbincangan yang akan mewujudkan
persetujuan bersama ke atas sesuatu
perkara. Jaringan kerjasama antara negara
yang semakin akrab negara boleh
membantu mengatasi masalah ini.

Kewujudan para diplomat ini sebenarnya


selain daripada menjadi wakil negara, para
diplomat ini juga berperanan untuk
menjalankan misi perdamaian serta
melakukan perbincangan awalan bagi
mengelakkan sesuatu konflik daripada
berterusan.
Tambahan pula diplomat yang diutus ke
negara jiran yang berkongsi sempadan yang
sama. Kes ini dapat dilihat dalam peristiwa
pertelagahan tuntutan pemilikan ke atas Pulau
Batu Putih antara Malaysia dan Singapura.
Para diplomat yang bertugas di dalam kedua
negara berterusan mempraktikkan diplomasi
peringkat tertinggi bagi mengelakkan
pertelingkahan ini dari berlarutan.

Peranan diplomasi ini tidak terhad kepada


bahu para para diplomat sahaja. Malahan
ketua sesebuah negara juga mampu untuk
melakukan perbincangan atas asas diplomasi
bagi mengelakkan berlakunya perbalahan
yang mengakibatkan pertumpahan darah
mengenai isu sempadan.
Banyak kes-kes yang diselesaikan berikutan
persetujuan kedua belah pihak yang bertelagah
mengenai persempadanan negara masing-masing
selepas kedua belah pihak menjalankan proses
perundingan walaupun kadangkala mengambil
tempoh masa yang cukup lama.

Diplomasi juga memainkan peranan dalam


mewujudkan kewujudan kepada perjanjian-
perjanjian damai yang dipersetujui antara pihak
yang bertelagah.
Perundangan
Ini adalah selaras dengan Deklarasi ASEAN yang
ditandatangani pada bulan Julai 1992.

Deklarasi ini antara lain meminta semua pihak yang


terlibat untuk menyelesaikan pertikaian di antara dengan
negara biarlah secara aman dan melalui perundangan.

Tindakan ini selaras dengan prinsip-prinsip yang


termaktub dalam Treaty of Amity and Cooperation in
Southeast Asia sebagai satu kod perlakuan antarabangsa
yang melingkungi wilayah ASEAN.

Setelah kes pertikaian ini berlangsung selama 28 tahun,


pada 23 Mei 2008 pihak Mahkamah Keadilan
Antarabangsa telah memutuskan bahawa Pulau Batu
Putih adalah hak milik Singapura.
Pertikaian Bersenjata

Pertikaian bersenjata adalah


pertentangan yang disertai
penggunaan kekerasan angkatan
bersenjata tiap-tiap pihak dengan
tujuan menundukkan lawan, dan
menetapkan persyaratan perdamaian
secara sepihak.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like