You are on page 1of 2

Menurut Wikipedia Bahasa melayu, sempadan merujuk kepada garis khayalan yang

memisahkan dua atau lebih wilayah politik atau bidang kuasa seperti negara, negeri atau
daerah. Sempadan negara merupakan elemen yang penting kerana ia bertujuan untuk
menangani sebarang bentuk ancaman dari kuasa luar dan menjadi salah satu cara untuk
mengukuhkan keselamatan negara. Namun, dari segi konteks maritim, ia dapat menjadi
punca berlakunya konflik persempadanan dan krisis tuntutan bertindih yang dapat
menjejaskan kestabilan politik negara terlibat. Hal ini demikian kerana, sebarang bentuk
halangan bagi negara-negara yang berkongsi sempadan maritime yang sama sukar
dijelaskan akibat daripada laus ruang maritim yang sukar dikawal. Hal ini menyebabkan
kuasa asing bimbang akan memasuki perairan negara jiran kerana sempadan maritime
yang sukar dikesan. Di antara negara Malaysia, Indonesia dan Singapura, terdapat
beberapa isu konflik persempadanan dan tuntutan bertindih yang telah berlaku. Malah,
beberapa isu masih di dalam perdebatan masyarakat tempatan sehingga hari ini oleh
segelintir pihak yang tidak berpuas hati, walaupun isu-isu sebegini telah lama dibincangkan.

Antara isu-isu konflik persempadan dan krisis tuntunan bertindih yang muncul
sepanjang peredaran zaman sejak dahulu lagi ialah isu berkaitan pulau Batu Puteh. Batu
Puteh merupakan pulau yang berada di antara perairan Johor dan Singapura. Sejak tahun
1979 lagi isu konflik ini berterusan sehingga lah ke hari ini. Isunya adalah wilayah manakah
yang lebih berhak menakluki pulau Batu Puteh ini kerana kedua-dua wilayah mempunyai
kisah latar belakang yang boleh dikaitkan untuk mengukuhkan peluang mendapatkan pulau
Batu Puteh. Jika dikira dari segi jarak, ya, pulau Batu Puteh adalah lebih dekat dengan
negeri Johor tetapi ada perspektif lain yang perlu dilihat dari segi sejarah pula. Namun
demikian, keputusan yang dijalankan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah
memutuskan bahawa Singapura mendapat pulau Batu Puteh pada 23 Mei 2008. Walaupun
Singapura mendapat pulau Batu Puteh, pihak Malaysia tidak lupa untuk membangkitkan
tentang Baginda Sultan Johor dan Temenggung yang telah hantar surat keizinan untuk
membina rumah api Horsburgh kepada pihak Inggeris pada 25 November 1844 untuk
membuktikan penguasaan Kesultanan Diraja Johor di perairan dan terbinanya rumah api
tersebut.

Rakyat Malaysia percaya bahawa Batu Puteh tetap di bawah jajahan takluk
kesultanan Diraja Johor mengikut Perjanjian Inggeris-Belanda dan Perjanjian Crawford yang
masih dirujuk hingga ke hari ini. Namun, Insiden tersebut tidak cukup meyakinkan
mahkamah untuk memberi pulau Batu Puteh kepada Malaysia. Menurut Hakim yang
mengendali-kan konflik pertindihan pulau ini, Malaysia memang kelihatan berhak untuk
memiliki pulau Batu Puteh tetapi dari segi sejarah Malaysia kehilangan kedaulatan terhadap
Batu Puteh atas sebab-sebab tertentu. Antara sebabnya ialah peta-peta menunjukkan
Singapura mempunyai kedaulatan terhadap Batu Puteh. Di dalam peta beberapa penerbitan
oleh Malayan, Director of General Mapping dan lain-lain pada lingkungan tahun 1962 - 1975
Batu Puteh telah ditandakan dengan nama “Singapore” atau “Singapura”. Ini menunjukkan
bahawa Batu Puteh sudah berada dibawah penguasaan Singapura. Lebih dari itu, terdapat
sepucuk surat daripada Kerajaan Negeri Johor bertarikh 1953 mengatakan bahawa kerajaan
Johor tidak mempunyai apa-apa kaitan terhadap Batu Puteh sekali gus menggambarkan
bahawa Malaysia telah melepas tangan terhadap pemilikan Batu Puteh.

Seterusnya, isu yang kedua konflik persempadanan

You might also like